Sunday, September 25, 2011

Review: Malibest Resort, Pantai Chenang, Langkawi.

Seperti yang sedia maklum, sepanjang percutian bajet langkawi kami selama 3 hari 2 malam, kami stay di Malibest Resort di area Pantai Chenang.


ok, ini bilik kami.







kemudahan yang ada memang lengkap - air cond, water heater dan tv. dan katil yang besar.


cuma memula aku masuk dalam bilik, lantai tak bersapu, penuh pasir. jenguk punya jenguk, rupa2nya ada penyapu kat luar bilik. semua bilik ada satu kot. aku intai...hahahaha.. memang la penyapu ada, tapi untuk bilik yang baru disewa, kena la bersih kan. ape kes ada pasir ni cik kak oiiii...


siaran tv memang terhad - tapi siaran2 utama semua ada. cuma line langsung tak clear. terputus2.. remote tak ada kena picit kat tv tu. bila aku tanya receptionist dia masa nak keluar, dia cakap memang tak clear. so aku pasrah je la kan. aku bukan datang bercuti sebab nak tengok tv.


tapi paling aku tak puas hati adalah toilet. kotor. dinding macam tak dicuci langsung for one or two week. korang paham je la, bilik air kan cepat 'berlumut' kalau malas nak berus2 ni sebab bilik air kan selalu lembap. tapi air dia laju, nak mandi or nak melepaskan 'hajat' memang selesa cuma a bit dirty. memang la ni resort bajet (rm120/night), tapi bab2 kebersihan ni aku rasa kena jaga betul2.. tak kisah la barang2 tak mahal, view kat luar kat cantik tapi kebersihan is the no.1... ye takk?


next, kat bilik ada wardrobe gak, tapi area wardrobe ni gelap sebab lampu dh 'mati'. malas aku nak komplen yang ni sebab aku bukan nak guna pon wardrobe.





jalan nak ke pantaiiiii ;)


Dari 10 stars, aku bagi 5 je. kalau aku pergi langkawi lagi, kalau tak ada choice, baru aku dok lagi kat sini. kalau tak, aku cari je hotel or chalet lain dulu. tapi apapon, aku tetap puas hati sebab ni last minute punya plan walaupon dah beli tiket dah berbulan2.. sebab ingat awal2 tak jadi pergi dah..


kesimpulannya, kos aku menginap kat sini - RM120 x 2 = RM240 (tanpa breakfast sebab malibest memang tak ada breakfast...)


untuk more pic, dan info, click kat SINI.

Saturday, September 24, 2011

Langkawi 2011: Nak Balik Dahhhh...

Hari ketiga @ last day.


Selepas berpoya2 dan pusing2 tanpa arah tujuan malam sebelum, kami tidur dengan nyenyaknya. memang tak ada plan nak ke mana2 pon pagi ni sebab 2 hari dah pulun jalan gila2.


Pukul 10 kami keluar cari breakfast. saja cari kedai kat area kampung2 on the way nak ke pekan. sedap gak nasi lemak warna kuning.. hehehehe.. roti sardin dia pon meletops, inti tebal rasa sedappp. tak salah aku, kedai tu depan sekolah kedawang.



lebih kurang mcm ni la nasi lemak dia. aku malas nak snap sebab ramai pakcik2 dok lepas minum.. segan den.. aku kalo snap ni, takleh nak snap sekali, berkali2... ni ehsan dari encik berjasa google.


selepas mengenyangkan diri, kami ke jeti sebab agent tu minta amek dia kat jeti nanti dia yang hantar kami ke airport. sepatutnya, kami pergi je terus ke airport tapi dia minta tolong dtg amek dia dulu sebab pekerja dia cuti. so, kami yang baik hati ni pon setuju je lah sebab tak ada nak pergi mana2 pon.



sebelum sampai jeti, kami singgah jap kat Nusantara Maju Enterprise, cari minyak gamat sebotol dua ;p kedai ni actually terletak side yang nak ke arah airport kalau dari pekan Kuah.. kami u-turn sebab takut dah ada kedai gamat (yang besar) selepas ni.. padahal banyak jeee..hahahaha..


masa tu, minyak keta dah berkelip2.. risau gak aku kot2 kereta mati tgh jalan.. kalau nak ikutkan, kalau terus ke airport cukup je. tapi kena pergi jeti plak pastu patah balik ke airport.. so, sebelum kami sampai di jeti kami pergi isi dulu minyak. RM5 je.. wakakakakakkk.. lantak la asal cukup sampai airport. dulu masa ambik pon, dia bagi yang dah berkelip2. elok2 sampai stesen minyak, tersedu2 kereta tu. 


lepas isi minyak, terus pergi jeti amek agen tu. encik somi yang drive ke airport, dia dok sebelah. masa tengah jalan tu, dia intai meter minyak.. " Dah berkelip2 tu, kena isi minyak dulu...". Kami kan isi RM5 je so memang la still berkelip2 tapi setakat nak ke airport pastu patah balik, cukup je. Encik somi plak jenis baik hati melayan cakap la cukup kot.. tapi agent beria nak suh isi gak dan dok cite pengalaman sebelum ni byk kereta mati la tgh jalan sebab tak dengar cakap dia. aku buat dek je. hahahaha.. bila encik somi bagi lagi alasan, dia cakap isi la RM5 pon takpe janji boleh sampai airport.


Aku dalam hati memang bengang, ish pakcik ni.. dah la kami baik hati nak amek dia kat jeti.. nak paksa2 plak isi minyak. kami tahu la nak bajet. hahahaha.. jahat tak aku.. encik somi plak nak berdalih2 lagi. nak cakap dah isi minyak RM5 tadi segan..kahkahkah. last2 aku sms encik somiku (dok dekat2 pon sms..hahaha). aku sms cakap, bgtau je pakcik tu yang kita dah isi RM5 masa otw datang ambik dia. hahahaha.. so, last sekali encik somi cakap kat dia dan dia diam dan ubah topik.. cerita pasal perompak la, pencuri la, orang arab la.. orang langkawi la... bla bla bla...


akhirnya, selamat sampai airport pukul 12. aku dah check in via website awal2 so terus kaunter cop boarding pass masuk gate. tepat pukul 12.50 flight berlepas.... selamat sampai LCCT 1.50pm...


gambar blur sebelum berlepas. 

bye bye langkawi. insya Allah ketemu lagi kita di masa2 akan datang. yang pasti, tahun depan no more langkawi (unless ada orang nak belanja..hahahaha).. tahun depan kita pergi jauh2 skit. dengan ini, berakhir la cerita langkawi.. hehehehe.. 


next entry, insya Allah aku akan cite skit (review) pasal resort aku stay tu, malibest resort.


Percutian bajet yang best dan berbaloi-baloi....


Wednesday, September 21, 2011

Ahli keluarga baru. my niece dan bakal biras ;)

Alhamdulillah, walaupon belum bergelar ibu, 21 September 2011 aku dah bergelar ibu saudara to my niece. anak adik ipar i. welcome baby girl (tak ada nama lagi..hehehe) to this lovely family.




memang semua tunggu kelahiran ni sebab you're a baby girl. kalau baby boy, tunggu gak tapi tak se-excited macam ni. boleh? hahahaha..

oh ya, yang ni pon bakal join keluarga in-law. congrats mimi. nanti ada geng la..


congrats to both of u :) 


Tuesday, September 20, 2011

Langkawi 2011: Medan Selera Nelayan --> Seafood murah lagi lazat.

dah jadi entry berantai pula cerita langkawi aku ni kan. aku saje buat part by part. tak ada berserabut sangat korang nak baca. gambar-gambar pon banyak yang nak diupload. so to be fair, buat banyak2 entry senang kan. tapi dont worry, dah nak habis dah cerita langkawi aku ni. hehehe.


ok, sambung cerita selepas pekena laksa langkawi, kami terus gerak ke pekan Kuah untuk cari coklat seketul dua. aku beli tak banyak pon. daim sepeket besar, 2 ritter sport almond, 1 gold almond, dan 2,3 ketul lagi coklat. pinggan mangkuk semua aku tak beli sebab tak ada dalam budget. hahahaha.. insya Allah, kalau ada rezeki lebih, aku nak datang lagi langkawi untuk aktiviti ke pulau - mangrove tour dan island hopping. dua2 ni aku tak sempat pon nak buat.


penat pusing2 pekan Kuah, kami balik ke bilik untuk rest kejap. tak sempat tidur pon, just letak barang dan salin baju untuk mandi pantai.. hehehehe..syok mandi pantai dah lama tak main air pantai..


akhirnya, dinner di Medan Selera Nelayan. misi nak makan kat sini akhirnya berjaya. kesian first day kami datang sini kedai tutup. so, kali ni lepas maghrib kami terus terjah dan syukur, kedai ni bercahaya.. maknanya kedai tu buka..hehehehe...


cer cer tengok menu kami malam tu.



penuh satu meja. ada sotong goreng tepung, ketam masak sambal telur (terbaik!), ikan geruk bakar dan ulam-ulaman. nasi penuh satu mangkuk. 



cuba tengok tangan bam bam tu..hahahaha..





walaupon weekdays, walaupon tengah bulan plak tu.. org tetap ramai.



silau.



kesayanganku....


kalau sapa-sapa datang ke Langkawi, jangan lupa singgah kat medan selera nelayan ni. seafood memang fresh dan harga pon memang berpatutan.


untuk yang nak datang, boleh rujuk map ni.



sila klik pic untuk penglihatan yang lebih jelas. (kredit to Cik Kaki)


Kedai ni kat Jalan Bukit Malut. dekat dengan Langkawi Golf Club. kalau korang ada GPS, just type Langkawi Golf Club, insya Allah jumpa sebab dekat je dari tu. 


Lepas makan, kami tak terus balik ke bilik tapi pusing2 kat kat kawasan sekitar. konon nak tengok langkawi pada waktu malam. pukul 12 lebih baru balik bilik dan packing apa yang patut. lepas tu tidurrrrr ZzzZZzzzz...


Related Posts with Thumbnails