Wednesday, May 19, 2010

Iron Man 2 VS Ip Man 2

Hujung minggu lepas, aku berjaya menengok menonton cerita Iron Man 2 and Ip Man 2.
Ok, baca sinopsis ringkas dulu untuk lebih pemahaman.

Iron Man 2
Tony Stark lakonan Robert Downey Jr. yang telah diketahui ramai adalah superhero, Iron Man. Di bawah tekanan daripada pihak pemerintah, wartawan dan masyarakat, Tony telah diminta untuk berkongsi kepakaran dan teknologinya dengan pihak tentera Amerika. Walaubagaimanapun, Tony tidak mahu membuka rahsia kehebatan di sebalik imej Iron Man kerana dia takut segala maklumat tersebut akan jatuh ke tangan orang yang salah. Dengan bantuan Pepper Pots dan James Rhodes di sisinya, Tony telah berjaya menghadapi misi terbarunya.

Dalam Iron Man 2, ada 2 watak baru iaitu:


- The Black Widow adalah mata-mata Rusia yang akhirnya berpindah ke Amerika Syarikat. Dia adalah seorang penembak tepat yang juga bekerja di sebuah gudang senjata yang berteknologi tinggi.
- Whiplash atau Ivan Vanko lakonan Scarlett Johansson adalah dari pihak Narapidana yang berjaya menyamar sebagai pembantu Pots untuk membantu Stark dalam misinya.

Ip Man 2

Ip Man 2 berkisah tentang Ip Man (Donny Yen), tokoh penting aliran Wing Chun, dan keluarganya telah berhijrah ke Hongkong. Di Hong Kong, Ip Man telah membuka pusat kungfu Wing Chun untuk menampung hidup dan keluarganya di sana.



Walaubagaimanapun, dia ditentang oleh master kungfu lain, termasuk Sifu Hung (Sammo Hung) yang master dalam Hung Quan. Sifu Hung telah mencabar Ip Man dalam satu acara untuk menjadi sebagai master yang diiktiraf di Hong Kong. Sementara itu, Twister, juara tinju dunia yang kuat tetapi kejam sangat membenci kungfu Cina. Kemudian, Twister yang telah menyebabkan kematian sifu Hung, telah mencabar mana-mana orang Cina untuk berlawan dengannya. Ip Man yang sangat sedih dengan kematian sifu Hung telah menerima cabaran itu. Dia bertekad untuk menuntut kembali martabat kungfu China dan maruah orang-orang Cina.

OK la. Itulah serba sikit sinopsis Iron Man 2 yang aku tengok kat Sunway Piramid dan Ip Man 2 tengok kat Tropicana City Mall. Personally,aku rasa Ip Man 2 lagi best. Iron Man yang pertama dulu lagi best. Yang kedua ni agak merapu dan slow. Hehe.. So, korang cepat-cepat pergi tengok ok. Dah nak abis dah kat panggung. Mana lagi best...

Sunday, May 16, 2010

Today is Teacher's Day

Selamat Hari Guru!

Selamat Hari Guru especially to my beloved supermom, Ummi, Hjh Hasnah Hanafi.

Selamat Hari Guru kepada adikku, Syana a.k.a Ngoh.

Selamat Hari Guru kepada guru-guruku, cikgu-cikgu dari Sekolah Kebangsaan Berangan, Sekolah Kebangsaan Berangan (1).. especially kepada Cikgu Abdul Rahim, Cikgu Ibrahim, Cikgu Khabsah, Cikgu Sarimah, Cikgu Che Mokhtar, Cikgu Robaun, Sir Zubir, Sir Eh Sin, Sir Kamaruddin.

Selamat Hari Guru kepada guru-guruku di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh..espeacially Cikgu Zarinah Sulaiman, Cikgu Rozaidi, Cikgu Wang, Ustazah Zarinah, Teacher Cik Nasirah, Puan Shamshiayati, Bonda Maznah, dan tak lupa Ustaz Nasir..

Selamat Hari Guru kepada tenaga pengajar di KMPP, Kepala Batas, especially kepada Teacher Hayati...

Selamat Hari Guru kepada pensyarah dan tutor di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UM especially Prof Madya Salimah Mokhtar, Puan Suraya Hamid.

Dan tidak lupa kepada rakan-rakan yang telah memilih guru sebagai profession, Zarith, Azza, Nanie, Zack, Niza, Aswani, Farah, Eni, Ee, Dilla, Lynn, dan semua yang lain-lain.

Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah hadir dalam hidup saya.
Terima kasih atas segala-galanya.
  
                                                    


Lencana sekolah aku.. Hehe

Saturday, May 15, 2010

Mei bulan hantar kad, Jun bulan kahwin

Baca tajuk dah tau dah paham maksud. hehe. Yeke?
Since tuan blog nak kahwin bulan Jun so meroyan la nak tulis post ni.
Aku saja je pilih Jun sebagai bulan berbahagia kami. Chewah!
Actually i prefer our majlis is not during school holidays. Did i mention that my majlis is on school holidays? Ok ok.. tak jemput pon lagi korang semua macam mana nak tau. Just header je gatal cakap Save The Date. For what dont know. ish! haha..

Aku pilih 10 Jun 2010 sebab.. Banyak reason, tapi kat sini aku just share important reasons je la.

Sebab-sebabnya or reason-reasonnya:
  1. Ini adalah school holidays. Ini paling penting sebab untuk memastikan kebanyakan ahli keluarga ada semasa majlis. Since my mother is a teacher and also the most important person in this ceremony, she has the right to get a special consideration for the DATE. Even, one of my sister is also a teacher. Yang lain-lain, i mean other siblings semua cuti, cuti sekolah and cuti semester.
  2. Ramai balik kampung sebab cuti sekolah. Setelah membuat survey secara rambang, kebanyakan saudara mara yang berada di luar kawasan (di luar Kelantan) memang akan balik time cuti sekolah untuk balik jenguk orang tua, saudara mara, kampung, ayam itik.
  3. Ketiga, Jun jugak genap setahun kitaorang bertunang. Actually May kitaorang tunang tapi since Jun adalah school holidays, so proceed Jun.. Ala, kitaorang tunang pon 31 May 2009..So, tak ada beza sangat kan.. Memang merancang nak tunang setahun sahaja sebab tak nak lama-lama, darah manis! Bukan kencing manis ok.. Haha..
Itu lah antara sebab-sebab penting aku pilih tarikh kahwin bulan Jun. Aku rasa pon korang pon ada sebab masing-masing kenapa pilih tarikh tertentu untuk Big Day korang. Personally, kalau diberi peluang, aku nak majlis aku dibuat pada bulan Februari sebab bulan Februari sangat special bagi aku. Tak tahu kenapa kalau teringat bulan Februari, teringat kat bunga mawar. Haha. Ada kaitan ke? Haha.

Dengan ini, saya, Wan Nursyima Emi dan pasangan, Wan Mohd Hafiz ingin mengundang dan menjemput rakan-rakan dan semua kenalan kami dekat dan jauh untuk sama-sama memeriahkan majlis kami seperti berikut:




SYIMA
Date : 10 Jun 2010 (Khamis)
Time : 12.30 pm - 6.00 pm
Venue : PT 338, Kg. Sedar, 16200 Tumpat, Kelantan.

HAFIZ
Date : 12 Jun 2010 (Sabtu)
Time : 12.00 pm - 6.00 pm
Venue : Lot 1540, Kg. Berangan Masjid 16200 Tumpat, Kelantan.


P.S : Kepada rakan-rakan dan kenalan yang nak kad jemputan kami dan peta, sila email ok.

Wednesday, May 12, 2010

Wedding of The Year

Dulu masa awal-awal survey butik pengantin, ingat gatal nak tempah baju nikah dengan Arma Abd Rahman. Arma ni yang buat pelamin dan baju tunang untuk Aida gadis melayu. Ala yang tunang dengan personaliti TV3, Nizam tu. Lagi la korang tak kenal sape Nizam ni kan. :)

Ni pon, aku berkenan dengan pelamin si Aida so google sape yg buat. Kalo tak, tak tahu lagi dek non sape Arma ni. Hehe. Sorry Arma ye, sekarang dah kenal :) 

Let's check out the creativity of Arma Abd Rahman here ..

Gambar dicelok dari blog Arma
Kak Shila dan Arma

Kak Shila, Abang Er dan Arma


Cousin encik tunang, Abang Er dan Kak Shila tempah semua dengan Arma ni. Cantik si Arma ni buat guna fresh flowers. Make up, pelamin kat dewan dan pelamin rumah Abang Er, baju nikah, baju untuk sambut menantu semua Arma buat and sangat gojes u know. 

Sila lihat photo sebagai bukti. Gambar di bawah adalah semasa majlis sebelah Abang Er. Gambar-gambar lain update later ok. Enjoy the pictures!


  







Suka gambar ni.. Comey Abang Er suap pak mertua. hehe







Congrates Kak Shila & Abang Er!


Related Posts with Thumbnails