Showing posts with label berpantang. Show all posts
Showing posts with label berpantang. Show all posts

Thursday, March 30, 2017

BERPANTANG KALI KEDUA.

Aku decide untuk berpantang betul2 kali ni. Nak cari produk yang boleh buat badan rasa best masa berpantang dan lepas berpantang.. tak cepat letih.. Kalo boleh, masa berpantang, aku nak rest betul2.. Aku pernah baca, kalo kita sanggup berabis beratus2 (or beribu2) utk persiapan baby, kenapa sayang nak berabis jugak untuk diri sendiri. Kalo berkemampuan, boleh upah orang datang rumah untuk buat semua - urut, bertungku, sediakan air mandi, mandikan dan urutkan baby, sediakan makanan, basuhkan baju.. tapi kalo tak mampu, cari pakej yang basic..


Sekarang memang banyak pakej confinement lady ni. macam2 diorang offer. siap ada half day, full day dan stay in. Janji fulus lebat hahaha.. tang ni tak berapa lebat.. Pastu siap ada yang buat pakej makanan berpantang. Boleh tahan harga aku tengok. rm60 per day. Tapi beli barang basah untuk orang berpantang ni memang mahal. Sebab bukan semua ikan or sayur boleh makan. Kena pilih dan harga pon bukan murah. Kalo nak sedap, beli salmon.. berapa seketoii oiii.. Pendek kata semua benda yang berkaitan dengan berpantang boleh buat duit sekarang. Bagi aku ok jugak.. Kalo yang dok jauh dengan family at least ada la option kan.. Takde la terkapai berdua dengan laki. Kalo dapat laki yg jenis memang jaga ko, ok la. Kalo jenis malas, sedih ko..



Kali ni aku decide nak try NONA ROGUY.


Kat FB famous kak bidan ice.. so aku terpengaruh dengan info2 yang dia selalu share. Orangnya muda lagi dan ada spa urut2 semua ni dan memang kat spa dia guna produk NR.


Masa kandungan aku baru masuk 37 weeks, aku pergi mengurut pakej mak yong kat spa dia kat Seksyen 25.. Nama spa tu Blessed Beauty. cer la search kat FB.. dekat je dengan rumah aku. Masa tu plak aku terkena buasir lagila nak pergi try pakej mak yong.


Pakej Mak Yong rm70
Rawatan buasir rm50


Masa ni jugak aku terus beli set NR. aku tak beli yg set penuh NR yg 6 items tu. aku beli loose dan siap topup macam2 lagi.



Tak salah aku aku bayar rm320 untuk semua. 
Akar herbanika tu pon aku amek yg 15 uncang. 
Minyak herbanika aku amek yg 130ml..
Pastu amek nu3med, phyto vagin, herbal balm, phyto plus.. semua ni takde dalam set bersalin NR. 


Semua memang aku guna cuma herbal balm dan phyto vagin masih ada.. guna skit2 je.. Yang lain2 siap beli lagi.. dan sampai sekarang aku masih amalkan air akar dan phytonatal.. Aku ada baca kak ice bagitau, air akar ni ibu untuk produk2 NR ni (yang untuk makan) .. Kalo ko nak amalkan phytonatal, ko kena amek jugak air akar.. Kalo takde bajet untuk beli full set, boleh phytonatal dan akar herbanika sahaja.. 2 ni pon dah cukup..


Ramai yang ingat phytonatal ni untuk masalah sembelit semata2.. tapi sebenarnya lepas aku baca, rupa2nya memang banyak jugak la kebaikan phytonatal ni.. antaranya, untuk seimbangkan hormon dan sistem badan.. pompuan kan memang berkait rapat dengan hormon, bila hormon tak stabil, boleh kacau banyak benda.. haid atau nifas jadi tak teratur.. lepas tu, dia tolong buang lendir2 dalam badan dan rahim.. kira kasi keluar semua la.. tolong cuci.. air akar tu pulak kalo kita ada masalah gemuk air, dia memang tolong sgt2.. dan paling best badan kita tak cepat penat.. dan kalo diamalkan lama2 bau badan pon takde.. tak payah pakai deodorant.. hahaha.. yelah, kalo semua toksin dalam badan dh keluar.. badan pon rasa segar je..


So far apa yang aku sendiri rasa..


Badan tak cepat penat.. Kalo kat opis, aku memang tak rasa mengantok.. 
Then, sistem penghadaman aku pon ok.. buasir dah sembuh..
Cakap pasal buasir ni, masa dalam pantang, aku titiskan skit minyak herbanika kat pad untuk legakan luka jahit bawah tu.. boleh cepatkan luka jadi baik jugak.. dan paling best buasir aku sembuh.. 


Selain NR, aku jugak amalkan shaklee.. aku just ambik vitamin C dan ostematrix. 
Serius best dua2 ni.. Vitamin mempercepatkan luka sembuh.. Ostematrix ni boleh melembutkan najis tau.. bukan bekalan kalsium semata2.. boleh legakan migrain dan kurangkan stress.. kurangkan kebas2.. nak amalkan masa mengandung pon boleh..


Kalo ada sapa2 yang berminat nak dapatkan set bersalin NR or nak beli loose, aku ada jual.. 
Shaklee pon aku berjinak2 untuk aktif sebab aku nak fokus jual set bersalin sekarang..
Boleh whatsapp aku 019-9593125.. 
atau boleh click link ni http://www.wasap.my/60199593125




Related Posts with Thumbnails