Showing posts with label Special Day. Show all posts
Showing posts with label Special Day. Show all posts

Sunday, February 12, 2012

27th Birthday Celebration


Subak, Dine With Nature


Wednesday, September 21, 2011

Ahli keluarga baru. my niece dan bakal biras ;)

Alhamdulillah, walaupon belum bergelar ibu, 21 September 2011 aku dah bergelar ibu saudara to my niece. anak adik ipar i. welcome baby girl (tak ada nama lagi..hehehe) to this lovely family.




memang semua tunggu kelahiran ni sebab you're a baby girl. kalau baby boy, tunggu gak tapi tak se-excited macam ni. boleh? hahahaha..

oh ya, yang ni pon bakal join keluarga in-law. congrats mimi. nanti ada geng la..


congrats to both of u :) 


Thursday, June 9, 2011

Our First Wedding Anniversary

9 June 2010 - 9 June 2011


Today is our first wedding anniversary.



No one else would understand our relationship,
and no one else in this world would understand me the way you do.
Happy 1st Anniversary, my sayang, WAN MOHD HAFIZ!


Semoga perkahwinan ini diberkati oleh-Nya. 
Dan doakan kami semoga cepat-cepat dapat baby :)




Friday, June 3, 2011

Sejuta Belia Di Putrajaya

Korang pergi tak hari belia di Putrajaya last weekend? cerita dah basi pon kan. hari ni baru ada masa nak bercerita. aku memula memang tak plan pon nak pergi sebab malas, panas dan ntah memang malas. tapi since apiz kena tolong kawan bos dia jaga booth Cebe, so aku pon saja la follow. lagipon apiz jaga kejap pon. pergi pon dah lambat, 3.30 kot sampai kat putrajaya.


aku jalan separuh je. banyak gak booth. orang cakap kalau datang hari sabtu lagi meriah sebab PM datang. orang pon ramai dan jalan memang sesak. nasib baik aku tak pergi hari sabtu. hahahaha.. tapi walaupon tak pergi semua, aku tak pulang dengan tangan kosong tau.. hehehe..


 hahahaha..


masa aku tengah jalan tu, ada satu produk sedang buat promosi dengan buat kuiz. kalau jawab dengan betul, dapat hamper. dan masa tu, tak ramai pon orang sebab tu aku join. hehehe.. nama produk tu, softfea. 





ada chandelier tu.... 





















ada pertunjukan payung terjun.. tapi masa aku tengok tu dah nak habis dahh...










sekian sahaja laporan saya untuk hari sejuta belia :)


Sunday, May 8, 2011

Celebrate Birthday Syila yg ke 23

Pagi tadi aku dengan hafiz bangun pagi2 nak pergi Giant Bandar Kinrara, nak beli barang buat spagetti. Plan nye nak celebrate birthday adik aku, Syila secara kecil-kecilan kat rumah. pastu pikir  otw balik nak singgah kat bakery shop beli kek. Masa nak sampai Giant, adik aku, Ngoh call nak join gak, awal2 tak nak join - ada hal katanya. So, dia nak sponsor kek Secret Recipe. aku suruh hafiz drop aku kat Giant dan terus pergi ambil Ngoh kat rumah dia di jalan klang lama.


Dalam sejam gitu, aku shopping apa yang penting je, barang2 nak buat spagetti dan sedikit jajan. bayar dan terus call hafiz suh datang ambil aku - tapi aku tertinggal hp kat rumah so bergegas cari public phone. pelik ke mamak surat khabar tu, bila aku tanya kat sini mana public phone...hahahaha. tapi rupanya hafiz kat kedai secret recipe lagi dengan Ngoh. orang ramai beratur nak beli kek sebab nak celebrate Mother's Day. kami je yang nak celebrate birthday. Masa orang secret recipe tu tanya nak tulis mother's day ke atas kek, Ngoh cakap "Ehhh, tak. tulis happy birthday.. hehehe".


Pastu bila hafiz dan ngoh sampai, diorang nak pergi Shah Alam pulak ambil adik aku yg sorang lagi dok belajar kat UITM. Terus gerak, 15-20 minit sampai terus balik rumah. masak2, buat air segala bagi. so hasilnya....



ok, sebenarnya bukan tulis happy birthday. HAHAHAHA.






ada spagetti, kek, rojak buah mangga, keropok, kacang, air bandung longan. semua licin kecuali kek dibantai 5 orang manusia 'giant'.. hahaha. 


SELAMAT HARI LAHIR La, yang ke 23.
Semoga murah rezeki, dan happy sokmoooo ;)


p/s: semua pic makanan je sebab kami semua dalam keadaan yang 'tidak mengizinkan' utk tontonan di sini ;p

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU, Umi, Mama dan Mak

Tiada kata seindah bahasa dan secantik lukisan yang mampu aku gambarkan betapa agungnya kasih sayang mereka menjadi Umi, Mama dan Mak dalam hidup ini.


Aku berdoa semoga mereka sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik agar mampu dan sempat melihat aku dah hafiz lebih berjaya, insya Allah.


Semoga mereka dipanjangkan umur agar mampu melihat bakal cucu-cucu mereka membesar, insya Allah.


Sesungguhnya, kasih sayang dan cinta seorang ibu abadi bersemadi selagi hanyat dikandung badan.


Ya Allah.. thank you, thank you very much (speechless)...



 My MAK, my UMI, my MAMA






Special to Umi,

Terima kasih mi, sebab sabar menjaga kami 5 beradik, terima kasih mi sebab sabar menempuh segala dugaan ni bersama-sama. Orang lain hanya mampu melihat keperitan, kesusahan umi.. tapi hanya KAMI, anak2 umi yang mampu menyelami 'kesakitan' umi. Umi, kami sentiasa di belakang umi walau apapon yang berlaku. Umi lah pendengar setia, penasihat yang hebat malah penerima nasihat jugak. Kami tetap bersama umi tak kira susah dan senang. Kami sentiasa berdoa agar diberi kesempatan agar dapat meringankan beban umi kerana kami tahu kami tak mampu nak membalasnya. Ya Allah, berkatilah Umi kami ya Allah..



Mama,

For me Mama adalah ibu terbaik buat umi, dan kami juga. Terima kasih atas segala-galanya. Kerana menjaga umi kami dan menjadikan umi kami yang terbaik dalam hidup kami. Mama lah yang bersusah payah selama ini. Walaupon banyak onak dan duri sepanjang membesarkan umi dan kami.. kami tahu Mama memang tabah. WE LOVE YOU, Ma.


Mak,

Walaupon Mak hanya ibu mertua tapi for me, Mak tetap seperti Umi dan Mama. Selagi hayat dikandung badan, Mak akan tetap Mak kak long. 


Saturday, March 19, 2011

Congrats Pie. Awak Cantik Sangatttt...

Selamat menjadi tunang orang, Pie :)


Congrats tau. Sori sangat-sangat tak dapat hadir majlis tu. Lagipon rasanya majlis family-family je kan.. Insya Allah, kahwin nanti jemput tau. Kalau tak de aral melintang, saya pergi.



Pic taken from Pie's fb

Awak cantik sangat hari tu, Pie.


Saya doakan jodoh awak dengan Fairuz kuat dan berkekalan sehingga ke akhir hayat.. Aminnn..


P.S: Pie ni pandai mekap tau. Boleh terjah her blog kat sini.

Tuesday, March 8, 2011

Happy Pioneer Day Scippians!

8 Mac 1998 - 8 Mac 2011 = 13 years.

Wah dah lama gila kita semua (scippians) tinggalkan bumi Pasir Puteh, Kelantan. Tak sangka, cepat gila masa berlalu. Sudah 13 tahun sekolah kesayangan kita, Sek. Men. Sains Pasir Puteh berdiri teguh sebagai salah satu sekolah berasarama penuh (SBP).


Hari ini, 8 Mac 2011, merupakan pioneer day for us, Scippians.


Dan 8 Mac juga disambut as Hari Wanita Sedunia. What a coincidence right as our school is a girl school :)


To all scippians, 

Happy Pioneer Day!!!


Let's share some comments in Pioneer of Scipp Group.







Poskad pertama keluaran SCIPP ;)


SCIPP today.



Form 3: Had dinner @ Restoran Sham, KB 


Last but least, our lovely teachers.

Puan Zawinah, Encik Azmi, Puan Wan Som
Encik Sulaiman, Encik Hamdi, Pengetua Bonda Maznah dan our superwoman HEM, Pn Sham.


Walaupon kita semua sudah ada life masing-masing, tapi kita masih orang yang sama. Berkongsi kisah suka duka yang sama sewaktu dulu. Aku harap kita semua akan tetap berkawan sampai bila-bila k. 


We are the pioneer!!!



Saturday, February 12, 2011

HAPPY 26TH BIRTHDAY to me!

Happy 26th Birthday to meeee ;)



Tengah malam 12 Feb semalam dah keluar makan. Gambar later la. 


Just wishing:

1. Dapat better job, or better opportunity in career life.
2. Saving more and moreeee.
3. Get pregnant this year (if this month lagi la suka). Doakan kami ya :)
4. Nak kurussssssss. Lepas kahwin, berat ni tak nak turun tapi naikkkkk je. haha.


Cukup la 4 dulu kot. Kita kena realistic kan. Impian memang banyak tapi by this year, susah nak capai so tak payah nak target tinggi melangit kan. Kalau boleh capai keempat-empat wishes ni, alhamdulillah. Dan korang semua doakan kami yaaa.

 

 

 

Tuesday, January 11, 2011

Happy Birthday Syggggg!





Happy 26th Birthday my dear sayang...


Another beautiful date in my life, 11-1-11.


Monday, January 3, 2011

December Wedding

Banyak gila wedding yang aku kena pergi sepanjang Disember lepas. Ada yang mampu pergi dan ada juga tak dapat pergi.. Kalau boleh nak pergi semua wedding koranggg tapi masa dan keadaan tak mengizinkan. Korang jangan marah-marah tau. Nanti cepat kerepot... hahaha.

2nd week (11-17 Dec 2010)


Zarith & Khoiri -  bestfriend dari sekolah rendah.



Azwa Ayuni - SCIPPian

Aku jeles korang semua boleh pergi wed naam ;)


Fana - UM

 I love your wed dress. sgt cantikkk...


Alwani & Fard - UM 


Cantikkan wedding deco dorang kan kan?? sweeettt sgt.


Mashud & Tatie - Kolej 8, UM




3rd week (18-24 Dec 2010)

Faisal - SKB1




4th week (25-31 Dec 2010)


Yana (adik ipar) & Pije




Khairul & Yan - SKB1




Wish aku:

Semoga korang semua berbahagia sehingga ke syurgaaa.. Dan dimurahkan rezeki selalu. Semoga cepat-cepat dapat baby ya. Nanti anak-anak kita semua masuk sekolah sekali..ngeh ngeh.. 


*** Gambar cilok dari FB masing-masing :)
Related Posts with Thumbnails