Showing posts with label Special Day. Show all posts
Showing posts with label Special Day. Show all posts

Saturday, September 18, 2010

Raya Puasa 2010

Hampir seminggu lebih aku tak update blog. Sepanjang dok kat kampung memang takde mood nak mengadap laptop dan internet. Tambah-tambah tahun ni memang busy sebab ada dua rumah. Ni kira nak bayar hutang la nak stori mori pasal perjalanan balik raya dan sambutan raya yang serba ringkas dan sederhana.

Perjalanan balik kampung hari tu memang berjalan lancar cuma jam jugak la kat sesetengah tempat macam kat Highway Karak, Bentong dan Raub. Memang kami saje pilih hari Selasa sebagai perjalanan pulang ke kampung sebab confirm-confirm Rabu ramai yang nak balik. Mostly, kawan-kawan aku decide nak balik hari Rabu sebab kemungkinan besar raya jatuh pada hari Jumaat. Cuti pon bukan boleh ambil awal-awal sebab nak ambil cuti panjang lepas raya. Kebetulan, lepas raya ada satu lagi cuti umum, Hari Malaysia. So, ramai yang terus sambung cuti sampai hujung minggu ni. Berbalik kepada kisah balik kampung, punya lah plan nak bertolak lepas Asar petang 7 September tu tapi dok main sana, dok main sini, kemas itu kemas ini, officially pukul 12.00 tengah malam jugak kami bertolak dari Gombak. Hehehe.

Pukul 3.50 pagi, kami singgah bersahur di Kuala Lipis. Saje stop awal sebab tengok ramai yang balik confirm-confirm ramai nak bersahur. Kalau nak kira pengalaman lepas-lepas, makanan cepat habis. Dan.. memang betul firasat aku, kami adalah orang terakhir yang dapat order makanan kat kedai tu. Tu pon, nasi goreng dengan telor mata je. Masakan panas yang lain semua 'sold out'. Memang murah rezeki akak kedai tu malam tu. Masa kami dok tunggu makanan kami tu pon, ada lagi 4-5 family yang singgah nak bersahur tapi keluar balik sebab makanan dah habis. Time tu dah pukul 4.30 pagi.

Setelah menempuh perjalanan hampir 10 jam (2-3 jam lewat dari biasa), kami selamat sampai ke kampung halaman. Rindu gile aku sebab ni adalah first time balik kampung selepas selamat jadi wife orang. Excited jugak la nak balik dua rumah ni. Mana nak dituju dulu pon pening. Masa on the way tu, kejap-kejap nenek aku call, kejap-kejap umi aku sms, kejap-kejap mak mertua aku call.. Aku dengan encik suami dah pening nak tuju rumah mana dulu. Haha. Sapa cakap kalau kahwin orang dekat-dekat takde masalah. Ni la masalahnya kalau kahwin dengan orang kampung dekat-dekat.

Memandang kami tiba hari Rabu, raya jatuh hari Jumaat, kami decide sehari buka puasa kat rumah umi, sehari berbuka kat rumah mak. Complicated jugak kepala ni dok memikirkannya. Bila dah sampai, kami decide nak berbuka di rumah mak (rumah encik suami) dan tidur kat situ. Siap salam-salam dengan family belah encik suami, kami ke rumah aku pulak, jumpa umi dan family aku pulak. Lepas tu, terus pergi rumah mak mertua nak prepare juadah berbuka. Nasib baik tak kena masak sebab Abah (bapa mertua) janji nak belikan nasi kerabu kat KB (Kota Bharu) sebagai menu utama berbuka. Mungkin Abah pon paham keletihan kami baru sampai dari KL, dah la perjalanan lama dari biasa. Lepas tu, terus gerak pergi bazar ramadhan kat Wakaf Bharu. Memang ramai gila orang dan sesak gila. Bazar ramadhan kat Wakaf Bharu ni memang tempat wajib aku pergi kalau nak cari murtabak mini atau orang Kelantan panggil, 'murtabak kecik'.

Lepas berbuka, aku tertidur dan pukul 11.00 malam terjaga balik. Punya lah letih sebab selepas sampai dari KL masih tak berehat. Pagi tu, waktu sahur dapat merasa menu sahur paling best kot aku makan sepanjang sahur ramadhan kali ni, siakap tiga rasa buatan mak mertua. Hehe. Anak menantu tak sempat nak menolong.. letih sangat. Lepas sahur dan solat Subuh, sambung tidur balik sekejap sampai pukul 8.00 pagi. Punyalah letih memang mata tak leh nak tahan dah. Dok tertutup je.

Petang tu, aku balik ke rumah umi. Bestnya boleh tidur atas katil sendiri. Hahaha. Rumah aku, katil aku, rumah encik suami, katil encik suami la. Mana sama :) Ngehehehehe... Family makcik aku yang dok kat Shah Alam pon sampai petang tu. Dapat la kami berkumpul ramai-ramai sebab tahun lepas, dorang tak dapat balik sebab beraya di Kedah (belah suami makcik). Tahun ni kira bonus la sebab semua ada termasuk encik suami merangkap orang baru dalam family kami.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

1 Syawal 1431 Hijrah

Lepas solat Hari Raya Aidilfitri di masjid kampung aku, kami terus pergi beraya di rumah nenek aku, Mama. Semua berkumpul kat situ. Sorry ye punya la syok makan takde gambar diambil. Kalau ada pon dalam kamera adik aku. Lupa nak ambil. Lepas bermaaf-maafan dan bagi-bagi duit raya, kami terus beramai-ramai pergi beraya dengan jiran di sekeliling.

Lepas tu, dalam pukul 11.00 pagi terus aku dan encik suami terus balik ke kampung encik suami. Dekat je pon, 15 minit pon tak sampai. Sayu je rasa first time beraya dengan family belah encik suami. Aku rasa macam dah hampir lengkap hidup aku, dah ada suami, mak dan bapa mertua serta adik-adik ipar. Sekarang ni, harap-harap ada rezeki nak dapat 'orang baru'..

Gambar -gambar ni bukan first day Raya, ni raya ke-7 dah :) Baju raya pon dah basi.





Sekali lagi, 
SELAMAT HARI RAYA SEMUA.
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
daripada kami, 
Syima dan Hafiz.


Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H


 Di kesempatan ini, 
saya ingin mengambil peluang setahun sekali je ni untuk mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Minta halal semua yang termakan terminum, terpakai, terumpat, terkeji... 
Semoga kedatangan Syawal kali ini membawa 1000 sinar kepada kita. 
Moga-moga kita semua akan murah rezeki. Aminn.

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan al-Mubarak


Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua umat Islam dan pembaca blog petaibududurian ni :) Semoga kedatangan Ramadhan kali ini membawa 1001 rahmat, keberkatan dan pengertian dalam hidup kita. Sesungguhnya, kerjakanlah ibadah kita sebaik-baiknya seolah-olah ini adalah Ramadhan terakhir kita. Sentiasalah bersyukur dengan izin-Nya, dapat kita sekali lagi melakukan ibadah puasa di bulan yang penuh barakah dan keberkatan ini. 

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431H.

P.S: Ini pengalaman pertama aku menyambut Ramadhan sebagai isteri :)



Saturday, July 24, 2010

Selamat Bertunang, Eena!

Selamat berhujung minggu semua..

Hari ni, 24 Julai 2010 adalah hari bersejarah bagi kawan baik aku, Eena. Selamat Bertunang, Eena! Aku doakan ko cepat-cepat naik pelamin. Kalau boleh, tahun ni ye kahwin.. Hehe. Tak pon tahun depan okay. Semoga jodoh ko dengan Ameir akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Eena, one of my best friends yang aku ada kat dunia ni. Kenal minah ni masa belajar di UM. Sebenarnya, kami satu matriks di Penang dulu tapi tak penah kenal pon. Last-last kenal kat UM jugak. Kami selalu hangout sama-sama dulu. Sekarang dah kurang, kurang sangat ;( Masing-masing ada komitmen yang berlainan. Tapi aku harap persahabatan kami ni will never last forever okay =)

Layan gambar-gambar kami okay. Eena ni gila kamera, gila bergambar. Aku? Aku tumpang sekaki je..Hehehe...


PD. 2005 kot. Penat gokkkss. Haha. On da way balik KL


OU eh?
Tioman Island. Mac 2008

Konvo UM. Ogos 2008
Ko nak cium aku. Erkkkk.. Aku rimas la eena. Hahahaha

Jakarta. Julai 2009. Bila lagi nak g weh?? =)

Actually, ada banyak lagi koleksi gambar aku dengan Eena. Tapi semua dalam CD kat kampung. Walaupon dah jarang jumpa tapi kami still keep in touch. Facebook kan ada, YM ada, Google Talk ada, handphone pon ada... Hehe. Till then, hopefully, ko happy sokmo okay. =)

Aku minta maaf tak dapat datang majlis tunang ko. Keadaan dan masa tidak mengizinkan. Harap ko maapkan aku ye ??? Jumpa nanti okay? Ko belanja aku steamboat la weh..wakakakakak


Sunday, June 20, 2010

Wedding of The Decade


Hari ini genap 1 minggu, 4 hari aku bergelar seorang isteri kepada suamiku. Masih dalam mood masam manis perkahwinan. hehe.. =)

First thing kat sini, aku nak ucap a BIG THANK YOU to

Family. Parents, adik-adik, Cik Ni sekeluarga, Pok Cik sekeluarga. 


*** Sila abaikan pengantin yg tembam ye.. Hihi 

Semua sanak saudara jauh dekat yang banyak tolong kami sekeluarga. 




Jiran tetangga.  Ni sangat penting sebab tanpa korang semua majlis perkahwinan tak akan berjalan lancar.  

 
 
Korang memang best laa..


   Scippians
 
 Awanis, Ajah, kakak Awanis (lupa nama, sorry kak). Kat depan, Zack, Che Poh & Pia, Fazah

Aiman & wife, Era & her bestfriend

Kawan @ Sahabat. Thanks sebab sudi datang. Kawan-kawan dari sekolah rendah, menengah, zaman matriks, UM dan juga my penpal. Kehadiran dan hadiah korang semua amat dihargai. Thanks to Fazah, Zack, Che Poh, Zarith, Jijah, Farah, Che Da, Mawaddah, Sue, Timoh, Jenny, Aiman, Era, Mat Bond, Che Som, Zuriaty, dan semua (sorry beb tak dapat nak sebut semua sebab ramai sangat). Korang semua memang best dan happening! 


 Pengantin vogue dengan Zarith gediks. Hahaha

Special thanks to my pengapit, Fazah. Terima kasih sgt-sgt mu sudi datang jauh-jauh semata-mata nak jadi pengapit aku. To Zack, thanks datang rumah aku tolong apa yang patut. Che Poh, terima kasih Poh mu sudi mari rumah aku hantar dua anak dara tu. Hehe. Zarith, terima kasih teman aku pergi KB Mall shopping last minute. Untuk pengapit encik suami, Keyo, terima kasih sebab sanggup beli baju melayu purple sendiri. Hehe  

Cikgu-cikgu kami. Cikgu Sarimah, Cikgu Ibrahim, Cikgu Zarina, Cikgu Rahim, Cikgu Khabsah, Cikgu Rashid, Cikgu Hussain Bistari, Ustazah Zaidah, Ustazah Jaradah dan semua cikgu Sekolah Kebangsaan Berangan (1). Terima kasih cikgu sudi datang. Terima kasih atas pelawaan ke rumah cikgu-cikgu lepas kenduri. Walaupon tak dapat pergi semua, insya Allah akan kami penuhi pelawaan cikgu-cikgu raya nanti.  

Kawan yang tak dapat hadir. Terima kaseh atas semua ucapan dan permohonan maaf. Hehe. Janji, hadiah kena ada. Haha.
    Alhamdulillah, berkat doa korang semua, semua majlis berjalan dengan lancar. Dari majlis akad nikah, kenduri sebelah aku sehingga kenduri encik suami, semuanya sangat meriah.

    Credits to Era for this picture


    P.S : Later, i update untuk semua majlis OK. Thanks to ALL =)

    Tuesday, June 1, 2010

    Sudah Genap Setahun

    Sudah genap setahun aku menjadi tunangan kepada Encik Wan Mohd Hafiz.
    Tanggal 31 Mei 2009 aku telah sah menjadi tunang orang. Hoho..


    Time raya.
    Tiap-tiap tahun dtg raya pakai melayu tu! hikhik.
    Jgn marah noo

    Ali cafe tepi bomba

    KL-Tg.Malim, 5 jam. Logik tak?? Haha

    Konvo UM.
    Bear besar tu org lain bagi. :)


    Kami pon dah nak kahwin pada 9 Jun 2010 ni.. Tak lama dah. Diharap perkahwinan ini nanti akan berkekalan hingga ke syurga. AMIN.

    P.S: Sepatutnya post ini dipost semalam tapi memandangkan semalam tak ada internet connection, hari ni baru leh post.

    Sunday, May 16, 2010

    Today is Teacher's Day

    Selamat Hari Guru!

    Selamat Hari Guru especially to my beloved supermom, Ummi, Hjh Hasnah Hanafi.

    Selamat Hari Guru kepada adikku, Syana a.k.a Ngoh.

    Selamat Hari Guru kepada guru-guruku, cikgu-cikgu dari Sekolah Kebangsaan Berangan, Sekolah Kebangsaan Berangan (1).. especially kepada Cikgu Abdul Rahim, Cikgu Ibrahim, Cikgu Khabsah, Cikgu Sarimah, Cikgu Che Mokhtar, Cikgu Robaun, Sir Zubir, Sir Eh Sin, Sir Kamaruddin.

    Selamat Hari Guru kepada guru-guruku di Sekolah Menengah Sains Pasir Puteh..espeacially Cikgu Zarinah Sulaiman, Cikgu Rozaidi, Cikgu Wang, Ustazah Zarinah, Teacher Cik Nasirah, Puan Shamshiayati, Bonda Maznah, dan tak lupa Ustaz Nasir..

    Selamat Hari Guru kepada tenaga pengajar di KMPP, Kepala Batas, especially kepada Teacher Hayati...

    Selamat Hari Guru kepada pensyarah dan tutor di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, UM especially Prof Madya Salimah Mokhtar, Puan Suraya Hamid.

    Dan tidak lupa kepada rakan-rakan yang telah memilih guru sebagai profession, Zarith, Azza, Nanie, Zack, Niza, Aswani, Farah, Eni, Ee, Dilla, Lynn, dan semua yang lain-lain.

    Selamat Hari Guru kepada semua guru yang pernah hadir dalam hidup saya.
    Terima kasih atas segala-galanya.
      
                                                        


    Lencana sekolah aku.. Hehe
    Related Posts with Thumbnails