Tuesday, November 17, 2015

Haziq 8 bulan

Makin lama makin lambat aku update pasal Haziq.. Huhu.. Awal2 dulu konon2 mcm nak update pasal perkembangan Haziq at least sebulan sekali tapi hampeh.. Momentum nak menulis macam dulu2 dah takde..



My cheeky Haziq 


15/12/15 nanti ada appointment jab for 9 months.. Tak sangka pejam celik pejam celik dah nak 9 bulan Haziq.. Sekarang dah panjang akal.. Ada je benda2 baru yang dia buat.. Dah boleh berdiri lepas tangan.. Pastu tak pandai seimbang jatuh terduduk pastu gelak2.. Pang nak? Haha.. 



Ni tengah bagi Haziq makan bubur nasi dengan brokoli kot.. Dah lupa dah.. Banyak gak menu yang aku masak dan ulang2.. 




Ni aku masak pumpkin.. Haziq suka.. 














Monday, October 19, 2015

Haziq dah 7 bulan...

Cepatnya masa berlalu..
Rasanya baru je cerita pasal Haziq 6 bulan, hari ni dah 7 bulan..
Terlalu banyak pengalaman baru, gelagat baru hari ke hari..
Gigi dah tumbuh 2 batang kat bawah..
Mami doakan awak sentiasa aktif, sihat, comel hihi..
Semoga Wan Haziq Darwisy menjadi anak yg soleh di dunia dan akhirat..

#17102015

















Wednesday, September 16, 2015

Haziq 6 bulan

Esok haziq dah 6 bulan.. 17/09/2015..



Gambar kabur.. tapi nak jugak letak sebagai kenangannnn.. ;p


Lama tak update cite kat sini.. bukan malas..
Tapi masa yang sangat mencemburui aku..
Busy dengan business pon ya jugak..
Sejak aku aktif (secara kecil-kecilan) buat business Tupperware ni, masa makin terhad..
Balik kerja lepas amek Haziq, layan dia kejap.. hilang segala penat tengok muka anak yg cute tu hihi..
Lepas Haziq tido, aku akan cepat pack barang Tupperware yang diorder untuk dipos..
Nak membungkus barang Tupperware ni take time jugak kalo kena barang yang besar-besar..
Kalo yang size sederhana dan kecik ok je cepat masa nak pack tu..
Kalo yang besar-besar, kena adjust elok-elok, cari kotak yang sesuai..
Tapi serius aku enjoy.. sebab aku suka Tupperware..

Ni free gift masa g annual event Tupperware..
Banyak kan.. ada aku simpan, ada aku jual balik hehe..


Alhamdulillah, most of Tupperware product kat rumah aku ni, aku dapat free..
Hasil challenge yang HQ bagi, BCO (stokis) bagi, upline bagi dan pelbagai hadiah dari event yang pernah aku join.. selalu jugak aku menang lucky draw..


Sekarang ni aku tengah prepare bubur nasi untuk Haziq.. siang tadi aku dah buat puree apple..
Dah siap buat stok dah pon..
Kena banyak bertanya lagi aku bab masak makanan anak ni..
Aku suka jugak google tapi at the same time aku tanya gak kawan or family yang lebih berpengalaman..
Yang mana aku rasa senang dan memudahkan aku, aku dahulukan..
Yang mana aku rasa merumitkan aku, aku kemudiankan..
Yang mana aku patut dahulukan walaupon susah, aku cuba buat yang terbaik..
Takde ibu yang taknak yang terbaik untuk anak sendiri kan..


Semalam aku pergi cucuk Haziq untuk yang 5 bulan punya..
Terlewat dari appointment asal sebab department aku kena audit..
Banyak nak kena prepare document..
Misi kat klinik tanya aku nak terus cucuk yang 6 bulan ke?
Aku tanya ada effect yang tak elok tak? --- apa punya soalan la.. haha.. kalo ada bad effect, mestila misi tu tak tanya kan hahaha..
Tapi being a mom, perasaan nak tau tu lebih tinggi dari memikirkan soalan yang bakal ditanya tu soalan 'bodoh' ke atau soalan 'bangang'.. lantak pi la kan.. janji puas hati! :)


Aku ok je nak cucuk 2 jarum terus.. tapi papa Haziq ni macam tak nak..hihi
Tapi sebab aku dah jawab awal2, ok misi cucuk 2 terus la.. dia pasrah... hihi..
Rupanya risau anak demam.. dia plak yang risau lebih kan..
Alhamdulillah Haziq ok je.. aktif dan tak demam..


Perkembangan Haziq sekarang..
- berat 6.3kg, tinggi 63cm..
- dah pandai merangkak...
- dah pandai berdiri dah.. kalo dapat tempat berpaut cepat je nak berdiri.. quite fast untuk umur dia.. tapi mungkin Haziq ni ringan kottt..
- dah pandai nak ikut orang.. kaki jalan ni.. hahaha..





Haziq bersama Pok Din..
selamat bertugas ye Pok Din.. 


Tuesday, August 4, 2015

Pengalaman Melahirkan Wan Haziq Darwisy

Hari ni Haziq dah 4 bulan 18 hari..
Macam cepat gile masa berlalu kan.. 
aku ingat lagi masa tengah berpantang.. rasa lama gilerr tapi bila dekat2 nak abis pantang..
eh rasa macam cepat la plak masa berjalan.. dah nak abis pantang.. 
masa tu rasa jgn la cepat masa berjalan sebab malas nak start keje balik..


Kasi gambar terbaru satu..


Tengok meleleh susu keluar dari mulut.. papa dia snap picture dulu baru lap.. hahaha.. time ni papa yang tolong jaga sebab Ibu Haziq (pengasuh) pergi hospital.. aku kena keje sobs..


Kali ni nak cite pengalaman bersalin sebenarnya.. kang lagi diperam lama2 jadi pekasam..
so.. sebelum aku lupa, marilah aku share pengalaman melahirkan Wan Haziq Darwisy..
Pengalaman yang takkan aku lupakan sampai bila2.
Rasanya aku ada bgtau sebelum ni, aku ada dua due date.
Satu, 10/3/15 dan another one 13/3/15..
Tapi sampaila tarikh 13/3/1 aku masih tak sakit2 lagi.
Pergi check pon, jalan baru buka 2cm.
So gynae bagi tempoh lagi sampai 16/3/15 (isnin). Kalo tak sakit2 jugak dia akan induce aku hari isnin tu nanti. Setiap kali checkup, kena seluk huhu.. Balik confirm akan keluar darah tapi aku ok je tak sakit. So aku stay je tunggu tanda lagi.


Masa tu mak Apis pon dah datang untuk teman aku dan bawa aku balik kampung nanti. Dia risau Apis kelam kabut sorang2 nanti. Dekat seminggu jugak Mak dok umah aku tapi baby masih tak tunjuk tanda2 nak keluar.


Sampaila hari isnin (16/3/15), baby masih tak tunjuk any tanda nak keluar..
So pergila aku serah diri kat Klinik Bersalin Annur, seksyen 6. 
Kalo ikut plan awal, aku nak bersalin kat SALAM, seksyen 19 tapi dekat2 due date aku, boleh plak SALAM naikkan rate harga untuk pakej bersalin. 
Setelah tolak tambah, rasanya dah over budget kami. 
Tu la berangan sangat nak beranak kat private walaupon tak mampu.. hahaha.. 
Kalau baby nak keluar ikut pintu ok la, tapi buatnya baby nak keluar ikut tingkap mana nak cekau..


Bila pergi ke Annur tu, doktor wat CTG dulu.. 
so far, graf semua cantik. baby ok, aku pon ok. 
cuma baby besar skit doktor cakap dah almost 3.4kg. 
Lepas CTG semua, doktor panggil aku, husband dan Mak aku sekali discuss. 
Dia cakap dia rasa tak sedap hati. aku dah overdue dah almsot 1 week dari due date pertama. 
Dia ikut first EDD aku sebab kat buku pink, EDD aku 10/3/15. 
Dia cakap dia boleh je induce aku cuma kalo berlaku apa2 dia still akan hantar aku ke mana2 hospital terdekat. 
So dia cakap lagi bagus aku terus pergi ke hospital senang kalo ada apa2 senang sebab segala kepakaran ada kat sana. 
Kalau setuju, dia nak buat referral letter dan suruh aku decide nak pergi hospital mana.


Dalam hati, aku macam pasrah jugak la. 
Konon nak lari dari SALAM, pastu pergi Annur sebab nak cari yang affordable skit (also nak yang islamik), sekali Annur pon nak 'hantar' aku pergi hospital lain. 
Tapi setelah berpikir, aku decide nak pergi Putrajaya (HPJ).


Sebab.

1. Orang cakap HPJ, hospital gomen paling best hahaha

2. Fasiliti semua lengkap dan canggih dan cantik dan masih baru.

3. Walaupon jauh, aku masih tak sakit dan aku tau aku mesti kena tahan jugak. So pasal jarak tak risau.


HPJ ni setahu aku la, setaraf dengan PPUM - semi gomen. 
Ko kena bayar service dorang dengan harga yang berpatutan, tapi tak semahal private hospital. 
Yang ni dah prepare awal2 sebab memang plan beranak di private tapi last minutes terpaksa tukar plan. 
Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalanya. 
Dan ketentuan Allah adalah yang sebaik-baiknya..


Lepas je dapat referral letter tu, aku call makcik aku dulu sebab nak cakap aku nak pergi HPJ ni. Sebelum ni aku penah tanya dia kalo aku nak beranak di HPJ boleh ke? 
Sebab penah la dengar tak boleh suka2 pergi ke HPJ, sebab tempat sana memang terhad dan memang khas untuk orang2 yang dok di sekitar Putrajaya sahaja. 
Tapi makcik aku cakap, takpe dia akan tolong janji aku setuju nak pergi je. 
Dekat2 nak sampai HPJ makcik aku call cakap boleh terus ke kaunter dan cakap aku nak register sebab dah overdue.


Bila dah sampai HPJ, Apis drop aku dengan Mak kat lobi utama. 
Terkial2 kami nak tuju ke mana sebab ni first time aku datang HPJ. 
Lepas tanya baru tau kena pergi terus ke bahagian Labour room kat sebelah kiri. 
Orang yang tunjuk arah tu suruh aku naik lif untuk sana, tapi bila nak naik lif, mak guard yang jaga area situ tak bagi guna lif, dia suruh aku naik tangga. 
Masya Allah memang rasa geram giler sebab masa tu rasa penat giler dengan aku yang jalan tak laratnye. 
Bayangkan berat aku masa tu dah 80kg ok!! Nak jalan pon seret kaki ye.. 
Tapi malas nak gaduh sebab aku dah tak larat. Lantak ko, semoga terus berdedikasi ye makcik!! 
Mak Apis dah membebel kesian aku kena panjat tangga.



Sampai je kaunter, terus register. Layanan kat sini memang bagus. 
Layanan yang baik, dengan senyuman manis lagi. 
So terus hilang geram tadi. 
Malas nak pikir sebab sekarang nak pikir pasal nak cepat2 beranak je. 
tak sabar dah nak jumpa baby sendiri plus aku pon dah tak larat nak jalan.. 
tapi gerun jugak bila pikir nak beranak ni. 
Nak kena tahan sakit berapa la kalo induce ni.. macam2 dah aku pikir.. 
Lepas tu kena panggil buat CTG lagi. amek berat dan tekanan darah jugak.. semua ok.. graf cantikk.. tapi bila dah selesai nak tunggu kena admit.. 
boleh plak staff situ cakap takde katil kosong.. 
aku kena balik dulu atau kalo nak tunggu kat sini boleh tapi dorang bagi stretcher je dulu.. 
bila pikir, baik balik kan.. nanti bila dah ada katil kosong, dorang akan call. 
Tapi insya Allah akan admit selewat-lewatnya haritu jugak sama ada petang or malam..


Tapi kami tak decide balik rumah terus, ingat nak singgah rumah sepupu Apis kat Equine Park je.. lepak2 sana je la sampai orang hospital call balik.. 
tapi tak sempat aku nak panas bontot, baru lunch.. orang hospital dah call balik cakap dah ada katil kosong.. so terus makan dan pergi balik HPJ untuk admit..


Sampai sana terus register nak admit.. 
kena letak deposit dulu dalam rm800 tak salah aku.. 
tapi Apis cakap dia bagi rm600 je sebab tu je ada dalam wallet masa tu.. 
orang kaunter tu cakap boleh je bayar tak cukup nanti dah discharge kena settle semua bill. 
So masuk la aku ke dalam wad.. 
dah lupa wad berapa.. tapi satu bilik 4 orang dan ada toilet untuk bilik tu.. 
so agak selesa la for me.. 
ni pengalaman pertama aku kena admit ok. 
so as long as toilet yang selesa which is tak payah share ramai2 aku dh ok haha.. 
share dgn 4 orang apa la sangat kan.. 
yang penting toilet dekat bkn hujung2 wad macam biasa aku tengok.. 
dulu aku pernah temankan adik aku admit sebab kepala lutut dia retak accident motor kat HUSM Kubang Kerian.. 
toilet wad kat hujung wad.. 
kalo malam2 nak pergi toilet memang agak malas la hehehe.. 
tapi ni satu bilik satu toilet. suka aku.. berbaloi la dengan bill ko bayar apa..


Masa tu Apis and Mak Apis yang teman aku.. 
tapi nanti dorang kena balik tak boleh nak teman aku.. 
kat situ memang tak boleh teman.. sedih aku.. tapi takpe la.. 
masa admit tu pon dah petang so lepas abis waktu melawat dalam pukul 7 tak salah aku (dah lupa), balik la Apis dan Mak tinggalkan aku sorang2 sob sob.. 
sebelum dorang balik, sempat doktor datang check aku.. 
rasanya doktor pelatih kot.. dia tanya apa aku lupa tapi benda basic2 la.. 
Malam tu dalam pukul 8 tak salah aku (lupa lagi), barulah doktor dan doktor pelatih datang melawat aku.. Masa ni la conflict berlaku.. hahaha.. conflict la sangat.. 
memang la sebab doktor bagi aku option nak beranak normal ke czer.. 
aku dah confuse...
eh boleh pilih ke? sebab setahu aku hospital gomen (semi act), susah nak offer gini.. 
biasa dorang akan suh ko normal dulu unless ko memang bermasalah dari awal so terus elective czer kan..


Bermasalah ke aku? baby aku? 
Doktor tu macam paham kot persoalan kat kepala aku masa tu.. 
Dia pon explain la kat aku.. dia cakap kes aku ni special skit thats why diorang bagi option. 
Dia cakap aku kan dah almost 5 years kahwin, ni first baby lagi.. 
pastu ada pengalaman IUI yang gagal, kira mcm precious sangat so dorang taknak bad things happen.. 
kiranya aku boleh je terus pilih czer sebab kalo nak induce dan tunggu contraction also risky..
 sebab macam2 boleh berlaku.. dilema kejap.. 
aku ni dah la takut nak beranak haha. terus whatsapp Apis, 
tanya makcik aku, 
pastu sempat whatsapp Eena.. 
last2 aku masih tak pasti sampai la pagi esoknya.


Esok pagi (17/03/15), aku bangun agak awal dan bersiap2. 
Semalam dokotr pelatih cakap doktor akan datang around pukul 7. 
giler awal. aku rasa biasa pukul 8 kan hahaha. 
padahal tak pernah admit suka2 je buat assumption sendiri. 
tapi doktor datang lewat skit kot (dah lupa). 
doktor yang datang kali doktor lain dari semalam. 
also bersama doktor-doktor pelatih dalam 3 orang. masa tu doktor tanya aku dah pilih ke? 
aku jawab saya nak try normal. tapi sekali lagi aku suh doktor explain kat aku risiko beranak normal dan czer.. 
pendek kata dua-dua ada risiko.. 
tapi aku rasa aku nak try normal sebab semua encourage aku try normal.. 
tapi dalam hati mcm tak sabar dah nak jumpa baby.. hihi.. 
oleh kerana aku pilih normal dan aku sendiri tak sakit2 pon lagi, doktor bagitau kena induce nanti sebelum pukul 12..


Seperti dijanjikan, sebelum pukul 12, doktor tadi datang balik bersama-sama dengan doktor-doktor pelatih tadi. 
tapi kali ni ada doktor pakar sekali.. 
doktor pakar datang kat katil aku, dia soal doktor pelatih tu semua kes aku.. 
so dorang explain la kat pakar tu..

dah kahwin 5 tahun.. belum ada baby.. first baby..
dah buat IUI tapi failed..
bla.. bla..

sambil2 tu, pakar tu belek2 buku pink aku..
tetiba dia marah kat dokotr pelatih tu semua..
betul ke patient ni dah kahwin 5 tahun.. actually bukan 5 tahun kan..
4 tahun 9 bulan.. 
pakar tu cakap you all kena kira betul2.. 
jangan bila patient cakap 5 tahun, you terima je.. 
kalo kira tahun, mmg 5 tahun tapi doktor ni kena amek kira semua bukan main tangkap muat je (ok, ayat aku ni ada tokok tambah haha)..
pastu, pakar tu tanya lagi, IUI tu apa kat doktor2 pelatih tu.. 
ada la sorang jawab kaedah masukkan sperm lelaki ke dalam dan berlaku persenyawaan kat dalam.. melenting la lagi pakar tu.. 
kesian aku tengok adik2 tu semua.. 
ni la doktor millenium semua yg dikatakan bijak.. bla.. bla.. kena marah lagi.. 
jawapan tu tak lengkap.. 
pastu dia cakap abis tu IVF plak apa, persenyawaan kat luar.. senang betul jawab..


Pastu tetibe doktor pakar tu beralih kat aku plak soal2 aku.. 
tapi nada dia dah bertukar haha.. 
cakap baik je.. pastu last2 cakap, dia nak seluk aku.. 
semalam kena seluk baru 2 cm.. 
sekali dia seluk jalan aku dah buka 4cm.. terus tak jadi induce.. 
terus dia cakap aku kena hantar pergi labour room dah.. 
pastu tanya husband kat mana.. confident je aku cakap ada kat luar (lobby).. 
padahal aku pon tak pasti tapi aku tau la Apis ada kat area hospital.. 
terus aku call Apis.. 
rupanya dia baru je nak balik, nak amek MIL dan adik2 sebab nanti dah waktu melawat.. 
terus patah balik pergi labour room nak teman aku.. 
aku plak, bantai makan dulu sebab masa tu lunch time.. 
pastu nurse masukkan ubat utk membuang. lepas tu dan2 nak ke toilet.. 
nurse siap pesan jangan lama2 takut aku meneran dalam tu haha.. 
tapi lama jugak aku dok dalam tu siap kena ketuk pintu toilet.. 
dah tu perut rasa memulas2 gilerr.. 
tapi aku tak teran la.. lebih kepada layan perasaan hahaha..


Lepas tu terus kena tolak ke labour room.. 
Labour room dia nice jugakk.. 
mata aku melilau je cari gunting dan pisau haha.. apa kes.. 
gerun weh pikir kejap lagi nak kena gunting dan jahit.. 
Pastu doktor masuk check dan kena seluk lagi.. tak suka weh..
 sebab aku dah mula rasa tak selesa kat perut mcm memulas-mulas.. 
CONTRACTION la oii.. 
ini rupanya rasa contraction.. mild contraction ok lagi la.. 
nurse kat situ pon friendly.. 
kena tanya nak amek epidural tak? 
mula2 aku rasa macam tak payah kot.. sekali lama2 dok situ macam tak tahan giler.. 
makin lama makin sakit plak.. 
masa tu dorang dah pasang wayar masukkan air dan pasang CTG kat perut.. 
kejap2 doktor masuk check.. kena seluk lagi.. 
tak suka sebab aku dah sakit, pastu doktor nak seluk.. 
masa seluk nak kena tahan nafas lagi nak bagi kurangkan sakit.. 
terus aku request epidural kang dah 6cm tak boleh amek dah.. 
aku siap tanya ada risiko ke, terus nurse bagi aku brochure utk aku baca.. 
aku baca macam ok je amek epidural ni.. terus nak..tak tahan sakit..


ada satu masa tu, aku mcm rasa nak terkucil giler.. 
mintak dengan nurse nak ke toilet tapi nurse tak bagi.. 
dia cakap tak boleh dik kang awak terberanak dalam toilet.. 
takpe, aku kencing je la atas katil.. 
padahal sebelum tu nurse dah pasangkan tiub kencing dah keluarkan semua air kencing tapi lepas tu aku request dengan Apis nak minum air lagi mau tak rasa nak kencing kan.. 
so aku kencing je la atas katil tu.. 
lepas masuk epidural pon masih rasa lagi skit sakit sebab dorang masukkan ubat nak bagi rasa sakit contraction tu.. 
tapi ok la boleh tahan lagi..


tetibe.. doktor masuk cakap aku kena bedah.. 
jantung baby dah makin lemah.. masa tu macam kelam kabut giler.. 
Apis kena tunggu luar.. 
semua nurse2 dan doktor busy siapkan aku nk kena tolak masuk bilik bedah.. 
aku sign surat pon ketar2.. 
semua macam lipas kudung.. 
pastu kena tolak pergi bilik bedah.. 
sampai sana doktor cakap lagi since aku dah amek epidural, dia akan tambahkan dos ubat bagi aku rasa kebas bawah.. 
tapi macam tak berkesan je kat aku.. 
bila dia check aku masih rasa sakit ke tak, aku masih rasa dia cucuk2 tu.. 
aku rasa ada kot doktor test 3-4 kali.. 
macam tak effect pon untuk aku.. terus dia decide bius full body.. 
lepas tu terus aku tak sedar..




Sedar2 aku kena pindah katil.. 
pastu kena tukar wad, masuk wad yg 2 orang sahaja.. 
masa tu aku mamai lagi.. 
tapi aku boleh dengar suara mak ayah Apis, umi aku, adik2 semua.. 
pastu aku celik pejam celik pejam sebab lalok lagi.. 
tengok ramai giler sekeliling katil aku.. 
tapi dorang tak lama pon sebab waktu melawat dah nak abis.. 
Haziq keluar 5.18pm.. 






tak pasti plak bila aku kena tolak masuk wad.. 
tau2 aku dah mula sedar skit, dorang dah nak balik sebab dah dekat pukul 7pm.. 
pastu nurse bawak Haziq dekat aku suruh breastfeed.. 
ada keluar skit susu.. rasa janggal kejap hahaha.. 
malam tu mak Apis yang teman aku..
sebab orang lelaki tak dibenarkan teman sebab bilik tu share dengan orang lain..






Lusa tu dah boleh balik.. 
Kalo beranak czer ni biasa memang kena stay 2 malam untuk monitor keadaan kita.. 
Memang tak sabar nak balik..





Pengalaman melahirkan Haziq ni memang aku takkan aku lupakan sampai bila2.. 
dulu aku cukup takut nak beranak tapi alhamdulillah pengalaman ni tak membuatkan aku serik.. maybe aku tak rasa kena jahit bawah so aku rasa tak ngeri sangat.. huhu.. 
apapon, semua ada bahagian masing2.. 
beranak czer ni sakit jugak.. 
bila dah abis ubat bius tu merasa la kan.. 
mana tak sakit kalau perut ko kena toreh banyak lapis..
ngeri ok bila pikir.. 
apapon, semua dah selamat..
thanks pada yang sentiasa mendoakan aku dan baby..










Thursday, June 25, 2015

Haziq 3 Bulan

Semalam pergi jab Haziq kat klinik 1 Malaysia area rumah. Jab untuk 3 bulan.. senang pergi situ sebab tak ramai orang sebab klinik baru. tapi yang tak best, staff tak ramai, yang check bacaan berat ukur tinggi semua sorang je. nurse tu jugak la yang akan jab anak korang nanti.. kat kaunter 2 orang jaga tapi senyum pon malas haha. takkan la pagi2 dah tak larat senyum kak.. mukadimah pon dah komplen banyak ni hihi.. sedih la kalo keje front desk tapi susah nak senyum..





Tapi ok lagi la datang sini tapi service slow a bit la sebab staff tak ramai pastu bilik untuk checkup pon memang ada dua. satu untuk nurse dan satu lagi untuk doktor.. aku tercari2 jugak bilik breastfeeding, tak de rupanya sebab kat situ tak cukup kemudahan.. abis tu kalo ank nak BF, macam mana.. kata klinik kerajaan klinik mesra BF.. cuma aku suka datang sini sebab tak ramai, so tak payah bersesak.. tapi (komplen lagi) aku rasa masih kena tunggu lama.. tapi aku boleh terima la sebab dah orang check berat dan jab tu sorang je.. kalo yg datang pagi tu 5-6 orang, lama la jugak tunggu turn kan.. kalau KKIA lain yang besar, memang pantas je aku tengok tapi still kena tunggu lagi lama.. pastu ramai gile, sesak.. takpela, better dari pergi KKIA kat seksyen 19 tu..




Haziq ni dia bukan boleh dok menunggu lama2.. mula la nak menangis.. semalam awal2 ok, gelak la, tengok sana tengok sini.. lama2 nangis la.. bagi susu pon hisap main2.. tapi senyap kejap.. aku tau ni mesti dia mengantok ni.. dah lama tunggu kan.. walaupon kat umah dah tido, tapi kira gap tu dah lama jugak.. budak kan.. susah nak jangka..tapi baby2 lain ok je aku tengok.. hahaha.. Haziq memang macam ni pasrah je la.. Haziq ni pulak bukan boleh tido senang main tepuk2.. nak kena direct BF, zikir2 kat telinga baru la ok.. bagi susu pon, kalo dok nga aku, aku akan BF dia sambil baring dan tepuk skit sambil zikir2.. baru la lena.. sekarang buai pon tak jalan.. so jgn cakap anak aku susah nak tido sebab nak kena buai ye.. tapi umah ibu dia (pengasuh) ok plak.. sah2 memang masuk buai.. tapi ada jugak dia taknak ibu dia cakap..


Berat dah naik skit.. timbang semalam 5.3kg, tinggi 58cm.. masa appointment 2 bulan, berat Haziq 4.5kg je, tinggi 54cm.. kiranya Haziq ni tak bambam sangat.. tengok dia pon tak kurus sangat.. kira ok la.. Nurse pon tak cakap apa tapi aku risau la jugak sebab anak orang lain 3 bulan mcm dah 6kg ++.. aku pikir positif je la.. sebab susu memang banyak dia minum.. maybe dia selalu muak.. ok, pls stop compare la.. nanti hati susah wooo.. janji dia sihat, aktif dan perkembangan tu selari dengan usia kan.. paling advance Haizq dah pandai meniarap hehe.. tido pon nak meniarap or mengiring je..


Sekian laporan perkembangan Haziq. hehe..


Thursday, June 18, 2015

Salam Ramadhan Al Mubarak 1436H

Alhamdulillah Ramadhan datang lagi..
Dan alhamdulillah kita semua masih diberi kesempatan untuk merasa nikmat Ramadhan sekali lagi.. untuk aku, ini kali pertama aku berpuasa dengan anak.. so far pagi ni ok.. tapi sebelum nak bangun sahur tu, mau 2-3 kali jugak dia terjaga..


Semalam 17 Jun 2015, Haziq dah cukup umur 3 bulan.. ragam dah banyak.. paling ketara dia dah boleh meniarap dan suka sangat meniarap bila salin pampers, memang rasa berpeluh la jugak.. tu baru 3 bulan.. dan kalo tido malam2 tetibe boleh dia nak balikkan badan dia dan tido meniarap.. mula2 dulu aku tengok dia buat macam tu cepat2 aku balikkan badan dia.. panik aku wehh.. tapi rupanya dia tido senget jugak kira boleh la bernafas tapi risau la jugak sebab kecik lagi.. so sekarang aku akan biar la dulu, monitor tengok dia ok ke tak.. sebenarnya dia dah boleh angkat kepala dan dah boleh balik semua badan kalau dah meniarap.. tapi tetap risau la.. advance sangat awak Haziq..


Salam Ramadhan semua.. especially silent reader tu.. tak sangka aku ada silent reader kahkah.. bila lama aku sepi tak update blog ada jugak yang tanya.. pastu rupa2nya apa yg aku update kat sini bermanfaat jugak kat uols ye.. siap email tanya.. dan ada jugak rupanya junior sekolah dulu yang baca.. malu akak dik oiii.. akak merapu je.. tapi kalau bermanfaat alhamdulillah.. kita share apa yang termampu.. ok, semoga Ramadhan kali ini akan membawa seribu rahmah dan keberkatan.. sama2 kita memperbaiki diri menjadi yang lebih baik..



Haziq dah beli baju raya hehehe.. advance betul mami Haziq.. excited la katakan.. jangan keji aku ok.. hahaha.. ni kopiah raya tapi macam loose skit tapi takpe ada sebulan lagi.. insya Allah muat on first raya.. hihi.. 


SALAM RAMADHAN 
Maaf kalau ada terkasar bahasa, tersilap bicara..



Tuesday, June 9, 2015

Happy 5th Wedding Anniversary



Walaupon tahun ni takde plan nak pergi holiday macam anniversary sebelum ni.. Tahun lepas pon sama sebab masa tu aku tengah mabuk.. Tapi rasanya wedding anniversary tahun ni paling bermakna kot..

1. sebab dah ada Haziq
2. dah berjaya capai 5 tahun usia perkahwinan.. orang cakap 5 tahun pertama kahwin memang tahap kritikal. so alhamdulillah, kami dah berjaya harunginya dengan bersusah payah, bukan bersenang lenang ok haha.. terlalu banyak pahit manis kami mengharungi bersama..

Apapon, jauh di sudut hati memang mengharapkan yang terbaik.. semoga ikatan ini akan berkekalan.. sekarang masing2 dah umur 30 tahun.. banyak benda lagi akan diharungi bersama..

Insya Allah tunggu Haziq besar skit kita start holiday balik.. gambar atas tu pon masa Haziq umur 45 hari pergi Penang dah.. masa tu join family Apis ada kenduri kat Kulim so sempatla ke Penang kejap tapi tak dapatla nak makan nasi kandar, pasembur dan mee sotong sebab aku masih berjaga bab makan.

Selamat hari ulangtahun perkahwinan yg ke-5 encik suami ku..





Sunday, May 31, 2015

Alhamdulillah, dah selamat bersalin my first baby :):)

Gilerr lama tak berupdate kan..
Tuan tanah dah selamat bersalin 2 bulan lebih dahhh.. Dah abis pantang dan dah start kerja balik  pon:) Baru sekarang nak bagitau kan.





Alhamdulillah, aku dah selamat bersalin pada 17 Mac 2015, hari selasa pukul 5.18 pm.
Baby boy yang dilahirkan secara operate seberat 3.51kg.
Kenapa operate?? panjang citenyaaaaa..
Baby boy yang cukup cute yang diberi nama...



Wan Haziq Darwisy Bin Wan Mohd Hafiz




Nak share sikit.
Setelah berbulan-bulan berpikir nak bersalin kat mana - swasta or government.
Setelah survey pakej, survey hospital.
Dipendekkan cerita, aku memilih Hospital Putrajaya untuk bersalin.
Kalau nak dikira HPJ memang agak jauh dari rumah aku di Shah Alam.. next time ok aku cite.. tapi service HPJ memang best dan di luar expectation aku pon (expectation aku biasa2 je).. HPJ ni dia semi-goverment which is korang kena bayar for their service tapi tak semahal private hospital lain.


Kalau ada yang tanya pengalaman bersalin..
Bagi aku ok la. Yes, OK..
Sebabnya, benda yang paling aku gerun bila cite pasal nak bersalin ialah kena gunting kat bawah 'tu' hihi.. pasal sakit contraction pon aku pikir sangat tapi aku takut kena gunting.. seriauuuuu.. pastu miss V koyakk.. serius bila aku pikir, aku seriau tapi aku cuba pikir positif sebab semua tu fitrah wanita.. semua orang ada bahagian masing2.. ada yang sakit ada yang langsung tak sakit.. so bila aku kena czer, aku tak merasa semua tu.. tapi sakit lepas abis ubat bius masya Allah memang takleh nak cakap.. sakittt tapi aku rasa aku masih boleh handle ;p





Rasa macam tak percaya aku dah jadi seorang ibu. Serius baru sekarang aku paham seorang ibu sayang anak dia macam mana. Time anak aku tido tak bangun2 mesti risau pastu aku yang terbangun2 tido check dia ok ke tak. Subhanallah memang indah perasaan ini.. Terima kasih kat semua yang mendoakan kami.. 4 tahun penantian yang berbaloi..



Sunday, March 1, 2015

Set Tilam Kekabu Baby

Kali ni saje je nak share pasal set tilam kekabu baby..
Tetiba rasa macam ada mood nak bercerita so haruslah cepat-cepat taip kang datang mood swing langsung tak berupdate blog ni hehehe.


Aku dah lupa bila aku start survey pasal set tilam ni.. tapi agak lambat la.. maybe around 25 weeks ke atas kot. Actually tak terpikir nak tempah pon. Ingat nak beli kat mana-mana shopping mall je. Sebab senang.. pilih, bayar dan terus dapat barang. Kalau nak tempah2 ni, makan masa.


So masa pergi beli barang baby tu ada la survey belek-belek la tilam baby.. Tapi tak beli sebab jenis aku kalau barang yang mahal skit aku akan survey banyak tempat then baru decide nak beli yang mana. So balik rumah, tengok kat IG (instagram) dan facebook..


Terjumpa la sorang akak ni promote set tilam baby kat group facebook..
Memula aku cari macam set tilam anak Che Ta tu.. yang mickey mouse jugak tu.. Gambar malas nak cari so pandai-pandai la uols google ok.
Tapi dah ternampak yang ni memang berkenan jugak la. Cantik pon cantik. Pastu boleh dapat cepat sebab barang ready stock.



Harga aku beli termasuk pos.. RM130 (kot).


Lepas dapat aku simpan je. Malas lagi nak basuh sarung semua tu.. Sarung tilam, bantal semua tu boleh buka dan basuh.


Tapi biasa la aku sebab boleh kata everyday dok buka IG kan.. pastu kawan-kawan pon ada share ig yang jual barang baby ni.. terjumpa satu ig yang jual set tilam baby yang custom made. Gilerrrrrrr cantik dia punya design dan corak. Sampai naik rambang mata aku nak pilih. Nama ig tu kekabu_baby_ku. Cuba search..


Baca review pon semua cakap puas hati. Takde satu review pon cakap tak puas hati dengan set tilam akak ni. Semua puji, jahitan kemas, tilam tebal.. Pastu akak ni agak kreatif dia pandai nak match kain kita pilih. Kalo korang malas nak pikir banyak, korang scroll je cari corak or design yang korang suka dari previous buyer, terus cakap nak sebijik sejibun macam ni kak. hihi


Dah sudahhhh.. aku dah beli set tilam ni.. Takkan nak beli sampai 2 set. Banyak duit ko...
Takpe aku pikir, aku nak let go la set pertama aku beli tu.
So kalau ada sapa-sapa berminat, bagitau aku ok. hahaha..
Whatsapp 0199593125 or email at w.syima@gmail.com


So lepas pikir punya pikir, dan berwhatsapp dengan akak tu, aku decide nak tempah 1 set. hihi.
Memula tanya yang ready stock tapi memang takde. Pastu tetiba cakap ada plak tapi untuk baby gegirl la plak. So kena la tempah la jugak whatever pon.


Proses nak pilih corak dan design satu hal jugak.
Banyak choice weh. Semua cantik-cantik.
Setelah bertanya pendapat sana sini, amek la corak kartun + chevron.
Memula nak order set comforter je sebab nak cepat siap. Masa tu ada promo untuk set comforter, kalo tempah time tu boleh dapat Februari or Mac..
Last-last TERtempah dengan tilam sekali sebab harga package lagi murah then akak tu cakap boleh siap as requested.


Alhamdulillah setelah menunggu almost 2 months, siap la set comforter.. hehehe..
Tilam belum siap :(
Tapi aku dah cakap kat akak tu, apa-apa pon siapkan set comforter dulu. Kalo tilam lambat skit pon xpe, tak urgent yang tu, sebab aku pikir baby pon akan dok sebelah aku jugak atas katil nanti. Sebab balik pantang kat kampung, takde nye nak angkut baby cot kan.. entah-entah balik KL pon dok berkepit bawah ketiak aku jugak.


So hasilnya..

....

....
....


......
....




......
....




.......





Berapa harga? hehehe..
Harga set aku ni (termasuk tilam - takde dalam gambar)..
RM300 + RM15 (pos)
Harga mahal memula tau kan. Tapi bila ko dapat barang seriously, uols takkan menyesal dan rasa berbaloi. Tapi harga ni berubah-ubah mengikut material dan item yang nak ditambah.. Macam aku memang nak bantal banyak hihi.. 

Kalo uols nak tempah basic set comforter (bukan US cotton), harga rm150 jerr. 
Dapat 1 comforter, 1 bantal, 2 bolster. 
So dont worry la. Harga mengikut kehendak korang dan bergantung pada material design korang nak dan jugak nak item apa.. nak tambah bantal ke, tak nak bantal karipap ke.. boleh discuss ok..


Cuma ada skit kekurangan.. dari aku baca-baca kat review dan base on my own experience la.. Barang jarang siap on time.. Macam kes aku, disebabkan dia janji boleh siap set comforter + tilam dalam bulan 2, aku pon proceed nak tempah nga dia.. sebab aku punya EDD 10/3.. so aku pikir sempatla.. kalo dapat barang nanti aku nak kena basuh jugak sarung semua tu kan.. Bila aku tanya estimate berapa hb boleh siap, akak tu cakap dalam 20 Feb dah boleh siap.. 
Jenis aku plak, aku tak suka (read: malas) tanya banyak kali progress sebab aku paham situasi orang yang berbisnes macam ni.. tambah-tambah akak ni memang banyak order.. followers pon berbelas-belas ribu ko.. banyak la tu for online seller.. 


Tapi dekat-dekat due date, macam 2-3 hari la sebelum due date, aku whatsapp akak tu tanya progress. Tambahan pulak nak dekat raya cina confirm nak pos barang pon susah sebab banyak yang stuck kat pejabat pos.. parcel terlalu banyak.. customer Tupperware aku pon komplen tak dapat barang.. so aku agak memahami la dia kalo dia tak boleh pos on time..

Dia reply, cakap set comforter dah siap, tilam seketul je tak siap. So aku suh dia pos set comforter la dulu sebab dari awal pon aku memang nak set comforter je.. Akak tu cakap OK tapi pos lepas raya cina.. Tapi lepas 3-4 hari lepas raya cina takde update pon so aku whatsapp lagi.. Rupanya belum pos sebab aku belum buat full payment. Memang la masa book aritu aku bayar deposit rm150 jerr.. tapi cakap la awal2 buat full payment dulu baru pos kan senang.. aku bajet nak buat full payment before dia pos tilam aku.. tapi nasib baik aku whatsapp tanya pasal payment tu.. baru tau yang kena buat full payment baru dia pos.. berasap mak buyong hahaha..

Lepas buat payment rm150 lagi.. aku whatsapp dia inform.. senyap tapi status read kat whatsapp.. aku tak sedap hati esok tu aku whatsapp dia tanya ada apa-apa tertinggal ke.. pastu aku terpikir maybe duit pos ke.. sebab pernah terbaca dalam ig dia.. biasa jarang dia state harga including pos.. biasa dia akan cakap, ok set ni rm200 + rm15 (pos).. lebih kurang macam tu la..

Rupa-rupanya betul, aku terlupa nak bagi duit pos.. 2 kali berasap mak buyong.. hahaha..
Tak boleh ke inform yang kita ni yang kita tak buat payment.. Kadang-kadang kita pon terlupa sebab benda discuss 2 bulan lebih dah.. Pastu sebelum bank in, aku siap tanya tau, betul ke balance aku tingal banyak ni.. tapi tak berbalas.. aiiii berasappppppp.. 


Tapi banyak review dari most of her customers dalam IG.. kekurangan ni berjaya ditutup sebab hasil yang uols dapat memang cantik dan berbaloi dengan penantian uols tu.. kira dah berasap berapi bagai.. bila je akak tu whatsapp gambar terus macam alahai cantiknyaaa.. terus sejuk hati ni kahkah.. 
Pastu bila barang dah sampai kat tangan terus lupa kekurangan tu.. sebab hasil dia memang kebaboommm.. Kalo tak, takkan la ramai je customer yang repeat order kan.. yang penting, uols kena BERSABAR je la.. hihihi..


Aku sendiri pon, rasanya macam nak repeat order laaa.. hahaha.. 


#38weeks5days



Tuesday, February 17, 2015

Shopping For Baby. Aktiviti Paling Besttttt ;)

Sepanjang aku pregnant ni, benda paling yang ditunggu-tunggu mestilah shopping barang baby. Tapi sambil-sambil dok excited tu, masuk 29 weeks baru aku start shopping.. hahaha.. Lambat jugak la kan. Tapi apa nak buat. Ada je la hal yang membataskan aku dan Apis nak pergi shopping.. Sebab aku lebih suka shopping secara online.. Tapi bab barang baby ni, nak jugak pergi survey, sentuh dan belek-belek kan..


Memandangkan aku dah banyak terlepas warehouse sale dan baby expo, kitaorang decide nak pergi AEON je. Masa warehouse sale Pureen, aku busy dengan Tupperware. Masa tu nak closing nak naik pangkat haha. So tak sempat nak pergi :( Rasa rugi jugak la. Sebab aku rasa kalo aku pergi mahu banyak benda aku boleh beli kan. Pastu murahhhh. Tapi takpela, tak semua benda kita boleh dapat dalam satu masa. Nak kejar-kejar pon aku tak larat. Masa tu kaki aku bengkak dan sakit gilerrr.. Tahap naik dan turun tangga memang nangis la.. Aku dah pergi jumpa makcik urut, tapi dia cakap ni pembawa budak, takleh nak buat apa.. setakat urut bagi lega skit2 je. Insya Allah, lepas beranak baru hilang. Takpela nak, mommy sanggup demi awak :)


Ok, berbalik cite asal. Maka pergila kami ke AEON Bukit Tinggi.


Serius rasa nak beli je semua. Tapi aku ingat pesan kawan-kawan dan family, beli je yg brand biasa-biasa untuk awal-awal ni. Sebab baby cepat besar. kalo yang newborn, beli 2-3 pasang dah. Tak beli pon takpe, terus je beli yang size 12 (0-6 months). Tapi aku pon dah lupa aku beli berapa pasang. Tak salah aku amek la setiap size, size 12,14 dan 16. Beli la skit-skit dulu buat syarat kan. Sikit2 pon lebih rm200 bil aritu ;)




Ni hasil tangkapan first time pergi shopping barang baby.
Belek2 ni pon dah berjam-jam haha.. Sekejap amek yang ni, sekejap amek yang tu. 


Memang best la feeling shopping barang baby ni. Shopping barang sendiri pon tak best macam ni haha (poyos). Maafkan aku yang super excited ni yekk.


Pastu esok hari, aku ajak Apis pergi Fabulous Mom kat Seksyen 7.
Banyak gak aku survey kedai baby ni.. Giler banyak kedai baby kat Shah Alam ni.
Tapi bagi aku la, beli kat AEON lagi banyak jimat. Kedai baby ni kena pandai pilih barang gak. Ada jugak yang murah, ada yang mahal (melampau). 


Kalau korang nak cari bottle susu ke, steriliser ke, warmer ke, bagi aku cari online lagi murah. Banyak giler orang jual produk macam Tommee Tippee dan Avent direct from UK. Korang kena rajin survey dan banding harga je.. Same goes to breastpump. Tapi depends on brand la. Kalo korang nak mencari medela.. beli la online dari personal shopper dari UK. memang berbaloi-baloi. Tapi kalo macam brand Spectra ke, kat kedai-kedai baby tu berbaloi jugak la.. set pantang pon kat kedai baby ok jugak.. harga lebih kurang online jekk. Untuk set tilam baby pon korang boleh survey kat kedai baby dan online.. Cakap pasal set berpantang ni, nanti aku share aku beli apa. Tapi tengokla maybe lepas bersalin baru share sebab boleh terus review kan ;)


Hasil rembatan di Fabulous Mom. 
Paling suka nursing bra dia. 



bill kat sini pon rm200 lebih gakk..


Kitaorang ada jugak pergi AEON Bukit Raja.
Masa tu teringin nak makan Johnny's. Lepas makan haruslah masuk baby area tengok baby stuff kan.. Masa ni amek peluang topup apa yang rasa tak cukup dan belum beli.. 




Yang ni tak cecah rm200.. tapi almost laaa.. hihi..


Ni aku share apa yang aku beli online. Nak beli online ni aku banyak survey kat ig.


First, Avent newborn starter set.



Aku beli ni lebih kepada nafsu. Tapi sebab first baby, aku maafkan diri aku hahaha.. Sebenarnya ada macam-macam pendapat, ada cakap tak perlu pon, ada cakap perlu. Ada yang cakap beli je dulu 2 botol loose. Tapi disebabkan first time, aku beli je la sebab dah berkenan sangat. 


RM135 only inc postage yekkk.. 
Memang paling murah aku pernah jumpa kat online. Kalo uols pergi kedia baby ke, AEON ke, mana-mana supermarket lain, memang tak dapat la harga ni..


Benda kedua aku beli online - Tommee Tippee steriliser


Harga rm200. Kalo uols g tengok kat Mothercare, memang jauhhhhh sgt beza. 


Aku beli ni pon sebab steriliser yang aku nak takde stok. Disebabkan malas nak tunggu stock baru, aku beli jekk yang ni selepas baca beberapa review. Konon tak menyempat la nak tunggu stock, sekali lepas beli tak guna-guna pon.. Tersadai kat tepi, jadi tontonan ramai jekk. Pastu, steriliser yang aku nak awal2 tu, dah ada stock dah. 


Set tilam baby pon aku tempah online.. Tapi takde gambar sebab belum siap. Janji nak pos lepas CNY. So tunggu la harap-harap sempat la dengan baby nanti, insya Allah. 


Dan set selepas bersalin or set berpantang pon aku beli online. Aku beli online dari Kak Mira.. tapi aku beli loose jek. Satu je VCO Tanamera aku beli kat kedai baby. Awal-awal konon nak beli dari member yang tak abis guna set pantang Tanamera dia. Pastu aku macam malas plak nak beli set lepas aku buat survey kat facebook.. better aku beli loose jek yang memang aku rasa aku akan guna.. Anyway, kalo uols tengah set berpantang boleh la terjah ig Kak Mira, search Mom First Step or website dia www.momfirststep.lot.my.


Sekarang yang aku KIV dulu tunggu lepas bersalin.

1. Carseat - paling penting bagi aku. 
2. Stroller - masih dok survey. sebab bajet aku lebih kurang rm500-600 jek. Tapi nak ciri2 stroller  yang aku nak, yang harga rm2k. bolehhhh?


Kalo ada any suggestion, amat2 dialu-alukan. email jek aku at w.syima@gmail.com or komen jek kat bawah ok. TIA.


Diharap segala perkongsian aku kat sini, diambil sebagai perkongsian yang positif.. Semoga sama-sama memberi manfaat dan idea kepada bakal2 ibu. Thanks to Emma, Eena, family members dan kawan2 yang lain (sorry yek tak dapat nak sebut semua) yang banyak menolong aku untuk persiapan baby.. Tanpa uols, aku masih terkial-kial ok.  





Tuesday, February 3, 2015

2015

Assalamualaikum :):)

Selamat tahun 2015 semua muahahahaha ;p
Dah berapa lama la bersawang blog ni.. punya pemalas mak buyonggg..
Tapi nak kata malas sebab pembawakan budak tak jugakk.
Tapi lebih kepada busy.. Busy dengan Tupperware.. boleh tak kasi alasan macam tu?
Betulllll.. aku memang busy dengan business Tupperware..
Memula konon nak suka-suka je.. sekali dah macam separuh serius (belum serius sepenuhnya sebab aku masih bekerja fulltime)..


So far alhamdulillah.. aku sihat je.. sekarang dah 34 weeks ++..
Lagi 3-4 weeks dah boleh bersalin. EDD aku ada dua.. satu 10/3/2015 dan satu lagi 13/3/2015.
Aku berharap baby akan keluar 13/3/2015 hahaha.. sebab date tu cunnn.
sebab cun, sebab birthday Apis 11/1, aku 12/2.. so kalo baby keluar 13/3.. macam ada kesinambungan kan kan.. hehe..
Apapon, aku berharap baby sihat sempurna.. janji awak (read: baby) jangan keluar awal sangat ok..
Kalo boleh ikut la salah satu EDD tu..


Tentang jantina baby.. kami dah tau :)
Mestila excited nak tau sebab excited nak shopping barang baby kan..
Aku dan Apis siap pergi scan 3D/4D. Maklumlaa first time kan..
Nanti kalo ada masa, aku akan share pengalaman scan baby tu ye. Tunggu aku betul-betul ada mood dan masa hihi.. sabar je la ya..


Akhir kata, nah kasi sekeping gambar baby..



Cam muka aku kan kan ;)



Related Posts with Thumbnails