Sunday, September 30, 2012

Metrojaya Warehouse Sale

Dalam banyak-banyak warehouse sale, aku selalu pergi metrojaya punya warehouse sale..tak pernah pon plan.. time metrojaya buat sale, time tu la aku lalu area diorang buat sale..hikhik.. selalunya kat stadium melawati shah alam, bukit jalil or area kilang2 kat shah alam.. macam jodoh, so kenala singgah alang-alang dah nampak banner besar tepi jalan kan kan ;p


Selalunya kalau pergi warehouse sale gini, aku mesti aim nak beli spender nga bra. kahkah.. time ni jela nak beli bra triumph ke, wacola ke atau mak nenek bra yang mahal tu. masa ni memang harga murah la dari biasa. bukan nak berlagak ke apa, tapi kalo bra memang aku memilih sikit sebab aku nak yang selesa. bukan aku tak pernah beli bra yang rm10 (brand apa lupa) kat jusco tu, tapi memang tak kena dengan aku dan memang rasa tak selesa sangat-sangat. so, aku memang peruntukkan special amount untuk bra (sorry la kalau ada mana-mana lelaki yg baca blog aku ni. haha).. aku pikir, dari aku buang duit beli bra yang aku tak pakai, baik aku beli yang mahal skit dan memang aku pakai dan rasa selesa. bila kita rasa selesa, kita rasa konfiden ye dokk.. hihiii..


Dan encik suami pula aku memang paksa beli boxer dia sebab memang time ni murah.. hahaha.. sejak dia kahwin nga aku, aku rasa boxer dia dah sama banyak nga spender aku.. boleh??.. hahaha.. maafkan la aku sebab asyik cite barang dalam je ni...hahaha..


ni alas kaki, rm5 satu, so bantai amek 3 sekaligus.. selipar jamban seketul rm10 kot.. pastu ada la beli sehelai sorang baju untuk adik2.. total semua RM180.70 kot.. berbaloi la jugak sebab baju budak2 memang murah.. kalau aku ada anak, mau menggila shopping kat situ.. semua cantik2.. 


ok, nak share, rabu dan khamis depan ada aeon member day kat midvalley.. ada sapa-sapa sini pergi tak? zaman aku blaja dulu kat UM, selalu la pergi.. lepas keje jarang pula pergi.. dah kahwin pon jarang..




Friday, September 28, 2012

Aku Terima Nikahnya


Tak sabar nak tengok cite aku terima nikahnya.. kat atas tu official trailer dari MIG online.. rasa macam best je kan.. kalau nak tengok free, boleh join contest ni.



Selain cite ni, Untuk Tiga Hari pon macam best jugak kan kan. ada la alasan nak pergi tengok movie ni.. hihi.. dah lama rasanya tak pergi tengok wayang..



Tuesday, September 25, 2012

Menang Kuiz Mingguan Dari Pusat Pungutan Zakat..

Alhamdulillah, aku menang kuiz mingguan anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) untuk week 2 dan week 7.. so semalam gigih aku ajak encik suami kesayangan pergi collect hadiah kat Taman Shamelin Perkasa. hadiah yang menang week 2 tu memang tak sempat nak ambil sebelum ni so bila menang masa week 7, terus tanya boleh ke nak redeem hadiah yang lepas hahaha.. nampaknya rezeki aku ada lagi sebab dorang masih simpan hadiah tu..



so ni la hadiah yang dimenangi, satu set (paper beg suria fm dgn paperbeg PPZ) untuk week 2, dan satu set lagi untuk week 7..

Masa collect hadiah ni, ingatkan hadiah dia sikit je sebab kuiz mingguan kan. rupa-rupanya, memang banyak.. memang puas hati la.. rasa berbaloi datang jauh, siap 'lari' kejap kuar ofic pergi ke Taman Shamelin tu.. dah la aku tak tahu jalan nak ke sana.. 


Oppsss, lupa nak tunjuk isi dalam.. 


Ada kismis tok guru (dah lama aku nak beli kismis ni last2 dapat free, alhamdulillah hehehe), ada barangan dari mustika ratu, voucher kfc, buku-buku dari PTS, tasbih digital, t-shirt dari Suria.fm dan mcm-mcm lagi, aku lupa dah.. banyak sangat.. ada yang dah bagi kat kawan..


Tak silap aku kuiz mingguan tu masih lagi berlangsung tak silap aku sampai 20 oktober ni. yang best, grand prize dia, sebuah ipad dengan galaxy tab.. idaman ramai tu..hihi..




Jomla like page Pusat Pungutan Zakat (PPZ), ada macam-macam info pasal zakat dan tak lupa, pelbagai kuiz dan contest yang menarik untuk disertai. 


Saturday, September 22, 2012

Hanya Mampu Tengok Jer...

Tengok apa?


Tengok orang lain booking free seats air asia.. hahahaha tak abis-abis aku dengan air asia ni kan. actually, setiap kali air asia buat sale 10 sen ke, 90 sen ke, free seat ke.. aku memang akan jenguk dan beli tak kira la  untuk holiday ke, balik kampung ke.. dan disebabkan tiap kali sale aku memang terjah air asia, ada juga kawan-kawan or family yang minta tlg belikan.. mungkin sesetengah orang memang malas or takde masa nak mengahdap web air asia time sale kan.. sape-sape yang pernah terjah web air asia time sale memang paham la, hang je memanjang.. atau slow.. tapi takpe, aku suka je nak tolong dorang sebab kalo tak plan nak beli pon, aku akan tetap jenguk web air asia tu..hihi.. saje dok berangan nak pergi sini la, pergi sana la..kahkah..


Tapi kali ni macam tak tahu nak book ke mana dengan bajet yg terhad ni.. aku ada tengok langkawi tapi tak jadi nak book sebab kalo tahun depan adik aku kahwin, aku nak heret satu family pergi langkawi.. sebabnya bakal adik ipar orang kuala kedah, dekat dah nga jeti ke langkawi tu...hihi.. takpela, kita tunggu next sale.. hahaha..




Aku tengok mengancam jugak ticket price kali ni tapi price tu takleh nak compare 2-3 years dulu. Dulu dapat lagi RM70 return flight sorang ke Jakarta, tadi aku check harga RM92 sorang. tapi masih boleh diterima la.. murah lagi tu.. mana nak dapat harga mcm tu time lain kan..



well, uols dah book ke? pergi mana? hehehe... cepat uols, sampai esok je.. 


Breakfast Nasi Lemak


Nasi lemak biasa je.. 
ada sambal ikan bilis, telur rebus dengan timun. pastu aku alter sardin lebihan semalam jadi sambal sardin. dap dap ;)


Uols breakfast apa? dah masak untuk lunch ke...


p/s: saje update blog sambil tengok masterchef 2 ulangan..

Wednesday, September 19, 2012

Free Seat Air Asia

Hari ini aku berjaya tolong sorang blog reader untuk trip ke kota kinabalu next year. ramai dorang pergi dalam 15 pax semua yang pergi.. bila dah berjaya book untuk dorang aku pulak yang terlebih excited sebab aku tahu KK memang best. tak rugi kalau pergi seminggu memang banyak tempat boleh diexplore.. happy holiday ye uols walaupon lambat lagi..hikhik...




Untuk yang nak book international trip, jangan lupa start pukul 12.00 am malam ni dah boleh book ye.. aku bukan pon ape, saje ingatkan korang sebab excited lebih kalau bab-bab holiday ni.. hahaha.. aku sendiri tak book pergi mana-mana pon this time. entah nape.. hahaha.. tapi takpe awal tahun baru 2013 aku akan fly juga sebab dah book bulan 2 aritu pergi somewhere.. hihihi.. rahsia dulu ye uols.. rahsia la sangat.. dekat-dekat nak pergi riuh sekampung aku cerita.. hahaha..



amacam? mengacam tak harga tiket tu? tak sangat la kan tapi at least murah juga la kalau nak banding time-time lain.. masa free seat dan sale gini la nak grab harga murah pon. nape la air asia tak macam dulu ek? hahaha.. ade hati tu nak harga macam dulu-dulu... apapon, kita tengok esok list semua harga tiket berbaloi ke tak.. so, apa lagi, plan your 'budget' holiday nowww!! orang banyak duit takpe bila nak pergi baru book..hihi..

Monday, September 17, 2012

A Little Weekend Getaway - Desaru

Bagi aku tak ada apapon yang menarik tentang Desaru ni.. pantai pon biasa-biasa sahaja. 

tapi bila dok lepak ramai-ramai sampai 5 family dengan macam-macam ragam memang best sangat. dekat apartment yang kitaorang dok tu pulak ada 2 pools so lagi best dan happening, dengan budak2 main air, mandi pool.. yang lelaki dok bakar ayam, dok buat BBQ.. yang pompuan kat dapur sediakan mee goreng, air semua. wah, seriously dah lama rasa tak lepak ramai-ramai gini.. 



banyak gila diorang bakar sampai tak habis.. sekali esok pagi, bangun semua lesap tinggal beberapa ketul jek. hahaha.. sape la yang makan tu ek.. hahaha.. 


Bila dok ramai-ramai macam ni, best la dok borak-borak, banyak cite nak diborak, usik situ usik sini.. harapnya lepas ni boleh lepak macam ni lagi... 


Friday, September 14, 2012

Stay Tuned for Something FREE!


Ape lagi, jangan lupa terjah air asia isnin ni.. dah boleh dah kalau nak cari kalendar tahun 2013 yek. yang mana nak minta tolong aku book kan pon boleh janji korang bagi segala maklumat yang diperlukan, lagi bagus bagi ongkos siap2. nak book untuk balik hometown ke?? hehe... cepat lagi pantas aku book untuk korang. hahaha ;p 


p/s: kalau ada yang nak aku tlg book kan (sebab dia bagi priority kat yang ada BIG card - orang ada big card, boleh book awal sehari), boleh komen or email kat aku full details mcm fullname, ic, date dan destinasi yg nak pergi tu. tapi pls take note, booking from today - 23 sept untuk domestic flight sementara untuk international punya start from 20-23 sept...


Tuesday, September 11, 2012

Small Winning Tapi Sangat Meaningful ;)

Ni hadiah, ada yang baru menang dan ada yang dah lama menang. Sejak pindah rumah, mood nak bercontest bagai memang out. bila dah pindah, tak sampai sebulan dah start puasa.. so tak ada masa sangat.. setakat klik-klik kat facebook ada la, tapi yang kena effort lebih macam nak pos ke, nak kena reka slogan ke, memang malas sangat.



Latest winning, perfume dari Carolina Herrera... bau sangat wangiii.. menang dari majalah Glam. first time ni menang kat Glam.



kemenangan dari majalah EH bulan Jun 2012 atas nama proxy. jarang pakai brand ni, selalu pakai nivea. so, dah menang boleh cuba. ni dah bahagi separuh kat proxy dan kawan-kawan.



Menang this spa package last may, ada cerita kat sini. contest kat facebook Fab malaysia. lama gila hadiahnya, baru sekarang sampai.. my friend menang grand prize pergi Australia for 4 person, best kan. pastu disebabkan contest ni, jalinan persahabatan lebih meluas. dari awal kenal sebab contest sekrg dah berkawan walaupon secara maya.. 



Rasanya dah receive this movie voucher last 2 months, sebelum pindah rumah lagi. hahaha.. tak perasan pon.. menang untuk contest ambank dreamer. contest facebook rasanya, me menang kategori voter je. boleh lah layan movie this weekend..


Hadiah yang besar-besar masih belum ada rezeki. Mood nak bercontest baru datang balik ni tapi masih kat gear 1 ler. tak cuba, tak tahu kan. for some people, disebabkan minat join contest, some of their dreams menjadi kenyataan, sebab ada some tu memang la tak mampu nak beli sendiri. ada tu sebab memang minat nak mengjoinkan diri dalam semua contest. kiranya macam orang minat kereta ke, sanggup berhabis wang ringgit nak beli sport rim mahal, nak tukar car seat la.. lebih kurang macam tu la orang minat contest ni. bila menang, lagi la rasa excited nak join lagi dan lagi. Jangan cakap join contest ni tak pakai modal tau. for some contest memang perlukan kita beli barang dan baru boleh join. tapi ada je contest yang tak payah modal. Tepuk dada tanya hati tu, yang mana jadi pilihan. Janji happy!! hahaha ;p



p/s: Nak cuba nasib menang iPad here?
p/s: Tak dapat pergi Australia, pergi Korea pon ok kan?

Friday, September 7, 2012

3 Syawal = Wedding day + Engagement day

Not me, but my sisters, yang no.2 dengan no.3. Serius kalau buat kenduri kendara time raya tersangat la penat. bukan merungut jauh lagi nak mengeluh tapi bila time raya ni kerja jadi dua kali ganda banyak but luckily kenduri ni ambil katering jek sebab tak larat. Lagipon jemputan tak ramai macam kahwin aku dulu.


Alhamdulillah, lebih kurang dalam pukul 11 pagi on 3 syawal, my sister dengan tunangnya, selamat dinikahkan di Masjid Ismaili, Tumpat dengan sekali lafaz. then, majlis kenduri bermula seawal pukul 12 tengahari. memang agak kelam kabut sebab kalau ikut schedule asal, nikah should be pukul 10 pagi tapi maklumlah walaupon raya, ramai juga yang ambil kesempatan nak kahwin so schedule kena anjak sikit.


Ready nak ke masjid.. cantik kan baju nikah my sister? ada yang sewa tak? hihi... Personally, i heart this colour so much. nape aku tak terpikir pon nak pilih kaler ni ek? 



debaran nak tunggu saat-saat jadi isteri orang. sebelah tu dengan beg oren tu aku yek.. tengah pandang apa aku pon tak ingat. punya la ramai orang nak kahwin on the same day..



Pengantin lelaki dah sampai.. sepatutnya dorang kena tukar baju sanding yang sewa khas. tapi sebab masa nikah tadi dah terlambat, so schedule dah lari maka juruandam just tambah tiara kat atas kepala dah jadi baju sanding.. hikhik.. tapi kaler baju nikah dengan baju sanding lebih kurang sama, cuma baju sanding tu dress warna turquoise, yang ni ala-ala baby blue.. tapi elok je rombongan keluarga pengantin lelaki balik lepas makan dan adat mengenal, terus dorang tukar dress sanding plak. 


On the same day, berlangsung jugak majlis pertunangan my sister yang no.3. majlis tu start lepas asar around 5.00 pm. rombongan lelaki dari kedah datang sehari awal, dorang stay kat guest house area rumah jugak. tumpang sekaki majlis ni so bolehlah jimat banyak benda.. gambar tunang takde plak masih dengan photographer..


Apapun semua dah selamat.. kalau dalam kad, kenduri sepatutnya berakhir pukul 6.00 pm, tapi almaklumlah, kalau kat kampung dan buat pulak kat rumah sendiri, sampai ke malam orang akan datang. esok pon ada lagi orang datang. penat memang penat tapi asalkan orang tersayang happy dan bahagia, kita pon tumpang happy kan. lagipon masa aku kahwin dulu, adik beradik la yang banyak tolong. 


Selamat menempuh alam perkahwinan yang penuh warna-warni ngoh dan jak!! 
dan to syila, selamat menempuh alam pertunangan... tahun depan insya Allah, ramai-ramai buat rombongan cik kiah ke kedah..hihi, pakej ke langkawi sekali sebab bakal adik ipar orang kuala kedah..hahaha.. nak kena simpan duit dari sekarang ni nak shopping sakan..hahaha.. 


Thursday, September 6, 2012

Hasil Blogging from Nuffnang and ChurpChurp

Bulan lepas aku berjaya cashout earning dari nuffnang dan churpchurp secara berjemaah. bukan banyak pon tapi bolehlah buat beli handbag elle seketul (berapa ek harga beg elle?? hahaha). tapi aku nak simpan dulu kot buat pekasam dalam akaun pastu akan dipikirkan nak buat apa. hehehe.. 


Dua cheque sekaligus terima semalam.

Entah bila la pulak nak kumpul sampai boleh cashout lagikan. kalau nuffnang, macam lambat sikit, tapi kalau churpchurp agak cepat sikit cuma aku malas skit nak promote campaign tu semua. datang mood rajin, bukan main aku promote. datang mood malas, tak bergerak-gerak earning aku kat churpchurp tu. ala, sambil-sambil ko dok mengadap laptop ni sambil-sambil tu cari duit sikit. orang kata, sambil menyelam minum air. sekarang aku minum sikit-sikit dulu, kang banyak-banyak kembong! (korang paham? tak paham sudahh.. haha)..

Nak join churpchurp, sign up sini.


Related Posts with Thumbnails