Sunday, July 4, 2010

Pemain Korea Utara bakal dikenakan hukuman kerja di lombong arang batu??

"Pemain pasukan Korea Utara mungkin dihantar bekerja di lombong arang batu sementara pasukan Nigeria diharamkan bermain bola sepak di peringkat antarabangsa selama 2 tahun."

Ini apa yang aku baca dalam newspaper 2 hari lepas. Dah la malu kena belasah dengan pasukan Portugal 0-7, kini bakal nak kena denda lak. Dan denda tu bukan denda yang cikai-cikai punya. Amek ko kena kerja kat lombong arang batu.Korang tahu tak kerja kat lombong arang batu ni memang teruk.

Barisan pemain Korea Utara yang bakal dikenakan hukuman bekerja di lobong arang batu.

Pasukan Nigeria yang takkan beraksi di peringkat antarabangsa selama 2 tahun. Tak pe, Piala Dunia setiap 4 tahun. Hehe. :p


Lagi, bekas jurulatih kebangsaan Korea Utara, Moon Ki-Nam ada cakap masa menang, pemain dan jurulatih dihadiahkan rumah yang besar. So bila dah kalah mereka kena la menebus kekalahan tu. Ayoyo, buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat..Hahahaha.. 


Ada macam-macam cerita 'legenda' yang diceritakan mengenai layanan yang diterima oleh pasukan yang gagal dalam bola sepak, contohnya negara Iraq. Menurut satu kisah (tak tahu la betul ke tak), arwah Uday Hussein anak bekas Saddam Hussein ada cara khas nak hukum pemain bola sepak diorang.


Antara hukuman yang dijatuhkan oleh beliau ialah seperti mendera menggunakan kabel elektrik atau memaksa mereka 'mandi-manda' di lombong najis. Bapak zalim kan. 

Semua orang tahu Perancis, juara Piala Dunia 1998 telah tersingkir awal dalam edisi Piala Dunia kali ini. Disebabkan itulah Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis mereka meletak jawatan. Mungkin malu besar sebab mereka antara pasukan feberet ramai tapi kalah awal. Kalah pulak dengan pasukan cikai-cikai. Siap ada campur tangan jawatankuasa parlimen lagi. Memang kes berat.


 Pasukan Perancis.


Tapi nak kira semua hukuman tu tak boleh nak lawan satu kes di Colombia. Masa tu aku masih darjah 3, tahun 1994. Tahun tersebut, Piala Dunia diadakan di Amerika Syarikat (AS). Pasukan Colombia mengalami kekalahan mengejut di peringkat awal selepas pemain Colombia, Andres Escobar menjaringkan gol sendiri. Nak tahu apa terjadi dekat si Escobar ni? Bila dia dah balik Colombia, beliau telah ditembak mati oleh pembunuh upahan yang diupah oleh beberapa kumpulan gengster. Gengster ni semua tak puas hati dan anggap Escobar tu la punca mereka kalah pertaruhan dan rugi besar. Adoii, memang dasyat aaa diorang ni. 


Pagi ni, aku baru baca lak kat Utusan Malaysia, seorang remaja Brazil telah bunuh diri dengan melompat ke arah kenderaan yang sedang bergerak laju. Puncanya? Brazil kalah di tangan Belanda 1-2 pada perlawanan di peringkat suku akhir Jumaat lepas. 

Ini semua kes-kes yang dilaporkan di dada-dada media. Ada banyak lagi sebenarnya kisah-kisah sedih di sebalik Piala Dunia ni. Lagi haru ada yang bercerai-berai sebab Piala Dunia, ada kena buang kerja sebab syok dok layan Piala Dunia sampai tak pergi kerja. Haiiii.... apa nak jadi..



Ni senyum kambing hari minggu ni. Memang malu besar Argentina dam Maradona. Yang penting tak dapat la tengok Maradona berbogel..Hihihi....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails