Tuesday, February 15, 2011

CONTEST: SHOWING YOUR LOVE



Anjuran: Unique Momma

Sponsor: Kufi Shoppe

Closing Date: 15 February 2011





My favourite LOVE message:


Love cannot been seen or even touched 
but can be felt with the heart.



My favourite LOVE movie: 



P.S I Love You


My favourite LOVE song:



Because You Loved Me - Celine Dion


 "SHOWING YOUR LOVE"


16 tahun yang lalu...


Ini adalah salah satu dari koleksi gambar raya yang sangat-sangat aku sayang..
Aku sayang gila adik-adik aku. Kami lima beradik semuanya. Aku harap ikatan adik beradik yang teguh ni akan berkekalan sampai bila-bila walaupon masing-masing dah bekerja dan dah ada family sendiri. Aku selalu pesan kat adik-adik aku,

"Walau macam mana sakit hati, bergaduh ke kita adik beradik, jangan sesekali simpan dalam hati dan berdendam.. sebab one day, bila kita susah, kita akan tetap cari adik beradik kita.. kita akan share susah senang bersama.. "

Setelah beberapa peristiwa yang berlaku sejak beberapa tahun sebelum ni, hubungan kami semakin utuh. Bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri terasa jua. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Aku selalu mendoakan agar Ngah, Nik, Kak Chek dan Adik akan sentiasa bersama aku tak kira susah senang.

 

 Let's me introduce the sponsor of this Showing Your Love Contest



4 Qul: Al-Kaafiruun, Al-Ikhlas, Al-Falaq n An-Naas


What a nice combination and design rite rite.. and the colour.. very creative!


And the most important part, I feel really impress how this design can fit your living room, your meeting and also your dining room as pictures below.



I love this design very very muchhh. Red and Black. Wow!


credit all photos to Kufi Shoppe.

Sunday, February 13, 2011

Sesi Makeover Cosmopolitan Bersama Lancome!

Just came back from this makeover.


 


Aku telah terpilih untuk join makeover Cosmopolitan bersama Lancome. Dan aku telah pilih make over dekat Subang Parade pukul 4pm punya session. Sampai sana lebih kurang pukul 3.20 pm. Sempat lagi aku pusing-pusing Parkson bahagian elektrik..hehehe. Tunggu 3.50 pm baru nak naik ke Lancome counter. Tapi pukul 3.45 pm Natasya dari Cosmopolitan call tanya kat mana dah sampai ke belum.. so just proceed ke Lancome counter kat atas. 


Memula ambil gambar without make up. Memang awal-awal Natasya pesan jangan pakai make up. Pastu, terus ready to make over. Gambar-gambar masa make over berlangsung aku tak ada. Sebab aku pergi sesorang je ke counter tu. Hubby and cousin pergi makan. Natasya ada snap beberapa pics masa makeover tu.. Tak pasti la kalau Natasya akan email gambar tu sebab aku tak terpikir pon nak minta. Hahaha. Punya la pantas je aku ni sampai lupa. 


Lepas siap make up semua, Cosmopolitan bagi mag dorang yang Februari punya edition dan Lancome bagi some samples - lipstick dengan krim utk muka. Pastu ucap terima kasih, salam dan blah. hehehe. Sekejap pon make up ni around 20 minutes kot. Memang pantas dan cekap MUA Lancome tu. Hasilnya? hehehehe... Balik rumah baru aku ambil gambar...hahahaha...



Cenderahati dari Lancome dan Cosmopolitan Malaysia







Ni gambar bergedik depan cermin sendiri.. haha.


Sorry Natasya lupa nak mintak snap pic kita bersama.. Balik rumah baru teringatttt. Apapon, thank you Cosmopolitan for this opportunity.


P.S: Esok hari terakhir sesi makeover ni.



Saturday, February 12, 2011

HAPPY 26TH BIRTHDAY to me!

Happy 26th Birthday to meeee ;)



Tengah malam 12 Feb semalam dah keluar makan. Gambar later la. 


Just wishing:

1. Dapat better job, or better opportunity in career life.
2. Saving more and moreeee.
3. Get pregnant this year (if this month lagi la suka). Doakan kami ya :)
4. Nak kurussssssss. Lepas kahwin, berat ni tak nak turun tapi naikkkkk je. haha.


Cukup la 4 dulu kot. Kita kena realistic kan. Impian memang banyak tapi by this year, susah nak capai so tak payah nak target tinggi melangit kan. Kalau boleh capai keempat-empat wishes ni, alhamdulillah. Dan korang semua doakan kami yaaa.

 

 

 

Friday, February 11, 2011

Birthday Suprise From TGV And Nuffnang For Me. TQ Nuffnang & TGV!!!

Rasa tetiba best je hari ni sebab Nuffnang nak bagi 4 tiket free dari TGV.


Baca cerita TGV Birthday Suprise for Nuffnangers dan korang akan faham... sebab aku antara nuffnanger yang bertuah tuuuuu.. it is sempena my next birthday.. dah esok pon.. hehehe..


Welcome to my life, 26! hahahaaaa





Tiket masih belum dituntut. Hari ni tak sempat. mungkin next week.. Tu pon, takut tak sempat gak. Tapi tak pe, masa masih ada. Apapon, terima kasih daun keladi Nuffnang and TGV, kalau boleh tahun depan nak lagi.

Update Pasal Churp Churp | Latest Earning

Sebelum sebelum ni, aku pernah buat entry pasal nak buat duit dengan Churp Churp. Ada la juga kawan-kawan aku tanya pasal Churp Churp ni.. macam mana nak buat duit dengan Churp Churp ni, macam mana nak promote iklan, macam mana nak register..




Ni earning yang terbaru aku.. Baru RM19.20 kan... Tak banyak pon dan bukan la aku nak menunjuk nunjuk pon tapi sebagai rekod aku sendiri. Bukan senang tau bagi aku yang berblog suam-suam suku ni nak kumpul banyak tuuu.. tapi tak mustahil kan kalau nak cash out kali pertama. Bila entahh..haha. Dan kalau korang nak cuba apa salahnya, tak rugi pon kan...


Cara Nak Join ChurpChurp


The more, the merrier!


Jom layan entry-entry yang boleh menaikkan semangat korang berchurp-churp:


Be Part of ChurpChurp Today!| 7 Reasons Why You Should Join ChurpChurp

Buat Duit dengan Twitter via ChurpChurp

Kenapa ChurpChurp?

My First Cheque From ChurpChurp



Thursday, February 10, 2011

Entry Sedih: Kenapa Aku Tak Boleh View Dashboard. Nak Tengok Updated Blog Semua Tak Boleh.

As salam semua.

Aku ada masalah ni.. bukan masalah besar pon tapi masalah ni menyebabkan aku rasa tak best..

Masalah aku sekarang aku tak boleh nak view atau buka Dashboard.. nak tengok blog-blog yang update pon susah. Aku singgah blog-blog yang berupdate base on blog list yang ada kat blog aku je la. Sebab tak semua blog yang aku follow aku ingat... Tak suka laaa..


 Dashboard ni la aku tak leh klik, dah berminggu minggu dahhh..


Ada sapa sapa yang berproblem macam aku tak?


Even kalau nak buka blog melalui www.blogger.com pon tak dapat. Biasanya kalau nak buat entry baru or nak approve komen, aku akan klik kat link yang ada kat atas blog tu la. Yang new post, design dan signout semua tu. Seksa betul.

 Ni error yang aku dapat bila login blogger.com tu atau klik dashboard.



Korang tau tak macam mana nak solve? Anyone pls help me. Tolong saya... plsssssss.


Jangan  lupa klik my HB. ngeh ngeh


Sunday, February 6, 2011

Sharing Is Caring: Nak Letak Banner Heartbeat Tanpa Promosi Valentine

For those yang dah register Heartbeat, mesti perasan lately ni Heartbeat giat mengadakan promosi sempena Hari Valentine kan. Dan kita semua tahu as a Muslim kita tak boleh nak promote benda-benda gini kan.


So, mesti korang tercari alternatif macam mana nak promote Heartbeat tanpa promote Hari Valentine. Heartbeat ni just jual souvenirs saja macam jual photo mug, t-shirt, key chain, plate, kusyen dan macam-macam la lagi. Nak tahu kena click sini Make Your Own Gifts Here.


Bagi aku, tak  salah kalau kita nak promote Heartbeat as long as kita tahu Heartbeat tu web yang jual souvenirs sahaja.. tapi cara Heartbeat nak upkan jualan diorang sempena Hari Valentine macam Mama Zharfan cakap kan.


Tapi sekarang, korang tak perlu risau dah, korang boleh promote Heartbeat dengan guna other alternative code. Ni untuk temporary je... Lepas Valentine, pihak Heartbeat akan tukar balik banner banner diorang jadi normal without Valentine promotion.


Untuk bentuk horizontal macam kat bawah, boleh pergi ke blog Deqlis untuk ambil html code.


Dan untuk bentuk square, sila ke blog Kak Yong. Bentuk horinzontal pon ada. pilih sahaja yang mana berkenan ok.

Dannn.. kepada yang rajin, boleh lah ubah suai sendiri. Aku tengok ada jugak blogger-blogger lain yang join Heartbeat ni buat sendiri banner Heartbeat tu..


Selamat mencuba semua...


Oh ya! Jangan risau status Glitterati nuffnang anda akan maintain. Sebab Heartbeat bukan competitor nuffnang.


Sebelum tu, klik la my Heartbeat me dulu...ngeh ngeh.


   

Thursday, February 3, 2011

Jom Layan Oh Yeah!

Cuti raya cina ni aku dan hubbby tak pergi mana-mana pon. Kemas-kemas rumah, golek-golek atas katil, pusing-pusing kedai cari barang dapur, barang rumah pastu balik layan internet dan tv.


Pendek kata, jom layan Oh Yeah. Kelakar!
















Nak lagi? cari kat Youtube ok. Malas aku nak copy paste semua video tu.


Sebelum tu, jgn lupa klik sini --->  Looking for gifts for birthday, wedding, anniversary etc?


Wednesday, February 2, 2011

First Contest: 50 Free Shawl To Giveaway





Sapa-sapa peminat shawl, boleh la join contest yang dianjurkan oleh Butik Alesya ni. Butik Alesya telah bermurah hati nak bagi 50 free shawls. Semuanya cantik-cantik tau. Rambang mata nak pilih..


Apa kata korang like jugak page diorang kat sini 


Antara koleksi-koleksi menawan hati di Butik Alesya.






 
Koleksi Azeeza 





Koleksi Atieya










Dan... tidak lupa, shawl yang menawan hati


Koleksi Shawl Najla






 



Ada banyak lagi tau shawls dan scarves yang cantik-cantik di Butik Alesya ni.
Apa kata korang terjah sendiri. Senang nak buat pilihan. Pilih aje yang mana berkenan.
Harga pon sangat berpatutan.


So, tunggu apa lagi, jom la singgah Butik Alesya ni.



Tuesday, February 1, 2011

GA Sulong Sempena Cuti Perayaan CNY

Giveaway dari blog al kesah

Tarikh Tutup: 5 Februari 2011


First prize - 
Set Makan Indian Tree Wedgewood tureen beserta 5 mangkuk mungkum


Second Prize - 
Sakura Chinese teaset untuk 6 beserta sekeping piring


Nak join, click HERE.



Sunday, January 30, 2011

The Most Memorable Moment Contest



Tarikh Tutup: 6 Februari 2011






Gambar ni dirakamkan tanggal 13 Feb 2007, sehari selepas my birthday di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Start daki gunung on 12 Feb 2007.


This is pengalaman pertama aku daki gunung dan aku adalah one of the project members yang berjaya menawan puncak gunung Kinabalu. Memang pengalaman yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. It's not easy for me to get this opportunity tau. Dan tak semua our project members yang mampu sampai ke puncak.Kira yang berjiwa kental je yang mampu... hehehehehe. aceceee puji diri ke apa.. hahaha..


Kalau nak tahu pengalaman aku daki gunung ni, jom baca kat sini.

Saturday, January 29, 2011

Blog Giveaway... By Sutra Home Spa




Tarikh Tutup: 24 Februari 2011





Friday, January 28, 2011

Saatku Milikmu Contest



Penganjur: CELOTEH MJ dan anjuran bersama Maira in CGL
Due Date: 30 Januari 2011




Saatku Milikmu....


Aku tak pernah lagi publish gambar ni.. Sebab nak gelak sangat-sangat... Masa ni memang lepas akad nikah semua.. Semua orang kalut nak keluar dari masjid tu... Dan hampir semua orang dah keluar masjid.. Tengok tu kosong je kat belakang kami. 


Kami pula ala-ala feeling nak kiss dahi la, kiss pipi la. Hahaha.. Cuba korang tengok betul betul, mana my hubby kiss me. Siap feeling mata pejam bagai lagi. hihi. Aku plak antara serius dan nak senyum.. Kaku je aku time tuuu.. 


Aku rasa nak gelak sebenarnya kat my hubby sebab my photographer bukan main lagi mengajorrrr.. haha.. " Piz, mu pejam la mata tuuhh, feeling ala ala romantik skitt wehhh" hahahahahaha..





Couple: 28 Oktober 2004
Tunang: 31 Mei 2009
Nikah: 9 Jun 2010
Kenduri: 10 Jun 2010
Bertandang: 12 Jun 2010


One more thing, masjid tempat kami kahwin ni kat kampung my hubby dan dekat dengan rumah dia selang 3-4 rumah je. Pelik kannn.. biasanya kahwin dekat tempat dekat dengan bride side kan.. Tapi sebenarnya, memang kami kena kahwin kat masjid kampung my hubby sebab kami ni dari mukim yang sama..hehehe.. dan masjid mukim kami letaknya dekat dengan rumah my hubby....hahaha... Aku plak yang susah-susah berkereta bagai nak ke majlis nikah.. My hubby dan his rombongan just jalan kaki jee..


Ok, sekian :) Wish me luckkkk!


Thursday, January 27, 2011

CONTEST PIC hitam putih PALING COOL !



Due Date: 1 Mac 2011


Tuan blog suruh bagitahu kalau menang hadiah yang ditawarkan iaitu RM100 nak buat apa... Nak buat apa ehhh? Dalam kotak fikiran memang banyak sangat nak dibuat. Bagi RM1000 pon belum cukup..hehehe.. 


Tapi memandangkan hadiahnya duit RM100...
so if saya menang, saya nak laptop sleeve baru.. hihi..


Sama macam ni.. haha.. memang tak la kan tapi nak jenis comel-comel cam ni..

pic credits to google.


Akhir kata, tenunglah gambar hitam putih plg cooooool saya. ngeh ngeh 
xde la cooooool pon ye dokkk.


Saaaayang koranggggg.



Opssss lupa, kena tag kawan-kawan.... 


Tanpa buang masa, saya nak tag Aed, Kak Efa, Kak Fizah, Lissa dan Kak Eli.


JOM JOIN RAMAI-RAMAI.





Wednesday, January 26, 2011

Contest 'When Raining Day'



Penganjur: Hidaya Sarbini 
Due Date: 20 Februari 2011


Pic yang dipertandingkan...




Memang susah nak cari gambar yang dok berpayung ni.. 
Apapon, wish me luck k :):)

Tag:

Kak Efa
Aed


Nak join? Click here.


Keputusan pada: 27 Februari 2011


Related Posts with Thumbnails