Friday, October 22, 2010

Contest- Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)

Saya nak menang
anjuran Kak Ina, blogger glamer dari KL.

Kak Ina ni sangat aktif join aktiviti=aktiviti yang dianjurkan oleh Nuffnang.
So, muka Kak Ina memang sangat familiar la di kalangan Nuffnanger. 
Buktinya, Kak Ina buat contest terus ramai nak jadi penaja.
Memang murah rezeki sungguh.

Tapi dalam banyak-banyak entri,
saya paling suka entri resepi-resepi yang dishare oleh Kak Ina.
Maklum la, saya ni bukan la arif sangat bab-bab masak, so bila ada orang nak share-share resepi ni senang la skit keje den.. hehehe.. copy paste je..


Gambar yang dipertaruhkan adalah seperti berikut..
Actually, gambar ni gambar raya 2009. Bukan 2010.
Harap diterima ye Kak Ina ye.. hehehe :)



Dan untuk pengetahuan semua, 
"Contest - Gambar Kenangan Open House Aidil Fitri 2010 (Rumah Terbuka)" ini adalah anjuran bersama blogger-blogger glamorous dan meletops iaitu.....





Kalau nak tahu hadiah-hadiahnya dan nak join jugak, click here.
Tarikh tutup, hari ini 22 Okt 2010 pukul 12.00 tengah malam. So cepat-cepat..

Catlinaflybaby Celebrates ............................ Beautiful Mom - To - Be

Saya nak menang
Catlinaflybaby Celebrates......Beautiful Mom-To-Be Lucky Draw.

Contest ni bermula pada 15 Okt 2010 - 30 Okt 2010.



Saya pilih kategori B (lucky draw) ye, sebab saya ni masih berdua *wink*wink*

Antara sponsor-sponsor lucky draw ni ialah:


Kedai Gambar Kami 

 AiVee E-mart

Stylobubble

The Honeybunch Marketplace


Click here to join.

Tuesday, October 19, 2010

Minyak Wangi Harum Semerbak. Nak 5 Boleh???

Since dua tiga menjak asyik berangan je kerja so apa kata kita teruskan aje dan layankan aje perasaan aku yang suka berangan ni.

Jom layan....

pasal waiting list me for perfume....

Siap ada waiting list. Actually more to wish list.

Masa kahwin dulu, encik suami bagi ni as my hantaran. Of cos me pilih sendiri ya.

Lola by Marc Jacobs.

Memang suka gila sebab bau best, botol pon super cantiksss.

Masa tengah-tengah pilih perfume untuk encik suami kat Robinsons The Gardens, Aku ada try perfume ni. Sangat GORGEOUS bau dia okay. It'd be my next perfume kot..*wink*wink* 

Rose The One by Dolce & Gabbana.


Ni pulak senarai angau-angau. Tak dapat pon tak pe, kalau dapat lagi syokkk..

Forever by Mariah Carey


Kan best kalau aku ada satu almari penuh dengan perfume macam kat bawah ni...


Saturday, October 16, 2010

Xcess Book Store @ Amcorp Mall

Korang suka baca buku atau novel omputih tak?....

Aku suka tapi jarang aku habiskan satu buku. Hahahaha. Kalau bagi magazine kat aku, berapa banyak pon aku memang leh habiskan..

Ni nak share-share la kat sapa-sapa yang memang hantu novel atau buku English, aku ada terjumpa satu kedai buku yang sangat best, murah lagi besarrrr...

Kedai buku ni nama Kedai Buku Xcess. Kedai ni letaknya tingkat paling atas kat Amcorp Mall, Petaling Jaya.


Yang best sangat-sangat kedai buku ni ialah buku-buku dia memang murah. Korang bayangkan buku-buku macam Sophie Kinselle – Shopaholic bagai tu semuanya RM17.90.. 

Aku ada beli buku P.S I Love You, harga RM17.90 aje. Kalau kat Popular, takkan dapat harga tu. Aku siap masuk Popular nak compare harga. Kat Popular harga Rm31.90. Beza banyak tu korang kan. Dekat separuh dahhh.. Tak caya? Cuba tengok bawah.. Tak tipu daaa


 Ini gambar cilok dari sini. Cuba korang pikir, buku Dan Brown ni dari harga Rm35.90 dah jadi RM9.90... Tu siap ada 2,3 buku Dan Brown.. So, boleh angkut semua buat koleksi.


Macam-macam genre buku ada kat situ macam kedai-kedai buku lain cuma semua buku in English okay. Jangan ngado-ngado nak cari novel Alaf 21 kat sini. Genre komedi, romance, parenting, biografi semua bagai ada. Untuk kids pon ada. Kepada parents semua datang sini memang berbaloii... berbaloi-baloiii cakap Celcom kepada saya... hehe.. Kasi promote free dah aku ni... Aku sakit hati tengok harga-harga buku kat situ murah sangat...

Lagi gambar aku amek sendiri...






Kalau masih tak percaya, boleh pergi sendiri tengok. Kedai ni opposite dengan MCDonalds, tingkat paling atas dalam Amcorp Mall, PJ. Kalau naik LRT, stop dekat LRT Taman Jaya. Kalau tak tahu semua tu, sila google.

P.S: Selain Xcess Book Store ni, Amcorp Mall memang ada banyak kedai buku seperti Kedai Buku Popular, Kedai Buku Reissued, Kedai Bookstreams dan ada lagi 2,3 buah lagi... So, ulat-ulat buku sila datang ye.

P.S.S: Aku memang suka Amcorp Mall pon.. hehehe...

Related Posts with Thumbnails