Salam korang.
Actually agak teragak-agak bagi aku nak share pengalaman buat IUI ni.
Perasaan aku bercampur aduk sama ada rasa excited, malas, segan - semuanya macam berkumpul dalam 1 rasa yang aku rasa susah nak luah. Nak cite lagi la susah.
Aku pasti orang yang ada pengalaman yang sama sahaja yang lebih paham.
Setiap ujian yang Allah turunkan ada sebab musababnya.
Kadang-kadang orang hanya mampu ucap kata simpati.
Simpati dengan aku dan Apis yang masih berdua.
Macam la teruk sangat kan takde anak ni orang pandang.
Bagi aku, setiap orang ada ujian hidup masing-masing.
Hidup senang dan kaya tu pon ujian Allah ok. Jangan ingat yang susah-susah dan sedih-sedih je ujian Allah. Ujian datang dalam macam-macam bentuk. How we accept and handle it, tu Allah nak tengok.
Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik.
Aku pernah jugak cakap dengan Apis, mungkin ada sebab Allah masih 'hold' rezeki anak untuk kami.
Tapi dalam masa yang sama, rezeki lain mula masuk.
Alhamdulillah, rezeki Apis dalam business makin menampakkan hasil.
Dan boleh kata Apis memang busy gile, asyik meeting dan meeting.
Sometimes, aku hanya jumpa Apis sekali sehari which is time nak pergi kerja.
Aku dah tido, dia baru balik. Aku nak pergi kerja, dia masih tido.
Mungkin Allah nak bagi kitaorang mencari keselesaan hidup dulu.
Insya Allah, kami cuba buat yang terbaik, cuba nak buat orang sekeliling kami happy.
Pasal business Apis tu insya Allah lain kali aku share secara details.
Rezeki yang tak disangka-sangka, dari pelbagai cabang.
Tapi jangan la korang pikir kitaorang dah kaya ke, dah senang-lenang. Kami masih bertatih. Kalo baby, baru nak merangkak orang cakap.
Kang dah panjang lebar mukadimah aku. haha.
Nak cite pasal IUI, tapi tercerita benda lain, terluah perasaan haha.
Jadi marilah aku sambung cite IUI ni. Niat aku hanya nak share sahaja, bukan nak raih simpati ke apa. Kalau rasa nak kutuk ke, kutuk je dalam hati korang.
Aku belum mampu nak tadah telinga hahaha.
OKla, lepas aku
jumpa pakar aritu, macam korang baca aritu,
aku telah disuggest oleh doktor untuk terus buat IUI.
Tapi balik dari jumpa doktor tu, aku tak terus makan pil-pil yang dibekalkan tu.
Sebabnya, aku kena outstation dekat seminggu. Bila buat calculation, aku decide nak makan pil tu masa aku start outstation, so bila dah balik dari outstation, period aku datang dan boleh start makan Clomid.
Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan awal aku. Aku datang period hari ke-3 outstation. Aku start makan clomid hari ke-2 period (CD2). Aku kena makan 2 biji sehari selama 5 hari (CD6).
Dan pada CD9 (21/03/2014), aku kena pergi hospital untuk buat TVS. TVS ni proses nak check saiz telor, sama ada dah matang ke belum. Kalo dah matang, boleh terus proceed buat IUI.
Macam kes aku, telor belum matang dan kena datang lagi buat TVS 2 hari lepas tu (24/03/2014).
Dan Alhamdulillah, pada 24/03/2014, doktor cakap telor aku dah matang dan boleh ready untuk buat IUI.
Gile happy masa tu :)
Lepas tu doktor bagi Pregnyl untuk suntik malam tu.
Aku pergi buat kat klinik area rumah je, kena charge rm10 je. Suntikan tu dibuat around 9.30-10.00 malam. Suntikan ni untuk pecahkan telor.
Lepas dapat suntikan tu, lagi dua hari baru IUI akan dibuat, iaitu semalam, 26/03/2014.
Aku dan Apis sampai around pukul 8 pagi kat hospital.
Aku tak amek cuti pon sebab nanti akan dapat MC.
Sebelum tu, nurse ada terangkan skit macam mana prosedur tu.
Nak tanya ke apa, tanya la.
Prosedur IUI ni dimulakan dengan pengambilan sperm Apis hahaha.
Sperm tu akan dicuci dan hanya sperm yang gagah berani sahaja yang akan diambil.
Proses ni buat kat hospital je, ada bilik khas yang disediakan.
Proses cuci tu amek masa gak la.
Nurse yang cuci suh kami datang balik pukul 11.30 pagi. Masa tu tak sampai pukul 9.00 pagi pon lagi. Sempat la singgah breakfast walaupon dah breakfast kat rumah haha.
Aku cheat diet, makan nasi lemak dengan roti kosong, air tetap air kosong hukhuk.
Nasib baik tak naik, maintain ajoooo.
Siap makan, sempat lagi balik rumah membuta haha.
Pukul 11.00 kejut Apis gerak pergi hospital balik.
Masa sampai kat bilik rawatan, doktor tak sampai lagi.
Oh nak bagitau, ada 2 pasangan je termasuk kitaorang yang akan buat IUI aritu.
Aku masuk dalam bilik rawatan untuk tunggu turn.
Pastu Apis kena pergi register, bayar rm103 dan amek ubat.
Sekarang turn aku plak.
Alhamdulillah, prosedur IUI ni memang tak menyakitkan langsung.
Cuma ada sedikit rasa tak selesa, dan sedikit senak.
Mula-mula nurse suh aku baring atas katil. Punggung kena letak atas bantal.
Posisi baring tu, ala-ala macam orang nak beranak.
Perasaan malu memang tolak tepi la kan.
Nasib baik doktor pompuan, doktor Aida yang buat tapi tetap segan wehhh.
Doktor suruh aku rilek.
Pastu aku dengan bunyi skru diputar-putar hahaha. Seriau sekejap mak.
Lepas tu doktor masukkan alat macam mulut itik tu.
Masa tu la rasa senak skit. Pastu tak rasa apa.
Masa doktor nak lepaskan sperm masuk, dia suruh aku tahan nafas.
Pastu siap, sekejap gile. Rasanya 2-5 minit kot prosedur ni.
Lepas tu, nurse suh aku lipat dan rapatkan kaki, tahan sekejap.
Tak lama pon, dalam 5 minit je pastu dah boleh turun katil dan balik hihi.
Balik nanti, kena makan Duphaston selama 2 minggu.
Lepas tu, boleh la test UPT kalo period tak datang.
Nanti kena inform kat dorang, berjaya ke tak.
Doakan aku ye korang :):)