Monday, March 31, 2014

REZEKI DARI CONTEST.

Tahun ni macam ketandusan cite menang contest.
Bukan salah sapa, salah aku sendiri sebab malas haha.
Malas nak isi borang, malas nak pos, malas nak pikir slogan. Semua malas la.
Tapi bila tengok kawan-kawan comper dok up cite menang tu, menang ni, rasa 'terbakar' plak haha.
Tapi tetap malas. So tak dapat den nak tolong lerrrr ;)


Tapi alhamdulillah, bulan Februari lepas, ada la menang skit.
Semua contest dari magazine, online contest je pon.
Tapi kalau dikumpul-kumpul, hadiah semua dah lebih 1k jugak.



Set Biotherm Aquasource.
Aku memang 2 set dari Cosmopolitan bulan Feb.
Satu atas nama aku, satu lagi nama cousin, Kak Tasha.
Dan menang 1 set lagi dari Female magazine. Dapatla 3 set semua.
Memang rezeki, sebab aku memang aim nak menang ni.
Ni kira stok 6-8 bulan kot.


Menang Triumph lingerie dari Marie Claire magazine.
Rasanya ini first time aku menang dari Marie Claire.
Yang ni kena reka slogan.
Tak dapat aku membayangkan aku pakai lingerie tu HAHAHAHA.




Set perfume dari Avon, worth rm98 dari EH! magazine.
Nama adik aku Syafiq.




Last but not least, set kecantikan Syahirah dari EH! magazine juga.
Ni menang nama aku sendiri.


Moga-moga ada rezeki lagi next time insya Allah..
Nak kena rajinkan diri ni hehe.


Saturday, March 29, 2014

Bubur Jagung Bersagu Penuh Kasih Sayang :)

Salam korang.

Terima kasih la pada yang banyak bagi nasihat dan sokongan kepada aku sepanjang aku berTTC ni.
Aku hargai sangat-sangat sokongan korang.
Aku ada baca ni somewhere, dan nak share nga korang,

Setiap musibah dan dugaan itu memang diciptakan khas buat kita, bukannya kebetulan dan ganjarannya sedia menanti sekiranya kita sabar dan mendekatkan diri padaNya. 

Bila kita berada dalam lingkungan orang-orang yang positif, insya Allah, kita akan turut berpikiran positif.
Walaupon kadang-kadang rasa down dan sedih, tapi dengan adanya korang yang positif di sekeliling aku, aku jadi lebih kuat dan paling penting, aku rasa lebih rilek. TQ ye uols :)


Lepas aku buat IUI tu, banyak hari gak aku cheat. Maksud aku, cheat diet aku haha.
Esok lepas buat IUI tu, lunch aku pergi order Big Mac McD, budak-budak department aku yang nak order so join sekaki. Pastu order sekali spicy chicken Mcdeluxe tu. Amek ko, dua biji sekali aku order tapi takde la makan sekaligus. Aku bawak balik separuh tapi akhirnya Apis yang abiskan haha.
Esoknya, sekali lagi budak-budak department aku ajak makan nasi lemak ayam madu.
Ingat nak menolak tapi nafsu macam nak makan haha. So layankan aje la.
Malam tu balik rumah masak untuk Apis, goreng ikan je pon. Pastu ada aku beli sup ayam untuk dinner aku.
Last-last, dengan aku sekali makan nasi. Terliur tengok Apis makan ulam cicah budu.
Padahal sebelum ni boleh je tahan.
Takpe, arini aku kontrol balik nafsu aku.
Aku nak diet beria-ria pon takut efek kat proses IUI aku ni.
Tapi aritu nurse ke doktor ke takde cakap apa-apa. Takde suh pantang apa-apa.
Yang dipesan suh balik 'bersama' je haha.
Tapi aku ada la google sedikit sebanyak. Kalau boleh makanan yang 'tajam' macam nenas, jeruk ke semua tu kena elakkan. Yang tu takpe, aku dah lama tak beli.
Kalau ada sape-sape nak share dengan aku pasal pemakanan ni, dialu-alukan. Sila la email aku ok, or komen kat post ni je pon takpe.


Walaupon diet low carbs, selera Apis aku tak leh abai jugak. Kesian dia.
Dah la mamat tu tekak melayu asli haha.
So, pagi ni bangun tengok ada jagung yang belum rebus dalam fridge.
Terus ting kat kepala aku nak buat bubur hehe. Tapi daun pandan takde. Takpe, takde hal takde daun pandan. Janji bahan-bahan lain cukup kan.


Maka jadila bubur jagung bersagu.



Ko mampu pagi-pagi dah masak bubur jagung.
Kalau orang lain masak petang untuk minum petang.
Takpe, masak awal-awal, letak dalam fridge lagi sedap kan.
Tapi Apis dah makan awal-awal, 2 mangkuk lagi haha. Yang lebih masuk fridge.
Paling penting bubur ni kena ada rasa lemak, manis dan masin (sikit), baru menjadi.


Resepi dia mudah sangat.
3 biji jagung (hiris dan amek isi dia sahaja)
1/2 keping gula melaka (aku pakai yang Kelantan mari). Kalo nak manis, letak 3/4 keping.
Air 150-200 ml.
Santan kotak 200ml (aku guna brand M&S)
Garam sikit
Sagu 4-5 sudu (basuh dan toskan)
Daun pandan sehelai

Cara masak:
1. Masukkan santan, air dan jagung, didihkan guna api kecik.
2. Masukkan gula melaka dan garam.
3. Last sekali masukkan sagu. Kacau dan pastikan sagu tu kembang betul-betul. 
4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
5. Kacau lagi. pastu angkat, pastu ngap hihi.


Ni sotong celop tepung entah bila masak.
Saje letak sini kasi korang terliur hehe..
Arini masak gulai ikan masin ala Kelantan tapi malas amek gambar.
Lain kali la aku share resepi.


Ni menu pencuci mulut hahaha.



Selamat berweekend semua..



Thursday, March 27, 2014

Pengalaman Buat IUI.

Salam korang.

Actually agak teragak-agak bagi aku nak share pengalaman buat IUI ni.
Perasaan aku bercampur aduk sama ada rasa excited, malas, segan - semuanya macam berkumpul dalam 1 rasa yang aku rasa susah nak luah. Nak cite lagi la susah.
Aku pasti orang yang ada pengalaman yang sama sahaja yang lebih paham.
Setiap ujian yang Allah turunkan ada sebab musababnya.


Kadang-kadang orang hanya mampu ucap kata simpati.
Simpati dengan aku dan Apis yang masih berdua.
Macam la teruk sangat kan takde anak ni orang pandang.
Bagi aku, setiap orang ada ujian hidup masing-masing.
Hidup senang dan kaya tu pon ujian Allah ok. Jangan ingat yang susah-susah dan sedih-sedih je ujian Allah. Ujian datang dalam macam-macam bentuk. How we accept and handle it, tu Allah nak tengok.
Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik.
Aku pernah jugak cakap dengan Apis, mungkin ada sebab Allah masih 'hold' rezeki anak untuk kami.
Tapi dalam masa yang sama, rezeki lain mula masuk.
Alhamdulillah, rezeki Apis dalam business makin menampakkan hasil.
Dan boleh kata Apis memang busy gile, asyik meeting dan meeting.
Sometimes, aku hanya jumpa Apis sekali sehari which is time nak pergi kerja.
Aku dah tido, dia baru balik. Aku nak pergi kerja, dia masih tido.
Mungkin Allah nak bagi kitaorang mencari keselesaan hidup dulu.
Insya Allah, kami cuba buat yang terbaik, cuba nak buat orang sekeliling kami happy.


Pasal business Apis tu insya Allah lain kali aku share secara details. 
Rezeki yang tak disangka-sangka, dari pelbagai cabang.
Tapi jangan la korang pikir kitaorang dah kaya ke, dah senang-lenang. Kami masih bertatih. Kalo baby, baru nak merangkak orang cakap.


Kang dah panjang lebar mukadimah aku. haha.
Nak cite pasal IUI, tapi tercerita benda lain, terluah perasaan haha.
Jadi marilah aku sambung cite IUI ni. Niat aku hanya nak share sahaja, bukan nak raih simpati ke apa. Kalau rasa nak kutuk ke, kutuk je dalam hati korang.
Aku belum mampu nak tadah telinga hahaha.


OKla, lepas aku jumpa pakar aritu, macam korang baca aritu,
aku telah disuggest oleh doktor untuk terus buat IUI.
Tapi balik dari jumpa doktor tu, aku tak terus makan pil-pil yang dibekalkan tu.
Sebabnya, aku kena outstation dekat seminggu. Bila buat calculation, aku decide nak makan pil tu masa aku start outstation, so bila dah balik dari outstation, period aku datang dan boleh start makan Clomid.


Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan awal aku. Aku datang period hari ke-3 outstation. Aku start makan clomid hari ke-2 period (CD2). Aku kena makan 2 biji sehari selama 5 hari (CD6).
Dan pada CD9 (21/03/2014), aku kena pergi hospital untuk buat TVS. TVS ni proses nak check saiz telor, sama ada dah matang ke belum. Kalo dah matang, boleh terus proceed buat IUI.
Macam kes aku, telor belum matang dan kena datang lagi buat TVS 2 hari lepas tu (24/03/2014).
Dan Alhamdulillah, pada 24/03/2014, doktor cakap telor aku dah matang dan boleh ready untuk buat IUI.
Gile happy masa tu :)


Lepas tu doktor bagi Pregnyl untuk suntik malam tu.
Aku pergi buat kat klinik area rumah je, kena charge rm10 je. Suntikan tu dibuat around 9.30-10.00 malam. Suntikan ni untuk pecahkan telor.
Lepas dapat suntikan tu, lagi dua hari baru IUI akan dibuat, iaitu semalam, 26/03/2014.


Aku dan Apis sampai around pukul 8 pagi kat hospital.
Aku tak amek cuti pon sebab nanti akan dapat MC.
Sebelum tu, nurse ada terangkan skit macam mana prosedur tu.
Nak tanya ke apa, tanya la.
 Prosedur IUI ni dimulakan dengan pengambilan sperm Apis hahaha.
Sperm tu akan dicuci dan hanya sperm yang gagah berani sahaja yang akan diambil.
Proses ni buat kat hospital je, ada bilik khas yang disediakan.
Proses cuci tu amek masa gak la.
Nurse yang cuci suh kami datang balik pukul 11.30 pagi. Masa tu tak sampai pukul 9.00 pagi pon lagi. Sempat la singgah breakfast walaupon dah breakfast kat rumah haha.
Aku cheat diet, makan nasi lemak dengan roti kosong, air tetap air kosong hukhuk.
Nasib baik tak naik, maintain ajoooo.
Siap makan, sempat lagi balik rumah membuta haha.


Pukul 11.00 kejut Apis gerak pergi hospital balik.
Masa sampai kat bilik rawatan, doktor tak sampai lagi.
Oh nak bagitau, ada 2 pasangan je termasuk kitaorang yang akan buat IUI aritu.
Aku masuk dalam bilik rawatan untuk tunggu turn.
Pastu Apis kena pergi register, bayar rm103 dan amek ubat.

Sekarang turn aku plak.
Alhamdulillah, prosedur IUI ni memang tak menyakitkan langsung.
Cuma ada sedikit rasa tak selesa, dan sedikit senak.



Mula-mula nurse suh aku baring atas katil. Punggung kena letak atas bantal.
Posisi baring tu, ala-ala macam orang nak beranak.
Perasaan malu memang tolak tepi la kan.
Nasib baik doktor pompuan, doktor Aida yang buat tapi tetap segan wehhh.
Doktor suruh aku rilek.
Pastu aku dengan bunyi skru diputar-putar hahaha. Seriau sekejap mak.
Lepas tu doktor masukkan alat macam mulut itik tu.
Masa tu la rasa senak skit. Pastu tak rasa apa.
Masa doktor nak lepaskan sperm masuk, dia suruh aku tahan nafas.
Pastu siap, sekejap gile. Rasanya 2-5 minit kot prosedur ni.
Lepas tu, nurse suh aku lipat dan rapatkan kaki, tahan sekejap.
Tak lama pon, dalam 5 minit je pastu dah boleh turun katil dan balik hihi.
Balik nanti, kena makan Duphaston selama 2 minggu.
Lepas tu, boleh la test UPT kalo period tak datang.
Nanti kena inform kat dorang, berjaya ke tak.
Doakan aku ye korang :):)




Friday, March 21, 2014

OUTSTATION.

Salam korang.

Hai macam dah lama plak tak menaip.
Almaklum la last week aku takde kat rumah, kena outstation 4 hari, pergi Nilai, Melaka dan Johor.
Kalo dah dok hotel, mood nak update takde sangat. Lagipon memang busy.
Time dah abis keje, dok rilek-rilek depan TV, buka laptop setakat baca blog orang lain.
Pastu kena plak minggu tu Ummi dan Mama (nenek) aku datang KL.
Makcik aku nak bawa dorang pergi berjalan ke Langkawi. Sempat jugak la tidur rumah aku 1 malam.
Ni first time Ummi aku datang rumah sejak aku pindah Shah Alam.
Sebelum ni bukan taknak datang, tapi kesihatan Mama tak mengizinkan. So banyak kali tertangguh.
Niat di hati kalo datang, nak juga bawa dorang pusing-pusing i-City ke, jalan-jalan ke Morib ke. Tapi aku plak kena outstation. Insya Allah lain kali..



Kalo pergi Langkawi, ni coklat favourite aku. 
Rasa dulu macam murah skit. 
Pastu Ummi belikan aku pemanggang ajaib jenama HIG (Haji Ismail Group). Boleh la aii memanggang guna pemanggang ajaib plak. Selama ni, pakai pemanggang ikan tu je, takpon atas non-stick pan. 


Cakap pasal outstation ni, mula la dilema nak makan apa kan. Aku kan tengah berDA sekarang hahaha.
Aku masih kuat taknak makan nasi, mee or bihun or seangkatan dengannya.
Ada la jugak cheat. Tengok makanan hotel mana leh tahan. Termakan donut seketul. Ya Allah gebu gile donat tu tapi cukup la seketul hehe. 


Pagi tak kisah sangat, sebab cukup dengan telor aku dah kenyang.
Tapi kat hotel, ada banyak menu. Ada la aku amek chicken slice tu, makan dengan scramble egg.
Kat bawah ni menu lunch dan dinner.

Grilled fish dengan tomyam campur.
Makan kat atap-atap.


Ayam penyet kedai depan hotel JB untuk dinner.
2 malam berturut-turut makan ni.
Kat JB, aku dok kat New York Hotel. Ayam penyet femes kat situ. Aku ratah ayam jela.


Chicken Rice Shop.
Roasted chicken dengan Chai Boy (lupa nama).
Ni untuk lunch. 2 kali lunch aku makan ni je.


Ni last dinner kat Melaka. 
Gravy letak asing. Banyak carbs tersembunyi tu hehehe.
Fries aku makan, tapi tak abis la.


Adala jugak aku tibai buah masa stop kat RNR Pagoh tu.
Air pon aku kurang minum sebab kerja susah skit la nak berulang alik ke toilet. Lain la dok opis je. Tak kisah. Ni kejap ke sana, kejap ke sini.
Balik rumah, alhamdulillah berat ada naik skit, tak sampai 1 kilo pon. kira statik lagi la.
Aku pon tak berharap masa outstation berat turun. Masa travel, susah nak kontrol makan.
Kadang-kadang, makan tak tentu masa. Lapar pon tak tentu masa.
Kalo berat tak naik/statik, dah kira ok dah.


AKu masih dok berusaha untuk capai target aku.
Ada yang tanya kenapa tak letak gambar hehehe.
Biarla dulu ye. Perubahan tak ketara sangat. Tapi seluar memang longgar gile. Siap kena pakai belt. Aku plak jenis malas pakai belt haha. Baju pon dah turun size, mungkin 2 size turun. 
Aritu aku ada beli baju kat Poplook, biasa aku memang beli size XL. Saje try beli size L, longgar lagi. Maybe boleh try beli size M plak :)
Perut dah kurang buncit, paha dah kecik, bawah lengan pon dah kecik.
Cuma mungkin orang yang melihat tak dapat nak kesan sangat perubahan. Sebab aku pendek kot.
So kena turunkan lagi 5kg ni. Insya Allah.
Kalau dah berjaya, aku plan nak tukar diet plak. 
Maybe nak try diet kalori plak.. 
Tengok macam mana..
Apa-apa, tengok result yang ni dulu.



Related Posts with Thumbnails