Tuesday, November 29, 2011

Hasil Rembat-Merembat di La Senza OU ;)

Ni redeem shopping voucher - kemenangan dari La Senza Pin-Up Store Contest. Thanks La Senza Malaysia.



Tak boleh tunjuk isi kat dalam ;p hahaha


Monday, November 28, 2011

Tribunal Pengguna Part 3 | Kes Tuntutan Untuk Dikongsi dan Diambil Ikhtibar :)

Akhirnya, minggu lepas aku telah ke Tribunal Tuntutan Pengguna sekali lagi untuk perbicaraan kes aku di mahkamah tribunal. Sehari sebelum tu aku ada terpikir, ye ke aku nak pergi tuntut ni? Gerun la plak nak berhadapan dengan tuan hakim nga pihak penentang. Aku dok membayangkan dorang akan tanya aku macam2,   hentam ke.. bidas aku pedas2 ke.. ishh, runsingnyerrr.. haha.. padahal aku nak tuntut balik hak aku yang aku ditindas dan diperdaya... ok, ok dalam hati cakap tawakal je la kan.


Esoknya, aku bangun awal2 lagi sebab nak masuk KL ni bukan leh predict sangat jem dia macam mana. Masa tu aku tak check pon pukul berapa kena pergi. Main ingat2 je, seingat aku pukul 10 pagi. Rupa2nya, 10.30 pagi. cehh.. Buat rugi je tak habis breakfast pagi tu..hehehe.. Tapi bila aku balik, tengok semua disapu bersih oleh cik abe kesayangan. hahaha..


Aku sampai awal gak la kat sana, lebih kurang pukul 9.20 pagi. So, aku terus naik tingkat 16, pergi register, tanda kita hadir untuk kes kita diperdengarkan dalam mahkamah tribunal hari tu. Aku ada gak tengok2 sapa wakil pihak penentang tapi kemungkinan besar aku tak kenal sebab mungkin diorang hantar wakil je. Tak ada pon muka yang familiar. So, aku terus turun balik ke ground floor nak cari ATM. Tapi terjumpa kedai makan. Terus masuk breakfast sekali lagi..hahahaha.. nasi lemak dan teh tarik.


Lepas tu lepak jap, dekat2 pukul 10.30 pagi, aku terus naik balik ke tingkat 16. Pastu masuk dalam mahkamah tribunal tu. First time ni.. Aku tengok presiden/hakim dah tercongok kat depan. Ada penolong setiausaha kat depan dia. pastu ada satu meja besar kat depan pen. s/u tu.. agak besar la meja tu, boleh muat pihak penentang 2 orang, penuntut 2 orang dan menghadap ke arah hakim tu la. Pastu disediakan kerusi lebih kurang 30 buah. so, aku rasa rilek skit tengok suasana tu. tak payah bangun2 bagai dok dalam kandang ke apa. just dok kat kerusi kat depan penolong s/u tu je.. Pastu soal2 jawab kat situ la..


credit here.


Rupa2nya, banyak kes yang akan diperdengarkan pada hari tu. So, kena ikut turn masing2. Setiap kes ambil masa yang berbeza2 sebab ikut kes apa yang dia bawa. Aku tak ingat dah berapa kes hari tu. Rasanya ada kot 10 kes. Dan kes aku kes kedua last yang dibicarakan pada hari tu. Letih aku dok menunggu. Ada yang cepat selesai, ada yang lambat selesai. Yang cepat selesai tu, kes yang pihak penentang tak hadir. Sama ada dorang dpt award, atau kena cari tarikh lain pulak. Satu hal la plak kann.. Mengantuk pon yeee, lenguh pon yeeee, tak senang duduk aku.. hahahaha.. Yang menariknya, sesiapa pon boleh masuk kalau nak dengar sekali. So, aku nak rekemen la kat sapa2 yang free dan berada di sekitar The Mall, boleh la lepak kat mahkamah tribunal tu. At least ada gak ilmu yang korang dapat kan.. hahahaha. Sebab bila aku ada kat situ la, baru kita hak2 kita sebagai pengguna. Ada 2, 3 kes yang menarik aku rasa nak share untuk rujukan korang nanti..

p/s: kes tidak ikut turutan sebab aku tak ingat ye..


Kes 1

Pasal kes beli mesin basuh. Si penuntut nak tuntut mesin basuh baru. Aku tak pasti kenapa tapi bila dua2 si penuntut dengan si penentang duduk je, si penentang terus je cakap. Saya tak kisah saya turut je apa dia nak, nak mesin baru brand apa pon tak pe. Eh.. senangnya.. so, kes dia cepat selesai sebab dua2 pihak dapat kata sepakat dan pihak penentang bersetuju untuk ganti balik mesin basuh tu dengan mesin basuh baru.


Kes 2

Kes kecurian kabel elektrik. ni antara owner rumah dengan pihak TNB. Kes paling lama hari tu, siap bawak saksi lagi pihak TNB. Mula2 aku ala2 tak paham kes apa diorang sebab kejap2 wayar loss, kejap2 elektrik takde. Rupa2nya baru aku paham kisahnya, si penuntut ni ada rumah sewa. Dan rumah sewa dia ni telah dicaj sebanyak RM7K ++ sejak 3 tahun lepas. tapi dia baru perasan bil tu Mac lepas. Kes dia mcm complicated skit sebab ada dua cerita, satu kes lampu umah tu padam dan TNB check masalah fius je so diorang tukar semua dah ok. Dan satu kes lagi, TNB pernah pergi rumah si penuntut ni, dan perasan meter dia telah dibuka dan link voltage meter tu longgar satu wayar. Ada 3 wayar dan satu wayar telah dilonggarkan. Kira kes nak jimat elektrik la. Biasa memang tuan rumah je buat gini kalau orang luar buat, takde pekdah pon.


Yang menarik, si penuntut penah la pergi meeting nak minta kurangkan bil tertunggak tu or bil ralat tu sebab wayar tu dilonggarkan so ade la ralat so macam si penuntut ada hutang la nga TNB. Ko guna elektrik tapi tak bayar. Bila link voltage longgar so dia tak leh bagi bacaan yang sebenar sedangkan elektrik ko tetap dapat. Bil dia RM7++ kan so runding punya runding2, TNB nak bagi diskaun jadi RM2,200 je. tapi si penuntut ni tak setuju. So, ada meeting kali kedua, pihak TNB tak bagi diskaun lak sebab kalau ikut prosedur diorang, kalau yg first meeting dulu tak setuju, untuk second meeting diorang akn balik ke bil asal la. so, balik kepada RM7K ++.. So, lagi la dia tak puas hati sebab tu la kes ni dibawa ke tribunal.


Kemuncaknya, cakap2, diskus2, menentang, membela bagai depan tok hakim tu, last2 tok hakim cakap la kat penuntut tu.. ni aku dah diolah ikut kefahaman dan ayat aku la yerrkk.. hahaha


Kamu sebagai owner rumah tu mesti lah kena bertanggungjawab atas rumah. You dah dapat benefit dari hasil sewa, so not fair la bila ada kes2 macam ni you nak salahkan orang lain. Mungkin salah seorang penyewa tu yang buat kerja 'jahat' tu. So, sebagai owner pon kita kena check keganjilan kat meter tu. Kejadian berlaku sejak 3 tahun lepas. So takkan dalam masa 3 tahun tu, you langsung tak ambil kisah dengan rumah you. Takkan just ambil hasil sewa je kan.. Lagipon, TNB dah offer diskaun. TNB pon bukan bagi elektrik free so disebabkan masalah awak, TNB kena tanggung kerugian kan.. 7k dengan 2k tu dah banyak kurang dah..


So, sekarang ni si penuntut ni kena bayar la 7K tu sebab dia kan tak setuju nak bayar 2K. So, perjanjian ikut asal la balik. Kan dah padan muka. hahaha.. Aku dah nak tergelak dah tengok si penuntut. Sebab dia punya kepoh, dia punya gaya tu memang pening dah aku tengok.. Pastu boleh sesedap dia, eh bukan kena bayar 2K ke. Wakil TNB cakap dah pihak penuntut tak setuju dulu so kena bayar 7K balik la. Dia boleh pulak cakap kasi la diskaun, saya kasi cadangan 50% off dari 2K tu. Sekali wakil TNB jawab, sekarang keputusan dah ikut yang asal, which is kena bayar 7K, apa2 kita boleh suggest agar penuntut request untuk rundingan kali ketiga. Dan keputusan bergantung pada rundingan kali ke-3 tu la. Tapi si penuntut tu tak paham bahasa kot, dia dok angkat tangan kat tok hakim, cakap i suggest 50% off dari 2K tu. Adoooiii apek lu tarak paham kaa.. kes ni dah berpihak pada TNB, so, ko la yang kena bayar...


Last2, tok hakim pon cakap, saya boleh suggest you pergi buat rundingan lagi dengan TNB dan berapa kena bayar atas budi bicara TNB.. ok, selesai.


Dah panjang la pulak aku bercerita.. sambung next entry la ye.. ada lagi kes2 yang nak aku share ni..hehehe.. pengalaman aku sendiri pon belum cite lagi.. apapon, tunggu la entry aku entah bila nak karang.. hahahaha

Saturday, November 26, 2011

AirAsia BIG Loyalty Programme

Korang dah join ke loyalty programme from AirAsia ni, called BIG. Dengan penggunaan kad BIG ni, korang akan earn points (called BIGGIE) dan boleh redeem  AirAsia FREE FLIGHTS. Besttt kan...



More details, click here.

To get your own Big Shot card, sign up here.

Rasanya, sapa2 yang selalu fly guna AirAsia patut apply ni. Aku dah apply, korang bila lagi.. hehehehe...



Wednesday, November 23, 2011

Tribunal Pengguna Part 2

Ingat lagi tak pasal ni? Ok, selepas aku send borang 1 kepada pihak penentang, lebih kurang sebulan lepas tu baru aku terima balik kad akuan terima tu. Sepatutnya dalam masa seminggu dua dah boleh dapat balik. Tunggu punya tunggu tak kunjung tiba so aku call pihak tribunal tanya macam mana. Diorang suh aku call pos malaysia sendiri. Bila dah call tu pihak pos suruh aku photostat resit pos dan isi borang di pejabat pos berhampiran. Tapi belum sempat aku nak pergi ke pejabat pos keesokan harinya, aku check dah ada kad akuan tu dalam peti pos umah aku. Lega ;p


So, sekarang tengah berdebar tunggu hari ‘perbicaraan’. Aku pon ada terima borang 2 daripada pihak penentang untuk membela diri atau menentang semula tuntutan aku. Diorang pon guna cara yang sama pos yang perlukan kad akaun terima. Kebetulan masa tu aku tak ada kat rumah, so kena pergi amek kat pejabat pos sendiri. Aku dah baca sepintas lalu hujah2 diorang. Biasa la, mesti diorang nak menegakkan hak mereka gak. Kadang2 risau jugak takut alasan aku tak kukuh tapi kalau aku tak cuba, aku tak tahu kan.


Terus terang cakap, aku memang mengharapkan kemenangan di pihak aku. Walaupon kes ni dah berlaku 2 tahun lebih, tapi aku masih nak tuntut sebab satu, selagi tak cecah 3 tahun memang boleh tuntut. Kedua, aku baru tahu yang ada badan macam tribunal ni yang menjadi tempat kita untuk menuntut hak kita sebagai pengguna. Tapi, tetap ada term and conditions. Insya Allah, jika aku diberi kekuatan, aku akan bercerita lagi pasal ni. Tuntutan apa yang aku buat dan siapa pihak penentang tu. Korang doakan aku ekk..


Dan kalau aku menang, aku akan dapat balik duit aku tu. Insya Allah aku akan cuba selesaikan hutang2 yang tertunggak. Atau mungkin boleh buat modal berniaga. Harap2 kalau tak dapat semua, dapat la skit...


pic tiada kaitan dengan entry.

Setiap orang ada rezeki masing-masing, dan rezeki tu di tangan ALLAH. 
Janganlah kita takbur dengan kesenangan dan kemewahan yang kita ada hari ini. 
Janganlah kita bongkak mengatakan kita sudah berjaya sehingga kita lupa bersyukur dengan segala nikmat yang kita perolehi dari-Nya.



Related Posts with Thumbnails