Tuesday, October 17, 2017

Kampung Halaman Yang Dirindui

Home sweet home..




Kadangkala kita perlu berkorban supaya ada yg bahagia.
Kadangkala kita perlu melepaskan apa yg ada supaya cita2 tercapai.
Hidup adalah pilihan.
Tak hidup dek puji.
Tak mati dek keji.

Doakan umi sihat seperti sedia kala.
Doakan umi panjang umur.
Doakan kami adik beradik kuat.
Doakan kami adik beradik tabah.

Monday, October 16, 2017

Sumayyah 11 bulan

Salam dan hai...

Aku baru install blogger kat hp ni.
Sebelum ni pernah install dah tapi mana menghilang tak tahu. Aku delete kot.


Kebetulan semalam my baby girl Sumayyah cukup 11 bulan. 
So kali ni aku cite pasal Sumayyah la ya.





Umur 11 bulan ni macam2 dah Sumayyah boleh buat. Kiranya perkembangan dia seiring dengan usia la.
Cuma satu je belum lagi..
Belum tumbuh gigi.
Tapi bab makan laju je.
Semua benda nak makan tapi mestilah aku tapis la kan.
Tercekik budak tu.




Merangkak tu memang dah lama expert.
Dah boleh berdiri.
Dia akan berpaut kat mana2.
Kat aku.
Kat apiz.
Basikal abang dia.
Pastu berdiri.
Dan slow2 jalan dengan bantuan la.





Oh dia dah pandai clap. Ni aku perasan sebulan dua yg lepas..
Sekarang kalau orang cakap bye bye.
Dia pon dah pandai bye bye.
Kalo dia dengar org cakap bye bye, automatik tangan dia akan bye bye.





Ni aktiviti mandi manda bersama.. hihi



Abang Haziq pon nak interframe gak.


Bulan depan Sumayyah dah masuk 1 tahun.
Cepatnya masa berlalu.
Rasanya aku berehat 2 tahun kot untuk next baby hahaha..



Tuesday, October 10, 2017

Kisah Aku Bersama Tupperware

Assalamualaikum dan hai..


Lama gile aku menyepi.
Banyak sebenarnya yang berlaku.
Rasa macam tak sempat pon nak menulis kat sini..
Tapi tetiba datang mood nak menaip.


Sekarang aku tengah busy dengan business Tupperware.
Memang aku agak serius juga la dalam business ni.
Dan kalau boleh aku nak buat betul2 dan berhenti kerja sekarang.
Doakan aku..


Dunia business ni memang ada ups and downs.
Memang peringkat awal, hasilnya tak seberapa.
Aku ingat lagi komisen aku masa mula2 dulu, 2 angka je.
Tapi insha Allah kalau kita konsisten, komisen akan bertambah, team pon makin berkembang.
Bagi aku kekuatan team memang jadi pencetus semangat untuk lebih berjaya.
Dan paling penting, pilihlah upline yang betul2 nak tolong kita.
Kadang2 kakak memang dah ahli, so nak join bawah kakak kita. Tapi dia pon tak serius buat business so macam mana. Tak salah pilih upline yang bukan ahli keluarga. Tapi kalau ada ahli keluarga yang memang serius nak buat business, join la bawah dia. Insha Allah gabungan team yang kuat (dengan ikatan kekeluargaan) bertambah kuat lagi semangat kita kan.


Aku sebenarnya bukan join ahli dengan kerelaan sendiri hahaha kantoiii.
Wife kepada cousin Apiz yang 'sponsor' aku join ahli konon2 nak cukupkan downlines dia.
Rasanya tahun 2012 kot dia registerkan aku.
Tapi tahun 2014 baru aku minat Tupperware ni.
Masa tu aku tak tahu sapa upline aku - wife cousin Apiz tak aktif pon.
Tapi dalam masa yang sama aku google la pasal macam mana nak buat komisen dengan Tupperware ni.
Dan aku juga dah start promote Tupperware.
Bawa katalog pergi opis.
Masa lepak dengan jiran2, aku hulur la katalog.
Banyak gak la sales aku time tu.


Sampai satu masa, aku macam lost sebab tak tahu siapa aku boleh refer.
So aku email kat careline Tupperware cakap aku nak tukar upline hahahaha..
Aku pon dah lupa la cite masa tu.. Tup2, owner stokis Putra Heights, Kak Norlia call aku.
Inform yang dia super2 upline aku. direct Director aku (read: leader), is from her organisation.
So Kak Lia invite aku datang stokis.
Dan aku pergi la kenal2 dengan Kak Lia.
Sejak aritu, apa2 event Kak Lia akan update aku dan invite aku untuk join.
Time tu aku seronok jugak la sebab pergi event Tupperware memang syok.
Dapat free gift.. ada attendance gift la, lucky draw la..
Macam2 la..serius syok la kan.
Kita minta Tupperware, dapat hadiah Tupperware..
Memang suka sangat.
Pastu event dia santai2 je.
Takde sesi brain wash ke, paksa buat sales ke..
Banyak share pasal kelebihan produk, macam mana nak guna produk, pastu ada demo masak2..





Bulan Mei 2014, aku cuba program DIQ pertama aku.
Program DIQ (Director In Qualifications) ni diberi tempoh 2 bulan sahaja.
Kak Lia minta aku cuba.
Aku cuba tapi gagal.
Bulan Oktober 2014, aku cuba lagi.
Alhamdulillah kali ni aku berjaya.
Dalam masa 2 bulan - Oktober dan November 2014, aku berjaya complete DIQ.
Masa tu aku tengah mengandungkan Haziq.. mungkin 5-6 bulan kot masa tu.
Aku ingat lagi last day masa closing tu, termengah2 aku ke sana ke sini cari sales nak complete kan RM14k.
Kebetulan masa tu ada event kat Putra Heights (PH), so tumpang la sekaki cari downlines dan sales kan.
Memang pengalaman yang sangat2 berharga.


Masa mengandung kat Haziq. 
Masa ni event Star Success kat Wisma MCA.



Kenapa aku pilih Tupperware?
Sebab business plan dia sangat menarik.
Senang nak follow.


OKla, nanti aku sambung lagi.
Memang betul la orang cakap, bukan senang nak senang.
Nak berjaya, memang kena banyak bersabar.




Monday, May 29, 2017

Hotel Pada Harga Yang Sangat Berpatutan Di Traveloka!

Hai korang!! 

Cuti dah hampir tiba ni.. Korang dah plan ke nak bercuti ke mana tahun ni??mesti korang dah ada plan untuk bercuti kan.. Dah plan nak pergi bercuti tu mesti la korang dah pilih tempat and kira bajet korang betul tak??..Bajet untuk bercuti ni korang kena kira betul-betul tau..bukan apa, nanti takot lari dari bajet korang jer..Penting okay before korang nak plan cuti tuh! aku just nak tanya ni.. korang dah survey ke tempat untuk korang menginap nanti?? Haaa..mesti belum lagi kan… Aku nak share something dengan korang satu website yang menawarkan pelbagai jenis tempat penginapan dengan harga yang sangat berbaloi taw… Kalau korang nak tau, teruskan membaca okey! 


Dalam banyak-banyak website yang menawarkan servis seperti pencarian hotel, homestay dan sebagainya.. hanya satu website ni saja yang selalu aku suka guna iaitu Traveloka! Kalau u olls nak tau, Traveloka menawarkan hotel-hotel pada harga yang sangat berpatutan okey! Aku selalu la jugak guna servis di Traveloka untuk pilih penginapan yang sesuai untuk aku bercuti. Last week aku dapat hotel pada harga yang sangat murah taw..kat mana lagi kalau bukan aku book dengan menggunakan pencarian Traveloka ni! Sangat berpuas hati korang! Yela..aku ada jugak la try survey harga Hotel Lexis Port Dickson dekat website rasmi dorang..perghh! harga jangan cakap la.. So aku try pulak guna Traveloka wahh!! Terkejut aku sebab harga yang ditawarkan sangat luar biasa..!! Murah sangat2 korang!.. Aku tak fikir panjang la..terus book u ollss!..



Haziq semasa stay di Flemington Hotel, Taiping



Dengan pencarian hotel di Traveloka ni, korang boleh jimatkan masa okey..tak perlu la korang nak buang masa korang nak survey harga hotel one by one dekat website rasmi dorang.. Korang just search jer Traveloka and lepas tu korang taip jer destinasi or nama hotel yang korang nak cari tuh.. Jangan lupa pulak masukkan tarikh korang tuh.. nanti jadi lain pulak salah book tarikh..hahhaa.. Senang jer kan,… so tak payah la nak pening-pening kepala korang nak survey kat mana…  Kalau korang dah jumpa hotel yang korang cari tuh jangan tunggu lama-lama okay.,..cepat-cepat laa book hotel korang tuh! Bukan ape korang..ramai taw yang gunakan servis di Traveloka ni…Yela, sapa tak nak hotel pada harga yang murah kan…and yang paling penting tak ada caj tersembunyi okay…kalau korang tak percaya korang try la book satu hotel..hehehe 


Kalau dah book tu macam mana nak bayar ea??hmm.. Alaaa korang tak perlu risau la..Banyak cara untuk korang nak bayar hotel tuh.. dimana korang boleh la bayar dengan menggunakan kad kredit or for those yang tak ada kad kredit tu korang pon boleh buat payment dengan menggunakan servis online banking… Korang boleh jer pilih nak buat payment dengan menggunakan Maybank2u ke, Cimb click ke , ataupun Rhb now. Sebenarnya banyak lagi okay pilihan online banking..just pilih yang korang ada jer… Sekarang kan zaman IT u ollss..semua di hujung jari..just klik-klik jer..dah siap..tak perlu la korang nak pergi bank lepas tu nak beratur nak bank in bagai..bazir masa je tuh..hehehe.. Gunakan jer Traveloka ni..korang boleh buat semua benda dengan pantas dan mudah okey!




Percutian ke Taiping..
Time ni Haziq kat Taiping Lake Garden


So aku suggest sangat kat korang just guna jer Traveloka ni sebagai salah satu platform untuk u ollss cari hotel ideal korang pada harga yang sangat memuaskan.. Bukan ape u ollss, platform ni dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri dimana dapat memudahkan korang untuk cari hotel yang korang nak..or kalau korang tak tahu nama hotel tu korang jugak boleh letak jer nama tempat yang korang nak pergi tu..bila korang click Cari jer berderet la paparan hotel yang ada..haa pilih la korang nak yang mana..senang kan! So apa lagi yang korang nak tunggu ni! Jom la book bilik murah di Traveloka hotel sekarang!!



Related Posts with Thumbnails