Tuesday, July 16, 2013

Puasa Day 4 - Roti Sira

Salam uols...


Dari puasa day 1, terus jump puasa day 4 terus.. bukan apa, puasa day 2 berbuka kat umah adik.. lupa nak snap pic kari kepala ikan merah sebab kari tu masak betul2 time waktu berbuka.. so takde maknanya nak snap gambar kan.. haruslah cedok masuk pinggan terus hihii.. semalam plak, berbuka dengan lauk bazar ramadhan sahaja.. encik suami yang tolong belikan.. banyak gak dia beli, ikan percik, gulai ayam, gulai kawah daging, ikan keli sambal.. ada kawan yang join berbuka bersama.. alhamdulillah rezeki semalam..


Hari ni cuti pastu tengah hujan sekarang ni.. so malas nak keluar, jadi ada orang tu request nak makan roti sira.. korang tau tak roti sira.. roti sira ni memang famous kat Kelantan.. pastu senang sangat nak buat.. tapi hari ni, first time aku try buat roti sira ni.. hahaha.. call mak mertua minta resepi uols hehe..


Tak nampak mengancam sangat kan.. takde pewarna kuning so kurang cun.. encik suami cakap dah sedap.. so leh la buat lagi lepas ni..


Untuk yang rasa roti sira ni, boleh la cuba resepi ni ok..senang je.. kalau ada roti yang tak tau nak buat apa dah, nak dekat2 expired ke, boleh cuba ok..


Bahan-bahan:

5 atau 6 keping roti sandwich - aku guna roti gardenia
2 biji telur 
sehelai daun pandan
2 cawan air
5 sudu besar gula
bunga cengkih - aku tak letak pon sebab takde
setitik pewarna kuning - ni pon aku tak letak sebab takde


Cara Masak:

1. Pecahkan telor, kacau
2. Celup roti yang dipotong 2 atau 4 ke dalam telor tadi dan goreng.. macam nak buat french toast tu.. letak skit je minyak/marjerin masa nak menggoreng tu
3. Siap goreng roti bersalut telor tadi, ketepikan..
4. Didihkan air dan gula, masukkan daun pandan..
5. Bila air dah mendidih, gula dah hancur, masukkan roti tadi ke dalam air gula tu..
6. Biarkan roti menyerap air gula tu.. pastu padamkan api..
7. Biar sejuk sekejap, masukkan dalam peti sejuk.


Senangkan.. selamat mencuba!!



Friday, July 12, 2013

Puasa Day 1 - Siakap Tiga Rasa

Salam uols..


Poyo je aku rasa up entry pasal makanan kan bulan posa.. kurus plak posa korang hahaha.. kang 2 hari lepas aku up entry pasal murtabak raja tu kan, ada cite nak buat siakap tiga rasa kan.. so nak tayang la hahaha.. ke nak kena share resepi, emma? eena? hahaha..



Tengok sayur sampai 2 jenis hahaha.. kangkung belacan dengan kerabu mangga.. mula-mula aku nak buat kangkung belacan.. mangga plak niat asal nak tabur atas ikan tu je.. sekali ada request nak kerabu mangga.. dalam kerabu tu aku letak sotong.. nak lagi sedap korang letak la udang.. letak banyak.. bagi sama banyak nga mangga hahaha.. pastu ada buah tembikai dan murtabak raja.. first day puasa, aku cuti so bolehla nak masak.. kalau hari kerja, tak sempat pon.. beli je kat bazar ramadhan..




Nahhhh.. rupanya tak seberapa pon.. hahaha.. bab2 nak plating mmg tak reti.. mangga tu kira ganti nenas la.. tapi jangan plak korang masak sekali mangga tu dengan sos tu.. tabur je atas ikan tu lepas dah letak sos semua tu.. aku memang sukaaa la macam ni.. nga nenas pon suka..





Ni bukan aku masak.. adik aku share kat whatsapp group apa dia masak first day tu.. kengsom ikan siakap.. ni pon salah favourite kitaorang satu family.. dulu aku ada share resepi kengsom ni.. tengok esok lusa kalo aku ada rajin.. weekend je la boleh layan mood masak-masak ni..


OKla, Salam ramadhan uols..
semoga kita semua mendapat pahala berganda-ganda dalam bulan puasa ni menyediakan juadah berbuka posa.. insya Allah.. besar pahala masakan kita dijamu pada orang yang puasa.. hari kedua puasa aku berbuka kat rumah adik aku.. layan kari kepala ikan merah..


pssstt.. alhamdulillah order murtabak raja mencecah 100 biji.. kalau ada yang nak order lagi, boleh whatsapp/sms/email me ok..

Sunday, July 7, 2013

2 Millions Air Asia Promo Flights Up For Grabs!

Salam...


just redeem from 5 Big points...


Tak sampai 2 minggu, Air Asia buat promo lagi untuk redeem Big points.. wah wah.. kenapa ek? adakah jualan tiket semakin menurun? ataukah memang Air Asia murah hati.. apa nak heran sangat kan sebab Air Asia memang selalu buat promo pon.. hehehe.. walaupon banyak jugak orang komplen pasal Air Asia ni.. kate servis tak bagus la, mahal la.. tapi Air Asia masih utuh dan gagah lagi sebagai salah satu syarikat penerbangan tambang murah yang terbaik di dunia.. bagi aku yang dari kalangan insan biasa2 je ni, sejak ada Air Asia ni aku mula merasa nak holiday sana sini (walaupon tak banyak).. sebelum ni mampu naik MAS dari Kelantan ke KL je, itupon orang lain yang bayar.. hihihi..


Terima kasih Air Asia!! alhamdulillah... dengan izinNya dapat jugak aku merasa holiday kat beberapa tempat menarik dan insya Allah akan ke somewhere akhir Oktober nanti.. dan awal tahun depan.. hehehe.. korang pon boleh plan dari sekarang nak holiday ke mana ye.. 


Redeemation period dari 7 July hingga14 July 2013.. tapi 7 July hanya dikhaskan untuk pemegang Big card sahaja.. so sape2 yang ada Big card tu, sila laa redeem point anda hari ini.. travel period tahun depan dari 10 Februari hingga 5 Ogos 2014.. boleh plan dan survey2 dulu, masih ada masa.. aku dah tengok tadi, ada banyak gak tempat-tempat menarik yang boleh redeem hanya dari 5 Big points.. antaranya..


1. Bangkok - boleh shopping sakan hehehe
2. Kota Bharu - boleh balik kampung
3. Hat Yai - boleh shopping dan food heaven
4. JB - boleh pergi Legoland dan Hello Kitty Town
5. Krabi - boleh naik gajah, islang hopping dan rilek tepi pantai
6. Kuching - aku tak pernah pergi lagi, boleh dipertimbangkan.. hehehe
7. Langkawi - best sebab leh buat banyak aktiviti macam mangrove, island hopping, naik cable car dan paling penting shopping!!
8. Penang - teringinnya nak naik cruise pusing Penang tu hehehe..
9. Phnom Penh - no idea, tapi belum pergi lagi so boleh dipertimbangkan..
10. Surat Thani - syok jugak.. ada pantai.. 

dan ada banyak lagi tak larat nak tulis semua hahaha.. 


Boleh klik sini untuk more details.

Friday, July 5, 2013

Tampin Sengkuang Calit

Aku bukan penggemar sengkuang, tapi penggemar sengkuang calit.. hehehe.. Puas aku google cara nak buat sos sengkuang calit tu, tapi tak pernah jumpa yang ikut piawaian aku.. aku nak yang sos merah tu.. taknak la yang macam kuah rojak tu kan.. banyak aku jumpa macam ala-ala kuah rojak Mak Bie tu.. 




Sekarang ni aku tengok sengkuang calit dah komersial skit. Baru-baru ni aku ada try sengkuang calit nama Tampin Sengkuang Calit kat uptown Kota Damansara.. RM2 sekeping..




Kepingan sengkuang, dicalit dengan sos merah dan ditabur dengan kacang tanah goreng yang ditumbuk/dikisar kasar.. rasa rangup dan apa ekk.. juicy ekkk hahahaha..




ni sample bagi yang nak tau macam mana rasa sengkuang calit ni..




Sebelum ni aku pernah share sengkuang calit dari Old Time Sengkuang.. sengkuang calit ni pon sedap dan rangup.. ada banyak cawangan dah dan yang penting ada dijual kat area umah aku je, kat uptown Shah Alam.. kalau rasa teringin sangat, start keta terjah uptown.. hahaha..


Mana lagi sedap, Sengkuang Calit Old Time Sengkuang ke Tampin Sengkuang Calit? cuba la dulu baru buat perbandingan hehehe.. bagi aku dua-dua ada kelebihan..

Related Posts with Thumbnails