Aku tak tahu nak mulakan cite cuti2 Sabah
ni macam mana.. sebab terlalu banyak
benda dalam kepala nak cite.. hahaha.. Pagi ni aku buka nuffnang tengok ada keyword..
macam mana nak pergi bercuti ke kundasang?
So aku cite details skit la pasal perjalanan nak ke
Kundasang ni yek.. kalau rasa malas nak baca, skip aje..hahaha…
Flight kami hari tu sampai KK dalam pukul 3.40 ptg. Dah lewat 20 minit dari schedule asal. Aku call orang kereta sewa tu nasib baik dia dah sampai airport.
Tapi bila kita sewa kereta dengan orang persendirian ni memang masalah sikit kot. Bukan la nak berkira ke apa kan.. owner kereta sewa minta kami hantar wife dia balik rumah sebab dia kena ambil another group dengan kereta lain. Dari airport tu nak ke rumah mereka ambil masa dalam 10 minit kot, kat area putatan. Tapi bila tengok anak dia terus sejuk hati, lagipon encik suami memang jenis tak kisah. Aku bukan berkira ke apa, tapi aku takut perjalanan ke Kundasang akan jadi lambat tambah2 bila aku tengok jam masa tu dah 4.00 ptg. 4.00 ptg tu dah macam pukul 5.30-6.00 ptg kat semenanjung tau..
Lepas dah hantar wife owner kereta sewa tu, kami singgah beli keropok lekor, kuih muih dan roti sardine gulung dekat dengan rumah diorang tu. Rupanya orang kelantan yang berniaga.. semua sedap, mengikut selera pantai timur.. hehehe.. Mungkin ada hikmahnya jugak bila tolong orang ni kan.. lambat sikit, tapi dapat makan sedap..
Pastu pergi petronas penuhkan tangki minyak dan beli maggi buat bekal. Mana tahu tak sempat nak keluar cari makan kat Kundasang. Pastu aku takut cuaca tak menentu kat atas tu menyukarkan kami untuk cari makan. Tengok2 jam dah dekat pukul 5 baru terhegeh2 nak mencari jalan nak ke Kundasang. Dah la aku lupa nak print itinerary perjalanan aku tu. Ingat2 lupa nak ikut jalan mana nak ke Kundasang tu. Seingat aku Jalan Tuaran. Aku la yang jadi co-pilot sepanjang jalan tu..
Tapi sebenarnya jangan risau jalan nak ke Kundasang memang senang sangat. Dari KK, korang ikut je signboard Tuaran. ikut je signboard tu sampai korang jumpa signboard ke Tamparuli. ikut Tamparuli then Ranau.. insya Allah sampai.. Dalam perjalanan tu, korang akan jumpa jambatan Tamparuli pastu Pekan Nabalu.
Masa aku sampai pekan Nabalu dah gelap, dah dalam pukul 7 ptg. Gelap tu mcm dah pukul 8 atau 9 malam. Time tu dah start hujan. Aku cool aje tapi encik suami yang cuak sebab dia risau jalan berbukit ni. Dah la drive kancil yang ala2 clutch nak habis! Tapi disebabkan aku dah baca review kak nana, kak suziey, kak alycia, cujen, dan kat forum.. aku dah boleh agak la suasana time tu.. so tak panik pon, aku lak siap cakap kat orang sebelah.. takpe bawa slow2.. saya tengok signboard.. jalan straight je.. hahahaha...
tapi kalau boleh, better korang bertolak awal2 la dari KK, bagi aku pukul 12 sebaik2nya.. Tu kalau korang nak berovernight kat Kundasang.. kalau tak nak, lepas subuh2 bertolak la kalau nak tengok gunung kinabalu. pukul 7-8 pagi waktu terbaik nak tengok gunung.. kalau tak, korang mampu tengok kabus je la..
Jalan dia takde la seteruk nak ke Cameron Highlands tu.. ada jugak bengkak-bengkok tapi ok la. Boleh layan la.. Tambah2 view kat sepanjang jalan memang cantik dan udara pon nyaman je.. cuma kat separuh jalan hujan dah mula turun.. Tak lebat sangat tapi kabus dah makin tebal..
ok balik cite asal, lepas pekan nabalu, dalam 15-20 minit kot, barulah korang jumpa kinabalu park. Memandangkan aku dah book awal2 J.Residence untuk overnight kat Kundasang, misi kami adalah mencari J.Residence tu la dulu nak check in. Dah la gelap, hujan plak tu. Terketar2 kami dalam keta sebab aircond kancil ni kuat gila. Nak tutup, kang berkabus cermin ni.. pasrah je aku.. sebab aku lupa print itinerary aku dah buat siap2 tu lagilah susah nak cari tempat tu. sebab tak pasti sebelum kinabalu park ke selepas tu. Aku plak boleh terlupa nak save nombor handphone owner j.residence tu, mr joshua. ada kat voucher tapi dalam beg belakang plak. dah la masa tu hujan.. terus idea dtg, sms kak nana tanya.. terima kasih ye kak nana.. jasamu kukenang. hihi...
ni aku snap masa nak balik kk dah..
Memang senang je nak cari j.residence tu.. sebab huruf J tu besar tapi kena tau la belah kanan ke kiri jalan.. senang nak cari. Aku kan dah sms kak nana awal2 tanya lokasi so memang aku alert la. Masa nak turun ke bawah j.residence tu.. aku cuak gak.. lupa nak bagitau, j.residence ni kat tepi lereng bukit pastu kedudukan dia ke bawah skit.. so, korang kena turun ke bawah la. curam ok. aku dah tau curam sebab pernah tengok gambar tapi encik suami tak tahu.. hahaha.. aku cakap turun slow2 tau, curam ni.. dia suluh nga lampu keta memang curam. tapi tawakal je la sebab dah nak check in sebab dah kesejukan ni... alhamdulillah.. turun memang senang je.. tapi ko pikir la nak naik nanti macam mana.. kalau keta saga ke, myvi ke,ok la.. ni kancil beb..
ni pon aku snap keesokan harinya sebelum keluar nak ke Kinabalu Park..
nampak macam tak curam kan.. dalam gambar tu baru separuh jalan..
aishh bila ingat2 rasa seriau plak..hahaha...
Bila masuk je bilik, terus hilang penat.. bilik agak besar.. kalau empat orang pon muat rasanya.. tapi memang bilik simple sangat.. yang penting toilet bersih.. aku ni tahan sejuk sikit, aku siap mandi lagi hahaha.. lagipon ada water heater.. hahaha..terketar2 mak! tapi best air gunung ni sejuk dia lain macam skit..
Mula2 ingat nak pergi lepak kat mana2 coffe house kat hotel berdekatan tapi bila lepak atas katil, rasa malas plak. layan je nescafe panas, maggi kari sambil tengok cite kat tv. Dekat dengan J.Residence ni ada satu restoran sebenarnya, tapi masa check in tadi sempat tanya kedai terdekat rupa2nya kedai tu tutup sebab renovation. Tak tahu bila siap..
Ada beberapa tips aku nak share sepanjang perjalanan ke Kundasang ni..
1. 'SINALAU BAKAS' itu adalah daging BABI salai. Memang sepanjang perjalanan nak ke Kundasang korang akan nampak banyak gila stall jual sinalau bakas ni.
2. Untuk ke Kundasang, ni ringkasan signboard yang korang boleh ikut.
Tuaran > Tamparuli (Jambatan Tamparuli) > Pekan Nabalu > Kinabalu Park > Pekan Kundasang
Ni sampai pekan Kundasang la.. kalau nak ke hot spring, fish spa tu, ladang teh.. kena teruskan lagi perjalanan..