Friday, April 27, 2012

A Pair of Return Tickets from Kuala Lumpur to Phuket ;)

Hari ini aku balik office sebab ada makan2 kat office (keje aku banyak onsite support). Sambil2 tu, check ada tak surat/parcel untuk aku kat office. hehehehe...


Alhamdulillah, akhirnya hadiah yang hampir2 terlepas dari tangan aku dah selamat diterima..


A pair of return tickets from KUL - HKT (Kuala Lumpur - Phuket) from Travel + Leisure Southeast Asia / Air Asia contest. 


Contest ni aku join dah lama dari bulan Dec tahun lepas. Yang buat aku hampir2 terlepas hadiah ni sebab aku guna email yang lain untuk join contest ni. Aku join atas dasar suka2 je sebab contest ni macam based on luck.. ala2 lucky draw. Dah nama Air Asia punya contest, sah2 beratus2 ribu orang akan join sebab tak salah aku semua orang boleh join tak kisah la dari negara mana.. Aku sekadar join dan forget. 


Tetiba, satu hari tu akhir bulan lepas, aku tergerak hati nak buka email yang satu ni. Actually ni bukan la email lama.. aku create email ni sebab nak buat blog khas untuk join contest2 kat blog dan nak solve issue tak cukup space nak upload gambar dalam blog. Sejak akhir tahun lepas, aku dah tak aktif sangat join contest2 kat blog so email tu ala2 terbiar gitu.. 





Berbalik kepada cite aku check email tu... Email pasal kemenangan tu aku dapat on 14 Feb 2012.. kira dah lebih sebulan tu. Dalam email tu siap cakap, lepas aku balas email baru diorang akan buat official announcement pasal kemenangan ni. So aku terus balas email tu dan godek balik facebook dan website Travel + Leisure Southeast Asia ada ke tak buat announcement pasal contest ni. Alhamdulillah, tak ada :) so peluang tu masih ada... 


Seingat aku, aku balas email sampai 3 kali..  Hari kedua masih tak ada response so aku cuba email kat admin website Travel + Leisure Southeast Asia.. hahahaha.. Tak sampai sehari ada balasan cakap akan check dulu.. Sampai la awal bulan ni masih juga tak ada status last2 aku pon email dorang tanya any updates.. Terus dorang balas cakap sila bagi full details untuk send voucher tu.. 


Alhamdulillah, masih ada rezeki aku... Sekarang ni, walaupon bukan everyday aku check email tu, ada la dalam 1-2 kali seminggu aku akan buka email tu. Nasib baik gmail ni boleh multiple sign in.. so senang kerja...


So, sekarang masa untuk plan holiday ke Phuket plak... hadiah ni hanya tiket flight je, penginapan tak ada.. nasib baik aku ada menang 250 BIG points dan ada jugak BIG points hasil aku beli tiket sebelum2 ni.. Boleh la redeem untuk book hotel kat sana..tapi tak pasti boleh ke book hotel selain Tune Hotel.. masih dalam proses survey lagi ni.. Apapon, dapat tiket ni pon dah bersyukur sangat.. At least, one of my vacation dream dah hampir jadi kenyataan...

Thursday, April 26, 2012

Sekali Sekala Glamer...

Credit to Badz.


masuk paper Harian Metro harini... kalau online, boleh baca kat sini.


Bukan nak berbangga ke apa dapat masuk paper, tapi pengalaman yang ditimba sepanjang short trip to Kuala Selangor bulan Mac lepas bersama blogger2 lain macam Devi, Kak Ayu, Kak Ain, Dayat, Dan Arif dan ramai lagi, anjuran Tourism Selangor, memang PRICELESS!! Looking forward to joining this activity again and again....

Monday, April 23, 2012

Won Samsung Galaxy Y From Female Magazine!

Aku ni asyik buat post pasal menang contest je kan, kan..

Nak buat macam mana, itu je yang menarik yang berlaku dalam hidup aku setakat ni.. hahahaha.. tapi, insya Allah dalam masa terdekat, ada la kot citer best2 skit sebab next month nak pergi jalan2. Nak ke mana tu, biarlah rahsia.. hihi.. Macam la korang nak tahu sangat kan..


OK la, nak citer pasal hadiah lagi. Ni kemenangan lama dah dari bulan lepas lagi. Selepas dapat berita gembira menang new toy ni, esoknya atau 2 hari lepas tu, dapat berita gembira lagi menang another smartphone from Samsung. Kemenangan ni adalah yang pertama kali dari Female magazine..




Murah rezeki betul dengan samsung ni. Tapi dua-dua aku tak pakai. Yang pertama tu, dah selamat jual kat cousin, yang ni baru nak war2kan nak jual. Dah ada orang beli pon. Alhamdulillah..jual murah2 je kat adik encik suami. Market price RM499. Aku sendiri pon tak sempat nak tengok. Encik suami pergi collect pastu terus jual . Harap2 lepas ni, ada rezeki yang lain pula.


Saturday, April 21, 2012

Dapat 250 BIG Points...

Tak pernah2 aku menang contest yang meraih like/vote kat facebook, kali ni mungkin dah rezeki aku kot sebab masa aku tgh syok2 layan fb, masa tu dekat2 nak balik kerja dah.. ternampak status kat facebook BIG Shots kena describe BIG dalam 3 words, share status dan sape2 top 3 most liked comment by 8 pm akan menang 250 BIG points.


Alhamdulillah, kalau ada rezeki tak ke mana kan.. Aku terpilih dalam top 3 tu. Thanks kepada yang sudi like comment aku tu.. 



Pada sapa2 yang tak tahu apa BIG points, boleh baca post aku sebelum2 ni...




Yang terbaru, aku ada baca, walaupon tak guna BIG card masa book, korang tetap boleh isi BIG card no korang masa booking flight tu dan masih boleh collect points.. cuma, point tu akan dikreditkan dalam akaun korang bila dah fly. Kalau yang book guna BIG card, diorang akan terus kredit dalam akaun dlm masa beberapa hari je or maybe dalam masa sehari. 


Dan no more processing fee masa guna BIG card ni macam aku kena dulu...


More info, click SINI.


Pasal BIG points yang aku menang tu, tak tahu lagi nak guna untuk apa. Sama ada nak beli tiket flight or mungkin nak book hotel. Kena tunggu sale la kot baru berbaloi2...


Related Posts with Thumbnails