Monday, April 16, 2012

Kuala Selangor: A perfect weekend getaway!

Kalau korang dah pernah baca post-post aku pasal #TSDayOut to Kuala Selangor, anjuran Tourism Selangor yang aku join bersama blogger2 sekitar Selangor/KL, pasti korang pon rasa teruja nak ke Kuala Selangor.





Masih segar lagi dalam ingatan aku, keenakan fresh seafood yang aku makan kat salah satu seafood restaurant kat sana.. Kalau korang nak tahu, Kuala Selangor memang mewah dengan seafood yang segar-bugar! Most of Klang Valley people will go to Kuala Selangor for seafood hunting.


Tadi secara aku tak sengaja, aku terjumpa satu deal yang sangat berbaloi kepada korang yang nak short trip ke Kuala Selangor. Siap ada firefly tour for 2 lagi... Setahu aku, sekarang untuk firefly tour, sewa satu sampan yang boleh dinaiki max 4 orang ialah RM50 (harga baru). Harga lama RM40 satu sampan.

Credit to Eyriqazz..

View masa tengok fireflies tu memang sebijik macam dalam gambar atas tu...


Kalau korang berminat, boleh tengok deal ini...


2D1N Stay at Superior Suite Inclusive of Breakfast + Welcome Drinks + Fireflies Tour for 2 Persons @ De Palma Hotel Kuala Selangor dari LivingSocial Malaysia hanya RM148.




Click SINI for the great deal... Baca T&C dia betul2, yang pasti memang berbaloi...


Memang banyak aktiviti yang korang boleh buat kat Kuala Selangor tu. Boleh rilek2, boleh shopping makanan laut dan boleh enjoy seafood yang terjamin fresh!

Spa Review: Ratu Spa Studio @ Bandar Baru Klang

Akhirnya setelah berminggu-minggu, sabtu lepas berjaya jugak pergi redeem kupon yang aku beli melalui Jigocity ni. Aku beli dah lama, siap dah buat appointment untuk pergi last 2 weeks tapi ada hal last minute so terpaksa call untuk cancel. Hanya boleh cancel sekali je, nak cancel kali kedua dah tak boleh, kira burn la.. Dan.. memandangkan spa ni menerima lelaki sebagai customer, aku beli satu lagi kupon, untuk encik suami sekali.



Ratu Spa Studio.
Gambar ni amek masa dah nak balik. Amek dari kereta je...
Senang je nak jumpa spa ni. Boleh nampak dari jalan besar, opposite dengan JJ Bukit Raja.



Sebelum start massage, aku pergi toilet.. toilet dia memang bersih.. selesa..
Gambar atas tu, sink depan toilet..



Rainbow Colour Jacuzzi. 


Aku berjacuzzi dengan cik abang.. hihi.. 


Gambar aku amek ni aku dah stopkan rainbow colour dia tu. Lepas tutup, baru teringat nak snap gambar. Malas nak on balik. Dia akan keluarkan colour dalam air tu. Bagi aku, jacuzzi ni biasa je. Tak ada taburan bunga segar dalam tu macam dalam gambar kat blog diorang - http://ratuspastudio.blogspot.com. Lagi satu, bila nak gerak ke jacuzzi ni dari massage room, kena angkut segala barang dan pakaian ke bilik jacuzzi..No locker to keep your belongings.


Jacuzzi ni last treatment selepas aromatherapy massage, head and shoulder massage dan aroma eye treatment. Aku tak boleh nak beza pon between aromatherapy massage dengan head and shoulder massage.. Sebab aku rasa sama je macam sekali harung. Cakap je full body massage kan senang...


Aku ada amek gambar tempat massage tu tapi gelap la pulak so malas nak letak sini. Korang pergi tengok kat blog dorang la yerk..hehehe.. Aku amek couple room.. Bagi aku, couple room diorang agak sempit.. terpikir juga macam mana dorang nak massage kan sempat katil dekat dengan dinding. Rupa-rupanya masa massage tu diorang main tolak2 je katil tu -- macam kalau ko massage belah kiri, ko tolak la skit katil ke belah kanan sikit.. Kalau slow2 tu takpe la.. hishhh.. Ini bukan main lagi tolak sana, tolak sini.. memang la katil ada roda tapi agak annoying aku rasa..


Sebelum massage tu, diorang cakap untuk guna 'special' oil - like rose oil, lavendar oil etc, kena tambah RM20. So, aku cakap TAK NAK sebab pada pendapat aku, tak ada beza pon. Ni marketing diorang je (my 2 cents only). Kalau tak nak, mereka guna minyak biasa je. aku ok je... 


Aku tak tahu la minyak apa diorang pakai tapi bau dia nak kata busuk, tak jugak.. Still acceptable la. Tapi diorang kan massage kepala, bahu segala bagai, sedikit sebanyak akan terkena part muka dan mata. Rasa tak selesa tapi aku ingat akan hilang selepas treatment la ataupun masa berjacuzzi nanti. Rupa-rupanya sampai ke rumah tak hilang.. Tak pedih cuma rasa tak selesa je la. Sape pernah remove mekap guna baby oil, haa.. macam tu rasa oil masa mata.. 


Satu lagi aku tak berkenan, tak ada 'face hole' kat katil aku. Kat katil laki aku ada pulak. So, pasrah je la...What do you expect if you only pay RM28 only instead of RM468 for the whole treatment kan. Ye ke RM468 untuk semua ni?? For me, tak worth langsung kalau you have to pay RM468 for Aromatherapy Massage (60min) + Head & Shoulder Massage (15min) + Aroma Eye Treatment (15min) + Rainbow Colour Jacuzzi (30min)... Nak promo pon agak2 la kan..but since it's only RM28, I just give a try la.. hehehehe..


Siap berjacuzzi bagai, aku kena minta tuala untuk lap badan. Aku tengok dalam bilik tu, tak ada pon diletakkan towel spare ke apa.. Terpaksa aku suh laki aku buka pintu dan minta towel. Lepas lap2 tu, masih terasa lagi minyak2 tu semua kat badan.. eeeii,, tak suka la... tapi massage2 tadi memang best.. aku suka.. yang tukang urut tu pon ok, selalu tanya ok ke kak, sakit ke kak.. nak kuat lagi ke, nak slow skit ke.. But sometimes aku perasan mereka suka berbisik, bukan sekali dua, memang berkali2 -- maybe nak berborak kuat2 takut aku dan suami dengar kan. 



Masa ni aku dah nak balik.. aku pon snap2 beberapa gambar sebab nak letak dalam blog..hehehe.. Tengah syok2 amek gambar tu, tetiba manager spa datang, buka pintu tanya aku...
'Ambik gambar untuk apa ye?'
'Oh, nak masukkan dalam blog'
'Kalau ikutkan tak boleh ambik..'
'Oh ye ke? okkkk...'


Aku pon terus turun. Malas dah nak snap2.. aku tengok blogger lain boleh je ambik gambar dan letak dalam blog diorang. Mungkin dia tak puas hati kot aku tak amek pon package2 yang ditawarkan..hahahaha.. Beria promote kat aku tapi aku tetap jawab TAK NAK. Maklumla, tempat ni bukan sahaja ada massage2, ada jugak facial treatment, slimming package, yang buang mak nenek bulu pon ada..hihi.. So, diorang promte juga la kat aku semua package yang diorang ada tapi aku tolak dengan baik.


Memang aku tak nak pon sebab bagi aku treatment dia biasa2 je. Tak ada X-factor yang membuatkan uols akan rasa best sangat2. 


Kepada mereka yang nak mencuba, ni full address diorang.

Address:
26/1, Jalan Tiara 2, 
Bandar Baru Klang, 
41150 Klang, Selangor.

Phone: 03-3344 5585

Business Time: 
Monday - Friday (10.30a.m- 8.30p.m), Saturday and Public Holiday (10.30a.m - 6.00p.m), Sunday (11.00am- 6.00p.m)


Saturday, April 14, 2012

Won Designer Perfume Worth RM200 and Cash RM100

Alhamdulillah, just received hadiah seperti yang telah diberitahu sebelum ini.




Elok je aku nak buka pintu nak keluar breakfast, ada orang bagi salam cakap dari poslaju.


Kemenangan dari contest Valentine's Meme kat facebook Maybank. Hadiahnya perfume worth RM200 dan sebab aku adalah pelanggan setia Maybank, dapat extra hadiah iaitu duit cash RM100 yang dibank in straight into my Maybank account.




Thank you Maybank! 

Friday, April 13, 2012

Jom join contest yang tak perlukan modal...

Sapa2 yang berminat nak join contest simple, tak perlu modal pon, boleh klik link kat bawah.. Saje share2..kot2 ada yang berminat tapi tak tahu nak cari kat mana..


1. Contest di Kuali.com, menang kitchen scissors jenama Scotch, http://kuali.com/contests/scotchscissors/. Dapat tahu contest ni dari kak ain.

2. Contest di facebook Dumex Dugro, klik SINI. Kalau ada rezeki, boleh menang Philips table grill.

3. Contest di EH! website, menangi jam Physis dari Esprit, klik SINI. Register dulu sebelum join.

4. Contest di Female website, klik SINI. Mana tahu beg Cole Haan yang eksklusif itu akan jadi milik kita... tapi ada satu je, so sapela yg bertuah tu..hehehehe..

5. Contest di Travel and Leisure Asia. klik SINI


Cukup 5 dulu ya. Insya Allah aku share lagi. Yang ni semua tak perlu modal... Good luck! selamat mencuba..
Related Posts with Thumbnails