Saat-saat di mana aku terdelete semua post tahun 2012 aku dan beberapa post dalam bulan Oktober, November dan Disember 2011. Mungkin post2 tu semua macam sampah, tapi bagi aku ada banyak kenangan kot.
Citernya, semalam aku gedik-gedik nak delete post lama2 yang aku join giveaway dalam blog. Aku nak delete tu sebab aku nak delete sekali gambar2 dalam Picasa sebab aku punya space nak upload gambar dah lebih 95%. So, aku decide nak delete la gambar2 yang tak penting sangat bagi aku. Lagi satu, baru 2-3 hari sebelum tu aku baru berjinak-jinak dengan interface baru blogger. Banyak lagi features yang aku tak biasa.
Entah macam mana aku sedang aku syok2 delete gambar, delete post2 tu semua, entah mana silap aku terdelete post2 yang aku cakap tadi. Yang syoknya, aku tak terus perasan aku dah buat mistake tu. Esok pagi, baru aku perasan lepas aku buka blog aku. Aku memang ada satu tabiat, setiap pagi sebelum mandi, aku on dulu laptop dan buka email, buka blog.. Sekali aku tengok latest post aku adalah pada 21 Oktober 2011. da.. sudahhh.. apa nak buat ni...
Aku terus check dalam blogger, sah aku punya post dah kurang, seingat ada 400++, sekarang dah ada 300++ je. Pastu bila tengok, post2 tahun ni semua dah tak ada. Menggelabah kejap menggodek blogger semua guna interface baru haruslah aku lagi cuak. Aku salah tekan apa...
Aku terus on facebook cari kawan2 blogger lain kot dah online tapi semua tak online lagi. Aku cuba cari help kat website tu. Jumpa memang jumpa tapi tak helpful langsung. Seingat aku, memang kalau kita delete post, memang tak boleh nak undo. Tapi semalam aku rasa tak ada pon message warning macam tu. Ke aku tak perasan.. ya Allah...
Tapi google kan ada, aku cuba la search kot2 ada orang lain pernah alami problem yang aku sedang alami. Tak sampai 5 minit, aku dah terjumpa satu tutorial macam mana nak retrieve balik post2 tu semua. Memang senang, tak payah karang balik, tak payah upload gambar2 balik.. pastu paling best, segala komen masih ada kat situ. Cuma, kena publish balik satu2 post tu. Nasib baik jugak post2 aku tahun ni, tak banyak sangat..
Apapon, semua dah kembali kepada asal. Ada la beberapa post lagi yang aku malas nak buat sebab nak cepat tadi. Cuma last post aku pasal movie review cite Titanic 3D sahaja yang aku tak boleh nak retrieve balik. So, kena buat post yang baru. Takpelah, satu post je kan. Insya Allah, bila aku ada masa aku share nga korang pasal tutorial tu ek.