Selepas berpoya2 dan pusing2 tanpa arah tujuan malam sebelum, kami tidur dengan nyenyaknya. memang tak ada plan nak ke mana2 pon pagi ni sebab 2 hari dah pulun jalan gila2.
Pukul 10 kami keluar cari breakfast. saja cari kedai kat area kampung2 on the way nak ke pekan. sedap gak nasi lemak warna kuning.. hehehehe.. roti sardin dia pon meletops, inti tebal rasa sedappp. tak salah aku, kedai tu depan sekolah kedawang.
lebih kurang mcm ni la nasi lemak dia. aku malas nak snap sebab ramai pakcik2 dok lepas minum.. segan den.. aku kalo snap ni, takleh nak snap sekali, berkali2... ni ehsan dari encik berjasa google.
selepas mengenyangkan diri, kami ke jeti sebab agent tu minta amek dia kat jeti nanti dia yang hantar kami ke airport. sepatutnya, kami pergi je terus ke airport tapi dia minta tolong dtg amek dia dulu sebab pekerja dia cuti. so, kami yang baik hati ni pon setuju je lah sebab tak ada nak pergi mana2 pon.
sebelum sampai jeti, kami singgah jap kat Nusantara Maju Enterprise, cari minyak gamat sebotol dua ;p kedai ni actually terletak side yang nak ke arah airport kalau dari pekan Kuah.. kami u-turn sebab takut dah ada kedai gamat (yang besar) selepas ni.. padahal banyak jeee..hahahaha..
masa tu, minyak keta dah berkelip2.. risau gak aku kot2 kereta mati tgh jalan.. kalau nak ikutkan, kalau terus ke airport cukup je. tapi kena pergi jeti plak pastu patah balik ke airport.. so, sebelum kami sampai di jeti kami pergi isi dulu minyak. RM5 je.. wakakakakakkk.. lantak la asal cukup sampai airport. dulu masa ambik pon, dia bagi yang dah berkelip2. elok2 sampai stesen minyak, tersedu2 kereta tu.
lepas isi minyak, terus pergi jeti amek agen tu. encik somi yang drive ke airport, dia dok sebelah. masa tengah jalan tu, dia intai meter minyak.. " Dah berkelip2 tu, kena isi minyak dulu...". Kami kan isi RM5 je so memang la still berkelip2 tapi setakat nak ke airport pastu patah balik, cukup je. Encik somi plak jenis baik hati melayan cakap la cukup kot.. tapi agent beria nak suh isi gak dan dok cite pengalaman sebelum ni byk kereta mati la tgh jalan sebab tak dengar cakap dia. aku buat dek je. hahahaha.. bila encik somi bagi lagi alasan, dia cakap isi la RM5 pon takpe janji boleh sampai airport.
Aku dalam hati memang bengang, ish pakcik ni.. dah la kami baik hati nak amek dia kat jeti.. nak paksa2 plak isi minyak. kami tahu la nak bajet. hahahaha.. jahat tak aku.. encik somi plak nak berdalih2 lagi. nak cakap dah isi minyak RM5 tadi segan..kahkahkah. last2 aku sms encik somiku (dok dekat2 pon sms..hahaha). aku sms cakap, bgtau je pakcik tu yang kita dah isi RM5 masa otw datang ambik dia. hahahaha.. so, last sekali encik somi cakap kat dia dan dia diam dan ubah topik.. cerita pasal perompak la, pencuri la, orang arab la.. orang langkawi la... bla bla bla...
akhirnya, selamat sampai airport pukul 12. aku dah check in via website awal2 so terus kaunter cop boarding pass masuk gate. tepat pukul 12.50 flight berlepas.... selamat sampai LCCT 1.50pm...
gambar blur sebelum berlepas.
bye bye langkawi. insya Allah ketemu lagi kita di masa2 akan datang. yang pasti, tahun depan no more langkawi (unless ada orang nak belanja..hahahaha).. tahun depan kita pergi jauh2 skit. dengan ini, berakhir la cerita langkawi.. hehehehe..
next entry, insya Allah aku akan cite skit (review) pasal resort aku stay tu, malibest resort.
Percutian bajet yang best dan berbaloi-baloi....