Tuesday, March 8, 2011

Darul Naim Holidays - Travel Agency dan Car Rental

For those yang minat bercuti, boleh try deal dengan travel agency, Darul Naim Holidays. Actually ni kawan kami yang punya, Yoe dan wife. Company ni base in Bandar Seri Iskandar, Perak tapi jangan risau, untuk urusan tempahan bagai korang boleh je email, telefon or even berFB :) Sekarang kan, maklumat di hujung jari...


Darul Naim Holidays


Darul Naim Holidays covers event management, hotel reservation and also air ticket arrangement.


Sabtu dan Ahad pon buka. 



For those yang berminat, boleh contact:

Hazrol (Yoe) : 016-5577074

Fiza (Yoe's wife) : 016-5217074

Office : 05-3651803

Email: darulnaimtravel@yahoo.com or darulnaim_carrental@yahoo.com




Ni gambar-gambar dalam office






Dan juga for those yang berada di sekitar Bandar Seri Iskandar, Tronoh dan juga Ipoh, please do contact Yoe and Fiza kalau korang perlukan kereta. Korang boleh sewa kereta dengan harga yang berpatutan. Available cars are Kancil, Viva, MyVi, Kelisa, and Alza. Mana la tahu korang nak ke Lumut, Cameron Highlands.. boleh dapatkan kereta sewa dengan Yoe. 




Selain travel agency, car rental ni.. Yoe ada buka bisnes printing (t-shirt, banner etc) dan kedai tayar. Memang masyuk la income mamat ni. Masih muda tau dah ada 4-5 bisnes. Insya Allah, kalau ada rezeki, nak beli bas sendiri dan nak jadi Dato' Sani no.2 (owner bas ekspress Sani)....


Alamat Darul Naim Holidays:

No.23, Jalan PP6 Bandar Universiti 31750 Seri Iskandar,
Ipoh, Perak.


Gerbang Malam, Ipoh.

Kalo ada sapa-sapa baca cerita aku pasal refleksologi dan makan-makan di Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung sebelum ni, mesti maklum aku, hubby, dan kawan-kawan hubby ada singgah di Gerbang Malam. Gerbang Malam ni ala-ala uptown or downtown kat KL.




Yoe, kwan hubby cakap kalau tak singgah di Gerbang Malam ni, kira tak lengkap trip ke Ipoh sebab Gerbang Malam ni salah satu tarikan pelancong di Ipoh. Buka from 7 pm - 2 am. So, kalau sapa- sapa pergi Ipoh, jangan lupa singgah k.





















Thursday, March 3, 2011

Biqque's February Lucky Follower

Semangat nak join contest or GA dah kembali... hehehe..


So, kita mulakan dengan GA daripada Kak Biqque. Special for her followers. Followers Kak Biqque dah main ramai dah 200++ tu.. Tahniah Kak Biqque.





Penganjur: Kak Biqque



Lucky follower will get ONE mystery gift.
Stay tune on 7th Mac 2011 at 9.00am,
to know who got lucky!

Beastly

Ada cerita kelakar di sebalik cerita Beastly ni. Kiranya berlaku before tengok movie laaa. Sampai pagi ni laki aku asyik dok perli dan sindir-sindir den. Cehhh...


Sebab ni first time menang peraduan dari Tupai, aku pon excited la nak pergi tengok. Tapi korang tahu aku sampai pukul berapa kat e@Curve tu? 9.20 pm beb. Tapi mati-mati aku ingat boleh redeem tiket until 9.30 pm. Lepas park kete, berdesup kami menuju ke Cathay Cineplex dan cari kaunter Tupai. Berpusing-pusing kami laki bini cari kaunter Tupai. Dah la lambat (dalam hati masih ingat until 9.30 pm boleh redeem tiket tu), kaunter nak redeem pon tak tahu kat mana. Ada la jugak tanya adik yang jaga kaunter beli tiket biasa tu tapi dia pon blur. hahahahahaha. Aku lagi la blur sebab ni first time.


Masa kami berpusing-pusing, berlegar-legar kat situ, ada jumpa kaunter Nuffnang dan newspaper apa ntah (lupa!) dan satu kaunter cinema online yang dah ditutup. Hanya kaunter Nuffnang yang buka. Dan yang buat aku lagi sengal, aku tak tahu pon kaunter cinema online tu actually kaunter yang patut kami redeem tiket Beastly tu. Ni la natijahnya, kalau tak baca rules betul-betul. Insaf sekejap.


Dan ketika kami berpusing-pusing (ada 2-3 round..hahaha), siap naik atas tu (yang depan nak masuk pawagam tu, kalau sapa-sapa pernah tgk movie kat Cathay tahu la kot)... terjadi satu majik atau kebetulan yang sangat-sangat kebetulan. Orang kata, kalau dah rezeki tak ke mana.. hahahaha.. tetiba, ada seorang mamat ni tegur kitaorang....


"Abang, abang nak tengok movie?"


Laki aku dah blur, aku dah blur dan tak tahu nak jawab apa.


Nasib baik mamat tu terus sambung..


"Mesti abang nak tengok wayang kan.. Nah, ambil tiket ni bang, saya ada 2 keping. Saya tak jadi nak tengok, ada hal".


Laki aku sengih dan muka blur. Tapi mamat tu terus cakap


"Amek la bang tiket, saya ada hal. Tengok tau bang".. Sambil mamat tu hulur-hulur tiket tu.


Laki aku serba salah nak amek, antara dua (dalam hati, ye ke mamat ni? hahahaha).


Tapi kami ambil juga tiket tu dan blur-blur. Aku siap tanya laki aku, ye ke ni? hahahaha.. Macam tak percaya pula, ada jugak rezeki kami nak tengok cerita Beastly tu. Alhamdulillah. Tapi baru aku perasan, kami tak cakap thanks pon (apa la punya orang)... mcm blur sebenarnya. Antara kalut nak cari kaunter redeem dan tetiba ada orang asing tegur nak bagi tiket, biar betul..hehehehehe...


Akhirnya, walaupun tak ada rezeki nak redeem hadiah tiket Beastly tu, tapi mungkin dah rezeki, akhirnya kami berjaya tengok movie tu. Free juga hasil belas ihsan mamat baik hati tu :) Kalau mamat tu ada baca entri ni (hahaha. macam la glamer sgt blog ni dan macam la dia kenal aku...), terima kasih ya bang. Lupa nak cakap masa ambil tiket tu...


OK, cerita pasal movie Beastly pula. Honestly, cerita dia biasa je dan sangat simple. Kira korang dah boleh agak apa yang akan berlaku next and next. Pastu, kisah cinta diorang too short. Memang la kalau nak jatuh hati tak ambil masa yang lama, tapi ni kan movie nak dapatkan cinta sejati.. Haruslah ada thrill sikit dan unsur-unsur kepayahan dan kesusahpayahan. Bagi aku, mamat tu (Alex) senang sangat nak dapat cinta sejati untuk stopkan sumpahan atas diri dia. Aku bagi 3 stars shj la. Kira kalau tak pergi pon tak rugi, kalau pergi pon OK, not bad.



 Yes, love is never ugly. 



P.S: Balik rumah, baru aku CHECK dan TAHU pukul berapa kaunter redeem tiket Tupai tutup. Kaunter tutup 9.00 pm goksss. Dan kena redeem di kaunter cinema online which was tepi kaunter Nuffnang (tapi masa aku sampai dah tutup!)


P.S.S: No photo for last night sebab busy cari kaunter redeem tu. Sapa suh pergi lambat kan..hehehehe
Related Posts with Thumbnails