Wednesday, November 24, 2010

A Picture Is Worth A Thousand Words


Memang gambar ni banyak words pon. haha

*** Photo taken during visit to Uluwatu, Bali.

Tuesday, November 23, 2010

Stop Child Abuse.



Masih ingatkah anda dengan kisah sedih di bawah...


credits to: Berita Semasa


Ini adalah salah satu kes yang sangat sadis dan menyedihkan. Meruntun jiwa kita membaca kisah ini hingga kadang-kadang kita terfikir, tergamak sungguh seorang lelaki dewasa (yang sepatutnya berperanan memberi perlindungan dan kasih sayang) melakukan perbuatan yang tidak berperikemanusiaan ini.


Kes penderaan kanak-kanak adalah antara isu paling hangat di dada-dada akhbar sejak kebelakangan ini. Kalau kita baca paper, boleh dikatakan hampir setiap hari kita akan baca kes-kes penderaan kanak-kanak, sama ada secara fizikal mahupun secara emosi. Penderaan kanak-kanak sudah menjadi sebahagian dari masalah dunia yang semakin membimbangkan.




    Sebagai seorang insan yang prihatin, kita haruslah sama-sama mencari jalan untuk mengatasi masalah penderaan kanak-kanak ini.


    Pelbagai langkah dan tindakan boleh diambil oleh pelbagai pihak dalam mengatasi masalah ini antaranya:

    1. Penguatkuasaan undang-undang. Akta Perlindungan Kanak-Kanak bolehlah dikaji semula bersesuaian dengan keadaan semasa demi memberi perlindungan yang maksimum kepada mereka.
    2. Hukuman terhadap pendera kanak-kanak mestilah diperketatkan.
    3. Pendekatan dari segi agama. Kita semua percaya, setiap agama mengharamkan pengikutnya untuk melakukan keganasan, apatah lagi melakukan penderaan ke atas orang lain terutama kanak-kanak.
    4. Perlaksanaan kempen kesedaran oleh kerajaan dan badan bukan kerajaan atau dikenali sebagai NGO.

    Dan yang terbaru....


    UNICEF, The United Nations Children's Fund - salah satu badan dunia yang menjaga kebajikan, menegakkan hak kanak-kanak sedunia telah melancarkan satu kempen, RAISE YOUR HAND, STOP CHILD ABUSE NOW!


    unicef


    Oleh itu, bersama-sama kita menyokong kempen UNICEF ini...


    Setiap orang boleh membantu mencegah penderaan kanak-kanak.


    GET ON BOARD TO STOP CHILD ABUSE!



    ***This entry is brought by me for nuffnang.

    Monday, November 22, 2010

    Can't Take My Eyes Off These...

    Estee Lauder - Coach Holiday 2010 Makeup Gift Sets.




    Only RM180 dengan pembelian sebanyak RM200 any Estee Lauder products. 


    Serius sangat mengugat 'iman' kan. Sangat suka Coach bag tuuuu... Kalau nak buat hantaran kahwin pon memang sesuai kan.


    Ini semua sale sempena cuti panjang akhir tahun 2010.


    Seperti semua orang tahu, tahun 2010 semakin menghampiri ke penghujung. Cepat gila kan masa berlalu. Masa kecik-kecik masa ni rasa macam merangkak je. Selalu pikir, bila nak besar ni nak masuk universiti nak keja best-best (haha).


    Sekarang, bila dah habis belajar, dah keja (dah ada pendapatan sendiri), dan dah kahwin pon, rasa macam cepatnya masa berjalan (macam berlari pon ya). Rasa macam semalam baru pergi Bangkok. (cerita pasal Bangkok tak banyak sebab masa pergi Bangkok ni aku tak ada blog pon lagi)


    Lagi buat aku rasa cepatnya masa ni berlalu (berlari ok), cam mimpi pon ya, usia perkahwinan kami hampir mencecah 6 bulan this coming December.


    P.S: Mana satu yang cantik. Hati nak beg coach yang merah tapi makeup set nak yang gold collection tu..

    Rezeki Raya Korban.

    Ada berita happy today.

    Tak pernah aku jadi orang bertuah, hari ini dapat 2 hadiah (bakal dapat)...

    Hadiah pertama dari Kak Kelly.

    Aku adalah pengomen bertuah dan telah entitled untuk dapat pink note book and also pink mini teddy bear as below.

    Thanks akak :) 


    Dan second happy news is me was chosen as a lucky winner for Contest Mom To Be (Kategory Lucky Draw) dan bakal dapat BodyShop stuff (either lip balm or lotion). Thank you for drawing my lucky number :)


    Related Posts with Thumbnails