Monday, October 11, 2010

Majlis Konvokesyen @ UPM


Adik aku, Syila konvo hari Ahad which is sama tarikh dengan Dr Sheikh Muszaphar Shukor kahwin. Tak dapat nak tengok Nona. Marah-marah. Hehe.

Semua family datang except adik bongsu aku sebab dia PMR. Ni first time family datang dan tidur di rumah aku lepas kami kahwin last June. Tak lama pon datang 3 hari 2 malam je. Satu malam di Shah Alam (rumah Cik Ni, makcik Umi aku merangkap adik Umi gak) dan satu malam lagi di rumah aku di Bandar Kinrara. Kalut gak aku pergi beli barang dapur sebab dapur aku memang jarang berasap. Hehe. Al maklumlah, kami berdua je. Aktiviti memasak hanya mengikut permintaan sahaja dan tahap kerajinan. Haha.

Pagi-pagi sebelum bertolak, kami bersarapan dengan bihun goreng aku. Dua bungkus bihun aku goreng. Kagum sekejap sebab selama ni, Umi aku buat semua tetiba diorang datang, aku prepare semua untuk diorang. Nenek aku (aku panggil Mama), siap puji lagi...Hahahahaha.. Ok, perasan lebih di sini. Back to story, kami bertolak dari rumah aku ke UPM pukul 7.15 pagi. Kena sampai at least sebelum pukul 8.00 pagi sebab Syila kena masuk dewan pukul 8.00 pagi la.

Well, kami berjaya sampai on time. Lepas hantar Umi dan Mama masuk dewan, kami adik beradik pergi beli hadiah. Aku dan encik suami beli bunga ros pink (my feberet okay), Ngah beli teddy bear (hadiah paling mahal kot), Syasya beli coklat, Umi kirim suh beli bunga gak. Lepas beli, lepak minum dan borak-borak. Majlis dijangka habis pukul 12.00 tghari. So, duduklah kami berjam-jam kat situ malas nak gerak dah sebab parking jauh.

Tanpa buang masa, photo time :)

Kami, laki bini. Dua-dua dah tembam ;)

Hadiah

 Kami semua. Ngah jurukamera.

 Syila diapit kami.

Comel semua ;)

 Syila and .......

 Mama dan Umi. Bunga tu sama kaler nga baju Umi la. Pandai Syasya pilih.


  My Umi

Tetiba balik nak bergambar dengan hadiah.

Anyway, tahniah La!!!

Sunday, October 10, 2010

Peristiwa 10.10.10

Tarikh 10.10.10 ni memang spesel kan. Hari ni, aku baca paper ada macam-macam berita, berita gembira dan berita sedih. Antara berita gembira yang sempat aku baca dan ambil tahu ialah Majlis Perkahwinan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dengan tunangnya, Dr. Halina. Grand gila majlis diorang. Mesti kamu dan kamu dah tengok dalam TV secara live kan.


Kek roket diorang. Tengok elok-elok, ada angkasawan tengok bertengek tuu..

Selain diorang, penyanyi dan pelakon Aqasha pon turut melangsungkan hari bahagia beliau hari ni, 10.10.10. Dulu aku minat tau mamat ni. Suka skodeng blog dia. Cara dia menulis aku suka.

 Kuning nya pak ngah and mak ngah ni.
 pic credits to mStar.

Dah cerita pasal berita gembira, kita cerita berita sedih plak.

Kemalangan ngeri di highway PLUS menyebabkan 12 kematian. Apa yang aku dengar dan baca, kemalangan ni melibatkan 2 bas, 3 kereta dan 1 van. Ngeri tak ngeri, cuba korang tengok gambar ni.



Nak tengok lagi gambar-gambar kemalangan tu, boleh pergi sini

P.S: 10.10.10 jugak, adik aku konvo kat UPM. Another entry okay :)

Monday, October 4, 2010

Jangan Putus Harapan dan Teruslah Berdoa...


Doa kan senjata orang mukmin. Teruslah berdoa dan berdoa dan berdoa. Jangan putus harap terhadap Allah. Tapi kalau nak doa kita dimakbulkan, kenalah tahu caranya kan, kan..

Sunday, October 3, 2010

Don't Be Sad, Setiap Kesusahan Ada Hadiah.

Kawan-kawan, jangan sedih-sedih tau. Setiap kesusahan, pasti ada 'hadiah' terbaik dari Allah. Sentiasa ingat Allah. Ya, sentiasalah ingat Allah.


Bacalah surah Al-Insyirah....

"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan".
Related Posts with Thumbnails