Sunday, September 19, 2010

Video Tarian Kecak

Ingat lagi tak cerita aku pasal Tarian Kecak ni? Dah lama kot aku cerita, siap janji nak upload video tapi sekarang baru ada masa nak upload. Bukan apa, lama gila nak upload video ni sampai aku fed-up nak tunggu. Video ni lebih kurang 4 minit je. Malas nak rakam sampai habis sebab dah lenguh tangan :) Tarian Kecak ni sejam tau, malas den nak rakam.

Well, hutang janji dah bayar. Enjoy!

Cerita Panas Sepanjang Minggu

1. Kes Kehilangan dan Pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan 3 rakannya.

 

Kes ni dah hampir nak selesai. Maksudnya, polis dah berjaya mencari bukti kukuh dan menangkap suspek yang terlibat.

Menurut berita hari ini, semua mangsa dipercayai telah dipukul dengan menggunakan kayu kriket sehingga lemah, ditikam berkali-kali sehingga mati dan dibakar. Kemudian abu mereka telah dibuang di dalam beberapa sungai di sekitar Tanjung Sepat, Banting.


2. Pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra Petra Ibni Sultan Ismail Petra sebagai sultan Kelantan yang baru.

Baginda sultan, Tengku Muhammad Faris Petra telah dilantik menjadi sultan Kelantan yang baru pada 13 September 2010 menggantikan ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra yang telah gering (sakit) sejak tahun lepas.



3. Seorang ustazah bersama anaknya mati dibunuh di rumah mereka.



Flat yang didiami oleh mangsa di Jalan Sutera Lama, Port Dickson

Seorang ustazah, Norliza Ishak bersama anak lelakinya yang berusia 10 tahun telah ditemui mati dipercayai dibunuh dengan kaki dan tangan terikat sementara kepala mereka disarung dengan kain sarung di rumah sewa mereka di Port Dickson.

Sehingga kini, suspek telah berjaya ditahan. Suspek juga merupakan jiran mangsa. Mengikut cerita, mangsa sepatutnya balik ke kampung iaitu di Palekbang, Tumpat, Kelantan pada hari mayatnya sampai ke kampung.

4. Abby Abadi tuntut hutang wang hantaran dengan bekas suaminya, pelakon Norman Hakim.


Norman dan Memey di hari pertunangan mereka.

Tak sempat Norman Hakim bergembira sakan dengan pertunangan dia dengan pelakon Memey, tiba-tiba Abby Abadi buat kenyataan kat surat khabar yang Norman masih berhutang wang hantaran dengannya yang bernilai RM11,111.11.

Isu ni masih hangat diperkatakan di surat khabar dengan maklum balas dari Abby, Norman dan juga tunang Norman, Memey. Saling berbalas kenyataan sampai Memey pon terlibat.

Paper semalam ada cakap, Abby akan tuntut haknya itu sampai ke lubang cacing. Kalau macam ni, kahwin 4 pon boleh kalau hutang ;p

Saturday, September 18, 2010

Raya Puasa 2010

Hampir seminggu lebih aku tak update blog. Sepanjang dok kat kampung memang takde mood nak mengadap laptop dan internet. Tambah-tambah tahun ni memang busy sebab ada dua rumah. Ni kira nak bayar hutang la nak stori mori pasal perjalanan balik raya dan sambutan raya yang serba ringkas dan sederhana.

Perjalanan balik kampung hari tu memang berjalan lancar cuma jam jugak la kat sesetengah tempat macam kat Highway Karak, Bentong dan Raub. Memang kami saje pilih hari Selasa sebagai perjalanan pulang ke kampung sebab confirm-confirm Rabu ramai yang nak balik. Mostly, kawan-kawan aku decide nak balik hari Rabu sebab kemungkinan besar raya jatuh pada hari Jumaat. Cuti pon bukan boleh ambil awal-awal sebab nak ambil cuti panjang lepas raya. Kebetulan, lepas raya ada satu lagi cuti umum, Hari Malaysia. So, ramai yang terus sambung cuti sampai hujung minggu ni. Berbalik kepada kisah balik kampung, punya lah plan nak bertolak lepas Asar petang 7 September tu tapi dok main sana, dok main sini, kemas itu kemas ini, officially pukul 12.00 tengah malam jugak kami bertolak dari Gombak. Hehehe.

Pukul 3.50 pagi, kami singgah bersahur di Kuala Lipis. Saje stop awal sebab tengok ramai yang balik confirm-confirm ramai nak bersahur. Kalau nak kira pengalaman lepas-lepas, makanan cepat habis. Dan.. memang betul firasat aku, kami adalah orang terakhir yang dapat order makanan kat kedai tu. Tu pon, nasi goreng dengan telor mata je. Masakan panas yang lain semua 'sold out'. Memang murah rezeki akak kedai tu malam tu. Masa kami dok tunggu makanan kami tu pon, ada lagi 4-5 family yang singgah nak bersahur tapi keluar balik sebab makanan dah habis. Time tu dah pukul 4.30 pagi.

Setelah menempuh perjalanan hampir 10 jam (2-3 jam lewat dari biasa), kami selamat sampai ke kampung halaman. Rindu gile aku sebab ni adalah first time balik kampung selepas selamat jadi wife orang. Excited jugak la nak balik dua rumah ni. Mana nak dituju dulu pon pening. Masa on the way tu, kejap-kejap nenek aku call, kejap-kejap umi aku sms, kejap-kejap mak mertua aku call.. Aku dengan encik suami dah pening nak tuju rumah mana dulu. Haha. Sapa cakap kalau kahwin orang dekat-dekat takde masalah. Ni la masalahnya kalau kahwin dengan orang kampung dekat-dekat.

Memandang kami tiba hari Rabu, raya jatuh hari Jumaat, kami decide sehari buka puasa kat rumah umi, sehari berbuka kat rumah mak. Complicated jugak kepala ni dok memikirkannya. Bila dah sampai, kami decide nak berbuka di rumah mak (rumah encik suami) dan tidur kat situ. Siap salam-salam dengan family belah encik suami, kami ke rumah aku pulak, jumpa umi dan family aku pulak. Lepas tu, terus pergi rumah mak mertua nak prepare juadah berbuka. Nasib baik tak kena masak sebab Abah (bapa mertua) janji nak belikan nasi kerabu kat KB (Kota Bharu) sebagai menu utama berbuka. Mungkin Abah pon paham keletihan kami baru sampai dari KL, dah la perjalanan lama dari biasa. Lepas tu, terus gerak pergi bazar ramadhan kat Wakaf Bharu. Memang ramai gila orang dan sesak gila. Bazar ramadhan kat Wakaf Bharu ni memang tempat wajib aku pergi kalau nak cari murtabak mini atau orang Kelantan panggil, 'murtabak kecik'.

Lepas berbuka, aku tertidur dan pukul 11.00 malam terjaga balik. Punya lah letih sebab selepas sampai dari KL masih tak berehat. Pagi tu, waktu sahur dapat merasa menu sahur paling best kot aku makan sepanjang sahur ramadhan kali ni, siakap tiga rasa buatan mak mertua. Hehe. Anak menantu tak sempat nak menolong.. letih sangat. Lepas sahur dan solat Subuh, sambung tidur balik sekejap sampai pukul 8.00 pagi. Punyalah letih memang mata tak leh nak tahan dah. Dok tertutup je.

Petang tu, aku balik ke rumah umi. Bestnya boleh tidur atas katil sendiri. Hahaha. Rumah aku, katil aku, rumah encik suami, katil encik suami la. Mana sama :) Ngehehehehe... Family makcik aku yang dok kat Shah Alam pon sampai petang tu. Dapat la kami berkumpul ramai-ramai sebab tahun lepas, dorang tak dapat balik sebab beraya di Kedah (belah suami makcik). Tahun ni kira bonus la sebab semua ada termasuk encik suami merangkap orang baru dalam family kami.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

1 Syawal 1431 Hijrah

Lepas solat Hari Raya Aidilfitri di masjid kampung aku, kami terus pergi beraya di rumah nenek aku, Mama. Semua berkumpul kat situ. Sorry ye punya la syok makan takde gambar diambil. Kalau ada pon dalam kamera adik aku. Lupa nak ambil. Lepas bermaaf-maafan dan bagi-bagi duit raya, kami terus beramai-ramai pergi beraya dengan jiran di sekeliling.

Lepas tu, dalam pukul 11.00 pagi terus aku dan encik suami terus balik ke kampung encik suami. Dekat je pon, 15 minit pon tak sampai. Sayu je rasa first time beraya dengan family belah encik suami. Aku rasa macam dah hampir lengkap hidup aku, dah ada suami, mak dan bapa mertua serta adik-adik ipar. Sekarang ni, harap-harap ada rezeki nak dapat 'orang baru'..

Gambar -gambar ni bukan first day Raya, ni raya ke-7 dah :) Baju raya pon dah basi.





Sekali lagi, 
SELAMAT HARI RAYA SEMUA.
MAAF ZAHIR DAN BATIN 
daripada kami, 
Syima dan Hafiz.


Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1431H


 Di kesempatan ini, 
saya ingin mengambil peluang setahun sekali je ni untuk mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
Minta halal semua yang termakan terminum, terpakai, terumpat, terkeji... 
Semoga kedatangan Syawal kali ini membawa 1000 sinar kepada kita. 
Moga-moga kita semua akan murah rezeki. Aminn.
Related Posts with Thumbnails