Bawah adalah sedutan, keratan berita benar Roslin cerai isteri baru dia.
KUALA LUMPUR: Selepas sebulan mendirikan rumah tangga, jaguh badminton negara, Roslin Hashim, 35, akan memfailkan perceraian dengan isterinya, Norhayati Othman, 38, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, hari ini. Pasangan itu berkenalan pada awal Februari ini sebelum mengambil keputusan mendirikan rumah tangga pada 9 Julai lalu.
Harian Metro difahamkan, permohonan berkenaan dibuat selepas berlaku masalah dalam rumah tangga dibina Roslin dengan Pengarah Pemasaran, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.
Sebelum ini, Roslin pernah menggemparkan negara apabila perkahwinan pertama bersama Faizah Mohamad,32, hanya bertahan selama 12 hari selepas bernikah pada 30 Januari 2009.
Pasangan itu bercerai pada 11 Februari tahun lalu selepas Roslin melafazkan cerai pada isterinya atas kerelaan sendiri di rumah ibu bapa mentuanya di Puchong, Selangor, jam 10.50 malam di hadapan mereka.
Sementara itu, produser Raja Azmi Raja Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan, tetapi beliau enggan mengulas lanjut.
Macam mudah pulak ye nikah, pastu cerai.. nikah, cerai. Aku tak salahkan si Roslin 100% dalam hal ini tapi aku ada pendapat sendiri la. Kalau nak kahwin, boleh tak pikir panjang sebab bila kita kahwin ni, segala tanggungjawab tu atas bahu kita. Hidup berumah-tangga ni bukan macam main pondok-pondok ye. Kalau ko rasa hidup berumah-tangga ni, indah khabar dari rupa (sila buka kamus dewan bahasa atau google untuk tahu maksudnya), baik ko prepare betul-betul dari segi mental dan fizikal.