Sunday, July 18, 2010

Nasi Lemak Cinta Sayang Dalam Botol

Actually, tak ada aktiviti yang menarik setakat hari Sabtu. Just makan-makan dan minum-minum macam biasa. Sempat pergi makan di Nasi Lemak Cinta Sayang dekat Seksyen 7, Shah Alam dengan encik suami dengan Kak Chek.

Motif utama nak bagi nampak nama restoran, bukan muka encik suami..egehehehehe..


Lepas settle sepinggan nasi lemak dengan jus oren, terus pergi hantar Kak Chek ke hostel dia dalam UiTM. Kepada yang tak tahu siapa Kak Chek, Kak Chek adalah adik aku yang keempat. Tu nama 'manja' dalam famili. Sekarang belajar di UiTM Shah Alam. Lepas tu, terus gerak ke Klang, rumah parents Kak Shila. Diorang buat majlis tahlil. So, makan lagi =)

Dalam pukul 12.00 tgh malam terus balik dan sekarang tengah update blog..hahahaha.. Tak ada yang menarik kan. Esok tak plan lagi nak pergi mana.

Tengah dok pikir-pikir nak balik kampung ke tak.. Adik aku kena sengat tebuan tanah. Actually adik encik suami.. yelah, adik encik suami, adik aku jugak la kan.. Bukan seorang kena tapi dua orang, adik kedua bongsu, Atiela dan yang kecik sekali, Hazril. Setiap orang kena sengat 4 ekor tebuan. Kesian dorang sampai demam. Sekarang kena tahan di wad. Kitaorang decide nak tunggu sampai Isnin kalo diorang tak keluar wad juga atau tak OK-OK, terus balik kot.


Sebelum aku menutup cerita hari Sabtu ni, jom layan test shot ni okay. Ni semasa casting untuk filem yang tengah hot dengan kontroversi sekarang, filem ... Dalam Botol.

Adi Putra. Tak sesuai langsung... Suara maintain je macho. Haha


Keifli. Keras semacam je aku tengok. =)


Arja Lee


P.S: Sekarang buffered earning aku dah ada 4. Astro, Digi, Munchy's dan Youth Olympics =)

Friday, July 16, 2010

Pagi di Rasta, Petang di Williams

Isnin lepas, aku masih berpuasa ganti. Masih tak habis-habis puasa gantiku. ;p Tapi tak apa, harap-harap dapat pahala sunat Syaaban dan sunat Isnin sekali.. Boleh ke triple? Nevermind la, janji aku puasa ganti. Yang penting yang wajib tu selesai. 

Anyway, encik suami dan Abe Er teman isteri masing-masing buka puasa di Williams. Williams ni terletak di Taman Mayang, Petaling Jaya. Aku rasa ramai kot tau Williams ni. Sikit punya glemer apa Williams ni especially masa aku belajar kat UM dulu. Makanan dia memang best. Almsot makanan kat sini berinspirasikan mamak dan italian food macam spagetti marinara, pasta, rissoto, pepperoni pizza dan cheese naan. Cheese naan dia memang terbaikk la yang pernah aku try kat KL ni. 

Hari tersebut, aku order spagetti marinara dan airnya, strawberry banana. Encik suami order air aje, strawberry banana. Minum air tu je pon dah kembong. Air lain yang best yang direkemen la untuk dirasa ialah ribena laici, mango ice blended.

Spagetti Marinara @ Spagetti Seafood

 De Laut Spagetto (nama diberi oleh Abe Er..Hahaha)

Strawberry Banana

Sebelum tu, awal pagi Isnin tu, kami pergi menonton final World Cup 2010 di Rasta, TTDI sebab encik suami cakap kalau tengok kat rumah mesti mengantok. Ye lah tu, alasan kan. Sebenarnya nak lepak minum. Haha. Orang ramai gila. Memang meriah dan happening.

Aku rasa memang Spain main best berbanding dengan Holland. Aku tengok macam Spain VS. Robben je. Sebab macam Robben aje main bagus. Anyway, as expected by Paul, si sotong bomoh tu, Spain jadi juara dunia.. Yeyyyyy..


VS
Arjen Robben
Lepas tengok World Cup, terus balik rumah. Tapi boleh plak kat tol LDP jem teruk. Ingat pagi nak pergi kerja je jem. Penangan world cup beb, Malaysia pon dapat untung. Kedai mamak penuh, bayar tol pon kena beratur panjang. ;p

Wednesday, July 14, 2010

World Expo 2010 Shanghai China, Malaysia kena kritik


 Maskot rasmi Expo 2010, Haibao

Semalam tengok Buletin Utama, "Pavilion Malaysia di Ekspo Dunia kena kritik". Mati-mati aku ingat Pavillion kat Jalan  Bukit Bintang tu kena kritik.. Haha.

Kalau nak tahu, sekarang ni ada satu ekspo terbesar sedang berlangsung dekat Shanghai, China. Ekspo ni akan berlangsung selama 6 bulan bermula 1 Mei 2010 - 31 Oktober 2010. Bapak lama kan. Kalau korang nak pergi tengok masih sempat lagi. Tema dia "Better City, Better Life". Setakat 4 Jun 2010, sebanyak 239 buah negara dan kawasan serta pertubuhan antarabangsa telah mendaftar untuk menyertai ekspo dunia kali ini.

Apa yang tak bestnya, Pavilion Malaysia kena kritik. Menurut berita tu, Malaysia dikritik kerana Pavilion yang dibina hanya mempamerkan kraftangan dan hasil-hasil ciptaan tempatan yang sudah berlambak di Pasar Seni ataupun di pusat-pusat kraftangan Malaysia. Kata pengkritik-pengkritik lagi, Malaysia tidak mengambil peluang ini untuk menonjolkan kecanggihan serta teknologi yang ada di negara kita. 

 Pavilion Malaysia yang berkonsepkan rumah Minangkabau.

Pavilion Malaysia dilabel sebagai "Pusat Kraftangan" kerana asyik-asyik mempersembahkan persembahan tradisional bangsa-bangsa di Malaysia. Memang agak memalukan sebab kalau nak dibandingkan dengan negara-negara jiran kita seperti Indonesia dan Singapura, senibina pavilion kita agak ketinggalan.

  Pavilion Indonesia yang dibina sepenuhnya dari buluh


Pavilion jiran kita, Singapore

Okay, sekarang layan gambar-gambar pavilion dari negara-negara lain pulak...

Pavilion tuan rumah, China dianggap paling unik.


Pavilion Juara Piala Dunia 2010, Spain


Brazil dengan konsep 'Negara Bola' dan tarian Samba


Pavilion UK. Paling menarik.


Pavilion Denmark. 


Pavilion Romania


Pavilion Korea


Pavilion Hong Kong


Pavilion Thailand. Memang tak boleh nak tinggal kesenian Thai juga macam kita ;p


Pavilion Greece. Birunya..


Pavilion Italy. Nampak biasa je kan.


Coca-cola pon ada pavilion. Hehe


Untuk maklumat lanjut, sila ke Expo 2010 Shanghai China

Hilang Kawan, Hilang Sahabat



Well..tajuk dia macam apa je. Tadi baru je baca entri Puan Liza Dari Jerman, bukan Cik Salmah Dari Scotland okay. Haha.. So, lepas baca entri tu macam pernah terkena kat diri sendiri je.

Sebab apa aku cakap macam tu, sebab seorang kawan dah delete aku dari friendlist Facebook dia. Friendster aku tak pasti sebab aku memang tak aktif dah berfriendster so i don't care.

Mula-mula aku tak perasan tapi akhirnya terperasan la gak sebab aku kan selalu jenguk kawan-kawan melalui facebook. Tetiba nampak nama dia kat komen kawan-kawan, so terus klik then terus nampak Add as Friend... What? Ko delete aku? Pelik gak aku, apa salah aku dengan ko... Bagi korang la, kalo dah orang delete korang dari friendlist, apakah maksudnya itu?

Okay, ikhlas cakap kat sini, mula-mula aku rasa sedih gak. Tak pernah seumur hidup aku, aku putus kawan. Serius, mungkin korang tak percaya kan. Even kalau aku ada terasa hati ke, sakit hati ke, terjatuh hati ke, biasanya aku diam atau senyap aje. Kalau tak tahan pon, aku balas balik pastu aku diam, malas nak layan dah. Lepas tu, aku jadi okay balik. Tu aku, tak pasti dengan dia.

Lepas tu, lama-lama aku jadi okay balik sebab aku fikir, kalau orang tak sudi nak berkawan nak buat macam mana. Mungkin ilmu yang dia belajar selama ni belum cukup untuk menjadikan dia seorang yang berfikiran positif dalam tindakan dia.

Selama hari ini, aku tak pernah cerita lebih-lebih apa yang pernah kami hadapi, apa yang kami buat. Walaupon aku dah tak macam dulu, tak bermakna aku suka laga-lagakan orang, buruk-burukkan orang. Malah apa yang terjadi selama ni, aku tak pernah kisah dan ambil hati. Tak salahkan dia langsung pon. Orang lain yang pong-pang-pong-pang, aku pon terpalit sekali.

Sekarang, kalo aku jumpa dia, aku masih macam biasa. Masih bertegur sapa kerana dia masih kawan aku macam biasa. Bagi aku tak ada apa yang berubah, tak tahu la dia mungkin dalam hati menyampah kat aku... ;p


P.S: Sapa-sapa yang aku tak kenal dan nak add aku kat FB, susah sikit nak approve sebab bagi aku FB aku ni memang untuk kawan-kawan 'nyata' aku aje. Sorry okay... Tak kenal maka tak cinta... Mungkin korang leh message-message dulu ke... :p
Related Posts with Thumbnails