Entri kali ni actually nak share pasal pergi Bali rabu lepas. Kami pergi 2 couple. Abe Er dan Kak Shila, aku dan encik suami. Abe Er ni cousin encik suami, tapi dah macam adik-beradik dah. Plan nak pergi honeymoon ni pon agak last minute gak. Biasanya orang book tiket awal-awal, tapi kitaorang book lebih kurang sebulan sebelum majlis nikah.
Sebelum ni aku ada post pasal tempat tinggal kitaorang kat sana kan, Villa Seminyak Estate & Spa. Cantik kan. Gambar-gambar villa tu aku amek guna handphone sendiri, that's why kualiti gambar tak berapa bagus. Ni gambar dari kamera Abe Er.
Apa aku leh cakap Bali sangat best, sesuai la sangat untuk berhoneymoon. Cuma semua benda kat sini quite pricey ye kawan-kawan.. Dari pengangkutan, tempat tinggal, tiket nak masuk tempat-tempat yang dilawati tu, main water sport, sewa kereta, semua mahal-mahal. Kat sini urus niaga boleh dibuat dalam USD gak. So, korang bayangkan la nak convert duit kita, duit Rupiah lagi la. Adoii.
Well, hari pertama sampai dengan selamatnya di Airport Ngurah Rai, lebih kurang pukul 1.20 tengah hari. Amek teksi terus pergi villa kami di kawasan Seminyak. Abe Er saja book villa area sini sebab nak try tempat baru. Di Bali, selalunye femes area Kuta, tak kurang area lain macam Semintak, Nusa Dua dan Sanur. Tempat-tempat ini sangat direkemended untuk stay sepanjang di Bali. Aktiviti hari pertama lebih kepada rilek-rilek dan explore tempat tinggal kami. Since Abe Er dan Kak Shila baru balik dari Mekah, penat masih tak hilang. Kami just mandi-manda di private pool di villa kami.
Keesokan hari, sebelum bertolak ke Pantai Nusa Dua, kami sempat breakfast. Putu, supir yang akan bawa kami untuk explore Bali hari tersebut awal-awal dah tunggu kat lobi. Putu bawa kami pergi Pantai Nusa Dua untuk aktiviti water sport. Kat sana kami pilih nak main flying fish dan naik bot pergi Turtle Island. Kosnya boleh tahan. Tapi memang aku suka la naik flying fish tu. Best sangat melayang-layang kat udara. Hehe. Tengok muka syokkk aku kat bawah ye.. Hehe
Awal-awal aku cuak gak.. Aku ingat dia nak ikat aku, apa dia suh pegang je pemeganag kat tepi tu.. Erm.. (dalam hati, " Tak jatuh ke???'')
Ekspedisi bermula. Hati dah berdebar-debar tapi agak excited. =)
Wow...
Hoho. Masa ni paling syokkk... siap jenguk-jenguk kat bawah lagi.. Mamat yang dok kemudi mende alah ni siap tanya lagi mau sama ada nak terbang sekali lagi, harga murah-murah je tapi jangan kasi tahu bos kat dia..hoho..siap buat bisnes kat atas tu.. Actually, flying fish ni akan terbang ke udara sebanyak 3 kali. Sebab tu mamat tu offer kami sama ada nak terbang lagi ke??.. Dalam hati nak tapi tak pe la..hehehehe...ngehhh
Peace! Kami OK! Haha
Lepas main water sport semua, kami naik bot pergi Turtle Island. Tak jauh dari Pantai Nusa Dua ni.
Belai-belai...
Ngerrrrr....hihi
Encik suami buat muka kontrol.. Haha. Takut ke bang ;p
Kat sini ada macam-macam lagi haiwan selain penyu dan enggang seperti ular, kelawar, monyet, iguana.... Macam-macam la. Lepak-lepak sini kejap sambil minum air kelapa then lepas tu bertolak balik ke Pantai Nusa Dua. Supir kami dah tunggu dah nak ke destinasi seterusnya, GWK. GWK ni adalah cultural park yang agak terkenal gak kat Bali ni.
Sebelum bertolak ke Uluwatu, kami singgah sekejap di Pantai Dreamland. Menurut Putu, supir kami tu, Dreamland adalah pantai yang paling bersih di Bali. Memang bersih pon. Kat situ ramai surfer sedang surfing. Macam syokk je aku tengok..
OK, as planned, kami manage untuk sampai ke Uluwatu sebelum sunset. Kat sana memang banyak gile monyet. Monyet besar, kecik, semua ada. Monyet-monyet kat sini agak nakal sebab dorang nampak je jinak ala-ala innocent gitu tapi 'tangan panjang'.. So, sangat dinasihatkan kalau ada benda-benda kecil kat tangan macam kamera ke, air botol ke, handphone ke, spek yang korang pakai ke atau apa-apa aje lah yang senang ditarik, diambil,.. better korang simpan elok-elok. tak pon, berwaspada ok.. Kat Uluwatu ni, semua orang nak tengok sunset dia yang cantik. Kat sana kami berpeluang menyaksikan Tarian Kecak. Agak lama gak tarian tu, kira-kira sejam. Meremang bulu roma aku tengok tarian ni.
objek atas sebelah kiri tu orang ramai tengah tunggu nak tengok tarian Kecak. Lain kali aku cerita sejarah tarian ni k. Ada video tapi malas nak upload sini.
Sunset yang ditunggu-tunggu. Tengah syok-syok Abe Er ambil gambar sunset, kamera dia leh habis bateri plak. Hoho. Kesiannnnn.. Haha. Kamera aku? Sah-sah tak cantik sebab guna kamera handphone ku tak berapa nak mahal ni..hihi
Pengembaraan kami pada hari tersebut diteruskan dengan makan malam ala-ala candle light dinner di tepi pantai di Jimbaran. Siap diiringi dengan kumpulan muzik yang datang menyanyi di meja kami. Orang lain minta lagu-lagu romantis untuk didengar.. tapi kami minta lagu apa korang tau? Lagu Wali Band yang popular tu, aku lupa tajuk.. yang Daus nyanyi dalam AF8 tu.. Hehe.
Sebelum balik ke villa, si Putu ajak pergi tengok pakej spa. Singgah kat situ tengok pakej apa yang best. Dah siap book dah cuma tak bayar deposit lagi. Tapi kat sini lah Abe Er terhilangkan handphone dia. Dia cakap tercicir. Puas kami cari sekeliling spa dan di sepanjang jalan yang Abe Er pernah pergi kat spa tu, tapi tak jumpa-jumpa. Mungkin tak ada rezeki. Spoil mood betoii pencuri tuh... Eee, geram aku. Terus tak jadi pergi spa esok nya.
Ok, commercial break..
Sampai sini dulu, nanti sambung dalam episod akan datang. Hehe.