Sunday, June 27, 2010

Aku Cinta Padamu




Andainya engkau ku miliki
Terdahulu sebelumnya
Andai ku curah rasa hati
Mungkin kini ku tenang di samping mu

Belum puas ku menikmati
Kesan kasih sayang kau terpaksa pergi
Ingin ku terus dicintai
Walau bisikanmu azimat berduri

Bila cinta berbunga
Jadi airmata di jariku

Betapa ku cinta pada mu
Katakanlah kau cinta padaku

Sematkanlah ku di hati mu
Walau di mana berada
Ingat ku dalam doa mu

Hiasilah hati
Dengan cinta suci
Selamanya

Gemerlapkan jiwa
Semikanlah cinta
Semoga kau dan aku
Akhirnya bersama
Akukan menunggu
Walaupun seribu tahun lagi


Lagu ni adalah lagu sangat evergreen bagi aku. Ada kisah di sebalik lagu ni. Masa lagu ni tengah popular, aku tengah menjalani latihan pusat untuk wakil ping pong Kelantan ke Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia di Seremban, Nogori Sembilan.

Wednesday, June 23, 2010

Villa Seminyak Estate & Spa

First day in Bali, just joli-joli di Villa kami. Malas nak tulis panjang-panjang sebab letih. Tapi nak jugak update blog malam ni. Hehe.

Pintu 'rumah' kami dari dalam. Lupa snap dari luar. Penattt...

Bilik kami. Villa ni ada 2 bedrooms.

Dah landing sedap-sedap baru nak snap pic. =)





Private pool ni kami dah rasmikan petang tadi. i pakai bikini sambil berjemur.... Hahaha (mesti la tipu ok!)


Meeting ke bang? Hehe

Sangat cantik villa ni. Masa mula-mula sampai, mcm biasa harus la ada refreshment. Then, dorang hantar kami ke villa kami. Siap naik kereta ala-ala golf buggy lagi. Hoho. K, nak tido. Esok aktiviti sebenar bermula. Kalo rajin, esok update lagi, kalo tak berapa nak rajin tunggu balik holiday la ya.

P.S: Sape-sape minat nak stay sini, leh pergi website dia kat sini

Monday, June 21, 2010

Sepanjang Majlis Persandingan dan Kenduri Kendara ---> 10 Jun 2010

Syukur Alhamdulillah, selepas selesai majlis akad nikah kami malam 9 Jun 2010, keesokan harinya iaitu 10 Jun 2010 bersamaan 27 Jamadilakhir 1431 H berlangsungnya majlis persandingan kami. Majlis tersebut aku rasakan sederhana tetapi sangat meriah dengan kehadiran sanak saudara yang dekat dan jauh, kawan-kawan serta jiran tetangga.


Abe Mang and the geng. Baju hitam biru tu geng baru dari Kedah. 



Pasukan kompang hari tersebut.

Nyanyian pakcik Alabaladi mengiringi 'Hari' kami.. Mata beliau mungkin buta tapi semangat beliau tak pernah patah. 

Depan: Pok Cik, Aiman, Hafiz dan Ayah Su.
Belakang: Geng kampung pisang. Haha

Antara tetamu yang hadir


Pengantin lelaki tiba tepat seperti yang dirancang, pukul 11.30 pagi. Biasanya pengantin lelaki tiba lepas Zuhur, tapi family aku request nak awalkan dari kebiasaan untuk melancarkan majlis.

 Pasukan kompang mengiringi ketibaan pengantin. Segak-segak semua kan

Tengah tunggu encik suami datang. (hehe.. dalam hati berbunga-bunga je time ni)

Nak pergi sambut encik suami.
Laju je jalan tertinggal my flower girls yg kiut miut. 

Di atas singgahsana. Sorang muka serius, sorang lagi masam. :p
Pengapit, Keyo & Fazah - our bestfriends. 

direnjis-renjis....



 Persalinan kedua. Tensi-tensi je aku cik abang I ni suka tido dalam iman. Haha. Gambar ni semua dari koleksi adik dan sepupu ku. Banyak sangat gambar, so pilih-pilih yg berkenan dulu. Later-later, i'll update lagi.

Kat bawah ni koleksi cameraman aku. Gambar-gambar lain, tunggu entri-entri akan datang ok... Hehe




Cuba korang tengok tangan suamiku tu..Auuuwwww...

Eeeee.. i geram tau.. Hahaha

Tertonggeng-tongeng aku. Actually nak jatuh dah ni. Hihi

I <3 U

Actually, aku ada sewa gaun dan baju Cik Siti Wan Kembang. Tapi tak sempat nak pakai hari tu sebab mak andam dah balik. Lagipon, hari tu memang tak menang tangan layan tetamu, bergambar pon curi-curi. Masa acara potong kek pon tak sempat tukar gaun. Main hentam dengan baju sama aje. Sangat penat. Serius. Tapi sangat happy semua berjalan lancar.

Sekian. =)

P.S: Akan update later majlis kenduri sebelah encik suami. Majlis Kesyukuran sebelah lelaki sangat sederhana tapi makanan sangat sedap macam nama blog ni. Ada petai, ada budu dengan tempoyak. Haha.

Majlis Akad Nikah 9 Jun 2010

Seperti yang dijanjikan, entri kali ini adalah nak sharing happy moment kami semasa majlis akad nikah. Majlis berlangsung dengan lancar pada 9 Jun 2010, hari Rabu iaitu selepas waktu Isyak.

Akad nikah ni berlangsung di Masjid Kampung Berangan, dekat dengan rumah encik suami. Jangan terkejut sebab mukim kami sama so memandangkan masjid terdekat adalah di kampung encik suami, majlis kami diadakan di sana.


Time tu tak la berdebar sangat (haha. tipu ok!). Sekali lafaz sahaja, aku sah menjadi isteri kepada encik suami, Wan Mohd Hafiz Wan Razali. Alhamdulillah....





Hopefully, ikatan ini akan berkekalan hingga ke syurga.
Related Posts with Thumbnails