Thursday, June 3, 2010

Kenangan Masa Budak-Budak

Masa aku kecik, aku memang nakal. Budak-budak memang suka main kan. Sebelum Abah balik dari kerja, aku dah redah parit, alur, semak dan segala bagai la. Paling suka tangkap ikan :) Pastu cari biji getah main congkak. Lubang congkak, gali tanah. Area rumah aku kawasan berpasir so senang nak gali, gali cantik-cantik lubang tu dan besar biar senang nak 'grab' biji getah tu. Hehe. Aku memang champion kampung main congkak.

Lebih macam ni lubang yang kami gali nak main congkak.

Kalau main gelongsor, aku tak main macam orang lain main, aku meniarap pastu gelongsor kepala dulu. Hehe. Ala-ala superman gitu tapi versi terbang ke bawah. Hahaha. Tu sebab umi aku pelik kenapa la main gelongsor bontot seluar tak kotor, yang kotor kat depan baju. Hihihi.

Lagi satu, ini Umi aku cerita, aku dah tak ingat. Masa aku kecik, dalam umur 2 tahun kot, aku suka sangat merangkak pergi sana sini, masuk dapur, punggah segala botol tak kira botol kicap, budu asal aku leh capai. Pernah sekali aku pergi rumah sedara aku, aku pergi dapur dia, aku minum telan minyak gasolin (orang Kelantan panggil minyak gas). Semua orang kalut tapi nasib baik aku telan sikit jadi Alhamdulillah, umur masih panjang.

Masa kami tinggal di Jeli (Abah aku kerja KESEDAR, sekarang dah pencen), aku suka sangat tangkap pepatung,cantik-cantik sebab kat area tempat kami tu dekat sungai so memang pepatung tu jarang aku jumpa even aku ni memang orang kampung. Pernah sekali aku follow akak mana entah pergi mandi sungai. Aku pergi jalan sampai sungai terus balik. Esok, aku ajak Umi pergi mandi. Hehe. Baik punya anak.

Bila aku dah start sekolah, aku dah pindah balik duduk kat Tumpat. Mula-mula tinggal dengan nenek, lepas dua tahun, tinggal rumah sendiri.. eh, rumah parents ya, bukan rumah aku. Hehe. Kat sekolah pon nakal, main kejar-kejar, segala permainan aku main. Bila darjah 3, dah kurang sebab jadi pengawas sekolah. Tak boleh main sangat, jaga status. Haha. 

Anak sulung memang tanggungjawab besar. Hehe

Cuma anak sulung jarang yang tinggi. Semua ketinggian dirampas adik-adik. Hampeh!..Haha

Bergaya mcm ni biasanya time Raya. ;p
Ni Darjah 3 (tengok tarikh kat photo..)

Banyak lagi kenangan masa budak-budak, tapi aku share setakat Darjah 3 dulu. Tu pon, skip-skip. Kalau cerita kenangan masa kecik-kecik, 3 hari 3 malam tak habis kan.



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Ni bukan aku. Adik no 4.
Syasya a.k.a Kak Chek.

P.S: Tergerak hati nak buat entri ni lepas tengok Syasya upload gambar-gambar atas kat FB dia. Nak gelak pon ada. Hehe. Memang rupa berubah, tapi hati tak. :) :) :)


Wednesday, June 2, 2010

Saya Nak Cuti! (Sangat!)

Hey! Hey!.. Saya Nak Cuti! MAS Traveller.com sudah lama bersiaran. 

Juliana pergi Bali..


Affandi ke Pulau Sipadan

Ada kaitan ke? Ada...

Selepas menengok video-video pemenang Saya Nak Cuti! , aku teruja nak cuti juga. Tak sabar nak tengok episod Siti Nur Aishah daki gunung Kinabalu. Rindu! Sengal kan sebab nak dekat-dekat kahwin masih berangan nak cuti. Persiapan tak siap sepenuhnya lagi. Mana boleh cuti sekarang. Hehe. Tunggu la lepas kenduri-kendara nanti.

Tahun ini tidak ada percutian khas yang selalu aku dan kawan-kawan buat. Sebelum ni kitaorang pernah pergi Port Dickson, Pulau Tioman, Pulau Redang, Jakarta, Bandung dan banyak lagi lah. Yang dekat-dekat memang sentiasa. Haha. Biasanya, awal-awal tahun dah plan pergi mana-mana tapi tahun ni tak ada sebab semua busy. Ada yang nak kawen (aku la tu).. ada nak tunang, ada dah pregnant, dan macam-macam lagi. Rindu la kawan-kawan nak bercuti sama-sama.

Ohh Tioman. Atas sana ada Rock Fall.  Memang best woo ada laut, ada air terjun

Ni belum sampai Tioman. Muka tak basuh, mandi apatah lagi. haha

Tempat berteduh kami! Nice kan? Sesuai untuk bulan madu. wink*wink*


Redang.

Snorkeling wajib kalau pergi pulau.



 
Di tengah Jakarta

Walaupon, tak ada percutian yang dirancang bersama kawan-kawan tahun ni, aku dapat juga pergi bercuti juga secara tak langsung ke Bangkok. Aku terlibat dengan projek ICAS untuk Standard Chartered Bank Thailand.

 Seafood my feberet.

 
Amphawa Floating Market

Sila pergi Bangkok untuk makan dan Bandung untuk shopping.. Tapi Bangkok pon best shopping.

P.S: Jgn lupa Saya Nak Cuti! akan bersiaran malam ini di Astro Ria, setiap Rabu jam 10.00 malam. Sure korang pon excited nak pergi bercuti. Untuk lebih excited, sila tengok Destinasi Bajet Jom MAS! hosted by Qi and Cheryl Samad.

Tuesday, June 1, 2010

Sudah Genap Setahun

Sudah genap setahun aku menjadi tunangan kepada Encik Wan Mohd Hafiz.
Tanggal 31 Mei 2009 aku telah sah menjadi tunang orang. Hoho..


Time raya.
Tiap-tiap tahun dtg raya pakai melayu tu! hikhik.
Jgn marah noo

Ali cafe tepi bomba

KL-Tg.Malim, 5 jam. Logik tak?? Haha

Konvo UM.
Bear besar tu org lain bagi. :)


Kami pon dah nak kahwin pada 9 Jun 2010 ni.. Tak lama dah. Diharap perkahwinan ini nanti akan berkekalan hingga ke syurga. AMIN.

P.S: Sepatutnya post ini dipost semalam tapi memandangkan semalam tak ada internet connection, hari ni baru leh post.

Kena Tindih @ Sleep Paralysis

Syima..sssyyyiimaaaa.... 

Actually aku dah dapat email pasal tajuk di atas dah lama. Tapi sekarang dah ada blog, tergerak hati nak share. Tapi aku memang tak leh tahan gelak baca perenggan akhir tu. Oppss.. Korang jangan langkau pergi perenggan akhir lagi. Baca slow-slow ok. Kalau tak, korang takkan paham. Hahahahaha.

Pembacaan bermula...

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih...kepercayaan dan kebenaran..
just to share... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni....... betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu...aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar...tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia.... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik....mmg menakutkan tapi benar.... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi,  sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
  1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
  2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
  3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
  4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
  5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
  6. orang yang ader penyakit narcolepsy
So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu.. Korang lagi hantu sebenornye.........tapi kalau korang yang terutamanaya kaum wanita tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti terbakar lak laki..bacalah Alhamdulillah!!!!

Dah abis baca? Wakakakakakak (gelak nakal) ;P

Related Posts with Thumbnails