Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Thursday, March 31, 2011

REDMINIBEE CONTEST


Click banner to join.


Tarikh tutup: 9 April 2011


Soalan-soalan yang WAJIB dijawab.


1. Cuba bayangkan jika korg tersesat di dalam sebuah hutan tebal seorg diri,tiba2 korg ternampak sebuah rumah usang 2 tingkat,korg nak masuk ke dalam rumah tue @ hanya meneruskan perjalanan mencari jalan keluar dari hutan tebal tue.?KENAPA.?

Aku teruskan aje perjalanan sebab aku ni stok penakut. Kalau dah rumah tu usang lagi la macam-macam aku dok pikir, pikir jumpa nenek kebayan la, hantu la, anaconda la. ish ish. 


2. Antara KAMBING/LEMBU/BADAK@UNTA,yg mana paling comel bagi korg.?KENAPA.?

KAMBING. sebab? Cuba korang tengok pic bawah. HAHAHAHAHAHA. comel kan?



3. Bila korg keluar bershopping di shopping mall,korg akan serbu side mana dulu.?Kedai kasut.?Baju.?CD.?Buku2.?@ mungkin yg lain.?KENAPA.?

KEDAI KASUT. sebab nak cari size kasut lagi senang dari cari size baju. ;p


4. Jika diminta untuk mengira berapa helai rambut korg tue,korg nak kira ke x.?KENAPA.?

TAK NAK. sebab rambut gugur sejemput tu pon aku tak kira. MALAS dan TAK KUASA MAK. 


5. Jika diberi pilihan,antara PARIS HILTON/LINDSAY LOHAN @ BRITNEY SPEARS,korg nk tidur sebilik ngn sape.?ngeee~~~KENAPA.?

BRITNEY SPEARS sebab nak suruh dia menyanyi semua  lagu best dia. Konsert khas untuk aku.. KAHKAH.


6. Korg suka sgt cat bilik korg colour pe.?KENAPA.?

PURPLE LEMBUT. sebab aku suka purple lembut. hehehehe... bukan, sebab purple lembut tu melambangkan kelembutan jiwa wanitaku... auwwww.


7. Andai diberi 1 pulau indah untuk korg majukan,benda apa yg 1st korg nak bina kat pulau tue.?KENAPA.?

CHALET. sebab tempat tinggal tu penting kalau tak mana nak tidur weh... hehehe.


8.Insya-ALLAh,kalau de rezeki,korg nk anak brapa org.?KENAPA.?

4 ORANG. 2 lelaki, 2 perempuan. Yang sulung mesti lelaki sebab nak protect adik-adik. HAHAHA.Gila berangan. Bagi aku 4 orang tu, tak sikit sangat dan tak banyak sangat, sedang-sedang jeee...


9. Antara RUMAH DI TGH PULAU (cam rumah apek dlm aspalela tue) @ RUMAH DI TGH HUTAN (cam rumah tarzan tue),korg lebey suka yg ne.?KENAPA.?

Definitely RUMAH DI TGH PULAU. sebab aku ni suka pulau dan pencinta pantai sejati.


10. UPLOAD PHOTO UNIK KORG DI SINI.! ;D

This is my unique photo ;p 


Masa ni aku pergi Bangkok for business trip (kerja) dan masa tengah tunggu BTS (macam LRT), aku perasan stesen tu nama Siam. Sooo unik sebab aku ni kat Thailand (Siam), pastu ada pulak stesen BTS nama Siam...





Wednesday, March 30, 2011

Hadiah Percuma First Journey

Click banner to join.


Syarat untuk mendapat hadiah percuma:

1. Jadi follower blog first journey ( senang je sesape pun boleh buat ) sesape yang takde blog boleh juga,just create google akaun.
2.  Copy paste n3 ini dan letak banner ( excange banner ) kat sidebar atau mana-mana anda suka
3. Tag seberapa ramai kawan anda untuk join
4. Yang dan join sila tinggalkan jejak di bahagian komen supaya senang saya bw ok. 

Contest ini akan ditutup pada 15 April 2011 dan keputusannya akan diumunkan pada 18 April 2011.


Saya tag:

Daliya
Kak Efa
Kak Yana 
Soul
Ain Soul
Kak Fizah Ismail
Ceritera Lisa
Kak Chik (KC)
Liza Jermeng
Zarith
Dayah 
Fana
Eena
Kak Wan @ Aida
Madi @ Aed
Kak Ila Siapa Saya???
Mama Gee
Nurul Badiah Lai
Kak Mira Hot Family
Kak Kelly Walther
Kak Ayu Arjuna
Kak Eli
Mommy Pinky
Ms Red Ribbon

dan..

semua follower saya.. jemput join ye semua yg mana sudi..




Thursday, March 24, 2011

Cute Couple Contest

Click banner to join.


Contest: Cute Couple Contest

Tarikh Tutup: 26 April 2011


KAMI CUTE COUPLE..hahaha





Nak tag:

Daliya
Kak Efaa


Wednesday, March 16, 2011

Show Me Your BFF Contest




Tarikh tutup: 15 April 2011


-------------------------------------------------------------------------------------



Dear Nurulbadiah Lai,

Ini bestfriend saya. Nama bestfriend saya, sayanggg opssss, Hafiz. hehehe. Hafiz ni hubby saya. Bagi saya, dialah hubby saya, kawan suka duka saya yang tiada galang gantinya. Masa saya sedih, dia selalu ada dekat saya. Dengar dengan sepenuh hati cerita-cerita sedih saya. Saya menangis, dia akan pujuk dan kadang-kadang sampai dia pon bad mood sebab tengok saya sedih jee... tapi tak pernah pulak saya tengok dia menangis depan saya (awak menangis dalam hati ehhhh...hehe). 


Bila saya gembira, dialah orang pertama yang akan saya share. Kami akan ketawa dan gelak bersama. Kadang-kadang rasa tak sabar nak share cerita-cerita gembira dan sedih dengan kawan baik saya ni. Saya tahu dia pendengar yang setia.


Yang lebih menarik tentang kawan baik saya ni Nurul, banyak sangat persamaan yang kami share bersama. Nama kami bermula dengan pangkal yang sama iaitu Wan. Birthday kami beza sebulan je, dia - 11.1, saya 12.2. Abah dia nama Wan Razali, abah saya, Wan Ramli. Mak dia, Hanisah, mak saya, Hasnah. Kadang-kadang orang tanya, saya kahwin dengan sepupu ke... tapi realiti kami kawan sejak sekolah rendah lagi, bercinta bila dah besar ;p


Dear Nurulbadiah Lai,

Kalau saya nak cerita semuanya pasal kawan baik saya ni, rasanya macam mengarang buku Trilogi Cinta drama Rosyam Noor dengan Fauziah Ghous yang best tu kat TV1. Nurul pernah tengok tak? Saya rasa hubby saya lah BFF saya dunia dan akhirat. Kami memang berkawan dahulu sebelum bercinta dan seterusnya berkahwin. Kata orang, berkawan biar seribu, berkasih biar satu. Tapi saya, kawan juga yang dibuat kekasih...hihi.. Apapon, semoga 'persahabatan' kami akan berkekalan sehingga ke syurga. 


Dan Nurul, saya pon harap persahabatan kita di alam maya ni akan berkekalan sehingga bila-bila ok? Mana tahu, lepas ni boleh buat contest Kawan Baik Alam Maya Saya :) Awak jadi organizer, saya join... Hadiah kena best-best tau.


-------------------------------------------------------------------------------------


Nak tag:

Kak Efa
Daliya
Lissa
Zarith







Monday, March 14, 2011

Holiday Love Contest with Dianbizzcorner




Tarikh Tutup: 31 Mac 2011


Contest Task:

Post an entry with the banner. In your entry, tell me about your dream Holiday not more than 10 words, with a candid picture of your pass holiday with family or loved one.



"My Dream Holiday"






Krabi pilihan kami suami isteri menghilangkan stress, memupuk kasih sayang ;p




Candid pic with hubby.  


Pic ni diambil masa bercuti ke Bali tahun lepas. Pengalaman pertama bercuti bersama-sama selepas selamat bergelar suami isteri. Masa ni kami singgah di Turtle Island selepas buat aktiviti 'water sport'. Sempat la pegang-pegang penyu. Tengok muka masing-masing..excitedddd... hehehehe...


2nd and 3rd prize winners will win themselves a Bag organizer sponsored by Just's shoppe. 



The Grand Prize is a stay in 2 Room Apartment for 3D2N stay at A- Famosa Resort.


Thursday, March 10, 2011

CONTEST POSE MENARIK DENGAN CARDIGAN!!


First of all, thanks Shera sudi tag saya join contest ni.

Actually, saya ni jarang bercardigan..hehehe.. Godek2 album lama, ada la 2 3 keping gambar bercardigan ni.. Koleksi cardigan pon tak banyak.. Kalau menang contest ni, boleh la tambah koleksi cardigan.. Cardigan yang dijual di SweetCardigan tu pon memang cantik-cantik. Memang sesuai nak keluar berjalan or pergi office.



Tarikh tutup: 20 Mac 2011


"Saya dan cardigan"




Aku suka pakai cardigan bila nak nampak lagi sweeeetttt..hahahahah...Yelah tu ;) 
Kalau nak cepat dan cover baju lengan pendek, aku pon capai cardigan je. Senang, cepat, pantas dan menawan...hahahaha.Lagi satu, kalau nak pergi kerja, tak tahu nak pakai apa dah, boleh mix & match guna cardigan memang masyukk jeee.. Cantik menawan lagi tertawan.. Sambil tu, boleh cover badan kalau sejuk-sejuk kat office..Jangan tak tahu, cardigan adalah boleh menyelamatkan fesyen anda pada hari-hari tertentu. Apa lagi, jom jenguk SweetCardigan, pilih satu jadikan koleksi terbaru... hehehe..


Nak tag:

Daliya
Kak Efaa
Aed
Lissa
Zarith


PhotoGeDiks Contest

Click banner to join.



Tarikh tutup: 15 Mac 2011

Nak tag:

Daliya
Aed
Kak Efaa


Presenting my photogediks...



Pic ni diambil masa pergi Turtle Island, Bali Jun tahun lepas. 

Bukan selalu kami macam ni (dalam pic).. Kalau kat luar ni selalu je.. hahahaha.. Hubby aku ni memang sengal..hihi, kuat mengusik dan selalu bergaduh manja. Masa tengah dok bersengal-sengalan ni, air kelapa yang kami order sampai..hehehe.. Terus minum air hilang dahaga.. Rupa-rupanya, semua dah dahaga sebab tu naik sengal dah nak bergambar..


Tapi sebelum tu, sempat lagi bergediks ambil gambar kat sini..hihi


Ya ampunnnn.. hahahaha


Adios!


Wednesday, March 9, 2011

Giveaway By Ezan




Tarikh tutup: 19 Mac 2011


Hadiah best, header blog dan watermark.


Tuesday, March 8, 2011

Contest "Splashy Moment" - by FiqKBE




Closing Date: 10 Mac 2011


"My Splashy Moment"



Nak tag:

Kak Efa... akak kan sokmo pergi holiday pulau...
Daliya.. jom join kot2 ada gambar main air...hehehe

GA - Siapakah Yang Bertuah




Tarikh Tutup: 31 Mac 2011

Kena lengkapkan slogan kat bawah:

Saya ingin memiliki set eksklusif setem kenangan ini kerana
saya memang pengumpul setem tegar dan koleksi setem kapal selam pertama Malaysia akan menjadi koleksi setem saya yang paling disayangi.. susah tau nak dapat edisi terhad ni..


2 pemenang bertuah akan berpeluang memenangi set ekslusif setem kenangan kapal selam pertama Malaysia, Kapal Diraja Tunku Abdul Rahman. Setem yang pasti meninggal seribu kenangan kerana untuk merealisasikan kehadiran kapal selam pertama ni, pelbagai kontroversi dan cerita disebarkan. Yang mana tahu cerita di sebalik kapal selam ni, tahu lah..yang tak tahu, dok diam-diam..hehehehe.. 


Tag:

Daliya. Aed dan Kak Efaa.. kot2 la korang peminat setem..hehehe



Thursday, March 3, 2011

Biqque's February Lucky Follower

Semangat nak join contest or GA dah kembali... hehehe..


So, kita mulakan dengan GA daripada Kak Biqque. Special for her followers. Followers Kak Biqque dah main ramai dah 200++ tu.. Tahniah Kak Biqque.





Penganjur: Kak Biqque



Lucky follower will get ONE mystery gift.
Stay tune on 7th Mac 2011 at 9.00am,
to know who got lucky!

Sunday, February 20, 2011

Contest Gambar Kahwin

Click banner to join.

Tarikh tutup: 27 Februari 2011






Definisi Perkahwinan:
(tidak melebihi drp 30 pp)


Penyatuan dua jiwa, menjadi satu.
Perkahwinan hadiah terindah bukti cinta hakiki.
Tolak ansur dan saling menghormati teras ikatan keakhir hayat.
Perkahwinan penyatuan dua keluarga bertambah kukuh, 
ukhuwah terjalin bertambah erat. 



Mrs. Zach's First Give-Away : Free Photoshoot Uols!

Click the banner to join


Closing Date: 20 Feb 2011


GA task:
Saya nak menang mrs zach's first give away kerana:-

Gian nak bergedik-gedik berphotoshoot lagi.
Kalau sebelum ni, photoshoot time wedding,
sekarang nak berphotoshoot time
8 bulan jadi hubby dan wife. 




*************************************

Gedik-gedik si anak lipan,
Gedik lagi itik serati,
Kalau ada rezeki dan tuah badan,
Boleh saya menang free fotografi 


*************************************

Bunga kebangsaan si bunga raya,
Bunga kebanggan negara kita,
First time berphotoshoot di Putrajaya,
Second time mungkin di I-City pula.


*************************************


Tuesday, February 15, 2011

CONTEST: SHOWING YOUR LOVE



Anjuran: Unique Momma

Sponsor: Kufi Shoppe

Closing Date: 15 February 2011





My favourite LOVE message:


Love cannot been seen or even touched 
but can be felt with the heart.



My favourite LOVE movie: 



P.S I Love You


My favourite LOVE song:



Because You Loved Me - Celine Dion


 "SHOWING YOUR LOVE"


16 tahun yang lalu...


Ini adalah salah satu dari koleksi gambar raya yang sangat-sangat aku sayang..
Aku sayang gila adik-adik aku. Kami lima beradik semuanya. Aku harap ikatan adik beradik yang teguh ni akan berkekalan sampai bila-bila walaupon masing-masing dah bekerja dan dah ada family sendiri. Aku selalu pesan kat adik-adik aku,

"Walau macam mana sakit hati, bergaduh ke kita adik beradik, jangan sesekali simpan dalam hati dan berdendam.. sebab one day, bila kita susah, kita akan tetap cari adik beradik kita.. kita akan share susah senang bersama.. "

Setelah beberapa peristiwa yang berlaku sejak beberapa tahun sebelum ni, hubungan kami semakin utuh. Bak kata pepatah, cubit paha kanan, paha kiri terasa jua. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahNya. Aku selalu mendoakan agar Ngah, Nik, Kak Chek dan Adik akan sentiasa bersama aku tak kira susah senang.

 

 Let's me introduce the sponsor of this Showing Your Love Contest



4 Qul: Al-Kaafiruun, Al-Ikhlas, Al-Falaq n An-Naas


What a nice combination and design rite rite.. and the colour.. very creative!


And the most important part, I feel really impress how this design can fit your living room, your meeting and also your dining room as pictures below.



I love this design very very muchhh. Red and Black. Wow!


credit all photos to Kufi Shoppe.

Wednesday, February 2, 2011

First Contest: 50 Free Shawl To Giveaway





Sapa-sapa peminat shawl, boleh la join contest yang dianjurkan oleh Butik Alesya ni. Butik Alesya telah bermurah hati nak bagi 50 free shawls. Semuanya cantik-cantik tau. Rambang mata nak pilih..


Apa kata korang like jugak page diorang kat sini 


Antara koleksi-koleksi menawan hati di Butik Alesya.






 
Koleksi Azeeza 





Koleksi Atieya










Dan... tidak lupa, shawl yang menawan hati


Koleksi Shawl Najla






 



Ada banyak lagi tau shawls dan scarves yang cantik-cantik di Butik Alesya ni.
Apa kata korang terjah sendiri. Senang nak buat pilihan. Pilih aje yang mana berkenan.
Harga pon sangat berpatutan.


So, tunggu apa lagi, jom la singgah Butik Alesya ni.



Related Posts with Thumbnails