Showing posts with label Makan Sedap. Show all posts
Showing posts with label Makan Sedap. Show all posts

Sunday, March 4, 2012

Marvelousssssss ;)

Sebelum korang scroll ke bawah, sila click
dan vote for me pls ;);)




char kueh teow dan tako tao sotong dan ayam, gerai tepi jalan di Puchong Utama 






bihun cantonese, butter chicken (terbaik), daging (err masak apa lupa), kangkung belacan 
di Gold Chilli, SS 15, Subang Jaya.




char kueh teow  dan nasi lemak ayam di Mali's Corner, Danau Kota.



sotong bakar, Pantai Morib... terbaikk wooo.. pedas manis masam ada... 


haaaa, tak vote lagi kan,
sila click
https://apps.facebook.com/oralbsmilemore_my/entry.php?id=45
hehehe.. thanks korang.. jasamu ku kenang selalu...hihi..


Monday, February 27, 2012

Second Birthday Celebration @ Rumours, Cyberjaya


Tak plan pon nak ada second celebration tapi since our friend pon birthday dia jatuh on last Saturday, jadi kami keluar sama dan makan2. Kebetulan, Kak Shieza punya birthday pon bulan Februari - which was 14 Feb.. so, kami celebrate sama2. 3 orang sekaligus..


The entrace.. tapi masa balik baru ambil pic..



Tempat live band.. Malam kami pergi tu tak ada performance pon. Sebelum ni, diorang ada invite kumpulan Wali Band buat persembahan kat sini.





Nur Amna Amirah dan mami dia ;)  
Amna nak buat peace tapi tak pandai tapi tetap nak buat..hihi..




Dessert. 

Banana flitter kot nama dia.. atau dalam bahasa melayunya, pisang goreng. Sedappp.. tapi sebab kenyang gila makan main course, tak habis pon makan dessert ni. Pisang tu disalut dengan kelapa parut pastu goreng.. 




Aku order indonesian fried rice with sup bontot (read: sup ekor) since kedai ni Indonesian Bistro so haruslah order food yang ada indon2 punya nama..hihi. Owner dia memang Indonesian, tapi chef dia mamak/melayu/indonesian. Tapi aku lagi suka nasi goreng laki aku, siap ada petai, lupa nam apa... Minuman pula aku order Alpokat ape benda ntah.. ada avocado dengan chocolate milk. sedap :)



Air yang aku order. sorry la very bad pic sebab masa kamera dah nak habis bateri. Sebelah air aku, air kedondong dengan asam boi tapi tak sesedap kat bazar ramadhan bandar kinrara.. Memula aku nak order es teller tapi dah habis.. huhu..


Kalau korang nak datang, boleh la call dulu untuk buat reservation. Walk in pon boleh.. View kat luar restoran pon cantik.. Ada kolam renang siap dengan waterfall buatan. Aku lupa nak snap pic... sebab bateri pon dah abis. Guna kamera handphone tak clear sebab kat luar gelap. Ada lampu2 merah je.. samar2 gitu..hehehe..



Location:
Cyberview Garden Villas (Cyberview Resort), Cyberjaya

Operating Hours:
Monday - Saturday (11.00 am - 11.00 pm)

Phone:
03-83223292

Website:

Facebook:





Thank you sayang, thank you Juz.. 


Hadiah dari Kak Sha... thank you.. 
Hadiah anda memang sangat2 berjasa ;)


Monday, February 13, 2012

Birthday Dinner @ Subak Restaurant, Bukit Lanjan.



Combination of Seafood Platter Scallops, Salmon and King Prawns.


Alamat:
Jalan Penchala Indah 
Bukit Lanjan 
60000 Kuala Lumpur

Opening Hours:
Mondays to Sundays including Public Holidays
11:00 a.m. till 12:00 midnight+

For Inquiries & Reservations: 
info@subak.com.my
Fariz 019-7902401, Fendy 012-2424091 and Fazlan 010-5287289

Website: 


p/s: Thank you to abe er dan kak shila for the treat!


Monday, November 21, 2011

Kerangupan dan Kesedapan Sengkuang Calit

Aku tau tak semua orang suka sengkuang. Aku pon tak suka sangat ;p tapi kalau sengkuang calit, memang tak pernah tolak... rasa rangup sengkuang dengan sos merah dia dengan taburan kacang tumbuk yang crunchy memang buat aku teringat2. serius sedap hingga menjilat jari.






Untuk yang nak merasa juga sengkuang calit ni, boleh pergi ke Uptown Bazar Puchong Permai. Selain tu boleh pergi ke Uptown Shah Alam, seksyen 24. Dan insya Allah diorang akan buka juga di Danau Kota. Selain tu diorang ada juga jual sos sengkuang calit dengan kacang sekali untuk korang nikmati kat rumah.. So, boleh buat sendiri sengkuang calit, beli je sengkuang pastu calit-calit dengan sos merah tu.



Harga: RM11.80 (sos sengkuang + kacang tumbuk)


Nak order??

Boleh isi form kat blog sengkuang calit ni

Atau call/sms 012-944 1951. Insya Allah diorang akan layan korang sebaik mungkin. 


Atau boleh mendapatkannya dari agent2 diorang yang berdekatan dengan kawasan anda. http://oldtimesengkuang.blogspot.com/2011/08/agent-kami-rebutlah-peluang-menjadi.html


Tuesday, November 1, 2011

Sengkuang Calit

Dah dua hari berturut2 aku pergi uptown yang baru dibuka kat Puchong Permai. Insya Allah, kalau ada rezeki, lepas ni makin kerap la aku ke sana. Semua masih dalam perancangan so better off record dulu la kan..


Kalau sapa yang biasa pergi uptown or downtown, mesti dah tahu dah apa selalu ada kat sana. Yang penting memang happening. Aku suka je ke sana especially bila baru dapat gaji. Kat situ la kami menghabiskan masa dan juga duit. hahahahaha.


Aku paling suka ke Downtown Cheras dengan Uptown Shah Alam. Kalau yang kat Uptown Danau Kota tu sesekali je pergi kalau ada kawan2 encik somi ajak. Kami memang malas sikit nak mengharung jalan nak ke Danau Kota. Tapi kat situ best gak. Tapi kalau sekadar nak pergi minum, aku suka pergi Uptown KOta Damansara sebab boleh layan orang berkaraoke. Macam2 peel dan gaya. Hahahaha.. Hilang segala stress aku tengok diorang ;p


Ok, masa aku pergi Uptown Puchong tu, aku terjumpa sejenis makanan yang menarik. Lebih kepada dessert la kot (ye ke?).


Nah, ni dia...




Sengkuang Calit.

Calit dengan sos dan tabur dengan kacang. Sedap!


Masa mula2 sampai, kawan encik somi dah bagitau, ada sejenis snek yang sedap kat sini. Lengkuas calit. ehhh.. biar betik lengkuas pon orang leh makan jadi snek/jajan ek. hahahaha.. Lepas dia cite, aku dah terbayang ni mesti sengkuang sebab cara dia cite aku dah imagine sengkuang calit yang aku selalu makan kat opis lama dulu. Rindunya aku kat opismate lama.. hahaha.. *tetibe*


Sedap tau sengkuang ni. selepas calit dengan sos dia, ada taburan kacang tanah yang cruncy. terbaikkkk. harga seketul RM1.50. Yang special RM2. Yang special tu, pedas skit abang tu cakap. Aku dah try dua2 tapi memang yang special sedap sikit la. tapi tak beza sangat pon ;) Aku tak pasti la kat mana lagi ada jual sebab abang tu ni bisnes franchise so mesti kat tempat2 lain ada.


Sos ni la yang buat sengkuang tu sedappp..


Korang pernah makan tak sengkuang calit ni?


Kalau nak order pon boleh..



Tuesday, May 31, 2011

Sedap Kerrr Macaron Tuuu?

Sekarang kecoh semua dengan kesedapan macaron. ye ke sedap macaron ni? macam pelik je kan nama kuih/biskut/kek ni kan. google bagai... patutla pelik, Perancis maiiii ;)


macaron adalah:

Macaron ni sejenis kudapan manisan orang perancis yang diperbuat dari ground almond,caster sugar dan egg white.2 keping shell diletakkan jem atau filling ditengahnya seperti sandwich - credits to cik min



kecik kan macaron ni. actually ada macam2 size, bentuk love pon ada ;)


Aku terjebak nak try macaron ni lepas eena minta tolong aku belikan untuk dia untuk wedding cake. nak guna macaron ni nak deco2 kat kek dia. so, aku terjah cafe whisk kat empire subang. mahal weiii bende alah ni..kecik2 lebih kurang size duit 50 sen tu, rm2 seketul. aku beli setengah dozen untuk aku, untuk eena, aku beli sedozen plus 2 ketul yang besar.


* untuk lebih tumbesaran, sila klik pic *

ni kek yang aku dan emma deco tu guna macaron. 
kek tu eena tempah kat mana ntah.. kat blog tapi aku tak tahu. kalau nak tahu gak, kena aku tanya eena nanti. kat atas sekali, ada 2 macaron besar kaler biru dan pink.. 


Rasa macaron ni... pelbagai.. depends on filling dia apa.. ada macam2 filling ok. so, kalau ada sapa2 nak try macaron ni, boleh pergi empire subang cari cafe whisk. atau korang boleh order di blog cik min.



Wednesday, May 25, 2011

panorama restaurant, look out point ampang.

weekend lepas boring gila. sabtu ahad laki aku kerja. aku dok umah je layan tv dan internet. tapi petang ahad laki aku dah habis kerja awal so plan dengan lynn (wife kawan aku tapi sekarang dah jadi kawan aku dahhh..hehehe) nak pergi makan2 kat look out point ampang.


aku pernah sampai ke sana sebelum ni cuma tak pernah lagi makan2 kat situ. aku pergi sebab ada team building kat Cope Adventure. bawah sikit dari restoran2 yang ada kat situ je. kalau yang pernah pergi, mesti perasan cope adveture sebelah kiri before nak naik bukit kedua yang nak naik ke atas tu. sebab cope adventure pon atas bukit gak ;) masa dok cope adventure ni mmg best. nanti aku cerita lain la. kang cerita dah bercampur aduk..hehehe... cerita dah basi, dari bulan februari lagi pergi team building.





kat situ aku perasan ada 3 restoran; haven restaurant, look out point restaurant dan panorama restaurant.main dishes kat situ memang western. so korang memang direkemen untuk cuba western food la. aku pilih panorama sebab lynn cakap dia pernah makan kat situ. lagipon, kat area restoran tu ada menara boleh naik tengok view lagi cantik.


haven restaurant. tapi bukan makan kat sini ;)











aku order grill chicken chop sama dengan lynn cuma aku sos black pepper dia mushroom. laki aku order char kueh teow goreng dan pecek (laki lynn) order nasi ayam black pepper. semua sedap. air pon sedap, ice blended strawberry.



 strawberry ice blended for me and lynn ;)



my hubby's



rice with black pepper chicken.



mine. grill chicken chop with black pepper sauce



lynn's, grill chicken chop with mushroom sauce


honey chicken wing





cuma tgh2 makan tu, hujan makin lebat dan kilat memang berdentum2..  gerun aku sebab yelah kami kan kat atas bukit, tinggi plak tu. cuak pon ada. dekat2 nak balik tu, hujan dah makin slow cuma kilat ada lagi la. sebelum balik, naik menara kejap bergambar bagai tapi kamera biasa jeee. kualiti gambar pon kureng jee.. hahahaha..










bila dah selesai, turun balik. perut dah kenyang, mata pon makin layu. heheheehee.. insya Allah, lain kali nak pergi lagi. sapa nak ikuttttt?? hehehehe...
Related Posts with Thumbnails