Monday, March 31, 2014

REZEKI DARI CONTEST.

Tahun ni macam ketandusan cite menang contest.
Bukan salah sapa, salah aku sendiri sebab malas haha.
Malas nak isi borang, malas nak pos, malas nak pikir slogan. Semua malas la.
Tapi bila tengok kawan-kawan comper dok up cite menang tu, menang ni, rasa 'terbakar' plak haha.
Tapi tetap malas. So tak dapat den nak tolong lerrrr ;)


Tapi alhamdulillah, bulan Februari lepas, ada la menang skit.
Semua contest dari magazine, online contest je pon.
Tapi kalau dikumpul-kumpul, hadiah semua dah lebih 1k jugak.



Set Biotherm Aquasource.
Aku memang 2 set dari Cosmopolitan bulan Feb.
Satu atas nama aku, satu lagi nama cousin, Kak Tasha.
Dan menang 1 set lagi dari Female magazine. Dapatla 3 set semua.
Memang rezeki, sebab aku memang aim nak menang ni.
Ni kira stok 6-8 bulan kot.


Menang Triumph lingerie dari Marie Claire magazine.
Rasanya ini first time aku menang dari Marie Claire.
Yang ni kena reka slogan.
Tak dapat aku membayangkan aku pakai lingerie tu HAHAHAHA.




Set perfume dari Avon, worth rm98 dari EH! magazine.
Nama adik aku Syafiq.




Last but not least, set kecantikan Syahirah dari EH! magazine juga.
Ni menang nama aku sendiri.


Moga-moga ada rezeki lagi next time insya Allah..
Nak kena rajinkan diri ni hehe.


Saturday, March 29, 2014

Bubur Jagung Bersagu Penuh Kasih Sayang :)

Salam korang.

Terima kasih la pada yang banyak bagi nasihat dan sokongan kepada aku sepanjang aku berTTC ni.
Aku hargai sangat-sangat sokongan korang.
Aku ada baca ni somewhere, dan nak share nga korang,

Setiap musibah dan dugaan itu memang diciptakan khas buat kita, bukannya kebetulan dan ganjarannya sedia menanti sekiranya kita sabar dan mendekatkan diri padaNya. 

Bila kita berada dalam lingkungan orang-orang yang positif, insya Allah, kita akan turut berpikiran positif.
Walaupon kadang-kadang rasa down dan sedih, tapi dengan adanya korang yang positif di sekeliling aku, aku jadi lebih kuat dan paling penting, aku rasa lebih rilek. TQ ye uols :)


Lepas aku buat IUI tu, banyak hari gak aku cheat. Maksud aku, cheat diet aku haha.
Esok lepas buat IUI tu, lunch aku pergi order Big Mac McD, budak-budak department aku yang nak order so join sekaki. Pastu order sekali spicy chicken Mcdeluxe tu. Amek ko, dua biji sekali aku order tapi takde la makan sekaligus. Aku bawak balik separuh tapi akhirnya Apis yang abiskan haha.
Esoknya, sekali lagi budak-budak department aku ajak makan nasi lemak ayam madu.
Ingat nak menolak tapi nafsu macam nak makan haha. So layankan aje la.
Malam tu balik rumah masak untuk Apis, goreng ikan je pon. Pastu ada aku beli sup ayam untuk dinner aku.
Last-last, dengan aku sekali makan nasi. Terliur tengok Apis makan ulam cicah budu.
Padahal sebelum ni boleh je tahan.
Takpe, arini aku kontrol balik nafsu aku.
Aku nak diet beria-ria pon takut efek kat proses IUI aku ni.
Tapi aritu nurse ke doktor ke takde cakap apa-apa. Takde suh pantang apa-apa.
Yang dipesan suh balik 'bersama' je haha.
Tapi aku ada la google sedikit sebanyak. Kalau boleh makanan yang 'tajam' macam nenas, jeruk ke semua tu kena elakkan. Yang tu takpe, aku dah lama tak beli.
Kalau ada sape-sape nak share dengan aku pasal pemakanan ni, dialu-alukan. Sila la email aku ok, or komen kat post ni je pon takpe.


Walaupon diet low carbs, selera Apis aku tak leh abai jugak. Kesian dia.
Dah la mamat tu tekak melayu asli haha.
So, pagi ni bangun tengok ada jagung yang belum rebus dalam fridge.
Terus ting kat kepala aku nak buat bubur hehe. Tapi daun pandan takde. Takpe, takde hal takde daun pandan. Janji bahan-bahan lain cukup kan.


Maka jadila bubur jagung bersagu.



Ko mampu pagi-pagi dah masak bubur jagung.
Kalau orang lain masak petang untuk minum petang.
Takpe, masak awal-awal, letak dalam fridge lagi sedap kan.
Tapi Apis dah makan awal-awal, 2 mangkuk lagi haha. Yang lebih masuk fridge.
Paling penting bubur ni kena ada rasa lemak, manis dan masin (sikit), baru menjadi.


Resepi dia mudah sangat.
3 biji jagung (hiris dan amek isi dia sahaja)
1/2 keping gula melaka (aku pakai yang Kelantan mari). Kalo nak manis, letak 3/4 keping.
Air 150-200 ml.
Santan kotak 200ml (aku guna brand M&S)
Garam sikit
Sagu 4-5 sudu (basuh dan toskan)
Daun pandan sehelai

Cara masak:
1. Masukkan santan, air dan jagung, didihkan guna api kecik.
2. Masukkan gula melaka dan garam.
3. Last sekali masukkan sagu. Kacau dan pastikan sagu tu kembang betul-betul. 
4. Masukkan daun pandan yang disimpul.
5. Kacau lagi. pastu angkat, pastu ngap hihi.


Ni sotong celop tepung entah bila masak.
Saje letak sini kasi korang terliur hehe..
Arini masak gulai ikan masin ala Kelantan tapi malas amek gambar.
Lain kali la aku share resepi.


Ni menu pencuci mulut hahaha.



Selamat berweekend semua..



Thursday, March 27, 2014

Pengalaman Buat IUI.

Salam korang.

Actually agak teragak-agak bagi aku nak share pengalaman buat IUI ni.
Perasaan aku bercampur aduk sama ada rasa excited, malas, segan - semuanya macam berkumpul dalam 1 rasa yang aku rasa susah nak luah. Nak cite lagi la susah.
Aku pasti orang yang ada pengalaman yang sama sahaja yang lebih paham.
Setiap ujian yang Allah turunkan ada sebab musababnya.


Kadang-kadang orang hanya mampu ucap kata simpati.
Simpati dengan aku dan Apis yang masih berdua.
Macam la teruk sangat kan takde anak ni orang pandang.
Bagi aku, setiap orang ada ujian hidup masing-masing.
Hidup senang dan kaya tu pon ujian Allah ok. Jangan ingat yang susah-susah dan sedih-sedih je ujian Allah. Ujian datang dalam macam-macam bentuk. How we accept and handle it, tu Allah nak tengok.
Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik.
Aku pernah jugak cakap dengan Apis, mungkin ada sebab Allah masih 'hold' rezeki anak untuk kami.
Tapi dalam masa yang sama, rezeki lain mula masuk.
Alhamdulillah, rezeki Apis dalam business makin menampakkan hasil.
Dan boleh kata Apis memang busy gile, asyik meeting dan meeting.
Sometimes, aku hanya jumpa Apis sekali sehari which is time nak pergi kerja.
Aku dah tido, dia baru balik. Aku nak pergi kerja, dia masih tido.
Mungkin Allah nak bagi kitaorang mencari keselesaan hidup dulu.
Insya Allah, kami cuba buat yang terbaik, cuba nak buat orang sekeliling kami happy.


Pasal business Apis tu insya Allah lain kali aku share secara details. 
Rezeki yang tak disangka-sangka, dari pelbagai cabang.
Tapi jangan la korang pikir kitaorang dah kaya ke, dah senang-lenang. Kami masih bertatih. Kalo baby, baru nak merangkak orang cakap.


Kang dah panjang lebar mukadimah aku. haha.
Nak cite pasal IUI, tapi tercerita benda lain, terluah perasaan haha.
Jadi marilah aku sambung cite IUI ni. Niat aku hanya nak share sahaja, bukan nak raih simpati ke apa. Kalau rasa nak kutuk ke, kutuk je dalam hati korang.
Aku belum mampu nak tadah telinga hahaha.


OKla, lepas aku jumpa pakar aritu, macam korang baca aritu,
aku telah disuggest oleh doktor untuk terus buat IUI.
Tapi balik dari jumpa doktor tu, aku tak terus makan pil-pil yang dibekalkan tu.
Sebabnya, aku kena outstation dekat seminggu. Bila buat calculation, aku decide nak makan pil tu masa aku start outstation, so bila dah balik dari outstation, period aku datang dan boleh start makan Clomid.


Alhamdulillah, Allah permudahkan perjalanan awal aku. Aku datang period hari ke-3 outstation. Aku start makan clomid hari ke-2 period (CD2). Aku kena makan 2 biji sehari selama 5 hari (CD6).
Dan pada CD9 (21/03/2014), aku kena pergi hospital untuk buat TVS. TVS ni proses nak check saiz telor, sama ada dah matang ke belum. Kalo dah matang, boleh terus proceed buat IUI.
Macam kes aku, telor belum matang dan kena datang lagi buat TVS 2 hari lepas tu (24/03/2014).
Dan Alhamdulillah, pada 24/03/2014, doktor cakap telor aku dah matang dan boleh ready untuk buat IUI.
Gile happy masa tu :)


Lepas tu doktor bagi Pregnyl untuk suntik malam tu.
Aku pergi buat kat klinik area rumah je, kena charge rm10 je. Suntikan tu dibuat around 9.30-10.00 malam. Suntikan ni untuk pecahkan telor.
Lepas dapat suntikan tu, lagi dua hari baru IUI akan dibuat, iaitu semalam, 26/03/2014.


Aku dan Apis sampai around pukul 8 pagi kat hospital.
Aku tak amek cuti pon sebab nanti akan dapat MC.
Sebelum tu, nurse ada terangkan skit macam mana prosedur tu.
Nak tanya ke apa, tanya la.
 Prosedur IUI ni dimulakan dengan pengambilan sperm Apis hahaha.
Sperm tu akan dicuci dan hanya sperm yang gagah berani sahaja yang akan diambil.
Proses ni buat kat hospital je, ada bilik khas yang disediakan.
Proses cuci tu amek masa gak la.
Nurse yang cuci suh kami datang balik pukul 11.30 pagi. Masa tu tak sampai pukul 9.00 pagi pon lagi. Sempat la singgah breakfast walaupon dah breakfast kat rumah haha.
Aku cheat diet, makan nasi lemak dengan roti kosong, air tetap air kosong hukhuk.
Nasib baik tak naik, maintain ajoooo.
Siap makan, sempat lagi balik rumah membuta haha.


Pukul 11.00 kejut Apis gerak pergi hospital balik.
Masa sampai kat bilik rawatan, doktor tak sampai lagi.
Oh nak bagitau, ada 2 pasangan je termasuk kitaorang yang akan buat IUI aritu.
Aku masuk dalam bilik rawatan untuk tunggu turn.
Pastu Apis kena pergi register, bayar rm103 dan amek ubat.

Sekarang turn aku plak.
Alhamdulillah, prosedur IUI ni memang tak menyakitkan langsung.
Cuma ada sedikit rasa tak selesa, dan sedikit senak.



Mula-mula nurse suh aku baring atas katil. Punggung kena letak atas bantal.
Posisi baring tu, ala-ala macam orang nak beranak.
Perasaan malu memang tolak tepi la kan.
Nasib baik doktor pompuan, doktor Aida yang buat tapi tetap segan wehhh.
Doktor suruh aku rilek.
Pastu aku dengan bunyi skru diputar-putar hahaha. Seriau sekejap mak.
Lepas tu doktor masukkan alat macam mulut itik tu.
Masa tu la rasa senak skit. Pastu tak rasa apa.
Masa doktor nak lepaskan sperm masuk, dia suruh aku tahan nafas.
Pastu siap, sekejap gile. Rasanya 2-5 minit kot prosedur ni.
Lepas tu, nurse suh aku lipat dan rapatkan kaki, tahan sekejap.
Tak lama pon, dalam 5 minit je pastu dah boleh turun katil dan balik hihi.
Balik nanti, kena makan Duphaston selama 2 minggu.
Lepas tu, boleh la test UPT kalo period tak datang.
Nanti kena inform kat dorang, berjaya ke tak.
Doakan aku ye korang :):)




Friday, March 21, 2014

OUTSTATION.

Salam korang.

Hai macam dah lama plak tak menaip.
Almaklum la last week aku takde kat rumah, kena outstation 4 hari, pergi Nilai, Melaka dan Johor.
Kalo dah dok hotel, mood nak update takde sangat. Lagipon memang busy.
Time dah abis keje, dok rilek-rilek depan TV, buka laptop setakat baca blog orang lain.
Pastu kena plak minggu tu Ummi dan Mama (nenek) aku datang KL.
Makcik aku nak bawa dorang pergi berjalan ke Langkawi. Sempat jugak la tidur rumah aku 1 malam.
Ni first time Ummi aku datang rumah sejak aku pindah Shah Alam.
Sebelum ni bukan taknak datang, tapi kesihatan Mama tak mengizinkan. So banyak kali tertangguh.
Niat di hati kalo datang, nak juga bawa dorang pusing-pusing i-City ke, jalan-jalan ke Morib ke. Tapi aku plak kena outstation. Insya Allah lain kali..



Kalo pergi Langkawi, ni coklat favourite aku. 
Rasa dulu macam murah skit. 
Pastu Ummi belikan aku pemanggang ajaib jenama HIG (Haji Ismail Group). Boleh la aii memanggang guna pemanggang ajaib plak. Selama ni, pakai pemanggang ikan tu je, takpon atas non-stick pan. 


Cakap pasal outstation ni, mula la dilema nak makan apa kan. Aku kan tengah berDA sekarang hahaha.
Aku masih kuat taknak makan nasi, mee or bihun or seangkatan dengannya.
Ada la jugak cheat. Tengok makanan hotel mana leh tahan. Termakan donut seketul. Ya Allah gebu gile donat tu tapi cukup la seketul hehe. 


Pagi tak kisah sangat, sebab cukup dengan telor aku dah kenyang.
Tapi kat hotel, ada banyak menu. Ada la aku amek chicken slice tu, makan dengan scramble egg.
Kat bawah ni menu lunch dan dinner.

Grilled fish dengan tomyam campur.
Makan kat atap-atap.


Ayam penyet kedai depan hotel JB untuk dinner.
2 malam berturut-turut makan ni.
Kat JB, aku dok kat New York Hotel. Ayam penyet femes kat situ. Aku ratah ayam jela.


Chicken Rice Shop.
Roasted chicken dengan Chai Boy (lupa nama).
Ni untuk lunch. 2 kali lunch aku makan ni je.


Ni last dinner kat Melaka. 
Gravy letak asing. Banyak carbs tersembunyi tu hehehe.
Fries aku makan, tapi tak abis la.


Adala jugak aku tibai buah masa stop kat RNR Pagoh tu.
Air pon aku kurang minum sebab kerja susah skit la nak berulang alik ke toilet. Lain la dok opis je. Tak kisah. Ni kejap ke sana, kejap ke sini.
Balik rumah, alhamdulillah berat ada naik skit, tak sampai 1 kilo pon. kira statik lagi la.
Aku pon tak berharap masa outstation berat turun. Masa travel, susah nak kontrol makan.
Kadang-kadang, makan tak tentu masa. Lapar pon tak tentu masa.
Kalo berat tak naik/statik, dah kira ok dah.


AKu masih dok berusaha untuk capai target aku.
Ada yang tanya kenapa tak letak gambar hehehe.
Biarla dulu ye. Perubahan tak ketara sangat. Tapi seluar memang longgar gile. Siap kena pakai belt. Aku plak jenis malas pakai belt haha. Baju pon dah turun size, mungkin 2 size turun. 
Aritu aku ada beli baju kat Poplook, biasa aku memang beli size XL. Saje try beli size L, longgar lagi. Maybe boleh try beli size M plak :)
Perut dah kurang buncit, paha dah kecik, bawah lengan pon dah kecik.
Cuma mungkin orang yang melihat tak dapat nak kesan sangat perubahan. Sebab aku pendek kot.
So kena turunkan lagi 5kg ni. Insya Allah.
Kalau dah berjaya, aku plan nak tukar diet plak. 
Maybe nak try diet kalori plak.. 
Tengok macam mana..
Apa-apa, tengok result yang ni dulu.



Monday, March 17, 2014

Pengalaman Diet Atkins.

*09/03/2014*

Salam korang.

09/03/14, genap 56 hari aku berDA.
Official date aku start on 13 Januari 2014.
Tapi dalam tempoh 56 hari tu, ada hari aku cheat. Cheat yang agak 'berat' la maksud aku.
Kalau setakat makan anggur sebijik ke, keropok sekeping tu, cheat 'kecik' hahaha.
Cheat 'berat' ni bagi aku, makan nasi ke, makan kek 1 slice ke, makan fries yang separuh pinggan ke.
Kandungan carbs dan gula yang memang tinggi.


Apa aku boleh cakap, alhamdulillah memang DA ni sesuai dengan aku.
Sebelum ni aku bukan tak pernah diet, cuma tak senekad kali ni.
Pastu mungkin ilmu tak cukup sangat, so hasil dia macam tak memberangsangkan sangat.
Aku ni memang jenis suka makan nasi.
Kalau pergi makan mana-mana, nasi memang main choice aku, especially with lauk-lauk kampung.
Ada ikan panggang tawar, ulam dengan budu pon aku boleh makan nasi bertambah.
Kalo ada ikan patin masak tempoyak, kari kepala ikan, nak kata apa, lagi suka.
Tapi jarang la aku makan lauk macam tu. Most of the time, lauk ringkas je.
Lagi satu aku gila ulam especially petai.
Kalo dah takde sangat, kobis pon boleh jadi ulam.
Pendek kata, macam nama blog aku la, aku memang suka petai dan budu. Pastu dalam budu tu letak durian fresh, confirm nasi bertambah-tambah.
Adik-beradik aku pon jenis 'pemakan'.
Kitaorang kalo masak, takdenye skit-skit.
Contoh, kalau masak tomyam. Penuh satu kuali/periuk besar.
Dalam tu confirm ada udang, ayam, sotong dan fishball, kobis bunga berlambak-lambak.
So, aku memang jenis masak portion besar la. Awal-awal kawen dulu, aku memang susah nak bajet nak masak banyak mana. Aku rasa, kalo masak skit, takut tak cukup.. hahaha. Nampak sangat makan banyak ;)


Setelah aku cuba macam-macam jenis diet, aku rasa DA ni paling 'senang' nak follow, nak istiqamah.
Tapi dalam masa yang sama, aku berperang sangat dengan diri sendiri sebab DA ni diet low carbs.
DA ni ada beberapa level/fasa/stage.

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-maintenance
4. Lifetime Maintenance

Dan pengambilan carbs tu bergantung pada kita kat fasa mana.
Untuk yang awal macam aku ni, DA dimulakan dengan fasa 'INDUCTION'.
Jumlah max carbs yang boleh diambil untuk induction level hanya 20g sehari.
Walaupon low carbs, segala mak nenek datok carbs dilarang amek sama sekali ok.
Low carbs yang dibenarkan tu datang dari certain food macam sayur.
Walaupon sayur sumber protein, tapi still ada sedikit (sikit sangat) carbs. Bukan semua sayur, tapi certain-certain sayur tapi sangat rendah.
20g tu lebih kepada kandungan carbs/gula yang tersembunyi dalam food kita ambil.


Aku rasa DA ni macam senang la skit untuk aku yang suka makan ni.
Sebabnya, aku boleh makan semua jenis food - except carbs dan gula.
DA ni kena perbanyakkan makan protein. Most of the choice adalah protein la.
Nak makan lemak pon boleh. Lagi syokkk hahaha.
Tapi apapon, bersederhana la.
Janganla mentang-mentang boleh makan semua except carbs, semua ko bantai macam sehari tak makan.
Tak boleh jugak.


Macam aku, memang aku lebihkan masa lunch.
Pagi-pagi, aku amek simple je - 2 biji telor masak separuh, kenyang sampai lunch time.
Kalo rajin, aku akan buat salad dan goreng sosej.
Sosej boleh makan sebab kandung carbs dia rendah tapi depends pada brand la.
Brand yang disyorkan, brang Ramly tapi tak digalakkan sangat process food ni.
Kalu boleh elak, elakkan. Kalo tak, makan berpada-pada. Setakat 2 ketul, ok lagi.


Tengahari plak, aku pergi tapau je, kadang-kadang makan kat kedai.
Setakat aku berDA ni, aku belum pernah masak lagi bawak bekal.
Sebab macam takde idea nak masak apa hahaha (alasan).
Aku plak jenis amek/makan banyak lauk sejak berDA ni.
Confirm aku tapau 2-3 jenis lauk dengan 1 jenis sayur.
Cuma yang tak bagus tapau kat kedai ni, kita tak dapat nak agak berapa gram dah carbs kita dah amek.
Kita pon tak tahu ada gula ke dalam masakan tu.
So kalo nak 'clean food', better masak sendiri. Lagi sedap dan murah.


Ni nak share antara menu yang aku makan sepanjang berDA.

Ayam goreng + salad


Sosej + salad


Grilled lamb + sosej + salad


Kalo yang atas, layan tekak omputih, bawah ni layan tekak melayu la plak.

Ikan tongkol singgang.
Rupa memang tak semenggah, tapi rasa kebabom hahahah puji diri sendiri nampak.
Hirup kuah sampai titisan terakhir. Ikan tongkol tu tongkol hitam yang lembut tu.


Tomyam campur.


Siakap stim limau


Ada lagi menu-menu yang aku masak, tapi malas nak amek gambar. 
Aku tunjuk apa yang ada je.


Aritu aku kena pergi site. So macam pening plak nak makan apa.
Selalunya aku akan cari western food.
Sama ada, grilled chicen chop ke, lamb chop ke, steak ke.
Tapi fries jangan la makan. Cuba tukar fries tu dengan coleslaw/salad yang lebih menyihatkan dan 'halal' DA.
Air memang aku amek air masak.
Aku memang kureng skit air manis-manis ni. Ada minum, tapi takpe kalo takde.
Ada la time datang mengidam nak minum 100 plus ke, coke ke, tahan je la haha.


Bawah ni plak menu yang aku tibai kalo lunch kat ofis.



Subway. Ni makan kat rumah.
Amek salad + ayam teriyaki + cheese. SEDAP :)



Alhamdulillah, setakat ni berat aku dah hilang hampir 10kg. Tak sangka usaha aku hampir berjaya.
Tapi aku masih ada 5-10kg nak diturunkan.
Kalo dapat turun lagi 5kg pon aku dah bersyukur.
Masa ni cabaran lagi kuat.
Perasaan malas pon membuak-buak haha.
Konon, dah berjaya la. Sedangkan panjang lagi perjalanan.
Sebab apa panjang, sebab cabaran akhir-akhir ni makin kuat.
Lusa aku nak kena outstation ni. 4 hari ok.
Aku dah terpikir-pikir dah nak makan apa.
Kalo kat rumah senang, tak tahu nak makan apa.
Aku buat je telor masak separuh tu.
Takpon goreng ayam, ratah.
Takpon buat salad, telan.
Takpon minum air masak, bergelas-gelas.


p/s: Segala perkongsian ini berniat baik. Melalui blog jugak aku tau pasal DA. So kalo rasa nak try, boleh la google cari info. Sebaiknya, dapatkan nasihat doktor. Tak semua orang sesuai dengan DA ni, depends pada our body.


Monday, March 10, 2014

Masak-Masak Seafood, Makan-Makan Seafood.

Salam korang.

Dah sakan borong fresh seafood kat Matang, Taiping, haruslah ada acara masak-masak kan :)
Sapa nak makan segala mak nenek seafood tu kan.
So marilah kita main masak-masak, jamu orang makan.
Aku ajak adik beradik aku je.



The 'man' of the match.
KETAM MASAK CILI BERTELOR.


Diikuti dengan,


KETAM SWEET SOUR.
Ni bukan satu pinggan, satu mangkuk besar.
Aku close up sebab tu nampak macam kecik.



SIAKAP STIM LIMAU.
Kalau siakap stim limau, aku suka letak bawang jeruk.



UDANG BUTTER.
First time aku try buat udang butter ni. ok la, tapi rambu-ramba tu macam tak cukup.
Penat woo nak kacau minyak, nak tuang telor on the same time. Nak tuang tu kena tuang perlahan-lahan. 
ok la untuk first timer kan :):) sedapkan ati. Janji licinnnn.




Last but not least, SOTONG CELOP TEPUNG.
Sotong ni beli kat pasar sini je sebab ada permintaan haha. 
Konon kalo takde sotong taknak datang ;p


Pastu ada lagi side dish, kangkong goreng belacan. Pic ada amek, tapi gelap.
Then minta adik aku buat sambal belacan. Pedas berdesinggg.
Alhamdulillah. bila perut kenyang, semua happy :):)



Saturday, March 8, 2014

#PrayForMH370

Salam korang.

Mesti semua orang dah tau Flight MAS MH370, dilaporkan hilang kat area border Vietnam.
Mula-mula baca kat FB, macam betul ke ni?
Serius macam tak nak percaya.
Tapi bila baca berita yang bertalu-talu kat FB, yes betul la cite tu.


#prayformh370


credit to redmummy.

Kalau korang tengok pic kat bawah belah kiri, seorang Mak dengan anaknya. 
Semalam si Mak pergi hantar anak lelaki dia kat KLIA. Lelaki tu actually pegawai MITI yang fly ke Beijing atas urusan keje, dan pagi ni mak dia kembali ke KLIA (dengan baju yang sama masa hantar anak dia) sebab flight anak dia hilang.
*sebak*


Ya Allah, aku pon rasa sebak dan berdebar-debar tunggu berita ni.
Macam-macam spekulasi yang dibuat.
Ada cakap dah terhempas.
Ada cakap semua dah mati.
Masha Allah.
Pastu siap pertikai kenapa media still tak announce flight MAS MH320 dah terhempas, sebab pihak Vietnam cakap dah terhempas.


Itu adalah protokol.
First, apa-apa ahli keluarga yang diinform dulu.
Pihak berkenaan tak boleh annouce apa-apa selagi flight hilang tu belum dijumpai.
Sekarang status flight tu, tetap "hilang", selagi bangkai pesawat tak jumpa.
So marilah kita sama-sama doakan yang terbaik.
Even jauh di sudut hati semua dah boleh agak kan.
Tapi kita tetap berdoa semoga semuanya baik-baik.
Doakan semoga cepat mereka jumpa pesawat tu. Insya Allah.
#prayforMH370


Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un
الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون
"(Yaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."



From Taiping To Simpang Ampat To Taiping To KL & Bihun Udang Super Special.

Salam korang.

Cite masak seafood tu semua aku extend ke next entry la ye :)
Sebab ada skit lagi nak cite sebelum balik KL hehe.


Lepas kitaorang siap beli seafood tu semua, kitaorang singgah sekejap kat opis boss Apis tu.



Ada makan-makan skit untuk celebrate student yang final exam aritu.
Tapi gambar food takde. Segan weh nak pergi snap hahaha ;)




Lepas selesai, decide nak lajak ke Simpang Ampat, Seberang Perai :)
Saje nak pergi buat lawatan ke rumah Emma :)
Emma, thank you ye sudi sambut kedatangan aku dan Apis hahaha.
Aku lupa weh nak snap gambar nga ko. Tu la kejap je jumpa, ko nak pergi mesyuarat kat tadika. Tak sangka dah mak-mak sangat ko. Pergi meeting anak sekolah hihi.


On the way ke arah Penang. 


Kitaorang ikut jalan kampung je. Malas nak ikut highway.
Cepat jugak sampai. Dekat je rupanya Taiping nga Penang.
Masa on the way tu, lalu Parit Buntar. Tak salah Nieza dok kat Parit Buntar kan.
Tapi segan la plak nak contact, sekarang orang tu dah jadi blogger femes.. aku tokse tupe populariti mu, Nieza hahaha.. insya Allah lain kali ye.


Lepas lepak rumah Emma kejap, patah balik ke KL.
Tapi, kitorang decide nak singgah Taiping sekali lagi sebab...


Nak pekena mee udang sekali lagi :):)
Masih port sama, Salleh Stall mee udang Port Weld.
Kali ni order bihun plak. 


Bihun udang super special, rm18.
Nampak tak udang tu? nak sama besar dengan mangkuk dah kan.



Apis order kuey teow goreng dengan telor mata, takde udang.
Tak ingat berapa, tapi rasanya tak sampai rm5 pon.



Selesai menternak lemak kali terakhir kat Taiping, kami teruskan perjalanan balik KL.




Insya Allah, panjang umur murah rezeki, jumpa lagi Taiping.
Mana tau rezeki nak pegi Pangkor plak lepas ni.



Tuesday, March 4, 2014

Beli Fresh Seafood di MATANG, Taiping.

*28/02/2014*

Salam korang.

Third day, as promised boss Apis nak bawak kitaorang pergi shopping fresh seafood.
Tempat tu kat area Matang, on the way nak ke Kuala Sepetang.
Dalam pukul 11 pagi kitaorang gerak.
Sebelum ni datang Taiping, pernah la pusing-pusing Kuala Sepetang tu mencari port nak beli fresh seafood, kata area kuala kan. Confirm banyak hasil laut, fresh dan murah. Tapi tak jumpa.
Entah macam mana aku TER-tanya kat boss Apis pasal ni, terus dia ajak pergi.


Brunch. Ni menu Apis


Aku makan ni je. tipu... hahaha ;p 
Semua kat atas tu aku makan kecuali nasi dan pisang.


Ok, lepas makan, terus ajak boss Apis gerak .
Tempat pertama kitaorang pergi, beli ketam.
Semua boss Apis yang pilih dan runding.
Kitaorang just ikut. Tak tahu nak pilih hahaha.



Mula-mula masuk aku dah teruja. Sebab first time tengok ketam lembut atau 'ketam pondan' haha.
Untuk yang tak tau, ketam lembut ni DIPAKSA menjadi lembut sebenarnya.
Caranya, ketam ni akan dibuang kaki dan tangan, tinggallah sesungut sahaja.
Bila dah jadi kudung ni, automatik ketam-ketam ni semua akan trigger untuk bersalin kulit. 
Jadi, cangkerang kat atas tu akan tertanggal dan akan berganti baru.
Haaa, masa ni ketam ni semua akan diambil dan dimasak.



Nampak tak ketam kat dalam tu? 



Ada macam-macam size, harga pon lain-lain.


Yang ni sudah dibeli rasanya. 
Not by me. Orang lain ye. Gila ko sapa nak makan ketam sebanyak ni.


Ni aktiviti menge-check telor ketam.
Terjenguk-jenguk laki den nak tengok sekali.
Tapi cepat gilerr dia check. Tak paham aku. 
Apis boleh la nampak sebab dia dok mengendap dekat-dekat haha.
Ketam ada telor ni lagi mahal lorr.. 
Ada la beli beberapa ekor. hehehe


Hasil 'tangkapan' hari tu. Ni pic amek kat rumah dah.


Bapak ketam. 
Yang besar gabak ni boss Apis pilih 3 ekor. 
Ko tau berapa sekilo? rm70 ok.
Nasib baik boss Apis bayar. Berebut-rebut nak bayar.
Takpela, rezeki jangan ditolak.
Total damage beli ketam sahaja rm120. *pengsan*



Pasar Matang


Lepas dah siap beli ketam, jom kita ke Pasar Matang plak.
Cuba tengok signboard tu, semua bahasa dan tulisan ada. 



Udang. RM40 sekilo.


Kat pasar ni, aku beli 2 ekor ikan siakap, 
2 ekor ikan tongkol, 
sekilo ikan kembung,
sekilo udang seperti di atas.
Sampaikan ikan kembung dengan tongkol pon nak dibeli kat sini haha.
Bukan aku beria sangat tapi peniaga tu beria suh pilih. Aku pon ok je haha.
Total damage rm70++, juga dibayar boss Apis. Alhamdulillah. Naik segan plak kitaorang.


Begitu la kisah membeli-belah seafood yang fresh.
So dah tau port nak beli fresh seafood ni. Boleh pergi lagi.
Nanti aku cite apa aku masak seafood tu semua ok.


Monday, March 3, 2014

Dinner @ Panorama Hotel Taiping.

Salam korang.

Sambung cite first day tu, macam biasa, pagi memang aku lepak bilik.
Malas aku nak keluar merayap sorang-sorang.
Masa ni la nak rilek, rehat dari pikir hal keje sekejap.
Next 2 weeks aku plak yang kena outstation ke belah Selatan.
Tapi aku outstation nanti Apis tak follow, aku pergi dengan opismate je.


Second day ni, Apis macam terlampau busy plak. Keje dia banyak nak kena settle.
Takpe, aku paham sebab kena utamakan apa yang penting. Datang sini ada keje kan.
Petang tu, memang tak keluar pergi mana-mana pon.
Kesian Apis penat.

Breakfast. lulus DA takkk? hentammm. haha



Lunch. tapau jugak sebab Apis busy.


Malam tu, boss Apis kat Taiping ajak dinner sama-sama.
Memang everytime Apis datang Taiping, kitaorang akan keluar dinner sama-sama.
Biasa, mula-mula kitaorang pergi dinner, makan yang berat-berat dulu.
Lepas tu, akan singgah lagi kedai makan yang ringan-ringan plak.
Memang kalo keluar dengan boss Apis ni, keje makan jela.
Serius double buncit hahaha.



Lamb chop.
Dessert ais krim.
Mushroom soup + garlic bread (takde dalam pic).


Tapi kali ni, bila boss Apis ajak pergi makan yang ringan-ringan pulak, awal-awal aku dengan Apis tolak. 
Giler full. Pastu dengan sejuknya kat dalam tu. Gigil.


Sampai kat hotel, kitaorang pergi minum air panas kat kedai tomyam kat sebelah tu dulu.
Baru rasa lega skit. Tapi aku minum air kosong jela. Aku kan diet. wakakakakak.
Padahal tadi aku yang makan ais krim tu paling banyak.
Esok dah janji dengan boss Apis nak pergi beli fresh seafood.
Sebelum ni cari sendiri tak pernah jumpa.
So tanya local people minta dia tunjukkan.
Nanti aku cite ok.



Related Posts with Thumbnails