Wednesday, February 29, 2012

Hadiah Yang Berjaya Dikutip ;)



5 bertuah menang tudung dari Online Shop Tudung.
Tudung dah sampai tapi tak macam dalam promo contest.. honestly, tak cantik... ;(



Menang voucher buy one free one from Naab facebook. Tak redeem pon..


Dapat 1 pair of The Devil Inside premiere screening tickets dari Lipstiq.com



2 GSC ticket voucher from JobsDB Malaysia.
Dapat 2 lagi voucher macam ni dari facebook Papermate.



Giant voucher RM50 dari Giant - 1 Unilever Fair Spot & Win Contest.
Ni aku pon tak ingat bila join.. Tau2 sampai surat dalam tu ada free voucher..hoho..



Tiffany Bow Pendant.
Plan nak let go. Ada sapa2 interested?
Nak tau rupa dia korang search je la kat google. malas snap..hahaha



Sakae Sushi voucher RM100 dari Cosmopolitan magazine. 
Kemenangan bulan Feb2012.


Alhamdulillah.. ada lagi beberapa hadiah yang aku malas nak snap.. Tunggu next time la..
Semoga ada rezeki yang lebih besar lepas ni.. Amiinn...




Tuesday, February 28, 2012

Dibelai dan Dimanjai di Jemari Spa & Beauty House ;)

Aku beli facial dan massage package ni dari milkadeal dah lama.. Bulan 9 tahun lepas.. Tapi lepas tu memang tak ada masa nak pergi. Silap aku jugak sebab spa ni jauh skit dari rumah.. kat Setapak nunnn.. Kalau spa ni available untuk lelaki, memang aku beli je 2 keping tapi sebab untuk wanita sahaja redha je la laki aku kena paksa tunggu aku nanti..hahahaha..




Aku masuk melalui pintu tu la nak pergi buat treatment...



Ni meja kat depan sambil2 tunggu turn nak buat treatment.


Punya la tak ada masa last2 aku perasan rupanya dah expired. Expired 3 Jan, aku check 4 Jan.. aku komen kat facebook Jemari Spa boleh redeem lagi tak.. dorang suh call. Bila call, dorang cakap kena penalty rm20. So, ok laaa sebab package asal harga lebih kurang RM250. Aku terus setuju dan set appointment hari ahad, 4.30 ptg. Tu je slot yang free pon..


Seperti yang dijanjikan.. aku sampai tepat pada masanya. Actually, sejam setengah lebih awal. Sebab aku tak tahu tempat dia kat mana konon nak survey dulu sekali sebelah tapak uptown danau kota jeee.. So, aku ajak apis pusing2 dulu, shopping barang skit kat Watson pastu lepak makan pulut mangga, bihun tomyam, somtam tepi Plaza Idaman tu. Agak2 dah nak dekat 4.30 terus pecut pergi spa tu. Sampai on time je..


Kat sini la masalah bermula, bila dia minta voucher yang diprint dari milkadeal.. Tapi since voucher aku dah expired, aku dah tak boleh print voucher sebab milkadeal dah disablekan… aku boleh amek order id dengan voucher id je.. Tapi dorang nak verify id yang ada kat voucher tu.. aisehmannn.. pastu dorang suh check email.. kot2 la ada kat situ.. kalut aku sms apis suh dia naik sebab nak pinjam BB dia..


Satu lagi masalah, aku punya password email ni guna simbol which is kalo guna laptop, korang just tekan shift pastu tekan no yang aku kehendaki. Actually, password aku adalah nombor2 tapi sebab nak bagi unik, masa aku set password aku tekan shift.. so, bermakna aku just ingat nombor je, mana la aku ingat simbol2 tu semua.. korang paham ke apa aku explain ni? Hahaha…


so, terpaksa aku cari sapa2 yang pakai laptop masa tu tapi tak ada, sebab nak tahu simbol ape kat no2 yang aku set password tu.. tapi tak ada sorang pon pakai laptop.. Last2 aku call adik aku, tanya dia dok depan laptop tak.. hahahaha.. Akhirnya dapat la buka email aku melalui BB.. tapi bila check, tak ada pon verify id tu..


Last2 akak tu up lagi penalti aku jadi RM49.. Aku dah malas dah masa ni. Tapi mengenangkan aku datang jauh2, aku cuba tawar RM40.. Akak tu kesian kot kat aku, so dia bagi laa.. Bila aku tanya, aku akan dapat semua treatment seperti yang dijanjikan dalam milkadeal kan.. Dia cakap manicure tak ada sebab voucher aku pon dah expired kan.. pasrah je la aku walaupon dalam hati memberontak..hahahaha


Sepatutnya, aku dapat:


•           Brightening Hydro Facial Spa
•           Eye Treatment
•           Volcano Stone Back Massage
•           Manicure (Cuticle Treatment + Shaping + Filing; DOES NOT include coloring)


Semua aku dapat kecuali manicure je. Tapi aku baca review2 orang yang pergi sebelum ni, manicure tu sekejap je dalam 10 minit. Dia buat pon masa eye treatment, masa letak cucumber atas mata tu.. tak ada macam yang korang pergi buat kat tempat yang betul2 buat manicure dan pedicure tu.. So aku takde rasa ralat sangat.. yang ralat, kena tambah RM20 sebab tak boleh verify voucher..


Nasib baik treatment dia best. Massage pon best.. Facial pon best.. Masa aku tulis entry ni, aku leh rasa lagi kelembutan muka ku ini..hahahaha..


Ni la produk yang diorang guna untuk facial, AVIDERM.
credit to farra-eng.com.

Step2 facial, mula2 dia…

1) Cleanse with cleansing milk
2) Double cleanse with radiant white foam
3) Whitening scrub mask
4) Extraction
5) Pressure point massage
6) Lymphatic drainage massage
7) Face massage
8) Eye Cucumber Treatment
9) Whitening mask
10) Shoulder massage
11) Chinese Tea (Longjing tea)


Yang last tu, Chinese tea tu aku tak minum pon. Sebab tak dipelawa pon. Masa tu dah siap semua treatment, aku keluar untuk bayar penalty RM40 tu.. Ada nampak tea tu depan akak tu, tapi dia tak pelawa pon aku minum.. Dok ralit promote package2 yang diorang ada. Suh aku try trial la.. Aku tolak je dengan baik sebab aku memang suka try macam2 package spa.. Bulan 3 ni pon ada satu lagi kat Klang.. yang ni dengan apis, aku dah book awal couple room..hihi..


Overall, memang puas hati. Cuma dari segi interior design, masih boleh diperbaiki. Sebelum aku start treatment, aku ada pergi toilet. Toilet dia bersih cuma agak usang yelah building tu building lama.. Tapi aku rasa boleh kot renovate bagi cantik2 dan wangi2.. Tempat treatment pon macam agak sempit, kira muat2 ko, katil dan alat2 facial semua tu. Oh ya, katil dia jenis yang biasa punya. Biasanya sesetengah spa akan ada bagi katil yang ada lubang untuk muka tu.. macam mana ek nak explain.. Ala, kalau meniarap, korang akan letak muka kat lubang katil tu so rasa selesa la, tak ada kena muka atas tilam or bantal..lemas rasanya…

 

Masa buat treatment, dia tutup langsir2 tu semua.. kira korang ada partition sendiri. kira private gak la..tapi tu la macam aku cakap katil dia bukan yang ada lubang muka tu.. Dulu masa pergi spa kat eve de beaute, katil dia best ada lubang muka tu...


Tu aje kot pendapat aku.. Kalau korang nak cuba spa package dorang, boleh call untuk appointment..

 Ni alamat dan no telefon Jemari Spa..

Jemari Spa and Beauty House
No. 4A, Jalan 7/23E, Taman Danau Kota, Setapak,
53300 Kuala Lumpur
Phone: 03-40240424


Monday, February 27, 2012

Second Birthday Celebration @ Rumours, Cyberjaya


Tak plan pon nak ada second celebration tapi since our friend pon birthday dia jatuh on last Saturday, jadi kami keluar sama dan makan2. Kebetulan, Kak Shieza punya birthday pon bulan Februari - which was 14 Feb.. so, kami celebrate sama2. 3 orang sekaligus..


The entrace.. tapi masa balik baru ambil pic..



Tempat live band.. Malam kami pergi tu tak ada performance pon. Sebelum ni, diorang ada invite kumpulan Wali Band buat persembahan kat sini.





Nur Amna Amirah dan mami dia ;)  
Amna nak buat peace tapi tak pandai tapi tetap nak buat..hihi..




Dessert. 

Banana flitter kot nama dia.. atau dalam bahasa melayunya, pisang goreng. Sedappp.. tapi sebab kenyang gila makan main course, tak habis pon makan dessert ni. Pisang tu disalut dengan kelapa parut pastu goreng.. 




Aku order indonesian fried rice with sup bontot (read: sup ekor) since kedai ni Indonesian Bistro so haruslah order food yang ada indon2 punya nama..hihi. Owner dia memang Indonesian, tapi chef dia mamak/melayu/indonesian. Tapi aku lagi suka nasi goreng laki aku, siap ada petai, lupa nam apa... Minuman pula aku order Alpokat ape benda ntah.. ada avocado dengan chocolate milk. sedap :)



Air yang aku order. sorry la very bad pic sebab masa kamera dah nak habis bateri. Sebelah air aku, air kedondong dengan asam boi tapi tak sesedap kat bazar ramadhan bandar kinrara.. Memula aku nak order es teller tapi dah habis.. huhu..


Kalau korang nak datang, boleh la call dulu untuk buat reservation. Walk in pon boleh.. View kat luar restoran pon cantik.. Ada kolam renang siap dengan waterfall buatan. Aku lupa nak snap pic... sebab bateri pon dah abis. Guna kamera handphone tak clear sebab kat luar gelap. Ada lampu2 merah je.. samar2 gitu..hehehe..



Location:
Cyberview Garden Villas (Cyberview Resort), Cyberjaya

Operating Hours:
Monday - Saturday (11.00 am - 11.00 pm)

Phone:
03-83223292

Website:

Facebook:





Thank you sayang, thank you Juz.. 


Hadiah dari Kak Sha... thank you.. 
Hadiah anda memang sangat2 berjasa ;)


Friday, February 24, 2012

Sale AirAsia Memang Berbaloi-Baloi...

Lupa plak nak share kat sini. Minggu lepas kan air asia ada buat sale kan. Aku rasa sapa2 yang kaki jalan, kaki naik flight, kaki pulau, kaki shopping, confirm2 akan ushar website air asia.. sampai dah traffic jam dah website tu. tapi traffic jam kat air asia takpe, dia letak dalam waiting room, kalau kat jalan raya, dok la ko dalam jem tu..hahahaha...


Aku ni, kalau ada sale, memang takkan lepas peluang la nak menggodek2 website air asia tu. Walau tak nak pergi sekali pon, aku mesti klik destinasi2 impian aku.. Tak kisah la kali ni tak dapat pergi lagi, tapi tetap nak klik nak tahu harga tiket sekali nga tax dan fuel surcharge.. Sengal pon ada aku ni. Tapi mungkin aku ni selalu bernasib baik, jarang aku dok berlama kat dalam waiting room tu.


Ada jugak aku offer diri nak tolong book kan untuk sapa2 yang nak. Bukan sebab apa pon, kalau korang tak minta tolong pon, aku tetap dok mengadap air asia tu. So, alang2 dok klik saje2 tu, baik la aku tolong sapa2 yang tak ada masa nak hadap internet macam aku ni. Bukan main lagi, yang ni nak pergi Langkawi, sorang lagi nak pergi Kuching, yang tu nak ke Jakarta.. bila dah beli, rasa macam puas gila, dah macam beli untuk diri sendiri dah.. hahahahahahahaha.. ntah pape kan aku ni.


Tapi takkan aku nak beli untuk orang lain jeeee.. harus lah tengok destinasi percutian aku. hahaha.. Tak nak kalah tu. Tambah sale kali ni untuk Sept 2012 - Jan 2013.. So, aku pikir akhir tahun confirm2 nak abiskan cuti kan. Kalau nak abiskan cuti, kena la pergi holiday kan.. Godek2 punya godek, campur tolak semua kos, akhirnya aku berjaya book untuk aku dengan apis. hahahahaha.. Masa bayar tu, tak tanya pon apis.. Main bayar senyap2 je.. huhuhu.. Lepas selesai semua baru cakap..hahahahahaha ;p


Pendapat aku la, kalau sapa2 yang tak berduit sangat macam aku, elok la time2 sale ni beli tiket nak pergi berholiday bagai. Memang la tarikh nak pergi lambat lagi. Macam2 boleh jadi. Tapi macam aku, sebelum tu aku akan plan betul2 date yang aku nak pergi. Sama ada, time tu sesuai ke tak nak pergi tempat tu (especially negara 4 musim), public holiday ke, agak2 senang dapat cuti ke.. semuanya aku dah plan betul2. Tapi yelah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan. So, kalau tak menjadi gak, anggap je la tak ada rezeki.


Kalau kita book tiket flight awal2 ni, ada baik nya jugak. Yang baiknya, hari nak pergi tu lambat lagi.. so, boleh la start menabung awal2. Duit gaji bulan2 tu, boleh la simpan sikit untuk tabung percutian. hihi.. ye tak? Macam aku dulu pergi Jakarta-Bandung, memang shopping sakan. Tapi masa tu bujang lagi so tak pikir sangat masa spend tu. Tapi sekarang dah berdua, kena pikir banyak benda. Kena lebih berjimat cermat.. yelah tu..hahahaha ;)



Akhir kata, moto saya untuk kali ni,

Plan Your Budget Holiday Wisely!! Kalau tak, menyesal kemudian hari... hihi



Wednesday, February 22, 2012

Pratonton Adnan Sempit 2 Bersama Metrowealth Pictures



credit to MIG Online


Amacam? Korang tengok trailer tu rasa macam nak pergi tengok takkkk? Kelakar takk??


Semalam aku dah pergi tengok kat TGV Sunway Piramid dengan suami tercintaaa, pra-tonton anjuran MIG. Kak Ain (kawan facebook dan geng sama2 join contest) yang sudi lantingkan kat aku 2 tiket sebab dia ada extra tiket, dia laki bini menang…


Memang terbaik la, filem memang best dan layan, serta… layanan staff MIG pon memang bagus. Makan minum pon disediakan sebelum masuk panggung tu. Nak layan movie, dibekalkan pula popcorn dan soft drink satu sorang. Terima kasih MIG, terima kasih Kak Ain..


Aku kasi 5 star untuk movie ni. Kat facebook aku kasi 4.5 star tapi sebenarnya memang nak bagi 5 star. Sebab memang terbaik wooooo.. Aku laki bini, kalau pergi tengok wayang.. kalau yang kena beli sendiri, memang akan pilih citer kelakar, baru pilih citer aksi, paling tak suka citer seram.. hehehehe.. Komedi seram ok ;)


Kalau yang part-part kelakar tu, aku bantai gelak je tak control dah sebab kalau kelakar tu memang satu panggung gelak, dengan pelakon2 sekali gelak. Opss lupa nak cakap, semua pelakon Adnan Sempit 2 – Sam, Intan Ladyana, Yana, Along Raja Lawak, Angah Raja Lawak dan lain2 memang datang. Tapi aku tak amek pon gambar nga diorang.. segannnn.. hihi.. Tapi tak pe la tengok dari jauh pon takpe.. Tak la jauh sangat, sebab sebelum tu mmg sesi beramah mesra dengan artis. Tapi aku tak de beria sangat sebab ntah laa.. segan kot. Aku tengok org lain memang sporting gila.. Lagipon kamera tertinggal kat umah.. Baik punya alasan kan.. hehehe.. Nak harap kamera telefon mmg fail.. hahaha..


Macam biasa sebelum movie start, ada bacaan doa.. semua orang tahu kot, David Teo kalau buat apa2 majlis, mesti ada bacaan doa. Pastu, ucapan dari director Adnan Sempit 2, ucapan David Teo pastu ada sesi bergambar para pelakon. Ramai jugak reporter malam tadi. Aku kenal Min sorang, editor Media Hiburan. Lain2, tak glamer..hihi.. Apapon, pantun David Teo memang terbaikkk ;)

Bawa motor tengah panas,
Terima kasih Modenas..
(Ini untuk penaja mereka, Modenas)

Mat rempit naik kuda,
Selamat menonton daa..

HAHAHAHAHA.. cara David Teo berpantun tu kelakar.. 



cer...cer korang cari mana aku dan apis? hahahaha.. 


p/s: Aku terjumpa Cik Epal dengan SS dia tapi segan laaa nak tegur. aiiii.. semua segan...hihi



Tuesday, February 14, 2012

AirAsia BIG SALE Start Tomorrow Until 19 Feb...



Plan your budget holiday now!

If ada sapa2 yang nak aku tolong search dan book untuk korang, 
pls email me at w.syima@gmail.com for details. 

Blog ni parenting blog ke?


Huggies Dry Comfort?? ;)

Apapon, thanks Nuffnang.


Monday, February 13, 2012

Birthday Dinner @ Subak Restaurant, Bukit Lanjan.



Combination of Seafood Platter Scallops, Salmon and King Prawns.


Alamat:
Jalan Penchala Indah 
Bukit Lanjan 
60000 Kuala Lumpur

Opening Hours:
Mondays to Sundays including Public Holidays
11:00 a.m. till 12:00 midnight+

For Inquiries & Reservations: 
info@subak.com.my
Fariz 019-7902401, Fendy 012-2424091 and Fazlan 010-5287289

Website: 


p/s: Thank you to abe er dan kak shila for the treat!


Sunday, February 12, 2012

27th Birthday Celebration


Subak, Dine With Nature


Thursday, February 2, 2012

Haywire & Chronicle Premiere Screening

Haywire tak best.

Chronicle ok laaaa...


Tapi Haywire memang tak best langsung. Kalo kena bagi bintang, aku bagi 0 out of 5...


Ni sinopsis Haywire... credit to Tupai.


Mallory Kane (Gina Carano) merupakan seorang agen rahsia yang berkerja secara sendiri apabila dia ditugaskan oleh pengendalinya kepada pelbagai entity global untuk melakukan kerja kotor dimana kerajaan tidak membenarkan dan ketua-ketua negeri tidak mahu mengetahui mengenainya. Selepas selesai melakukan misi menyelamat tebusan di Barcelona, Mallory dihantar kembali untuk melakukan satu lagi misi di Dublin. Apabila operasi menjadi tidak terkawal, Mallory mendapat tahu yang dia telah dikhainati, dia perlu menggunakan segala kemahirannya dan kebolehan untuk melepaskan diri dari diburu pemburu orang antarantarabangsa, dan kembali ke Amerika Syarikat untuk melindungi keluarga dan membalas dendam kepada siapa yang mengkhianatinya.


Kalo baca sinopsis, macam menarik la juga kan. Genre aksi dan ngeri. Tak de pon sangat.. Rasa mengantok ye... Baik layan movie2 'tak kelakar sangat' Razak Mohaideen.. Walaupon boring, ada masa boleh gelak.


Malas aku nak cite panjang. Pendek kata, korang akan menyesal kalo pergi tengok cite ni. Nasib baik aku tengok free..hihi.. Menang dari cinemaonline. Tak ada la rasa sakit hati sangat.


Cite kedua aku tengok, cite Chronicle. Dua malam berturut2 pergi tengok movie. Semua hasil kemenangan kat cinemaonline. Sampai pekerja kaunter cinemaonline tu dah cam laki aku.. Malam mula2 tu, cite Haywire tu tengok kat e@curve. Siap kena bergambar dengan teady bear kiut tu.. hihi...



hahahaha.. muka tahan gelak sebab kena usik... masa malam kedua tu, adik yg jaga kaunter tiket tu tanya, nak bergambar lagi tak? apih jawab.. tak nakkkkkk... hahahaha..

Ingatkan dapat patung singa tu, rupanya buat bergambar aje..kena bagi balik.. huhu..



kak sha pon menang gak. first time menang.. excited.. hihi... 


Cite Chronicle ni ok la sikit. Better dari cite Haywire tu.. Cite ni aku bagi 3 bintang.


Aku pening la tengok cite ni sebab tengok video yang dirakam oleh budak2.. Macam mana nak cakap ek.. Budak tu suka rakam aktiviti dia buat melalui video, so masa korang tengok movie ni korang tengok video dia rakam.. Gila tak best.. stress mak dalam panggung tu..hahahahaha...


Cite dia pasal 3 orang budak yang dapat special power. Boleh kawal banyak benda guna mind diorang. Boleh alih benda, boleh terbang.. syok apa boleh main bola kat atas awan2 tu.. Mula2 ok la diorang just guna untuk suka2, pastu lama2 yang sorang tu dah salahgunakan sampai bunuh2 orang dan buat bandar tu kelam kabut.


Layan teaser ni dulu..





Akhir kata, terima kasih cinemaonline!


p/s: Jumpa kak nana, kak deah dan mia.. dah banyak kali jumpa, tapi tak penah bergambar sekali lagi kan kak.. segan la.. hahahaha... Tapi sebelum ni memang tak bawa kamera, kali ni bawak tapi macam segan la nak ajak..
Related Posts with Thumbnails