Tak tahu nak cite apa seminggu dua ni sebab basically life cycle macam biasa. tak ada yang menarik. i mean cycle yang sama sahaja - pergi kerja, balik kerja, prepare dinner @ dinner kat luar dan tidur. macam tu tiap2 hari. ada la 2,3 kali sebelum balik rumah singgah beli lauk, isi minyak etc. boring kannnn.
weekend pon tak ada aktiviti menarik yang dibuat. mostly banyak lepak kat rumah. rasanya 2 hari memang tak cukup kot nak bersantai2 di rumah. cuma petang semalam keluar sekejap pergi ambik mesin rumput kat rumah cousin di Setia Alam. tapi dah terlekat kat rumah dia tengok Bini-Biniku Gangster. laki aku bukan seronok lagi tengok movie tu. mengilai kih kih kih. amboi awak, ada hati nak tambah 'cawangan' ke.. mula la soalan2 pelik yang ditanya.
Bila tiba time Yana tu cakap dia izinkan Sam kahwin dengan Intan. kan si Yana tu mengalir air mata kan. laki aku tanya, "Pompuan memang macam tu ek, dah bagi tapi still sedih". aku tak tahu nak jawab apa tapi aku paham kot kenapa si Yana menangis masa tu. i just only can't describe the feeling. hanya wanita je kot paham kenapa. it doesn't mean kita tak ikhlas kan tapi lebih kepada redha dan pengorbanan tu aku rasa bukan kecik. Sapa la sanggup bermadu kan kalau tak ada sebab yang munasabah.
Ada la lagi soalan2 laki aku tanya tapi aku banyak jeling je malas nak layan sebab dia bukan serius tanya. gelak je lebihhhh. tapi syok jugak movie ni. aku suka sangat watak Yana. memang lakonan dia menjadi la berbanding dengan si Intan. masa scene2 bergaduh tu pon, aku rasa memang Yana bagus. time gedik2 nga Sam pon memang comel je. Aku nga laki aku pon lebih kurang macam tu la.. wakakakakkk *tipu*
Dan seminggu dua juga, ramai gila my friends yang dapat baby. most of them dapat baby girl. jeles aii tau.
Congrats to Fana, Zarith dan Lya. semua dapat baby girl.
Fana's baby girl, Nurin Balqis. *cilok dari fb fana*
Dan tak lupa kepada emma, congrats dapat baby boy, dah sepasang dah ko..
Tahniah korang. semoga korang akan menjadi ibu yang terbaik. doakan aku agar cepat2 dapat menimang baby macam korang ek. insya Allah.
Tahniah korang. semoga korang akan menjadi ibu yang terbaik. doakan aku agar cepat2 dapat menimang baby macam korang ek. insya Allah.
TQ shima!!!!InsyaAllah....ade rezeki nnt....teruskan usaa n tawakal...jiayou!!!!
ReplyDeletethanks fana..comel baby ko... semua baby comel laaa...
ReplyDelete