Tuesday, October 16, 2012

Thanks Nuffnang!!!

Orang lain asyik laa buat entry untuk nuffnang, so harini aku menggedik juga nak buat sebab tadi tetiba aku check nuffnang account aku ada 5 BE tengah berjoget-joget, yg mana amatlah jarang aku nak dapat banyak2 BE macam tu dalam satu masa.. terima kasih nuffnang!!..


Cuma aku kadang-kadang berangan jugak le nak dapat sonsored post macam blogger lain dapat tu.. hahahaha.. tak salah kan berangan hahaha..




Amount tu tak payah la aku show off sebab malu ciput je pon.. hahaha.. 


p/s: benda ni just catatan peribadi aku shj ok. erm tukar ke tak tukar?

Friday, October 12, 2012

Kelantan Mara ke Final Piala Malaysia 2012. Tahniah!

Ok aku baru abis tengok semi final Kelantan vs Selangor, live from tv rumah aku.. hahaha... cik abe aii pergi stadium, aku malas sebab penat... boleh?.. apapon tahniah Kelantan berjaya buat kali ke-3 berturut-turut mara ke final Piala Malaysia. Sebagai ore kelate, ambo tupe gembiro la...


Gomo Kelate Gomo..

Wednesday, October 10, 2012

Time to Redeem BIG Points.

Hari ni Air Asia buat offer redeem BIG points. apa itu BIG points? BIG point ni point yang dikumpul melalui BIG card. BIG card ni plak macam kad prepaid. uols kena topup kad tu, dan beli tiket guna kad tu pastu dapatla points. 


Macam uols tengok pic kat atas tu, redeem bermula serendah 10 BIG points. so apa lagi, aku sesaje la gedik nak klik-klik ni.. tak sedar diri kerja berlambak, sempat lagi tu.. hihi.. mana boleh tak tengok, hati jadi tak keruan.. aceewah!..  


apa kata uols, berbaloi ke tak? harga ni tak termasuk dengan tax lagi yek. murah gila kan.. beza gila antara promo dengan biasa punya harga.. 


 

Ni harga termasuk tax.. untuk 2 pax, dengan 40 BIG points dapat la harga rm244 return flight. sangat2 berbaloi aku rasa. sorang just rm122 return flight to Bali. murah tu oiii.. tapi yang tak bestnya, macam rushing la plak nak ke sana.. dah next month dah datenya.. takpe, kita tunggu je next time..


Kalau uols nak apply jugak BIG card ni, boleh apply kat sini. sila baca T & C semua dulu dan pahamkan betul-betul baru proceed ok.



Tuesday, October 9, 2012

Malam Pratonton Aku Terima Nikahnya


Aku menang 2 tiket pratonton cite Aku Terima Nikahnya Dari MIG Online. So.. semalam pergi la kitaorang ke TGV Sunway Piramid.. kalau MIG punya pratonton memang selalunya buat kat sunway piramid..

credit to MIG Online

Yang best pratonton MIG ni selalunya memang ada makan-makan. Macam semalam makan nasi minyak, ayam masak pedas, dalca, buah, siap ada kuih-muih lagi. memang kenyang sangat.. pastu masuk dalam wayang tu plak, tiap-tiap orang dapat air dengan popcorn lagi. terbaik la MIG punya layanan.. setakat ni, memang MIG yang terbaik dalam buat event macam ni. tak kedekut, makanan banyak.. paling penting staff MIG memang helpful dan mmg bagi layanan yang baik..



sorry la yob, gambar tu tak cantik pon. aku amek dari kejauhan jek. hahaha.. aku memang jenis segan skit nak g minta bergambar.. kalau korang nak tengok gambar2 lain yang cun, boleh pergi page MIG Online atau kat website MIG.


ok la, pasal cite aku terima nikahnya pula, cite dia pasal Arlisa (Nora Danish) dan Johan (Adi Putra) yang kahwin suka sama suka dan awalnya hidup bahagia.. hinggalah satu hari tu, Johan ditimpa kecelakaan jalan raya masa tengah jogging. Akibat kemalangan tu, Johan koma dan sebulan lepas tu baru sedar. Tapi sayangnya, Johan tak kenal isteri sendiri. So start hari itu, bermula pelbagai dugaan dan cabaran Arlisa nak cuba pulihkan suami dia supaya ingat semula kenangan mereka.


Komen aku, cite ni memang tak boleh nak lawan dengan cite Ombak Rindu.. banyak lagi kot pengarah dia kena perbaiki. skrip pon kadang2 macam tak kena. Ada tu patutnya, penonton patut sedih, tapi dah jadi kelakar la plak sebab penggunaan ayat macam tak kena jek. tapi komen aku ikhlas ok. kang ada plak spy MIG or peminat nora danish nga adi putra marah aku..hikhik..


Apapon, cite ni boleh layan la. aku kasi 3 bintang ok.


p/s: Pengalaman sekali seumur hidup...

Related Posts with Thumbnails