Thursday, June 7, 2012

Last Day @ Penang

Sebenarnya tak sabar nak habiskan cite cuti-cuti Penang ni.. sebabnya dah meleret-leret la plak cite penang ni.. hahaha.. kalau boleh nak sekali harung je update, tapi masa takde plak. most of time, aku keje on-site. jarang gile balik office tapi sebulan sekali wajib balik sebab ada makan2 kat office plus nak submit claim. tapi kalau kat site keje takde atau dah boring, aku buka juga blog.. hihi.. kalau korang tengok entry aku dipublish pukul 8.00 pagi ke, 9.00 pagi ke, 2.00 petang, jangan la korang ingat aku update kat tempat keje (ada update kat site tapi mmg jarang gile).. semuanya auto-publish..hikhik.. ok dah melalut jauh ni.. ingat nak cite pasal last day kat penang..


Malam sebelum tu dah penat karaoke, sampai breakfast pagi tu, aku tak pergi pon.. serius tak larat.. encik suami je pergi... lagipon, geng2 dia ramai dah turun breakfast asyik dok call, sms je ajak turun. aku memang surrender sebab penat gile nak buka mata pon tak boleh. handphone aku asyik snooze je, bangunnya tidak..hikhik..


Pukul 11.00 baru aku bangun, mandi dan kemas barang sebab nak check out pukul 12.00.. minta check out lambat tak dapat sebab cuti sekolah hotel memang full.. tapi 12.30 baru check out. nak mengemas ni memang malas.. hahaha..





group photo...
We had a great stay here!!.. hahaha..


Destinasi selepas check out ialah pergi georgetown nak cari jeruk dan makan-makan..



tengah decide nak makan mana sebab line clear memang tak clear langsung!..


Memula nak makan mee sotong area padang kota, tapi bukan kat tepi laut tu.. kat depan skit dekat jalan besar.. sekali kedai2 kat situ tutup .. takde rezeki la nampaknya so terus beralih arah ke food court tepi laut tu..  hentam sudah sebab memang dah lapar gila.. beratus2 jugak kitaorang habis makan kat sini tapi company bayar..hikhik.. order je apa yang nak makan.. 



salah satu makanan yang aku order, sotong kangkung.. sedapp.. rm5 kot.. 
selain tu, aku order ABC, mee udang.. sedap jugak..
pastu tambah order pasembur.. char kueh teow..


Kalau masa datang, semua lalu ikut jambatan.. masa balik ni nak rasa naik feri plak..


Tapi yang kelakarnya, kami terpisah.. kami semua 6 kereta.. masa beratur nak naik feri, 3 kereta dapat naik, 3 lagi tak dapat sebab dah penuh.. kahkah.. tunggu la feri lain.. tak lama pon tunggu, aku rasa tak sampai 5 minit pon.. feri banyak je.. so masa menunggu tu tak lama pon..



Aku takde masa ni sebab diorang dapat naik dulu.. kereta aku tak termasuk dalam 3 kereta awal yang dapat naik..hukhuk.. kamera pon semua nga diorang.. cis.


Highway nak balik kl petang tu agak jem. memang ramai gila orang maybe sebab cuti sekolah. kami sampai damansara uptown nak dinner kat situ dalam pukul 10.00 malam.. lepak sekejap.. sampai rumah pukul 12.30.. penat tapi seronok...


Wednesday, June 6, 2012

BBQ Dinner @ Starz Diner, Hard Rock Hotel

Aktiviti yang paling ditunggu2 oleh semua staff ialah dinner kat hotel dan lucky draw!


Walaupon ni company kecil je, tapi dapat banyak gak sponsor dari supplier.. dan grand prize malam tu adalah TV LCD. semua orang memang aim tv tu la.. aku pon tak terkecuali walaupon dah pernah menang tv sebelum ni.. 




agak2, cik abe aiii tu dapat apa ek.. tak ada rezeki dapat tv..


Aku tak amek pon pic makanan.. bila godek2 handphone, ada satu pic makanan..



kombinasi burger, salad udang, kerabu mangga, ayam masak apa ntah.. haha.. 
lepas makan ni baru pergi amek grilled lamb, rib sampai lupa nak snap pic..


Lepas dinner, terus ke gurney plaza untuk aktiviti seterusnya, karaoke!

Karaoke ni kat red box.. masa dalam kereta otw ke sana, mata dah layu.. sekali dah sampai, masuk bilik, terus semua mata segar-bugar..hahaha.. 



aku tengah main bowling tu..hihi.. 
yang lain2 tengah syok menyanyi.. 


pukul 3 pagi baru sampai bilik.. esoknya aku tak pergi breakfast pon.. penatt daa..

Wordless Wednesday: Kenangan dengan Michael Jackson...



Tuesday, June 5, 2012

Riadah di Waktu Petang...

Lepas kenyang melantak nasi kandar, dah macam nasi ganja ye pon ada sebab mata terus nampak bantal dan katil. hahaha. tapi since petang ada aktiviti pantai dan volleyball match terus tahan mata. masa sampai hotel pon dah pukul 3.00 petang ++ so lepas mandi dan dok layan tv sekejap, terus turun pergi ke pantai belakang hotel...





Jalan2 sekejap kat gigi air tu.. ada macam2 water sport - banana boat, parasailing, jet ski..


Tapi sebelum main water sport, geng2 lelaki ada volleyball match.. mati2 aku ingat volleyball pantai sekali main bola dalam kolam.. dah macam netball tapi gol dia mcm bola sepak..wakakakakk.. orang panggil apa ek? 





Yang pompuan jadi penonton je sebab tak cukup corum pon nak main.. jadi pom-pom girl je.. group yang menang akan dapat rm150. memula main untuk suka2 je sekali bos cakap ada hadiah cash.. tapi diorang still main suka2 takde la bersungguh2, diorang nakal2, sapa2 yang tak pandai swimming memang kena buli la dalam air tu.. hahahaha...


Lepas geng2 lelaki siap main bola kat kolam, barulah kami ke pantai balik. Banana boat time!!!


hanya 7 orang yang mau menyahut cabaran..hikhik.. 
yang lain, ada yang pregnant, ada yang ada anak2 kecik.. so malas nak join.. dorang dok tepi pantai bagi support je..




memang best naik banana boat ni.. seriusly, memang enjoy.. first time aku naik ni.. rasa nak naik lagi..




masa pusingan terakhir dekat2 pantai, barulah diorang jatuhkan kami.. aku ingatkan diorang akan jatuhkan kami kat tengah2 laut.. tapi diorang cakap dah agak lewat, lagipon kalo kat tengah laut, take time nak make sure semua orang naik.. 


harga? rm25/per head.


Related Posts with Thumbnails