Sunday, November 13, 2011

Sorok Bau Budu

Wednesday, November 9, 2011

First Winning From InTrend Magazine :)

Alhamdulillah.. kemenangan pertama aku dengan majalah InTrend. Kemenangan untuk InTrend bulan Mei 2011. Kak Suzi (MZ) memang selalu murah rezeki dengan InTrend kan kak.. Kak Uyun lak dah 2 kali menang kan. Siap photo masuk magazine lagi kannn ;) Glamourrrr sekejap hehehehe...


Aku main taram je kena isi slogan bagai dalam form tu. Tak sangka sangkut gak setelah berusaha berbulan2. hahahaha... Dan lagi best, office Measat Publications memang dekat je nga umah aku... Ada ke yang nak minta tolong aku amekkan hadiah? Hahaha.. Bolehhh 50-50 yerkk.. ;p


Ni hadiah yang dah pergi amek tu...



Nina L'Elixir by Nina Ricci worth RM315. 


** Entry untuk kenangan je ** 



Tuesday, November 1, 2011

Sengkuang Calit

Dah dua hari berturut2 aku pergi uptown yang baru dibuka kat Puchong Permai. Insya Allah, kalau ada rezeki, lepas ni makin kerap la aku ke sana. Semua masih dalam perancangan so better off record dulu la kan..


Kalau sapa yang biasa pergi uptown or downtown, mesti dah tahu dah apa selalu ada kat sana. Yang penting memang happening. Aku suka je ke sana especially bila baru dapat gaji. Kat situ la kami menghabiskan masa dan juga duit. hahahahaha.


Aku paling suka ke Downtown Cheras dengan Uptown Shah Alam. Kalau yang kat Uptown Danau Kota tu sesekali je pergi kalau ada kawan2 encik somi ajak. Kami memang malas sikit nak mengharung jalan nak ke Danau Kota. Tapi kat situ best gak. Tapi kalau sekadar nak pergi minum, aku suka pergi Uptown KOta Damansara sebab boleh layan orang berkaraoke. Macam2 peel dan gaya. Hahahaha.. Hilang segala stress aku tengok diorang ;p


Ok, masa aku pergi Uptown Puchong tu, aku terjumpa sejenis makanan yang menarik. Lebih kepada dessert la kot (ye ke?).


Nah, ni dia...




Sengkuang Calit.

Calit dengan sos dan tabur dengan kacang. Sedap!


Masa mula2 sampai, kawan encik somi dah bagitau, ada sejenis snek yang sedap kat sini. Lengkuas calit. ehhh.. biar betik lengkuas pon orang leh makan jadi snek/jajan ek. hahahaha.. Lepas dia cite, aku dah terbayang ni mesti sengkuang sebab cara dia cite aku dah imagine sengkuang calit yang aku selalu makan kat opis lama dulu. Rindunya aku kat opismate lama.. hahaha.. *tetibe*


Sedap tau sengkuang ni. selepas calit dengan sos dia, ada taburan kacang tanah yang cruncy. terbaikkkk. harga seketul RM1.50. Yang special RM2. Yang special tu, pedas skit abang tu cakap. Aku dah try dua2 tapi memang yang special sedap sikit la. tapi tak beza sangat pon ;) Aku tak pasti la kat mana lagi ada jual sebab abang tu ni bisnes franchise so mesti kat tempat2 lain ada.


Sos ni la yang buat sengkuang tu sedappp..


Korang pernah makan tak sengkuang calit ni?


Kalau nak order pon boleh..



Saturday, October 29, 2011

Ikan Bilis Goreng Kicap - Simple Yet Delicious Menu. Sesuai Untuk Orang Bekerjaya Macam Saya ;p

Hari ni, disebabkan hari bergolek2 extra dari hari biasa, menu pon simple sebab dah kelaparan tahap cipan. hahaha.. So, buka peti sejuk (yg baru baik dari merajuk) cari apa yang boleh dimasak...


Hasilnya...



Ikan Bilis Goreng Kicap. * Cili padi hiasan semata-mata *

Terliur tengok Nani goreng ikan bilis kicap ni, so wa curi lu punya resepi Nani cuma wa derhaka sikit tak letak kentang sebab wa lupa nak beli. wakakakkk..



Kailan Ikan Masin.


Ni lepas makan, baru ingat snap. Sebab tu macam dah bersepah2 dah makhluk2 dalam pinggan tu. hahaha. 

Aku laki bini memang tak kisah tak ada lauk berkuah. Kering2 pon leh telan. Kata nak cepat kan, mesti la menu pon simple. Ada satu lagi, telur dadar letak bawang dan cili banyak2.. Masa aku pergi umah makcik encik somi, mesti selalu kena tegur sebab letak bawang banyak2 dalam telur dadar.. hahaha.. Nak buat macam mana Acik, saya ni penggemar bawang bertelur..wakakakkkk..


Ada ke orang resepi? Senang je kot ni.. Main lempar je apa yang ada..hahaha..


Related Posts with Thumbnails