Monday, November 1, 2010

Print Gambar Online Dengan eoe Online

Perasan tak sekarang kebanyakan orang pakai DSLR. Paling-paling komannggg pon, orang pakai digital kamera biasa tu. No more kamera yang ada filem-filem semua tu. Kamera dulu-dulu aku panggil 'kamera kodak'. Sekarang dah canggih, pakai je digital kamera semua senang. Kalau gambar tak cantik, terus boleh delete. No more pembaziran 'kodak'.


Tapi-tapi gambar-gambar digital korang tu semua, korang simpan terperap dalam laptop je ke or terus pergi cuci. Ni lagi satu, bila kerja ambil gambar dah senang, nak cuci pula jadi malas. Ye tak? Ye kan.. Mengaku aje la sebab aku salah seorang manusia pemalas nak cuci gambar. Simpan ajee dalam digital album.


Seingat-ingat aku, kali terakhir aku pergi cuci gambar ialah zaman sekolah menengah... eh, ke zaman matriks.. Ok, lupa sebab dah lama sangat. Semua gambar ada dalam laptop or DVD/CD yang telah diBURN sebab tak cukup space storage laptop daa. Banyak wooo...


Walaubagaimana pon, kerja nak mencuci gambar sekarang juga menjadi semakin mudah.. Semudah anda mengambil gambar. Sebab apa? Sebab dah ada perkhidmatan cuci secara maya ajee.. Sooonannnggg...


Dengan tidak melengahkan masa, jom saya memperkenalkan....



ONLINE PHOTO PRINTING SHOOOOPPPP...


eoe Online ni menyediakan pelbagai service.. Salah satunya ialah khidmat print gambar secara online. Selain itu, di eoe Online jugak kita boleh bershopping kerana kedai ini turut menjual pelbagai peralatan elektronik dan gadgets seperti digital kamera, video kamera, MP3, MP4, voice rekoder, frame dan album gambar serta banyaklah lagi.


Mesti korang semua tertanya-tanya kan, how it works kan?


Meh-meh me explain.....


Walaupon ini kedai printing online, kedai ini sebenarnya memang wujud di alam nyata, cuma urusniaga boleh dilakukan secara maya, jimat masa jimat tenaga. Tidak perlu lagi ke kedai gambar untuk cuci gambar.


Mula-mula korang kena register as a member. Then, lepas tu korang download software untuk upload gambar-gambar. Korang boleh je download software dulu or register kemudian tapi memang kena register la kalau nak pakai service print online ni. Lepas ada software dan register, korang boleh lah upload gambar dan membuat pembayaran.


Actually, untuk upload gambar, ada 3 options iaitu:

1. Photo Express Software yang seperti diberitahu tadi. Memang sangat senang guna software sebab boleh terus upload gambar dari komputer kita.

Then, kalau lah terdisconnect (sebab masa upload, kita kena ada internet connection.. ni online task, remember that), software ni akan secara automatik reconnect balik dengan gambar yang kita nak upload sebab ianya dilengkapi dengan built-in auto upload resume.

Lagi, anda semua boleh resize gambar masing-masing mengikut resolution yang diperlukan untuk menjimat masa upload nanti. Awesome kan?

2. Easy Upload. Cara ni senang juga. Boleh upload sekali harung je siap dengan edit functions.

3. File Upload. Ni leceh sikit sebab kena pilih satu-satu gambar untuk diupload. Tapi at least korang ada choice so let's say salah satu tak leh nak guna, korang masih ada 2 option lagi :)


Untuk resize photo, sedikit tips daripada saya, better korang stay dengan original size sebab lepas cuci gambar akan jadi cantik mengikut resolution yang asal. Unless korang dah resize awal-awal tak pe :)


Oh ya, korang boleh jugak terus minta nak print dari online album korang. Jangan tak tahu, bila dah register jadi member, korang boleh upload gambar-gambar simpan dalam online album. Best kan. So, from the online album, korang boleh terus request nak print. Lagi sooonannng.. Cepat, pantas dan jimat..


Cara pembayaran? Boleh transfer guna MayBank2u, atau bank in payment through ATM or cash deposit. Malah boleh guna kredit kad.


Harga pula, eoe Online memang menawarkan harga yang berbaloi-baloi, sesuai dengan khidmat online mereka.


Tambahan pula, sekarang ini eoe Online sedang mengadakan promosi. So memang rezeki korang kalau nak print gambar sekarang ni. Harga runtuhh woooo..




Upload gambar dah.

Bayar pon dah.

Next, tunggu la diorang hantar gambar-gambar anda di pintu rumah masing-masing okay..

Lebih menarik, FREE DELIVERY untuk tempahan bernilai RM35.00 dan ke atas.

So, tunggu apa lagi, semuanya pantas dan jimat dengan eoe Online.

Dan... kalau nak FREE photo printing, jom join diorang punya Blogger's Review Program.


*** This entry is brought by Syima for eoe Online.

Saturday, October 30, 2010

Kelantan Juara Piala Malaysia 2010

Congrates Kelantan for the great job. 
You deserves it.

pic credits to kelate.net

Kelantan - 2

Negeri Sembilan - 1


Stadium Bukit Jalil.
8.45 pm
30 Oktober 2010.

Contest Nostalgic Aidilfitri 2010



Contest ni akan berakhir pada 11 Nov 2010.
So cepat-cepat join masih sempat lagi.

Gambar yang sangat nostalgic for me...

Ini sambutan raya kedua at our new house. Tahun 1994 tu...


Masa kecik-kecik, Abah dan Umi memang beli gaun as one of baju raya kami di samping baju kurung. Pesen baju kurung kami pon memang macam-macam pattern... 

Aku rasa sampai aku umur 11 tahun, masih ada gaun untuk raya.. Siap dengan kasut dan stokin ropol-ropol lagi. Dan sampai sekarang gaun-gaun tu masih ada. Ada sesetengah dah bagi kat orang. 

At least merasa la gak aku pakai gaun even masa kecik-kecik :) Masa kahwin hari tu, tak ada yang sesuaiii...  Janji adoo kenangan kaannn..


Kami dah besauu panjang dengan Abah.


Kami memang jarang bergambar dengan Abah. 

Ini adalah salah satu dari koleksi gambar raya yang sangat-sangat kami sayang.. Semua dah besar kan. Cepat gila masa berlalu. 

Semua kenangan manis sambutan raya bersama akan disimpan menjadi kenangan abadi. 

Dan... sebuah photobook koleksi raya mungkin boleh dijadikan satu bukti *wink*wink*

*** Penganjur minta satu gambar je.... harap-harap tidak disqualified :)



Friday, October 29, 2010

Gomo Kelate Gomo.

Just nak share, amanat Tok Guru Nik Aziz kepada penyokong The Red Warriors.


Tahun ni aku tak dapat nak pergi tengok. Tiket gila mahal, RM60. Yang kat kaunter harga RM30, tu pon 2 jam jual cakap dah habis. Ada gak yang jual RM40. Kira murah dah tu.

Apapon, semoga The Red Warriors main dengan cemerlang gemilang. Jangan jadi macam tahun lepas. Malu, malu.. Teruskan prestasi permainan macam jumpa Kedah last week, insya Allah boleh menang.


P.S: Sapa la tak sokong negeri sendiri kan..
Related Posts with Thumbnails