Friday, March 30, 2012

#TSDayOut to Kuala Selangor - Seafood Dinner

Kami dibawa ke kampung Penambang untuk shopping ole-ole untuk dibawa pulang sebelum dibawa makan seafood.

credits to Kak Ayu. Aku lupa nak snap pic kat sini sebab syok sangat shopping.. hihi


Selepas shopping macam-macam (hehe), kami semua terus dijemput untuk menjamu selera makanan popular Kuala Selangor, tak lain tak bukan, SEAFOOD ;)




Thanks to Nigel for this group photo.

Prawn. Ada rasa masam manis tapi kering.. sedappp.. 

Siakap stim. sedapppp gila... 

 Ketam masak apa ntah, lupa.. hihi.. ada 2 jenis masakan ketam.. 

Ketam masak cili dengan telur masin 

 Sawi goreng

 Sotong goreng tepung


Oh ya, kat meja kami ada 2 orang tak makan ketam sebab alergik.. pastu, hanya 4 orang tak makan ikan.. Memang heaven la aku melantak.. mana tak mok-mok ;p



Bukti seafood dinner kami sangat sedap ;p



sunset view from the restaurant.. 


p/s: Thanks to Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) sebab sudi taja dinner kami...

Thursday, March 29, 2012

#TSDayOut to Kuala Selangor - Pottery Farm (The Incredible Potter)

Tak habis-habis lagi kan cerita TSDayOut to Kuala Selangor ni kan. Maklumlah, menang banyak aktiviti yang dibuat dalam masa sehari suntuk. Dari pagi sampaila ke malam, penuh dengan aktiviti yang menarik :)


Ok, kita sambung cerita kita. Selepas melawat Taman Ikan Air Tawar, perjalanan diteruskan ke tempat membuat pasu tanah liat atau pottery making.


 


Pottery farm ini diusahakan oleh Mr. Ramadas yang diwarisi daripada ayah beliau. 


Ketibaan kami disambut oleh deretan pottery yang sedang dijemur.













Gambar bawah: Mr Ramadas sedang membuat demontrasi membuat pottery secara tradisional. Kena pusing-pusing alat tu sampai pottery 'menjadi'.






Ini tanah liat yang belum diproses untuk membuat pottery....



Selepas sesi demontrasi oleh Mr. Ramadas, setiap orang diberi peluang untuk mencuba sendiri membuat pottery. 


Encik suami sedang mencuba buat pottery.. hehehe..

Full video, boleh tengok sini.


Memang enjoy sepanjang berada di sini. Nampak senang, tapi kena ada skill dan pantas ya nak buat pottery ni :) Yang penting, practise makes perfect!


Next destination, shopping ole-ole di Kampung Penambang, seafood dinner dan tengok kelip-kelip...


Wednesday, March 28, 2012

Hadiah Dari Majalah Lisa ;)

Alhamdulillah, dapat 2 kemenangan dari majalah Lisa.


1. Himalaya worth RM200




2. Syahirah worth Rm100



Dua-dua tak ingat menang isu yang mana sebab Lisa ni keluar 2 kali sebulan. Malas plak nak check ;p

Kalau yang nak join gak contest yang sangat mudah ni, boleh beli majalah Lisa harga RM3.90. Semua contest dalam majalah Lisa kena guna sms. Aku suka jimat masa dan tenaga. Rasanya 1 sms charge RM1. Kalau kena send by pos, kena beli setem, sampul surat, then kena pergi pos plak...


p/s: Need your help to vote for me here.

#TSDayOut to Kuala Selangor - Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor

Lepas je turun dari Bukit Malawati, tram kami terus bawa kami ke Taman Ikan Air Tawar. Sebelah je dengan Taman Alam Kuala Selangor :)



Kat sini memang dikhususkan untuk pameran ikan-ikan air tawar yang diambil khusus dari Sungai Selangor. eh sungai Kuala Selangor. Maafkan patik jika salah info. hihi..


One of the attractions is…




Ikan toman yang ada perkataan Allah dalam tulisan jawi. Subhanaallah, memang sangat menakjubkan. Punyalah ramai geng2 lain yang nak mengambil gambar si ikan Toman ni. Glamer kejap you ;p






Sebenarnya, tak banyak aku ambil gambar kat sini sebab kamera aku kamera cabuk. Banyak yang tak jelas.. Kat dalam akuarium tu, cahaya tak memberangsangkan so kalau nak ambil gambar agak tak jelas. Tapi kalau tengok kat luar, memang menarik. Rasanya ramai lagi kot yang kenal jenis-jenis ikan ni kan. Tambah-tambah ikan air tawar, jarang orang makan...


Tapi ralit gak aku dok tengok ikan-ikan tu.. hehehe..


Aku memang suka tengok ikan pon :) Kalau orang suka kucing, aku suka ikan lebih kot…


Next, pergi buat pottery plak...
Related Posts with Thumbnails