Lama gile aku menyepi.
Banyak sebenarnya yang berlaku.
Rasa macam tak sempat pon nak menulis kat sini..
Tapi tetiba datang mood nak menaip.
Sekarang aku tengah busy dengan business Tupperware.
Memang aku agak serius juga la dalam business ni.
Dan kalau boleh aku nak buat betul2 dan berhenti kerja sekarang.
Doakan aku..
Dunia business ni memang ada ups and downs.
Memang peringkat awal, hasilnya tak seberapa.
Aku ingat lagi komisen aku masa mula2 dulu, 2 angka je.
Tapi insha Allah kalau kita konsisten, komisen akan bertambah, team pon makin berkembang.
Bagi aku kekuatan team memang jadi pencetus semangat untuk lebih berjaya.
Dan paling penting, pilihlah upline yang betul2 nak tolong kita.
Kadang2 kakak memang dah ahli, so nak join bawah kakak kita. Tapi dia pon tak serius buat business so macam mana. Tak salah pilih upline yang bukan ahli keluarga. Tapi kalau ada ahli keluarga yang memang serius nak buat business, join la bawah dia. Insha Allah gabungan team yang kuat (dengan ikatan kekeluargaan) bertambah kuat lagi semangat kita kan.
Aku sebenarnya bukan join ahli dengan kerelaan sendiri hahaha kantoiii.
Wife kepada cousin Apiz yang 'sponsor' aku join ahli konon2 nak cukupkan downlines dia.
Rasanya tahun 2012 kot dia registerkan aku.
Tapi tahun 2014 baru aku minat Tupperware ni.
Masa tu aku tak tahu sapa upline aku - wife cousin Apiz tak aktif pon.
Tapi dalam masa yang sama aku google la pasal macam mana nak buat komisen dengan Tupperware ni.
Dan aku juga dah start promote Tupperware.
Bawa katalog pergi opis.
Masa lepak dengan jiran2, aku hulur la katalog.
Banyak gak la sales aku time tu.
Sampai satu masa, aku macam lost sebab tak tahu siapa aku boleh refer.
So aku email kat careline Tupperware cakap aku nak tukar upline hahahaha..
Aku pon dah lupa la cite masa tu.. Tup2, owner stokis Putra Heights, Kak Norlia call aku.
Inform yang dia super2 upline aku. direct Director aku (read: leader), is from her organisation.
So Kak Lia invite aku datang stokis.
Dan aku pergi la kenal2 dengan Kak Lia.
Sejak aritu, apa2 event Kak Lia akan update aku dan invite aku untuk join.
Time tu aku seronok jugak la sebab pergi event Tupperware memang syok.
Dapat free gift.. ada attendance gift la, lucky draw la..
Macam2 la..serius syok la kan.
Kita minta Tupperware, dapat hadiah Tupperware..
Memang suka sangat.
Pastu event dia santai2 je.
Takde sesi brain wash ke, paksa buat sales ke..
Banyak share pasal kelebihan produk, macam mana nak guna produk, pastu ada demo masak2..
Bulan Mei 2014, aku cuba program DIQ pertama aku.
Program DIQ (Director In Qualifications) ni diberi tempoh 2 bulan sahaja.
Kak Lia minta aku cuba.
Aku cuba tapi gagal.
Bulan Oktober 2014, aku cuba lagi.
Alhamdulillah kali ni aku berjaya.
Dalam masa 2 bulan - Oktober dan November 2014, aku berjaya complete DIQ.
Masa tu aku tengah mengandungkan Haziq.. mungkin 5-6 bulan kot masa tu.
Aku ingat lagi last day masa closing tu, termengah2 aku ke sana ke sini cari sales nak complete kan RM14k.
Kebetulan masa tu ada event kat Putra Heights (PH), so tumpang la sekaki cari downlines dan sales kan.
Memang pengalaman yang sangat2 berharga.
Masa mengandung kat Haziq.
Masa ni event Star Success kat Wisma MCA.
Kenapa aku pilih Tupperware?
Sebab business plan dia sangat menarik.
Senang nak follow.
OKla, nanti aku sambung lagi.
Memang betul la orang cakap, bukan senang nak senang.
Nak berjaya, memang kena banyak bersabar.