Sepanjang aku pregnant ni, benda paling yang ditunggu-tunggu mestilah shopping barang baby. Tapi sambil-sambil dok excited tu, masuk 29 weeks baru aku start shopping.. hahaha.. Lambat jugak la kan. Tapi apa nak buat. Ada je la hal yang membataskan aku dan Apis nak pergi shopping.. Sebab aku lebih suka shopping secara online.. Tapi bab barang baby ni, nak jugak pergi survey, sentuh dan belek-belek kan..
Memandangkan aku dah banyak terlepas warehouse sale dan baby expo, kitaorang decide nak pergi AEON je. Masa warehouse sale Pureen, aku busy dengan Tupperware. Masa tu nak closing nak naik pangkat haha. So tak sempat nak pergi :( Rasa rugi jugak la. Sebab aku rasa kalo aku pergi mahu banyak benda aku boleh beli kan. Pastu murahhhh. Tapi takpela, tak semua benda kita boleh dapat dalam satu masa. Nak kejar-kejar pon aku tak larat. Masa tu kaki aku bengkak dan sakit gilerrr.. Tahap naik dan turun tangga memang nangis la.. Aku dah pergi jumpa makcik urut, tapi dia cakap ni pembawa budak, takleh nak buat apa.. setakat urut bagi lega skit2 je. Insya Allah, lepas beranak baru hilang. Takpela nak, mommy sanggup demi awak :)
Ok, berbalik cite asal. Maka pergila kami ke AEON Bukit Tinggi.
Serius rasa nak beli je semua. Tapi aku ingat pesan kawan-kawan dan family, beli je yg brand biasa-biasa untuk awal-awal ni. Sebab baby cepat besar. kalo yang newborn, beli 2-3 pasang dah. Tak beli pon takpe, terus je beli yang size 12 (0-6 months). Tapi aku pon dah lupa aku beli berapa pasang. Tak salah aku amek la setiap size, size 12,14 dan 16. Beli la skit-skit dulu buat syarat kan. Sikit2 pon lebih rm200 bil aritu ;)
Ni hasil tangkapan first time pergi shopping barang baby.
Belek2 ni pon dah berjam-jam haha.. Sekejap amek yang ni, sekejap amek yang tu.
Memang best la feeling shopping barang baby ni. Shopping barang sendiri pon tak best macam ni haha (poyos). Maafkan aku yang super excited ni yekk.
Pastu esok hari, aku ajak Apis pergi Fabulous Mom kat Seksyen 7.
Banyak gak aku survey kedai baby ni.. Giler banyak kedai baby kat Shah Alam ni.
Tapi bagi aku la, beli kat AEON lagi banyak jimat. Kedai baby ni kena pandai pilih barang gak. Ada jugak yang murah, ada yang mahal (melampau).
Kalau korang nak cari bottle susu ke, steriliser ke, warmer ke, bagi aku cari online lagi murah. Banyak giler orang jual produk macam Tommee Tippee dan Avent direct from UK. Korang kena rajin survey dan banding harga je.. Same goes to breastpump. Tapi depends on brand la. Kalo korang nak mencari medela.. beli la online dari personal shopper dari UK. memang berbaloi-baloi. Tapi kalo macam brand Spectra ke, kat kedai-kedai baby tu berbaloi jugak la.. set pantang pon kat kedai baby ok jugak.. harga lebih kurang online jekk. Untuk set tilam baby pon korang boleh survey kat kedai baby dan online.. Cakap pasal set berpantang ni, nanti aku share aku beli apa. Tapi tengokla maybe lepas bersalin baru share sebab boleh terus review kan ;)
Hasil rembatan di Fabulous Mom.
Paling suka nursing bra dia.
bill kat sini pon rm200 lebih gakk..
Kitaorang ada jugak pergi AEON Bukit Raja.
Masa tu teringin nak makan Johnny's. Lepas makan haruslah masuk baby area tengok baby stuff kan.. Masa ni amek peluang topup apa yang rasa tak cukup dan belum beli..
Yang ni tak cecah rm200.. tapi almost laaa.. hihi..
Ni aku share apa yang aku beli online. Nak beli online ni aku banyak survey kat ig.
First, Avent newborn starter set.
Aku beli ni lebih kepada nafsu. Tapi sebab first baby, aku maafkan diri aku hahaha.. Sebenarnya ada macam-macam pendapat, ada cakap tak perlu pon, ada cakap perlu. Ada yang cakap beli je dulu 2 botol loose. Tapi disebabkan first time, aku beli je la sebab dah berkenan sangat.
RM135 only inc postage yekkk..
Memang paling murah aku pernah jumpa kat online. Kalo uols pergi kedia baby ke, AEON ke, mana-mana supermarket lain, memang tak dapat la harga ni..
Benda kedua aku beli online - Tommee Tippee steriliser
Harga rm200. Kalo uols g tengok kat Mothercare, memang jauhhhhh sgt beza.
Aku beli ni pon sebab steriliser yang aku nak takde stok. Disebabkan malas nak tunggu stock baru, aku beli jekk yang ni selepas baca beberapa review. Konon tak menyempat la nak tunggu stock, sekali lepas beli tak guna-guna pon.. Tersadai kat tepi, jadi tontonan ramai jekk. Pastu, steriliser yang aku nak awal2 tu, dah ada stock dah.
Set tilam baby pon aku tempah online.. Tapi takde gambar sebab belum siap. Janji nak pos lepas CNY. So tunggu la harap-harap sempat la dengan baby nanti, insya Allah.
Dan set selepas bersalin or set berpantang pon aku beli online. Aku beli online dari Kak Mira.. tapi aku beli loose jek. Satu je VCO Tanamera aku beli kat kedai baby. Awal-awal konon nak beli dari member yang tak abis guna set pantang Tanamera dia. Pastu aku macam malas plak nak beli set lepas aku buat survey kat facebook.. better aku beli loose jek yang memang aku rasa aku akan guna.. Anyway, kalo uols tengah set berpantang boleh la terjah ig Kak Mira, search Mom First Step or website dia
www.momfirststep.lot.my.
Sekarang yang aku KIV dulu tunggu lepas bersalin.
1. Carseat - paling penting bagi aku.
2. Stroller - masih dok survey. sebab bajet aku lebih kurang rm500-600 jek. Tapi nak ciri2 stroller yang aku nak, yang harga rm2k. bolehhhh?
Kalo ada any suggestion, amat2 dialu-alukan. email jek aku at w.syima@gmail.com or komen jek kat bawah ok. TIA.
Diharap segala perkongsian aku kat sini, diambil sebagai perkongsian yang positif.. Semoga sama-sama memberi manfaat dan idea kepada bakal2 ibu. Thanks to Emma, Eena, family members dan kawan2 yang lain (sorry yek tak dapat nak sebut semua) yang banyak menolong aku untuk persiapan baby.. Tanpa uols, aku masih terkial-kial ok.