Thursday, February 27, 2014

I am in Taiping Now :):)

Salam korang.

Nak bagitau aku kat Taiping sekarang :)
Dok dalam bilik hotel tunggu Apis balik nak jalan-jalan ke Tasik Taiping nanti.
Sampai Taiping malam semalam.
Petang semalam dah pergi melantak mee udang Port Weld. Mee udang Mak Jah tutup semalam.
Kawan Apis yang bawak, dia belanja. hahaha.



Mee udang special, rm13
Mee udang Port Weld @ Salleh stall since 1956.


Udang dia memang fresh, terbaik wok. 
Kalau amek yang super special lagi gabak udang dia.
Aku memang prefer mee udang kat sini compare to mee udang Mak Jah, sebab Mak Jah punya kuah manis skit. Kuah dia rasa lain. Tapi kalau ada udang fresh dan besar gini, mana-mana pon aku tak kisah. hahaha.


OK la, bye bye..


Sunday, February 23, 2014

Serius Tak Tahan. Tolong Tolong

Salam korang.

Bila semua benda kat hujung jari ni susah jugak.
Boring je, mula la search sana search situ. Macam takde tujuan.


Pastu tangan mesti gatal nak click website bawah ni.







Plan your holiday ;)



Tuesday, February 18, 2014

Birthday Treat. Simple Tapi Saya Tetap Terharu ;)

Salam korang.


Disebabkan my birthday jatuh pada tengah-tengah minggu, then opis ada dinner plak pada hari yang sama, birthday celebration terpaksa ditunda sehingga weekend. Aku ok je :) 


Esok lepas dinner kat opis tu, budak-budak department belanja makan kat Seed Cafe area opis. 
Aku order Cajun Chicken Chop. Sedap :)
Tabah je aku tengok potato wedges tu. Aku telan gak la buat hilang terliur. 




Dorang siap kasi kad dengan cash , agak banyak boleh beli sebotol perfume ;)
Syok jugak la, leh topup untuk beli handbag hahaha.




Dan memandangkan birthday girl tengah diet (dietla sangat), so taknak la pergi celebrate kat restoran/kedai yang fancy sangat sebab aku tau mesti banyak makanan. Nanti aku tak tahan nak rasa tu, rasa ni. Dessert lagi. 


Aku decide nak pergi restoran Mohd Chan Abdullah sebab..
Aku tertengok sorang blogger ni share gambar ketam masak sos special.
Tempting giler ;)


Chicken sweet sour



Kailan ikan masin


Dan ini dia sebab utama aku pilih restoran Mohd Chan Abdullah.


Ketam masak sos special :):) Highly recommended.



Semua gambar Apis tido. Tampal je la yang ada ni hahaha. 
Nampak tak parut kat muka Apis tu? Ada la lagi kesan lepas accident tu. Tapi dah ok dah.
Hadiah Apis untuk birthday girl? biarlah rahsia haha ;)


Terima kasih untuk ingatan.
Semoga korang pon murah rezeki.


Monday, February 17, 2014

Chili Prawn Bertelor ala-ala Chili Crab Catz's Cafe ;)

Salam korang.


Bila jenguk blog kak Catz dia tunjuk gambar ketam tengah bergelimpangan dengan telur melelelelehhhhh,
terus kepala ni tune nak makan ketam gak.
Kak, ko saje buat orang mengidam kak.
OK, jangan salah paham, aku belum mengandung (doakan ye). 


Tapi aku tak guna ketam, aku guna udang.
Apis beli udang galah lebih kot 20 ekor kat pasar tani.




Resepi aku tiru kak Catz punya, tapi alter skit ikut apa yang ada dan selera aku.


Bahan-bahan:

Udang galah - 20++ ekor
Bawang merah 3 ulas
Bawang putih 2 ulas
Bawang besar - 1/2 biji - ni aku nak bagi manis bawang sebab aku tak letak gula
Halia sebesar ibu jari
Serai 2-3 batang
Cili kering - 3 sudu
Cili api - 2 biji
Sos cili - 2 sudu
Sos tomato - 1 sudu
Tomato - 1-2 biji
Telor - 2 biji
Garam dan gula secukup rasa - aku tak letak gula.


Cara buat:

Tumis bawang merah, bawang putih, halia yang ditumbuk. Sila guna lesung batu baru sedap ;)
Masukkan cili kering yang dah diblend (aku guna yang segera je), tumis sampai garing dengan api perlahan.
Masukkan serai yang diketuk dan bawang besar, kacau.
Masukkan sos cili, sos tomato, tomato sekali.
Masukkan air 1/2 cawan, biarkan gelegak sekejap.
Then, masukkan udang.
Bila dah nak masak tu, tuang telor yang telah dipukul atas udang tu.
Kacau sekejap, angkat.



Wallahhhh.
Dah ala-ala fatty crab, tapi version udang.



Related Posts with Thumbnails