Thursday, September 5, 2013

Lagenda Budak Hostel


Salam semua :):)


Cuba uols layan video sebalik tabir Lagenda Budak Hostel ni dulu..





Amacam? ada rasa macam mengimbas kembali kenangan masa dok hostel dulu tak? hehehe..


Serius masa mula2 tau cite ni nak masuk pawagam nanti macam excited nak pergi tengok.. hehehe.. tapi nak tengok free, so aku join contest.. dan alhamdulillah nama aku, nama encik suami dan nama adik aku sangkut.. so dapat 6 keping tiket nanti.. contest ni anjuran MIG or Metrowealth Pictures milik Mejar David Teo.. sekarang famous DT dengan kes Hans Isaac dan Ahmad Idham.. yang tu tak nak komen.. hehehe.. so tunggu Selasa ni boleh layan cite ni best ke tak..


Kenapa aku nak sangat tengok sebab lebih kepada nak mengimbas kembali kenangan dok hostel dulu.. serius memang sangat banyak kenangan suka duka.. betul tak Naam, Aed, Niza, Zarith, Nani, Aini, Kak Efa, Kak Emi, Iznee, Cik Bit? dan semua-semua la.. nak tulis semua memang ramai gile.. sekadar menyebut yang ada blog sebab nak letak link korang kat sini.. senang kawan-kawan lain jumpa korang jugak.. hehehe.. kalau nak kira, satu batch memang close sangat.. satu batch means semua yang sama year, tak kisahla kelas lain-lain dan jugak kakak senior yang masuk sekolah dengan kitaorang, 1998-2002 dan 1998-1999.. tapi tak bermakna dengan batch lain tak rapat.. cuma mungkin tak semua yang rapat.. dan kalau sekarang ada tetibe ada adik2 junior yang tegur atau nak add kat FB, aku mesti approve walaupon tak rapat dengan diorang sebab rasa ada satu macam tarikan hahaha.. rasa macam dekatt je.. hehehe..


Sebab apa yang buat kami rapat? sebab macam2 yang kami kena tempuh bersama awal-awal masuk sekolah.. aku sekolah kat sekolah asrama penuh kat Kelantan tapi jauh dari umah, sejam kalau naik keta.. kalau naik bas, mau dekat 2 jam sebab dari sekolah nak jalan besar nak tunggu bas memang belengas jugak la ketiak ko nak jalan.. kitaorang tak jalan.. biasa bas sekolah anta ke bandar Pasir Puteh tu pergi stesen bas.. takpon, kitaorang call teksi masuk sekolah amek kitaorang.. hehehe..


Sekolah ni actually sekolah asrama penuh yang baru buka.. kitaorang la pioneer sekolah tu.. sekolah kitaorang sekolah gugurl semua.. dah nama sekolah baru, memangla banyak kemudahan yang masih kurang.. yang best, semua barang baru sebab kitaorang first yang guna semua tu.. kitaorang kena angkut sendiri meja, kerusi dari stor susun dalam kelas.. decor kelas sebab kelas memang kosong giler.. memang banyak benda kena buat sendiri.. pastu kitaorang takde boys yang boleh menolong.. semua angkut, angkat sendiri.. memang gigih la kitaorang.. pastu kawasan sekolah tak payah cakap la.. panas giler sebab kawasan masih dogol, tak banyak pokok pon.. pokok pon masih renek.. padang sekolah? rumput pon takde.. rumput kuning ada la sebab tak sempat nak tumbuh betul2 hehehe..


Aku ingat lagi masih form 1, sekolah buat camping badan beruniform kat padang sekolah.. serius memang panas.. semua orang muka burn kena bakar dek panas matahari.. gelap, berbelam toksah nak cakap la.. hahaha.. nasib baik takde boys so maintain je kitaorang tak payah control ayu ke apa.. siap menggelupas bagai hohooo.. pastu bila dah start sekolah.. camping tu masa weekend tak salah aku.. ada pulak sesi untuk amek gambar kelas sebab nak masuk magazine sekolah.. hahaha.. terbaik laa..



ok ni la gambar kelas masa form 1.. kelas 1 Hajar.. sorry la gambar takde clear sangat.. ni gambar scan.. tapi yang pasti semua muka kena bakar hehehe.. maklumla baru lepas camping kat padang sekolah yang macam padang jarak padang tekukur.. tapi bila ingat2 balik, syokkkk.. jadi bahan cerita sekarang kalo jumpa..



ni gambar masa annual dinner.. masa form 5.. rindunye kat korang.. 


Serius memang banyak la kenangan kat sekolah dan hostel dulu.. masa form 4, aku kena jadi ketua dorm.. aku dah la suka mengelat kalo orang nak bagi jawatan ni.. aku pernah hampir nak jadi prefect sekolah tapi aku awal2 dah bagitau cikgu prefect sekolah aku, aku memang taknak.. hahaha.. rasanya ramai kot kawan-kawan aku taktahu pasal ni.. tapi kena jadi ketua dorm.. stress jugak sebab aku ni nampak mcm baik, skema (haha yeke?) tapi nakal jugak la.. sekolah tu tak pernah la ponteng, tapi kalo persatuan ke, badan beruniform ke, ponteng la juga hahaha.. aku ni dah la masa form 5 jadi presiden pergerakan islam tapi masa sesi photo untuk magazine sekolah aku tak pergi, bolehhh? hahaha.. sebab apa aku dah lupa tapi seingat aku alasan yang tak logik hahaha.. 


Masa sport day sekolah lagi la.. aku memang mengelat giler la nak suh masuk acara olahraga bagai ni.. tak suka tak suka hahaha.. tapi ada satu tahun tu, setiap orang kena join la.. kira tolong rumah masing-masing upkan merit.. dahla ko malas nak tolong masa sport day, nak suh join main pon malas.. hahaha.. ada satu kali tu, ketua rumah aku, tak ingat aa sape, rasanya Wani.. ke tahun sebelum tu.. ok tak penting hahaha.. aku kena paksa masuk lompat kijang.. aku pernah la pergi training kot tu pon sebab wajib.. tapi ada juga mengelat.. aku dah cakap aku tak nak masuk.. tapi kena juga.. korang tau apa aku buat masa sport day betul? aku pergi surau tido.. hahaha.. siap dengar lagi diorang announce nama aku kat padang suh get ready nak bertanding.. pikir2 balik, macam bodohnye aku time tu.. dah menyusahkan semua orang.. entah ape la aku pikir time tu.. memang kena maki la kot time tu hahaha..


Banyak lagi kalau nak cite zaman hostel tu.. tapi beza cite hostel aku dengan cite Lagenda Budak Hostel tu, kitaorang takde kes buli-buli macam tu teruk.. kalau ada pon, masa minggu orientasi je.. tupon masa form 2.. bukan aku yg kena ragging, tapi kakak form 5 'buli' kakak form 4 yang baru masuk.. hahaha.. bukan teruk pon.. setakat nyanyi lagu Negaraku kat bawah, kat tengah-tengah hostel tu, sebab nak minta tandangan senior.. nyanyi pon ramai-ramai.. pukul2 ni semua takde.. 


Okla, nanti aku dah tengok cite Lagenda Budak Hostel tu, aku share kat sini..


Kolagen Pilihan Saya Semestinya EPHYRA!

* STICKY POST **
48 hours

Salam semua...


Sebelum ni kalau guna produk apa-apa, especially produk kecantikan, memang aku jarang share dengan korang semua kan.. bukan apa, aku ni jenis susah nak stick dengan satu-satu produk.. pastu memang malas nak pakai or makan secara konsisten.. kalau dah jarang guna, jarang makan, nak share macam mana kan? sebab nak tunjuk kesan lepas guna tu pon confirm-confirm takde sangat.. 


Sampaila satu masa tu aku tengok kebanyakan blog famous, blogger famous macam Kak Filla (kasihaleeya), Nadia Farahida, Ceeramoon dan ramai la lagi.. dorang asyik dok bercerita pasal kebaikan Ephyra ni.. macam tertanya-tanya jugak la betul ke berkesan ke?


Aku ada juga dok usha apa-apa produk kolagen yang bagus dan boleh ditelan aku ni.. aku ni jenis susah sangat nak telan segala jenis produk kecantikan yang berbentuk cecair sebab kebanyakan memang tak boleh diterima oleh tekak aku ni.. tapi nak juga makan sebab yelah kita ni bukan makin muda.. ikhlas aku bagitau, aku takde ambil apa-apa supplement pon untuk badan aku selama ni.. tapi bila dah usia makin meningkat, nak masuk 3 series dah 2 tahun lagi.. jadi ada baiknya aku cari satu produk yang bagus yang boleh ditelan oleh aku.. paling penting selamat dimakan..


Jadi aku mengambil keputusan untuk mencuba Ephyra.. dari testimonial yang aku baca rasa Ephyra ni sangat sedap, rasa macam oren ala-ala sugus.. bagi aku ciri ni penting sebab aku memang susah nak telan produk kecantikan dalam bentuk cecair ni.. kalo makan pil, insya Allah OK je.. tapi dengan Ephyra ni, serius aku rasa macam best sangat.. serius rasa Ephyra memang sangat sedap.. pastu senang gila nak bancuh, korang guna air suam or air sejuk.. pastu bancuh dalam gelas or shaker, terus minum..





# Testimonial aku sendiri ni #
Selepas habis sekotak Ephyra, perubahan paling ketara aku kat lengan.. sorry ye aku tak dapat nak letak gambar lengan aku kat sini.. baru-baru ni kira sebulan sebelum aku cuba Ephyra, kat lengan aku ada naik bintik-bintik.. mula-mula tak gatal tapi lama-lama dia jadi gatal.. lepas garu tu dia macam keluar putih2 macam tu.. memang buruk la lengan aku masa tu.. pastu aku dok bertangguh nak pergi klinik.. sampaila aku order Ephyra tu.. aku saje nak tengok berkesan ke tak Ephyra kat lengan aku ni.. alhamdulillah, lepas abis sekotak, bintik tu semua hilang ok.. dalam masa sebulan aku minum Ephyra tu.. ok dalam Ephyra ada 30 sachets, aku minum 1 sachet sehari.. day by day, memang aku dah boleh nampak bintik makin hilang dan gatal dah makin kurang.. terus order kotak kedua.. dan aku dah suggest kat adik aku minum Ephyra sebab dia ada masalah kulit berjerawat.. kita tengok hasil dia dalam masa sebulan lagi OK..


Dan lagi satu, perubahan yang aku perasan, aku lebih kerap ke toilet buang air besar.. awal-awal minum boleh kata 3-4 kali ke toilet untuk buang air besar.. pastu dah normal balik.. aku memang jarang ada masalah sembelit so yang ni tak kisah sangat.. tapi sebenarnya benda ni bagus sebab nak buang toksin dalam badan kita semua.. adik aku pon ada minum, dia pon macam aku.. so aku rasa sapa-sapa ada masalah sembelit, boleh cuba Ephyra ni..


OK sekarang nak share sapa yang patut minum Ephyra ni..dan jugak benefit selepas minum Ephyra..






Ini antara testimonial daripada satisfied customer..






Dan paling penting, Ephyra disahkan dan dijamin halal oleh JAKIM..



ni link dia, korang boleh check sendiri
http://www.halal.gov.my/v3/index.php/ms/direktori-halal-malaysia/126-direktori-halal-malaysia

pastu taip Ephyra, or Oceanlife.. insya Allah jumpa..


OK, ni nak share video keistimewaan Ephyra..




So kalau korang nak sihat, cantik dan menawan, jom dapatkan Ephyra sekarang.. benda macam mungkin tak nampak hasil secara total sekarang, tapi hasil maksimum boleh nampak bila dah tua nanti insyaAllah..


Harga:

RM195 /per box /30 sachets
RM375 /2 boxes /60 sachets
RM560 /3 boxes /90 sachets

with FREE POSTAGE!!


Dapat FREE shaker dengan beg recycle color hitam


Email:
w.syima@gmail.com

atau SMS/Whatsapp:
019-9593125

Bagi full details iaitu nama penuh, alamat, no telefon, email, berapa kotak nak..
Lepas tu aku akan provide payment details, korang bank in bagi payment proof, insya Allah dalam 3-5 working days, Ephyra akan sampai ke tangan anda..

Wednesday, September 4, 2013

Wordless Wednesday: 20 Awe-inspiring Places


Salam semua..


Since aku dalam mood malas dan mood nak holiday dan jugak mood malas nak menaip panjang-panjang, jom layan 20 tempat yang yang menarik yang korang kena masukkan dalam holiday list uols.. semoga kita semua dimurahkan rezeki dan dapat peluang nak menerokai kehebatan ciptaan Allah ni.. 


1. Plitvice Lakes
Plitvice Lakes National Park, Croatia



2. Pulpit Rock
Ryfylke, Norway



3. Aiguille de Midi
Chamonix, France



4. Goreme National Park
Goreme, Turkey



5. Milford Sound
South Island, New Zealand



6. Taj Mahal
Agra, India



7. Perito Moreno Glacier
Patagonia, Argentina



8. Santorini
Cyclades, Greece



9. Great Barrier Reef
Queensland, Australia



10. Taktsang Monastery (Tiger's Nest)
Bhutan, Asia



11. Golden Pavillion (Kinkaku-ji)
Kyoto, Japan



12. Grand Canyon
Arizona, United States



13. Socotra Island
Yemen, Middle East



14. Zhangye Danxia Geopark
Gansu, China



15. Na Pali Coast
Kauai, Hawaii, United States



16. Iguacu Falls
State of Parana, Brazil



17. Salar de Uyuni
Bolivia



18. Abbaye du Mont-Saint-Michel
Normandy, France



19. Crater Lake
Oregon, United States



20. Abu Simbel
Egypt, Africa


p.s: All pics credit to Tripadvisor.


Aku takde la simpan impian setinggi langit.. yang kita tahu memang susah nak digapai.. cukuplaa kalau dari 20 list kat atas tu, aku boleh ke Santorini Greece, Turki, New Zealand, Australia dan Jepun.. hahaha.. padahal nak pergi semua tapi yang lain-lain tu dalam list bawah-bawah skit sebab tahu memang susah nak pergi.. lain la aku dah tukar profession jadi fulltime traveller.. 


Byee.. keje rajin-rajin ye ;)


Monday, September 2, 2013

Rezeki Dari Majalah...

Salam uols :):)


Hari ni hari isnin jadi marila kita layan monday blues hahaha.. macam dah lama tak update pasal hadiah kan kan? almaklumlah, comper suam-suam suku macam aku ni memang jarang menang pon.. lain la one of my sifu compers, Kak Ayu Rafikah boleh kata almost everyday menang hadiah.. moga aku pon one day akan ada kekuatan dan semangat macam Kak Ayu.. amin aminn..


Ni hadiah hasil kemenangan dari magazine.. dari dulu lagi aku suka beli magazine sejak sekolah rendah.. aku beli magazine tu ikut peredaran umur aku.. selain banyak input, ada contest boleh join.. sekarang lagi senang,  kebanyakan magazine dah tak payah pos dah borang contest, boleh sms or ada boleh join online kat website diorang.. senang kan dan dijamin organizer terima penyertaan kita kan.. hehehe..



Kemenangan atas nama my cousin, Kak Tasha dari majalah EH! bulan april 2013.. gila lama tunggu surat or email nak suh collect hadiah.. takde khabar berita. minggu lepas sehari dua sebelum follow encik suami outstation ke Taiping, saje aku gedik nak email tanya pasal hadiah ni.. sekali organizer cakap dah lama dorang email, collect date pon dah lama lepas 5 Julai lagi.. tapi diorang dengan baik hati cakap boleh datang amek tapi dalam minggu tu jugak.. kelam kabut la aku suh encik suami pergi amek hahaha.. dah la malam tu nak gerak pergi Taiping dah.. alhamdulillah kalau dah rezeki, tetap akan dapat kan.. another perfume collection, from Nina Ricci.. 




Yang ni also from majalah EH!.. kemenangan untuk bulan Julai 2013 nama my sis.. yang aku petakkan dengan color merah tu.. tu nama my sis..dapat barangan Bio Oil.. masih menunggu email nak collect hadiah.. sampai barang nanti, aku tunjuk ok.. tak tahu berapa value hadiah tu dah lupa..





AsterSpring Skin Health Therapy dari majalah Glam untuk bulan Julai 2013.. nama my sis jugak..




Valentino EDP 80ml worth RM400 dari majalah Glam.. menang untuk bulan Julai 2013.. masih lagi nama sis.. memang banyak ong la nama my sis bulan Julai lepas hahaha.. bukan nye aku tak join guna nama sendiri, nama encik suami tapi dah lama tak melekat.. aku rasa diorang bagi peluang kat orang lain plak menang kan.. kalau uols nak try nasib, boleh pergi kat website Glam kat sini. register dulu ok..




OK yang ni terkecuali.. bukan dari penyertaan dalam majalah.. ini menang pratonton cite Paku Pontianak dari Metrowealth Picture or MIG.. tapi last minute aku tak pergi sebab ada hal aritu.. kalau antara korang suka tengok cite2 dari MIG, boleh tengok kat blog MIG - http://metrowealthpictures.net.. nanti diorang update kalau ada contest untuk pratonton filem-filem MIG.. yang syok pergi pratonton filem MIG ni, diorang provide dinner.. ada jamu makan la.. pastu masa tengok wayang, ada popcorn dengan air.. kalau produksi lain macam tak sebagus ni la dari segi layanan.. just bagi poster je.. 


ok can cin cau.. bye...

Related Posts with Thumbnails