Wednesday, July 17, 2013

Wordless Wednesday: Pandora


Alhamdulillah, rezeki ramadhan.. belum pergi collect lagi ni..



#1 All mothers change for their babies. What is your ‘Changes Worth Making’ story? Submit & share now! #DrypersMY
#2 Contest from King's Grand Ice Cream

Puasa Day 5 - Begedil Kentang Ayam, Ayam Perap Sambal Belacan, Siakap Tiga Rasa...

Salam uols.. 


Hari ni dah masuk hari ke-7 Ramadhan.. dah genap seminggu kan.. macam cepat gile masa berlalu kan.. alhamdulillah, aku masih mampu berpuasa penuh.. tak tahu la mampu ke tak puasa penuh tahun ni..puasa kali ni memang rasa lain skit, sebab tak rasa penat sangat kecuali first day tu.. dan puasa kali ni, alhamdulillah rezeki kami semakin murah.. especially bisnes murtabak raja aku tu.. sebelum ni, aku memang ada jual tapi penjualan tak selebat bulan puasa ni.. mungkin sebab bulan puasa, ramai yang mencari.. untuk dimakan semasa berbuka, dibuat sahur.. malah ada yang order untuk diberi kepada kawan-kawan dan sedara mara.. kalau ada yang nak order, boleh tengok sini ok. 


OKla uols.. nak share menu berbuka hari ke-5 puasa.. hehe.. hari ahad lepas, kami berbuka di rumah adik aku kat Salak Selatan.. lagipon kat rumah kami berdua je so adik aku ajak la berbuka kat rumah dia.. meriah skit kan.. kalau takde hal, minggu ni giliran rumah aku plak.. tapi plan nak pergi berbuka rumah makcik aku jugak this weekend.. semua masih dalam perancangan.. 



Siakap tiga rasa lagi? hahaha.. tapi ni version lain.. version letak nenas.. kitaorang buat  2 ekor, 7 orang makan.. licinnnnn.. hehe.. 



Ayam yang diperap dengan sambal belacan.. ramuannya, bawang merah 3-4 ulas, bawang putih 2 ulas, garam skit, aji skit (kalau nak) dan lebihan sambal belacan.. blend pastu perap ayam.. nak sedap, perap lama skit.. kitaorang nak kejar masa so perap sekejap je terus masak guna pemanggang ajaib.. senang dan sedap.. cuba la.. 



Begedil kentang dan ayam.. memang letak ayam banyak-banyak.. baru puas makan hehe.. yang ni version sebelum masak.. nak goreng, just celup dalam telur dan goreng.. 




menu berbuka hari ke-5.. alhamdulillah.. 



Tuesday, July 16, 2013

Puasa Day 4 - Roti Sira

Salam uols...


Dari puasa day 1, terus jump puasa day 4 terus.. bukan apa, puasa day 2 berbuka kat umah adik.. lupa nak snap pic kari kepala ikan merah sebab kari tu masak betul2 time waktu berbuka.. so takde maknanya nak snap gambar kan.. haruslah cedok masuk pinggan terus hihii.. semalam plak, berbuka dengan lauk bazar ramadhan sahaja.. encik suami yang tolong belikan.. banyak gak dia beli, ikan percik, gulai ayam, gulai kawah daging, ikan keli sambal.. ada kawan yang join berbuka bersama.. alhamdulillah rezeki semalam..


Hari ni cuti pastu tengah hujan sekarang ni.. so malas nak keluar, jadi ada orang tu request nak makan roti sira.. korang tau tak roti sira.. roti sira ni memang famous kat Kelantan.. pastu senang sangat nak buat.. tapi hari ni, first time aku try buat roti sira ni.. hahaha.. call mak mertua minta resepi uols hehe..


Tak nampak mengancam sangat kan.. takde pewarna kuning so kurang cun.. encik suami cakap dah sedap.. so leh la buat lagi lepas ni..


Untuk yang rasa roti sira ni, boleh la cuba resepi ni ok..senang je.. kalau ada roti yang tak tau nak buat apa dah, nak dekat2 expired ke, boleh cuba ok..


Bahan-bahan:

5 atau 6 keping roti sandwich - aku guna roti gardenia
2 biji telur 
sehelai daun pandan
2 cawan air
5 sudu besar gula
bunga cengkih - aku tak letak pon sebab takde
setitik pewarna kuning - ni pon aku tak letak sebab takde


Cara Masak:

1. Pecahkan telor, kacau
2. Celup roti yang dipotong 2 atau 4 ke dalam telor tadi dan goreng.. macam nak buat french toast tu.. letak skit je minyak/marjerin masa nak menggoreng tu
3. Siap goreng roti bersalut telor tadi, ketepikan..
4. Didihkan air dan gula, masukkan daun pandan..
5. Bila air dah mendidih, gula dah hancur, masukkan roti tadi ke dalam air gula tu..
6. Biarkan roti menyerap air gula tu.. pastu padamkan api..
7. Biar sejuk sekejap, masukkan dalam peti sejuk.


Senangkan.. selamat mencuba!!



Friday, July 12, 2013

Puasa Day 1 - Siakap Tiga Rasa

Salam uols..


Poyo je aku rasa up entry pasal makanan kan bulan posa.. kurus plak posa korang hahaha.. kang 2 hari lepas aku up entry pasal murtabak raja tu kan, ada cite nak buat siakap tiga rasa kan.. so nak tayang la hahaha.. ke nak kena share resepi, emma? eena? hahaha..



Tengok sayur sampai 2 jenis hahaha.. kangkung belacan dengan kerabu mangga.. mula-mula aku nak buat kangkung belacan.. mangga plak niat asal nak tabur atas ikan tu je.. sekali ada request nak kerabu mangga.. dalam kerabu tu aku letak sotong.. nak lagi sedap korang letak la udang.. letak banyak.. bagi sama banyak nga mangga hahaha.. pastu ada buah tembikai dan murtabak raja.. first day puasa, aku cuti so bolehla nak masak.. kalau hari kerja, tak sempat pon.. beli je kat bazar ramadhan..




Nahhhh.. rupanya tak seberapa pon.. hahaha.. bab2 nak plating mmg tak reti.. mangga tu kira ganti nenas la.. tapi jangan plak korang masak sekali mangga tu dengan sos tu.. tabur je atas ikan tu lepas dah letak sos semua tu.. aku memang sukaaa la macam ni.. nga nenas pon suka..





Ni bukan aku masak.. adik aku share kat whatsapp group apa dia masak first day tu.. kengsom ikan siakap.. ni pon salah favourite kitaorang satu family.. dulu aku ada share resepi kengsom ni.. tengok esok lusa kalo aku ada rajin.. weekend je la boleh layan mood masak-masak ni..


OKla, Salam ramadhan uols..
semoga kita semua mendapat pahala berganda-ganda dalam bulan puasa ni menyediakan juadah berbuka posa.. insya Allah.. besar pahala masakan kita dijamu pada orang yang puasa.. hari kedua puasa aku berbuka kat rumah adik aku.. layan kari kepala ikan merah..


pssstt.. alhamdulillah order murtabak raja mencecah 100 biji.. kalau ada yang nak order lagi, boleh whatsapp/sms/email me ok..

Related Posts with Thumbnails