Sunday, June 16, 2013

Thanks Nuffnang!!!


Sekadar catatan peribadi.. dan juga untuk rekod advertiser yang berminat (ada ker?)... hehehe..
join nuffnang actually sebagai side income ye dak.. 
setakat ni sangat puas hati dengan nuffnang.. hopefully lepas ni boleh join event nuffnang banyak-banyak.. hehehe.. kalau usaha dan ada rezeki, tak ke mana kan.. 
Full-time blogger? perhaps.. tapi banyak benda kena ambil kira la.. kalau aku ni dah setaraf penmerah.com ke boleh la nak dipertimbangkan.. hahaha.. **dilema seorang yang sedang mencari peluang baru**.. 
Saya nak kerja macam kerani tapi gaji macam CEO hahaha.. ada tak?? 


Hadiah Contest...

Malasnya nak menaip.. 


Banyak nak cite ni sebab lepas pergi utara hantar adik Syafiq masuk matriks kat Kuala Nerang, ada majlis kenduri kat Perak, pastu kenduri adik kat kampung, pastu kenduri adik kat Kuala Kedah belah lelaki.. penuh dan padat jadual aku sepanjang Mei dan Jun ye.. sekarang masa rilek-rilek dan dok rumah je sebab budget dah lari kuikui...


Sehingga mood rajin aku datang balik, aku nak share skit cite menang contest ye.. hahaha.. kenangan peribadi je.. kawan-kawan rapat dah paham sangat, cuma yang baru baca blog ni mesti kutuk aku nak show off ke apa kan.. 



menang cash rm200 dari Kuwait Finance House (M) Berhad.. 



Laptop sleeve dari movie The Host.. menang dari magazine GLAM tak salah aku, nama encik suami.. 
Notebook tu plak dari movie OZ The Great and Powerful.. yang ni menang dari magazine EH! katanya menang limited edition merchandise.. sekali datang notepad biasa je, seketul je pon.. bukan tak bersyukur tapi masa promote contest bukan main lagi... apapon, aku suka je hahaha..
sekarang ni aku banyak menang dari magazine je.. contest yang besar2 masih belum ada rezeki... masih mencuba.. harap2 ada la yang melekat kan.. hehehehe.. amin amin..




Produk Nugeno Men menang dari GLAM Lelaki, tapi nama aku ye... worth berapa tak ingat dah.. 




Ini kemenangan dari magazine Seri Dewi dan Keluarga..  first time menang produk Tupperware.. nama benda ni Turbo Chopper.. rasanya macam nak let go.. ada yang nak tak? aku tengok kat pamplet Tupperware worth RM129...




Voucher Neubodi worth RM368 dari GLAM also.. menang atas nama sepupu encik suami.. hehehe.. alhamdulillah, jimat duit beli bra nga panties kahkah..



ALDO promotion dari magazine juga.. kalau tak salah, magazine Female.. dapat sling bag, agak comel.. spek and notebook.. 


Ada lagi 2,3 hadiah masih menunggu...


Wednesday, June 12, 2013

Wordless Wednesday: Maggi Ketam


Maggi ketam @ Nazaria, Kg Berangan...
RM10, mahal ke murah?


Sunday, June 9, 2013

Happy 3rd Wedding Anniversary!



Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah 

Betul la jodoh pertemuan ajal maut semua di tangan Allah.. no words can describe apa yang aku rasa sekarang.. 3 tahun bersama.. serius aku rasa macam baru semalam aku jadi seorang isteri.. 3 tahun ni macam-macam suka dan duka kitaorang lalui bersama.. walaupon masih berdua dan masih menanti saat-saat bergelar seorang ibu dan ayah.. semua tak jadi masalah pada kami.. kitaorang enjoy je melalui hidup berdua.. 


Lepas kami hidup bersama, baru kami sedar yang sebenarnya kami ni ada banyak perbezaan.. dan juga banyak persamaan.. paling aku sedar, encik suami ni lagi penyabar dari aku hahaha.. hidup suami isteri memang kena banyak bersabar, kena ada give and take.. tak boleh la asyik fikir diri sendiri je.. kena la pikir untuk kebaikan bersama.. 


Saya sayang awak sebab awak adalah awak..
bukan sebab awak ni hensem ke, putih ke, mata hazel ke, pandai mengayat ke..
lepas kahwin dengan awak, baru saya sedar awak ni menyempurnakan hidup saya..
dengan adanya awak, hidup saya lebih enjoy, meaningful dan paling syok awak tetap layan permintaan saya yang kadang-kadang awak pon tak larat nak layan dah hahaha..
kadang-kadang kita sekepala, kadang-kadang kita bergaduh sebab benda kecil je pon..
tapi awak masih di sebelah saya..
saya sokong awak..
awak sokong saya..


Happy 3rd wedding anniversary sayang.. 

Doa saya.. semoga jodoh kita akan berkekalan hingga ke syurga abadi..
dan kita akan dikurniakan anak-anak yang akan mendoakan kita nanti..




Related Posts with Thumbnails