Aku menang 2 tiket pratonton cite Aku Terima Nikahnya Dari MIG Online. So.. semalam pergi la kitaorang ke TGV Sunway Piramid.. kalau MIG punya pratonton memang selalunya buat kat sunway piramid..
Yang best pratonton MIG ni selalunya memang ada makan-makan. Macam semalam makan nasi minyak, ayam masak pedas, dalca, buah, siap ada kuih-muih lagi. memang kenyang sangat.. pastu masuk dalam wayang tu plak, tiap-tiap orang dapat air dengan popcorn lagi. terbaik la MIG punya layanan.. setakat ni, memang MIG yang terbaik dalam buat event macam ni. tak kedekut, makanan banyak.. paling penting staff MIG memang helpful dan mmg bagi layanan yang baik..
sorry la yob, gambar tu tak cantik pon. aku amek dari kejauhan jek. hahaha.. aku memang jenis segan skit nak g minta bergambar.. kalau korang nak tengok gambar2 lain yang cun, boleh pergi page
MIG Online atau kat website
MIG.
ok la, pasal cite aku terima nikahnya pula, cite dia pasal Arlisa (Nora Danish) dan Johan (Adi Putra) yang kahwin suka sama suka dan awalnya hidup bahagia.. hinggalah satu hari tu, Johan ditimpa kecelakaan jalan raya masa tengah jogging. Akibat kemalangan tu, Johan koma dan sebulan lepas tu baru sedar. Tapi sayangnya, Johan tak kenal isteri sendiri. So start hari itu, bermula pelbagai dugaan dan cabaran Arlisa nak cuba pulihkan suami dia supaya ingat semula kenangan mereka.
Komen aku, cite ni memang tak boleh nak lawan dengan cite Ombak Rindu.. banyak lagi kot pengarah dia kena perbaiki. skrip pon kadang2 macam tak kena. Ada tu patutnya, penonton patut sedih, tapi dah jadi kelakar la plak sebab penggunaan ayat macam tak kena jek. tapi komen aku ikhlas ok. kang ada plak spy MIG or peminat nora danish nga adi putra marah aku..hikhik..
Apapon, cite ni boleh layan la. aku kasi 3 bintang ok.
p/s:
Pengalaman sekali seumur hidup...