Sunday, September 30, 2012

Metrojaya Warehouse Sale

Dalam banyak-banyak warehouse sale, aku selalu pergi metrojaya punya warehouse sale..tak pernah pon plan.. time metrojaya buat sale, time tu la aku lalu area diorang buat sale..hikhik.. selalunya kat stadium melawati shah alam, bukit jalil or area kilang2 kat shah alam.. macam jodoh, so kenala singgah alang-alang dah nampak banner besar tepi jalan kan kan ;p


Selalunya kalau pergi warehouse sale gini, aku mesti aim nak beli spender nga bra. kahkah.. time ni jela nak beli bra triumph ke, wacola ke atau mak nenek bra yang mahal tu. masa ni memang harga murah la dari biasa. bukan nak berlagak ke apa, tapi kalo bra memang aku memilih sikit sebab aku nak yang selesa. bukan aku tak pernah beli bra yang rm10 (brand apa lupa) kat jusco tu, tapi memang tak kena dengan aku dan memang rasa tak selesa sangat-sangat. so, aku memang peruntukkan special amount untuk bra (sorry la kalau ada mana-mana lelaki yg baca blog aku ni. haha).. aku pikir, dari aku buang duit beli bra yang aku tak pakai, baik aku beli yang mahal skit dan memang aku pakai dan rasa selesa. bila kita rasa selesa, kita rasa konfiden ye dokk.. hihiii..


Dan encik suami pula aku memang paksa beli boxer dia sebab memang time ni murah.. hahaha.. sejak dia kahwin nga aku, aku rasa boxer dia dah sama banyak nga spender aku.. boleh??.. hahaha.. maafkan la aku sebab asyik cite barang dalam je ni...hahaha..


ni alas kaki, rm5 satu, so bantai amek 3 sekaligus.. selipar jamban seketul rm10 kot.. pastu ada la beli sehelai sorang baju untuk adik2.. total semua RM180.70 kot.. berbaloi la jugak sebab baju budak2 memang murah.. kalau aku ada anak, mau menggila shopping kat situ.. semua cantik2.. 


ok, nak share, rabu dan khamis depan ada aeon member day kat midvalley.. ada sapa-sapa sini pergi tak? zaman aku blaja dulu kat UM, selalu la pergi.. lepas keje jarang pula pergi.. dah kahwin pon jarang..




Friday, September 28, 2012

Aku Terima Nikahnya


Tak sabar nak tengok cite aku terima nikahnya.. kat atas tu official trailer dari MIG online.. rasa macam best je kan.. kalau nak tengok free, boleh join contest ni.



Selain cite ni, Untuk Tiga Hari pon macam best jugak kan kan. ada la alasan nak pergi tengok movie ni.. hihi.. dah lama rasanya tak pergi tengok wayang..



Tuesday, September 25, 2012

Menang Kuiz Mingguan Dari Pusat Pungutan Zakat..

Alhamdulillah, aku menang kuiz mingguan anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) untuk week 2 dan week 7.. so semalam gigih aku ajak encik suami kesayangan pergi collect hadiah kat Taman Shamelin Perkasa. hadiah yang menang week 2 tu memang tak sempat nak ambil sebelum ni so bila menang masa week 7, terus tanya boleh ke nak redeem hadiah yang lepas hahaha.. nampaknya rezeki aku ada lagi sebab dorang masih simpan hadiah tu..



so ni la hadiah yang dimenangi, satu set (paper beg suria fm dgn paperbeg PPZ) untuk week 2, dan satu set lagi untuk week 7..

Masa collect hadiah ni, ingatkan hadiah dia sikit je sebab kuiz mingguan kan. rupa-rupanya, memang banyak.. memang puas hati la.. rasa berbaloi datang jauh, siap 'lari' kejap kuar ofic pergi ke Taman Shamelin tu.. dah la aku tak tahu jalan nak ke sana.. 


Oppsss, lupa nak tunjuk isi dalam.. 


Ada kismis tok guru (dah lama aku nak beli kismis ni last2 dapat free, alhamdulillah hehehe), ada barangan dari mustika ratu, voucher kfc, buku-buku dari PTS, tasbih digital, t-shirt dari Suria.fm dan mcm-mcm lagi, aku lupa dah.. banyak sangat.. ada yang dah bagi kat kawan..


Tak silap aku kuiz mingguan tu masih lagi berlangsung tak silap aku sampai 20 oktober ni. yang best, grand prize dia, sebuah ipad dengan galaxy tab.. idaman ramai tu..hihi..




Jomla like page Pusat Pungutan Zakat (PPZ), ada macam-macam info pasal zakat dan tak lupa, pelbagai kuiz dan contest yang menarik untuk disertai. 


Saturday, September 22, 2012

Hanya Mampu Tengok Jer...

Tengok apa?


Tengok orang lain booking free seats air asia.. hahahaha tak abis-abis aku dengan air asia ni kan. actually, setiap kali air asia buat sale 10 sen ke, 90 sen ke, free seat ke.. aku memang akan jenguk dan beli tak kira la  untuk holiday ke, balik kampung ke.. dan disebabkan tiap kali sale aku memang terjah air asia, ada juga kawan-kawan or family yang minta tlg belikan.. mungkin sesetengah orang memang malas or takde masa nak mengahdap web air asia time sale kan.. sape-sape yang pernah terjah web air asia time sale memang paham la, hang je memanjang.. atau slow.. tapi takpe, aku suka je nak tolong dorang sebab kalo tak plan nak beli pon, aku akan tetap jenguk web air asia tu..hihi.. saje dok berangan nak pergi sini la, pergi sana la..kahkah..


Tapi kali ni macam tak tahu nak book ke mana dengan bajet yg terhad ni.. aku ada tengok langkawi tapi tak jadi nak book sebab kalo tahun depan adik aku kahwin, aku nak heret satu family pergi langkawi.. sebabnya bakal adik ipar orang kuala kedah, dekat dah nga jeti ke langkawi tu...hihi.. takpela, kita tunggu next sale.. hahaha..




Aku tengok mengancam jugak ticket price kali ni tapi price tu takleh nak compare 2-3 years dulu. Dulu dapat lagi RM70 return flight sorang ke Jakarta, tadi aku check harga RM92 sorang. tapi masih boleh diterima la.. murah lagi tu.. mana nak dapat harga mcm tu time lain kan..



well, uols dah book ke? pergi mana? hehehe... cepat uols, sampai esok je.. 


Related Posts with Thumbnails