Wednesday, June 6, 2012

BBQ Dinner @ Starz Diner, Hard Rock Hotel

Aktiviti yang paling ditunggu2 oleh semua staff ialah dinner kat hotel dan lucky draw!


Walaupon ni company kecil je, tapi dapat banyak gak sponsor dari supplier.. dan grand prize malam tu adalah TV LCD. semua orang memang aim tv tu la.. aku pon tak terkecuali walaupon dah pernah menang tv sebelum ni.. 




agak2, cik abe aiii tu dapat apa ek.. tak ada rezeki dapat tv..


Aku tak amek pon pic makanan.. bila godek2 handphone, ada satu pic makanan..



kombinasi burger, salad udang, kerabu mangga, ayam masak apa ntah.. haha.. 
lepas makan ni baru pergi amek grilled lamb, rib sampai lupa nak snap pic..


Lepas dinner, terus ke gurney plaza untuk aktiviti seterusnya, karaoke!

Karaoke ni kat red box.. masa dalam kereta otw ke sana, mata dah layu.. sekali dah sampai, masuk bilik, terus semua mata segar-bugar..hahaha.. 



aku tengah main bowling tu..hihi.. 
yang lain2 tengah syok menyanyi.. 


pukul 3 pagi baru sampai bilik.. esoknya aku tak pergi breakfast pon.. penatt daa..

Wordless Wednesday: Kenangan dengan Michael Jackson...



Tuesday, June 5, 2012

Riadah di Waktu Petang...

Lepas kenyang melantak nasi kandar, dah macam nasi ganja ye pon ada sebab mata terus nampak bantal dan katil. hahaha. tapi since petang ada aktiviti pantai dan volleyball match terus tahan mata. masa sampai hotel pon dah pukul 3.00 petang ++ so lepas mandi dan dok layan tv sekejap, terus turun pergi ke pantai belakang hotel...





Jalan2 sekejap kat gigi air tu.. ada macam2 water sport - banana boat, parasailing, jet ski..


Tapi sebelum main water sport, geng2 lelaki ada volleyball match.. mati2 aku ingat volleyball pantai sekali main bola dalam kolam.. dah macam netball tapi gol dia mcm bola sepak..wakakakakk.. orang panggil apa ek? 





Yang pompuan jadi penonton je sebab tak cukup corum pon nak main.. jadi pom-pom girl je.. group yang menang akan dapat rm150. memula main untuk suka2 je sekali bos cakap ada hadiah cash.. tapi diorang still main suka2 takde la bersungguh2, diorang nakal2, sapa2 yang tak pandai swimming memang kena buli la dalam air tu.. hahahaha...


Lepas geng2 lelaki siap main bola kat kolam, barulah kami ke pantai balik. Banana boat time!!!


hanya 7 orang yang mau menyahut cabaran..hikhik.. 
yang lain, ada yang pregnant, ada yang ada anak2 kecik.. so malas nak join.. dorang dok tepi pantai bagi support je..




memang best naik banana boat ni.. seriusly, memang enjoy.. first time aku naik ni.. rasa nak naik lagi..




masa pusingan terakhir dekat2 pantai, barulah diorang jatuhkan kami.. aku ingatkan diorang akan jatuhkan kami kat tengah2 laut.. tapi diorang cakap dah agak lewat, lagipon kalo kat tengah laut, take time nak make sure semua orang naik.. 


harga? rm25/per head.


Monday, June 4, 2012

Kalau Datang Penang, Tak Makan Nasi Kandar...

Bagaikan tak kena jek ;) hahahaha..


Aku bukan pemakan tegar nasi kandar pon. First time try nasi kandar ni pon kat penang jugak masa kecik2 dulu. Masa tu, makan 2,3 suap terus tolak tepi..sebabnya, pedas yang amat plus kuahnya banyak gila sampai tak nampak nasi.


Tapi bila belajar kat KL, ada kawan rapat ajak makan nasi kandar kat Pelita Bangsar, terus jatuh hati.. nasi mesti nak dengan kuah campur, letak ayam goreng.. perghhh.. pastu order teh o ais limau memang marveles la.. kalau ada bajet lebih, order sotong dan kepala ikan lagi pergh pergh. hihi.


So pergi penang haruslah tak melepaskan peluang makan nasi kandar. nak pergi ke line clear memang tak la sebab ahli rombongan ramai plus ada budak2 malas la nak beratur bagai.. so, ketua rombongan pilih nasi kandar masjid kapitan keling kat jalan kapitan keling. Masa kami sampai orang biasa2 jek. elok kami semua dah dapat makanan, punyala ramai orang beratur..







Kedai ni sebelah je dengan kedai nasi kandar beratur yang dibuka pukul 10.00 malam.. dan sebelah masjid kapitan keling. bagi aku, nasi kandar pelita lagi sedap. hahahaha.. maybe next visit, must try nasi kandar line clear plak...


Related Posts with Thumbnails