Tuesday, May 22, 2012

What To Expect When You're Expecting

Aku memang nak sangat2 menang preview screening cite What To Expect When You're Expecting ni..




Jom layan trailer dulu...





Plot Summary:

Inspired by the perennial New York Times bestseller of the same name, "What to Expect When You're Expecting" is a hilarious and heartfelt big screen comedy about five couples whose intertwined lives are turned upside down by the challenges of impending parenthood.


Over the moon about starting a family, TV fitness guru Jules and dance show star Evan find that their high-octane celebrity lives don't stand a chance against the surprise demands of pregnancy. Baby-crazy author and advocate Wendy gets a taste of her own militant mommy advice when pregnancy hormones ravage her body; while Wendy's husband, Gary, struggles not to be outdone by his competitive alpha-Dad, who's expecting twins with his much younger trophy wife, Skyler. Photographer Holly is prepared to travel the globe to adopt a child, but her husband Alex isn't so sure, and tries to quiet his panic by attending a "dudes" support group, where new fathers get to tell it like it really is. And rival food truck chefs Rosie and Marco's surprise hook-up results in an unexpected quandary: what to do when your first child comes before your first date?


A kaleidoscopic comedy as universal as it is unpredictable, "What to Expect When You're Expecting" finds humor and uplift in all the unexpected trials and triumphs of welcoming a child into the world. 


sumber: here


Aku join contest ni kat tupai.com.my.. last day plak tu join. Aku join 2 nama, satu nama aku satu lagi nama encik suami tapi yang sangkut nama dia...



p/s: tapi last minutes aku tak dapat pergi tengok pon preview screening tu..huhuk..


Monday, May 21, 2012

Last Day @ Kota Kinabalu...

Malam terakhir kat Sabah, memang kami pusing2 bandar KK puas2 dan encik suami drive sampai ke area UMS dan entah ke mana sampai kami rasa macam dah tak tahu ke mana kami pergi barulah patah balik.. hahaha.. terus balik hotel dan layan tv jap dan tidur..


Aktiviti kat Sabah memang banyak rilek2 dan jadual kami bukan tight sangat sebab malas nak terkejar2 kan. Cuma semua yang aku plan awal2 berjaya dipenuhi macam nak Kundasang tengok gunung, pergi tengok ladang lembu dan naik canopy walk. Paling best dapat pergi snorkeling di pulau manukan.. dan tak lupa makan seafood yang fresh lagi murah kat Sabah ni..


Last day kami di KK, kami saje bangun lambat.. hahaha.. sebab flight balik ke KL tengahari so tak banyak aktiviti boleh dibuat kecuali sightseeing sekitar kk dan makan2.. Kalau yang nak shopping untuk kali terakhir pon masih sempat tapi aku dah malas nak shopping2 ni kang over bajet pulak.


Jadi untuk mengelakkan aku teringat2.. hehehehe.. aku ajak cik abe pergi makan lokan panggang sekali lagi.. hahahaha..


Sila tengok gambar ulang tayang ini...



kalau nak makan lokan ni, pilih yang size medium atau small ok.. yang size besar liat skit..


Memang sedap la lokan ni.. lepas ni, kalau balik kampung nak paksa cik abe beli lokan ni dan panggang or bakar sendiri.. sebab kat kampung aku banyak je binatang ini..hihi.. tapi bak orang tua cakap, lain padang lain belalang dia.. so, uols kena try this kalau datang KK tau...


Lepas tu kami terus gerak menuju ke airport.. kami terpaksa pick up owner kereta sewa kami kat rumah dia area Putatan.. dan lepas tu dia hantar kami kat airport pula..


Bye bye KK, bye-bye Sabah... insya Allah ada rezeki jumpa lagi.. mana tahu masa tu dah bertiga, berempat kan..hihi.. 


WE HAVE A GREAT HOLIDAY IN SABAH!!!


Sunday, May 20, 2012

Fresh Seafood Dinner @ Pasar Malam Sinsuran

atau lebih senang nak ingat, seafood pasar filipine ;) memang location dia betul2 sebelah/belakang pasar filipine tu..

Memang kat sini macam syurga seafood..




sumber: eyriqazz.com


Tapi personally, in term of cleanliness, memang agak tak 'memberangsangkan'..


Tapi tak dinafikan, makanan kat sini memang superb dan best sesangat... paling penting murah..


suasana kat tempat makan tu.. 

sumber: here


Pusing punya pusing, aku decide nak makan seafood yang belum lagi dibakar.. pilih2 dulu yang berkenan, baru bakar.. memang lambat sikit la sampai makanan tapi puas hati..


Memang puas hati la sebab dapat makan seafood fresh.. Kami order ikan kerapu dan sotong 2 cucuk... Penghilang dahaga kami, ABC dan air kelapa.. semuanya RM37.. for me sangat berbaloi..


Tapi please bear in your mind, kat sini memang tak bersih sangat.. pernah kawan kami dapat food poisoning bila makan kat sini.. dan make sure masa order, terus tanya harga berapa dan boleh tawar2.. kalau tak memang kena 'pancung'...hehehe...


p/s: Memang aku tak amek satu pon gambar masa makan kat sini sebab lapar gilerr.. hahaha... tak ingat sikit pon kat kamera.. balik bilik baru cakap eh, satu pon tak amek gambar tadi, macam mana nak update blog.. hahaha...

Saturday, May 19, 2012

Shopping di Pasar Filipina dan Pasar Ikan Masin

Malam kedua dan terakhir kami di Kota Kinabalu, kami mengambil keputusan untuk shopping sepuas-puasnya (tak puas sangat..haha). Tapi kebanyakan barang dibeli sebagai cenderamata untuk keluarga dan kawan2.. Takdenya aku nak angkut pearl yang beratus2 tu.. tapi memang rasa bagai nak 'gila' melihat macam2 perhiasan diri macam gelang tangan, rantai leher yang diperbuat dari pearl.. memang cantik...


Kami keluar dari bilik agak lewat, pukul 6 baru kami ke Pasar Filipine.. mencari dan survey harga kat sana nak bandingkan harga dengan pasar malam Kg Air.. memang kat pasar malam Kg Air lagi murah cuma di Pasar Filipine pilihannnya lebih banyak.. sampai rasa tak tahu nak pilih yang mana... hahahaha...



untuk parents, adik beradik dan kawan2.. 
ni just sebahagian..  remember, i still have 2 dozen brooches here..



fridge magnet 4pcs/RM10.. Aku beli rm30 dapat satu lagi free...


Selepas pusing2 dalam pasar filipine tu.. tak pergi semua kedai pon sebab aku takut tak dapat nak tahan nafsu nak membeli lagi.. hahaha.. bila kira2 semua dah beli dan cukup untuk semua, kami terus ke pasar ikan masin yang letaknya sebelah je dengan pasar filipine tu..

sumber here.


Masa tu dah dekat pukul 8 kot.. Aku ingat dah tutup tapi diorang masih buka tak pasti pulak diorang buka sampai pukul berapa..


Ni hasil rembatan ni pasar ikan masin.. 



Aku beli 4 paket keropok ikan, 5 paket kuih cincin, ikan bilis besar dah siap kopek, ikan bilis kecil dan sotong kering.. semuanya RM90.. diorang pack cantik2 dalam kotak senang nak masuk kargo nanti...



Lepas shopping kat pasar ikan masin tu, kami singgah makan seafood kat pasar malam tepi pasar filipine tu.. Nak juga merasa makan seafood kat situ sebab tengok kawan2 blogger lain cakap sini best..


OK nak kasi tips shopping skit..

1. Pasar Filipine - Sedikit mahal, pearl ori tapi memang banyak choice.. rambang mata..
2. Pasar malam kampung air - murah dan pearl ori.. aku banyak borong kat sini gak..
3. Pasar malam belakang Le Meridian - tak banyak choice sangat, tapi murah dan ada pearl yang bercampur dengan yang tak ori..

ada jugak orang bagi suggestion, kalau nak yang super quality, pergi kedai Jamilah.. kedai Jamilah ni memang femes di kalangan penggemar pearl di KK.. tapi aku tak pergi pon sebab tak plan nak beli pearl beria sangat.. just cari kerongsang jek..



Related Posts with Thumbnails