Thursday, May 17, 2012

Lunch @ Restoran Sri Melaka Kota Kinabalu

ok uols, selepas penat bercanda ria di Pulau Manukan, pukul 1 kami balik ke pangkal jalan..hihik. balik ke daratan la... perut pon dah lapar..


Terus pusing area town nak cari kedai makan.. terus teringat (teringat lagi!) suggestion dari seorang blogger yang suka travel dan makan ni, tentang restoran Sri Melaka yang letaknya kat area Kampung Air jugak, sekangkang kera jek dari hotel kami, tapi dok pusing mencarinya berkali-kali... maklumlah, peta ntah ke mana, apa lagi GPS.. hahahaha..


sumber here.


Lapar punya pasal, aku lupa nak snap pic kedai dan suasana kat dalam tu.. tapi gambar makanan aku tak lupa nak snap sebab tengok macam tempting gila.. hahaha.. adakah sebab lapar semua nampak sedap...



Kit chai ping. 
Air pilihan ramai kat restoran ni.. 
Campuran limau kasturi dengan asam boi.. biasa je for me sebab selalu je minum kat mamak.. hihi..


Tepi air tu kalau korang perasan, ada kacang tanah goreng.. Mula2 duduk, memang dorang akan serve kacang tu dulu konon2 appertizer la. aku ingat free.. sekali masa nak bayar, tengok bil, kacang ni dia charge rm2. mak aihh.. tapi dah selamat makan licin pinggan takkan nak ungkit lagi..hahaha..



Sotong goreng tepung..



sayur pucuk manis.. sejenis sayur tempatan.. wajib try.. 

Sayur ni macam pucuk paku tapi ada sedikit lain.. aku order buat goreng belacan.. aku rasa kalau goreng biasa ketuk bawang putih pon sedap.. atau uols nak cuba pucuk manis ikan masin ke..  hikhik



serius tak ingat nama menu ni.. aku rasa2 daging masak halia..



Tapi...

Dalam banyak2 menu, menu ni paling terbaikkk...



Assam Fish atau nama melayunya ikan asam pedas..

Seperti yang disuggest oleh ramai, kami order assam fish.. memang terbaik.. tapi aku tak ingat plak nak tanya ikan tu ikan apa.. sedap sangat.. kami makan sehingga ke titisan kuah terakhir.. 


Kata pergi sabah tapi makan kat restoran sri melaka.. hehehe...tapi menunya memang malaysian cuisine dan ade juga local food macam pucuk sayur manis tu.. Menu lain yang aku suggest, kari ikan style nyonya, butter prawn.. ni semua aku tak try sebab order banyak2 sape nak makan wehh?? hehehe...


Semua yang order tu portion small.. memang ok je untuk makan 2 orang.. kalau korang order 2-3 menu lagi, makan 3-4 orang pon boleh.. kenyang giler.. Bil hari tu, RM53.50 termasuk watermelon juice, nasi 2 pinggan, dan wet  tissue rm1 rasanya.. Tak murah, tak mahal sangat.. still reasonable la.. Lagipon service memang bagus dan kedai bersih dan paling penting sedap :)


Kalau uols nak terjah juga kalau ke KK, ni detailsnya...


Restaurant Sri Melaka
No. 9, Jalan Laiman Diki, Kampung Air,
Kota Kinabalu, Sabah.
Tel: +6088 224 777 / +6088 213 028
website: www.srimelaka.com
Business Hours: 10.00am - 9.30pm


Wednesday, May 16, 2012

Bercanda Ria di Pulau Manukan

Kalau datang ke Kota Kinabalu, selain ke Kundasang, menikmati fresh seafood dan shopping di bandar raya KK, jangan lepaskan peluang untuk ber-island hopping di pulau2 sekitar KK..


Pulau2 di sekitar KK ini dikenali sebagai pulau2 Taman Tunku Abdul Rahman. Ada 5 pulau yang ada di TAR park ni tapi hanya 3 pulau yang sentiasa menjadi pilihan pelancong iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi. Dua pulau lagi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug.


Tapi untuk trip kali ini, aku pilih satu pulau sahaja iaitu Pulau Manukan, seperti yang disuggest oleh kebanyakan orang.. Aku ada baca banyak review... semua ada pendapat masing2.. Jadi setelah ditolak dan ditambah, aku rasa pulau manukan adalah pilihan terbaik.. insya Allah, kalau ada peluang lagi ke KK, aku akan terjah ketiga2 pulau tu...


Kalau ikut plan aku, pukul 8 tu dah tercongok kat Jesselton Point tu.. tapi malam pon tido lambat.. so haruslah qada' tido lama skit.. last2 sampai jeti pukul 9 lebih..



Aku tengok semua package, kalau 1 pulau mesti RM23/pax.. aku tawar2 dapat la RM20/pax. life jacket dengan goggle RM15/pax. Total untuk 2 orang dah RM70. Tu belum masuk fee. Aku rasa kat Sabah ni paling banyak fee kena bayar.. hehe.. Kat jeti kena bayar jetty fee RM7.20/pax dan satu lagi fee apa ntah RM3/pax.. Sampai pulau ada satu lagi fee, RM3/pax. Total fee nak pergi pulau RM26.40. Grand total RM96.40...


Bagi aku agak mahal la. Kalau sape2 pernah pergi cuti2 pulau, mesti tahu kos per pax berapa kan.. tapi pejam je mata kata nak pergi pulau kan.. hehehe.. bukan selalu pon..



Perjalanan bermula... town view from our boat... 


Aku memang teruja naik boat dia.. hanya 20 minit dari jeti nak ke pulau manukan tu.. Memang aku enjoy je sepanjang naik bot tu.. hehehe.. Tapi.. ada orang mabuk laut..hahaha.. eh eh jangan salah faham, bukan encik suami atau aku yek tapi... jejaka kat belakang kami..hehe...kesian dia..



Dah sampai.... 

semua yang naik boat nga aku ni memang beli package 1 pulau je.. semua pilih nak ke Pulau Manukan.. Dari jauh dah nampak air laut kebiru-biruan..kehijau-hijauan..


Masa jalan2 atas jeti tu sempat la snap sana sini.. memang cantik.. cuaca pon elok..




Ni ikan2 kat tepi jeti tu... memang cantik.. teruja gile tengok ikan2 tu semua.. hihi..



Selamat datang ke Pulau Manukan...


Lepas tu terus pergi cari port nak lepak.. nak letak barang.. oh ya, tak ada tempat simpan barang ye kat sini.. Semua barang berharga pandai2 la korang jaga.. Macam aku, semua kamera, wallet semua bagai aku letak dalam bag pack pastu letak benda2 atas tu macam towel la, t-shirt dan seluar.. tapi masa dok bersuka ria tu, pandang2 la jugak beg tu.. tawakal je la masa tu.. Aku nampak ada satu couple ni, slamber badak je letak DSLR dia dalam beg dan letak atas pasir tepi pantai tu pastu terjun laut.. memang confident habis la.. 



Orang tak ramai sangat.. just nice..


Aktiviti kami selepas tu ialah snorkeling.. Yang kelakar, ni first time encik suami buat aktiviti snorkeling..hihi.. aku yang ajar dia macam mana nak pakai, nak bernafas.. kihkih.. kelakar plak.. tapi bila dah expert, lupa daratan terus.. hahaha.. lupa plak nak snap pic masa bersnorkeling.. macam mana nak snap kalo dua2 dah ke dalam laut.. 





Masa aku snap ni, cuaca terang dan agak panas.. masa ni dah pukul 12 pm.. 


Lepas dah penat mandi-manda, pergi bersihkan diri dan tukar baju.. Charger room dan toilet dia agak bersih.. Mungkin sebab tak ramai orang.. Lagi satu, pulau manukan yang paling banyak facilities berbanding dengan pulau2 lain di Taman Tunku Abdul Rahman ni.. makanan pula agak mahal la.. kami beli ais krim potong RM3 sebatang..





bye bye Manukan...
Insya Allah kalau ada rezeki , bersua lagi kita.. hihi..


p/s: wajib pergi!

Tuesday, May 15, 2012

Dinner di Anjung Selera Tanjung Lipat

Kalau datang KK, tak makan seafood memang kerugian besar bagi penggemar seafood kan...


Sebab apa? sebab kat sini seafood murah dan fresh.. 


So disebabkan kenyataan tu, untuk dinner malam pertama kami di KK, kami pon memulakan misi mencari seafood yang fresh dan murah.. Untuk malam pertama ni aku memang saje tak nak pergi terjah seafood kat tepi pasar filipine tu sebab nak simpan untuk malam esok.. tapi apa yang aku nampak, memang banyak gila kedai2 atau restoran2 seafood tapi kebanyakan milik orang cina. so, rasa was-was ada jugak la.


Aku pon ajak encik somi pusing2 KK dulu sampai la kami menuju ke arah jalan UMS.. sebab dulu masa datang ke sabah nak panjat gunung pernah singgah kat kedai2 masakan panas kat tepi jalan menuju ke arah UMS tu. tapi aku memang dah lupa nama tempat tu..


Sambil2 mencari tu, sambil2 menikmati suasana KK waktu malam.. sampai la kami kat area ni yang memang banyak gila kedai makan.. tepi pantai.. pantai apa tak tahu.. rupa-rupanya tu la Tanjung Lipat..


Memang kedai2 makan sini jual masakan panas dan ada pelbagai seafood segar... Aku memang malas gila nak snap gambar seafood yang diorang display untuk dipilih tu.. tapi memang semua fresh2 la..



Memang banyak gila kedai..  kami pilih dok kat meja paling dekat dengan pantai.. tapi masih ada tembok rendah yang memisahkan pantai dengan daratan..  so kira kami dok kat tepi tembok tu.. rendah je paras betis rasanya kot..



Sorry uols, takde satu pon gambar yang clear sebab satu lupa nak snap betul2.. main snap je nga handphone.. pastu area tu gelap skit sebab memang tak banyak lampu.. kami hanya ditemani dengan lilin sahaja... cik abe makan ikan sampai terlekat tulang..hikhik.. pastu memang malas nak snap sebab lapar gile kihkih.. 

Hidangan kami malam tu..

Ikan merah bakar, kailan ikan masin, sotong goreng tepung, butter prawn.. 
Untuk air, kami order epal asam boi dan coconut shake.. semua sedap kecuali coconut shake... Coconut shake dia tak sedap langsung.. Total makan malam tu RM54.50..


Lepas makan, kami pusing2 bandar kk sampai ke Tanjung Aru.. pastu patah balik ke area kampung air.. last sekali singgah kat pasar malam kampung air.. depan hotel je pon kan..


Dua dozen aku beli kerongsang kat pasar malam tu..hihi.. agak2 korang berapa satu dozen tu? hehehe...





Saturday, May 12, 2012

Free Seat Air Asia Kembali Lagi!

Being me yang semua nak budget especially bab2 holiday, ketibaan sale free seat AirAsia amat ditunggu2..



Sale bermula 14 Mei 2012, tepat jam 12.00 am. Tapi takde lagi aku nak dok telek internet tgh malam tu.. hahaha.. esok masih ada.. hikhik..

So, sila plan holiday anda untuk tahun depan.. Telek2 la kalendar tu...

Holiday ke sabah baru2 ni pon aku beli dari tahun lepas, bulan 7 tahun.. bulan 5 baru fly.. gila lama kan.. hahaha.. Tapi kalau korang plan betul2 insya Allah holiday tu akan jadi kenyataan kecuali la ada benda yang takleh nak elak..

Jom uols terjah air asia isnin ni...


Related Posts with Thumbnails